20

Vampire Series 59850

Olive hadir ke sekolah seperti biasa. Dia ikutkan sahaja seperti yang dikatakan oleh Dylan. Cody pula mengawasi Olive sepanjang masa. Tetapi dia tunggu diluar kelas agar tidak menganggu sesi pembelajaran kelas Olive.

"Morning Olive." tegur Slyvia. Dia duduk disebelah Olive.

"Morning.." Olive membalas lemah. Dia termenung jauh.

"Awak okay tak?" Slyvia menyedari perubahan pada diri Olive. Olive nampak sedikit murung dan tidak ceria. Ada apa-apa yang sudah berlaku?

"Okay je." Olive tersenyum pahit.

"Betul ke ni?" soal Slyvia. Olive hanya mengangguk. Wajah Olive tidak menampakkan yang dia sedang okay. Ada sesuatu masalah yang dia sedang pendam.

"Kenapa ni? Ada masalah ke? Cuba bagitahu mana tahu saya boleh tolong." Slyvia pegang tangan Olive dengan lembut. Dia tersenyum kepada Olive.

"Sebenarnya.." Olive mengeluh nafas berat.

"Sebenarnya apa?" soal Slyvia. Dia nampak risau.

"Saya takut. Takut sangat." luah Olive.

"Takut? Takut apa? Ada apa-apa yang berlaku ke?" soal Slyvia.

"Alexa." balas Olive.

"Alexa? Hmm.. Oh, ni pasal hal semalam tu ke?" Slyvia sudah dapat menangkap kenapa Olive termenung jauh. Mesti Olive jadi takut kepada Alexa.

"Dia ugut awak?" soal Slyvia.

"Tak.. Tapi saya takut dia cederakan saya lagi. Semalam Dylan jumpa dia. Dylan minta saya berhati-hati dengan Alexa. Dia kata Alexa mungkin akan ganggu saya lagi." kata Olive.

"Oh.. Patutlah ada Cody kat luar." patutlah Slyvia nampak Cody diluar kelas tadi. Ingatkan ada apa. Rupanya untuk melindungi dan menjaga Olive.

"Ya." Olive mengangguk.

"Kalau macam tu awak tak payah risaulah sebab Cody ada. Dia mesti akan lindungi awak. Saya pun ada. Kami jaga awak okay?" pujuk Slyvia.

"Tak menyusahkan awak ke?" soal Olive.

"Menyusahkan apanya awak kan kawan saya. Susah senang kita sama-sama." Slyvia mengukirkan senyuman.

"Slyvia.." Olive terharu.

"Dahlah. Awak jangan risau okay?" kata Slyvia.

"Baiklah. Terima kasih Slyvia. Awak baik sangat." puji Olive. Dia tersenyum.

"Takde apalah." kata Slyvia.

Cikgu mereka pun masuk ke dalam kelas selepas itu. Mereka belajar dengan tekun memandangkan ada ujian pada minggu hadapan.

Pada hari ni Olive belajar mengenai sifat-sifat yang ada pada setiap vampire. Sifat asli vampire adalah agresif. Tetapi mereka dapat mengawalnya dengan baik. Vampire juga mempunyai naluri yang berbeza dengan manusia. Mereka lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling. Hal ini membantu mereka semasa berburu. Sebagai yang sedia maklum vampire perlu minum darah untuk hidup. Jadi sebab itulah mereka berburu untuk mendapatkan bekalan darah.

"So kelas, apa yang saya ajarkan tadi confirm masuk test. Saya bagitahu awal-awal jangan lupa buat revision." kata Sir Fredrick.

"Takde klu-klu ke sir?" soal Terry. Dia malas nak belajar. Kalau dapat klu senang sikit.

"Klu?" soal Sir Fredrick. Para pelajar mengangguk.

"Tadi saya dah bagi. Study jelah." kata Sir Fredrick.

"Okay.." balas Terry dengan nada kecewa.

Loceng sekolah pun berbunyi.

"Okay kelas, tamat kelas untuk hari ini. Terima kasih." kata Sir Fredrick.

"Terima kasih sir." balas pelajar.

Sir Fredrick ingin keluar kelas tetapi dia berhenti melangkah.

"Lepas ni kamu kelas biologi kan?" soal Sir Fredrick.

"Ya, kenapa sir?" soal Rachel.

"Miss Fiona beri pesanan untuk kamu semua ke makmal biologi." kata Sir Fredrick.

"Oh. Okay sir. Terima kasih." kata Rachel. Sir Fredrick mengangguk dan keluar kelas.

"Korang, gerak pergi makmal sekarang." arah Rachel.

"Okay.." balas Slyvia dan Olive. Mereka semua pun ke makmal biologi.

"Selamat sejahtera Miss Fiona." ucap Rachel dan para pelajar yang lain.

"Selamat sejahtera." balas Miss Fiona.

"So kelas, hari ni kita akan belajar mengenai tubuh badan vampire." kata Miss Fiona.

"Tubuh badan vampire secara lahiriahnya sama sahaja seperti manusia. Tetapi akan menjadi berbeza apabila mereka berubah. Vampire boleh berubah menjadi 100 peratus bila sahaja mereka mahu. Kuku mereka akan menjadi panjang, wajahnya bertukar, gigi akan tumbuh taring dan warna anak mata mula berubah." jelas Miss Fiona.

"Kamu semua tahukan perbezaan warna anak mata?" soal Miss Fiona.

"Tahu miss." balas para pelajar.

"Adakah kamu tahu sejak bila kamu semua boleh berubah menjadi vampire?" soal Miss Fiona.

"Tahu." balas para pelajar.

"Adakah kamu semua sudah boleh berubah menjadi vampire?" soal Miss Fiona.

"Dah miss." para pelajar mengangguk.

"Baguslah. Sememangnya kamu semua sepatutnya sudah boleh berubah menjadi vampire kerana saya percaya yang kamu semua sudah pun akil baligh." kata Miss Fiona.

"Jadi miss, kami hanya boleh berubah selepas akil baligh?" soal Helda.

"Ya, hanya selepas akil baligh sahaja kamu semua boleh berubah." kata Miss Fiona.

"Macam mana pula dengan pengantin vampire? Adakah mereka boleh berubah?" soal Liana. Semua pelajar memandang ke arah Olive. Olive menundukkan kepalanya.

"Mereka tidak boleh berubah. Tetapi ada cara yang boleh membuatkan mereka berubah." kata Miss Fiona.

"Apa caranya miss?" soal Liana.

"Gigitan daripada vampire. Tetapi gigitan tu mestilah disertai dengan mentera untuk memindahkan sedikit kuasa daripada vampire yang sebenar." jelas Miss Fiona.

"Vampire sebenar tu macam mana miss?" soal Terry.

"Vampire daripada puak yang asli seperti red dan black vampire." kata Miss Fiona.

"Jadi maksud miss grey vampire tu bukan vampire yang asli?" soal Slyvia.

" Mereka masih vampire seperti yang lain. Ada kelebihan, boleh berubah cuma kurang tulen. Hal ini kerana peratus DNA vampire mereka berkurang dan bercampur dengan DNA manusia menjadikan mereka sedikit berbeza." jawab Miss Fiona.

"Oh.." para pelajar mengangguk.

"Sekarang saya nak kamu semua buat perbentangan mengenai perubahan tubuh badan vampire. Setiap kumpulan satu perubahan iaitu warna mata, gigi dan kuku. Ceritakan apa yang berlaku dan apa yang berbeza mengikut vampire. Jadi sila bentuk tiga kumpulan sekarang. Pastikan dalam setiap kumpulan ada vampire yang berbeza." kata Miss Fiona.

"Tapi miss red vampire ada Caylus sorang je." kata Liana.

"Takpe bentukkan sahaja kumpulan tetapi kamu boleh jadikan Caylus sebagai rujukan." jelas Miss Fiona. Liana mengangguk.

Mereka pun membentuk kumpulan dan membuat pembentangan mengenai perubahan tubuh badan vampire. Semasa pembentangan salah seorang vampire daripada setiap puak dalam kumpulan berubah menjadi vampire sebenar. Hal ini bagi memudahkan lagi sesi penerangan.

Perbezaan yang ditunjukkan adalah kepanjangan kuku. Kuku red vampire lebih panjang dan runcing berbanding vampire lain. Gigi bagi setiap vampire juga berbeza. Black vampire mengeluarkan gigi taring yang panjang dan tajam sesuai dengan ciri mereka sebagai vampire pemburu. Manakala grey vampire nampak kurang menakutkan tetapi ciri-ciri vampire itu masih ada.

Pada awalnya Olive terasa sedikit takut melihat wajah sebenar vampire. Tetapi dia berjaya atasi rasa ketakutan itu kerana ini bukan kali pertama dia melihat vampire berubah. Dia pernah melihat Dylan berubah sewaktu masa dahulu.

"Bagus semua. Pembentangan kamu sangat bagus." puji Miss Fiona. Dia berpuas hati dengan pembentangan pelajarnya.

Setelah itu, kelas pun tamat dan mereka pun dibenarkan untuk rehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience