76

Vampire Series 59850

"Argh.." Olive perlahan-lahan membuka mata. Seluruh badannya terasa lemah. Nasib baiklah dia cuma pengsan sahaja. Dia ingat dia telah meninggal dunia. Takut betul.

"Aku kat mana ni?" soal Olive. Dia berada disebuah tempat asing. Olive memerhatikan keadaan sekeliling. Rasanya dia bukan berada dihospital. Awalnya dia fikir mungkin dia dihospital kerana cedera. Tetapi tempat ini tak nampak macam hospital dan juga bukan rumah Dylan.

Olive berada dimana ni? Olive mengosok matanya beberapa kali. Dia ingin pastikan dimana dia berada.

"Ini macam.." Olive berfikir. Dia kenal tempat ini. Tempat ini bukanlah tempat yang asing. Tempat ini tempat Olive.

"Ini bilik aku!" kata Olive. Dia bagaikan tidak percaya yang dia ada didalam biliknya sendiri. Bilik yang dia guna sejak kecil lagi. Bilik yang dirindui selama ini.

"Eh tapi macam mana?" Olive bingung. Bagaimana dia boleh berada dibilik ini? Patutnya dia ada dikampung vampire. Macam mana dia boleh berada disini? Siapa yang bawa dia ke sini?

"Aku mimpi ke ni?" Olive menepuk pipinya beberapa kali. Dia macam tidak percaya yang dia ada disini.

"Sakit." kata Olive. Maknanya dia betul-betul telah sedar. Jadi betullah dia ada bilik sendiri. Kalau dia berada dibilik ini bermakna dia sudah pulang ke rumah mummy dan daddy.

"Mummy, daddy." Olive cuba untuk bangun. Dia ingin keluar dari bilik. Dia ingin bertemu mummy dan daddy. Dia sangat rindu pada mereka.

"Aduh." kepala Olive rasa pusing apabila bangun secara tiba-tiba. Dia terduduk semula.

"Sakitnya kepala ni." adu Olive. Dia pegang kepalanya.

"Olive?" Puan Daisy mendapatkan Olive setelah mendengar suara Olive. Pintu bilik Olive pun dibuka.

"Mummy." Olive pandang ke arah mummy. Hatinya rasa sebak melihat mummy ada dihadapannya.

"Syukurlah Olive dah sedar." Puan Daisy terus memeluk tubuh Olive. Dia gembira kerana akhirnya Olive tersedar juga. Sudah lama dia menunggu Olive sedar.

"Olive rindu mummy." Olive menangis. Dia gembira kerana akhirnya dia dapat memeluk tubuh mummy. Dia sangat rindukan mummy. Pelukan hangat mummy sentiasa mententeramkan Olive. Wangian mummy mendamaikan hati Olive.

"Mummy pun rindu Olive." Puan Daisy juga mengalir airmata. Dia bersyukur kerana setelah sekian lama akhirnya dia dapat memeluk dan mencium anaknya yang tersayang. Mummy mengucup ubun-ubun Olive. Dia gembira kerana Olive telah sedar. Sudah lama dia menantikan saat ini.

"Daddy mana?" soal Olive. Dia rindu nak jumpa daddy.

"Daddy keluar sekejap. Nanti daddy balik." balas Puan Daisy.

"Oh.." Olive mengangguk.

"Mummy macam mana Olive boleh ada kat sini?" soal Olive. Dia ingin tahu bagaimana dia boleh sampai disini. Kali terakhir sebelum dia pengsan dia ada di Hutan Hitam dan selama ini dia berada dikampung vampire. Dia tidak berpeluang langsung untuk pulang ke sini. Dylan yang tidak memberi kebenaran.

"Hah? Olive memang dah ada kat sini pun. Mana ada pergi mana-mana." jawab Puan Daisy.

"Hah? Bukan Olive pergi Kampung Vampire ke? Kan Olive kena kahwin dengan Dylan?" soal Olive. Lama juga Olive dikampung vampire. Cuma Olive tidak pasti berapa bulan. Tetapi yang pasti tersangatlah lama.

"Kampung vampire? Dylan? Olive cakap apa ni? " Puan Daisy buat muka pelik. Dia tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Olive. Dia tidak tahu menahu pun mengenai kampung vampire.

"Ya." Olive mengangguk. Mustahil kalau mummy lupa yang Olive telah diculik. Mummy sendiri yang jadi saksi kejadian itu. Olive juga sudah lama tidak pulang ke rumah kerana perjanjian yang terdahulu. Takkanlah mummy sudah lupa?

"Emm.. Olive rehatlah dulu. Mungkin Olive penat sangat kot. Lama sangat Olive tidur sampai mengigau macam ni." kata Puan Daisy. Risau juga dia melihat anak perempuannya. Cakap yang bukan-bukan.

"Tapi.." kata Olive. Olive tidak mengigau. Kejadian itu benar-benar berlaku.

"Dah-dah Olive rehat je dulu. Jangan cakap yang bukan-bukan. Nanti mummy ambilkan makanan untuk Olive tentu Olive laparkan." kata Puan Daisy.

"Hmm.." Olive keliru. Kenapa mummy cakap macam tu? Mana ada Olive cakap yang bukan-bukan. Olive cuma cakap perkara yang betul sahaja. Bukan rekaan atau mengadakan cerita.

"Jap ye mummy turun dulu." Puan Daisy pun keluar dari bilik Olive. Dia ingin menyiapkan makananuntuk Olive. Sudah lama dia tidak buatkan makanan untuk Olive. Olive hanya mengangguk.

"Kenapa mummy cakap aku mengigau? Bila masa pula aku mengigau. Betullah aku diculik ke kampung vampire. Lepastu kena paksa kahwin dengan Dylan." kata Olive. Dia ingat segala kejadian yang berlaku bermula pada malam dia diculik sehingga kejadian di Hutan Hitam. Tiada satu pun yang terlepas dari kotak memorinya.

"Hmm.. Dylan mana? Kenapa dia tinggalkan aku?" soal Olive. Baru dia perasan yang dia tidak nampak Dylan sejak dari tadi. Dia pelik kenapa Dylan tiada disini.

"Apa yang jadi pada Dylan? Apa yang jadi pada Caylus?" fikir Olive.

"Kesan gigitan!" kata Olive. Dia baru teringat yang Caylus telah mengigit lehernya. Kalau Olive tunjuk kesan gigitan tersebut tentu mummy akan percaya dengan apa yang Olive katakan.

Olive pun bangun dan duduk dikerusi meja solek. Dia ingin lihat kesan gigitan yang ada dilehernya. Dia membelek lehernya dengan teliti.

"Eh?" Olive terasa aneh. Dia raba-raba lehernya.

"Tak ada?" Olive terkejut. Tiada langsung kesan atau parut yang ada dilehernya. Lehernya bersih tanpa sebarang cela.

"Mustahil." kata Olive. Dia yakin yang Caylus telah gigit lehernya. Dia rasa sakit sangat masa tu. Darahnya juga keluar banyak sampai dia pengsan. Tetapi kenapa tiada kesan langsung. Sepatutnya ada kesan sekurang-kurangnya sedikit.

"Muka aku." sekali lagi Olive terkejut besar. Olive perasan yang mukanya juga tiada parut. Sepatutnya muka Olive ada parut cakaran kuku Slyvia. Parut itu nampak jelas sebelum ini tetapi tiba-tiba hari ini tiada pula.

"Ish, apa yang jadi ni?" Olive cuba untuk mengingat sesuatu. Tetapi tiada apa yang dia ingat kecuali peristiwa sebelum dia pengsan.

"Tadi mummy kata aku tidur lama lepastu mummy kata aku mengigau. Maknanya aku mimpi ke selama ni?" fikir Olive. Mummy beritahu Olive yang Olive tidur lama sangat sampai mengigau. Kalau mummy kata Olive mengigau maknanya apa yang berlaku pada malam Olive diculik sehingga ke hari ini adalah mimpi.

"Mustahil aku mimpi. Semua kejadian tu betul bukan mimpi." Olive yakin yang dia tidak mimpi. Segala perasaan, kesakitan serta kejadian yang berlaku pada sebelum ini sangat terkesan pada Olive. Mana mungkin mimpi boleh memberi kesan yang sebegitu.

Olive lihat dirinya didalam cermin. Dia cuba untuk hadam apa yang berlaku sebenarnya. Takkan Olive boleh mimpi sampai panjang sangat sampai macam tu sekali. Kalau betullah Olive mimpi maknanya Olive tidur sudah terlampau lama.

"Baju ni? Bukan ke baju ni aku pakai masa malam tu?" Olive ingat lagi baju tidur yang dia pakai pada malam sehari sebelum dia diculik iaitu malam sebelum hari jadinya.

Fikiran Olive jadi bingung. Dia mula was-was dengan diri sendiri. Tetapi kejadian itu sangat nyata. Bukan seperti mimpi. Betul ke yang sebenarnya dia hanya mimpi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience