5

Vampire Series 59850

"Fikir, fikir." kata Olive sendirian. Dia mundar-mandir. Dia perlu mencari jalan untuk keluar dari tempat ini. Sekarang bukan masa untuk bersedih. Dia harus larikan diri terlebih dahulu.

"Hm.." Olive memerhati keadaan bilik yang dia berada sekarang.

"Tingkap." kata Olive apabila melihat tingkap yang ditutup dengan langsir berwarna putih. Dia menghampiri tingkap tersebut. Dia selak langsir tersebut dan gembira kerana ia sebuah tingkap yang besar.

"Yah!" Olive membuka sendal tingkap yang ketat dengan sekuat hati.

"Boleh ni." kata Olive. Dia ingin keluar melalui tingkap tersebut. Kalau melihat dari ketinggian tidaklah terlalu tinggi memandangkan Olive berada ditingkat satu. Dia nekad untuk keluar ikut tingkap. Tetapi sebelum itu dia melihat keadaan sekeliling.

"Takde orang. Err.. Orang ke..? Lantaklah." Olive cuba keluar dari tingkap tersebut lalu dia membuat langkah besar dan berjaya panjat keluar. Nasib baiklah ada tempat untuk Olive pijak walaupun ianya hanya sipi-sipi sahaja.

"Seramnya." Olive terasa gayat sedikit apabila melihat ke bawah.

"Ough, ough.." Olive terbatuk. Dia sedikit gementar lalu cuba untuk mengawal pernafasannya.

"Terjun ke tak? Terjun ke tak?" Olive teragak-agak.

"Terjun" Olive terus terjun ke bawah.

Bedebuk Olive jatuh tetapi nasib baik ada rumput bukan lantai simen. Walau bagaimanapun rasa sakit tetap juga ada apabila terjun macam ni. Tinggi juga rupanya.

"Ouch.." Olive mengeliat secara senyap-senyap. Lalu dia berdiri. Dia tidak boleh melengahkan masa. Dia harus cepat pergi dari situ.

"Kau nak pergi mana!" tiba-tiba suatu suara mengejutkan Olive.

"Hah?" Olive terkejut. Sesuatu terbang melepasi dirinya dan berada betul-betul dihadapannya.

"Kau nak pergi mana?" soal Dylan dengan kasar. Wajahnya nampak garang dan menakutkan.

"Saya.. Saya nak balik." kata Olive teragak-agak. Dia takut melihat Dylan yang sebegitu.

"Kau ingat kau boleh pergi dari sini?" Dylan menyilangkan tangannya.

"Saya tetap akan pergi walau apa cara sekalipun." keputusan Olive muktamad.

"Hahah, in your dream! Sampai mampus kau kena duduk sini." kata Dylan.

"Tak nak, saya nak balik. Tiada siapa boleh halang saya." Olive terus berlari.

"Hei perempuan." panggil Dylan. Dia tolak Olive dari belakang.

"Aduh." Olive jatuh tersungkur mencium bumi.

"Lemah." kata Dylan. Dia tarik tangan Olive hingga Olive berdiri.

"Lepaskan. Saya tak nak kahwin awak. Saya nak balik rumah saya." jerit Olive. Tangannya sakit digenggam Dylan.

"Bodoh. Ingat aku nak kahwin sangat dengan kau?" balas Dylan. Perkahwinan ini hanya atas dasar paksaan sahaja bukan kehendak. Lagipun dia tidak pernah terpikir hendak berkahwin dengan manusia. Dasar golongan yang lemah.

"Kalau macam tu lepaskan saya. Biarkan saya pergi dari sini." rayu Olive.

"Sampai bila-bila aku tak akan lepaskan kau." tengking Dylan.

Olive mengigit tangan Dylan. "Argh." genggamannya dilepaskan. Olive melarikan diri masuk ke dalam hutan. Dylan terus mengejar Olive. Olive lari laju sehingga tiba-tiba dia jatuh tersadung akar pokok.

"Argh." jerit Olive. Kakinya terasa perit. Dia cuba untuk bangun tapi tidak berjaya.

"Hahaha." Dylan ketawa jahat. Dylan mengangkat lalu mengendong Olive. Olive terkejut dan terkesima. Dylan terus terbang bersama Olive kembali ke rumah itu semula.

"Ough, ough.." Olive terbatuk-batuk. Tekaknya terasa loya. Hatinya rasa berdebar-debar bila terlalu dekat dengan Dylan. Olive pegang dadanya.

"Kau kenapa?" soal Dylan. Dia pandang wajah Olive. Olive mengalihkan pandangannya dan mengeleng kepala. Dylan turunkan Olive dan mengetuk pintu rumahnya.

"Tuan Muda? Cik Olivia?" kata Nancy tatkala membuka pintu. Dia terkejut melihat Olive ada bersama dengan Dylan.

"Lain kali jaga perempuan ni elok-elok jangan sampai terlepas lagi." kata Dylan, dia tolak Olive ke Nancy.

"Baik tuan muda. Maafkan saya." ucap Nancy. Olive dibawa masuk ke rumah dan Dylan entah hilang ke mana.

Luka dikaki Olive dirawat dan kali ini dia dikurung didalam bilik kecil dibawah tanah yang tiada tingkap dan hanya ada lubang udara yang kecil.

"Nancy jangan tinggalkan saya. Tolong keluarkan saya dari sini." rayu Olive.

"Maafkan saya Cik Olivia. Saya tak boleh buat macam tu. Saya hanya mengikut perintah Tuan Muda Dylan." kata Nancy lalu pintu bilik dikunci rapat. Pintu bilik diketuk oleh Olive tetap tidak endahkan.

"Tolong keluarkan saya dari sini. Tolonglah." rayu Olive sambil ketuk pintu. Dia tidak mahu tinggal disini. Dia mahu pulang ke pangkuan orang tuanya.

"Mummy, daddy." Olive terus menangis. Airmatanya mengalir tanpa henti. Dia bersandar dan memeluk tubuhnya disudut bilik itu. Tiada apa yang ada dibilik itu selain sebuah mentol yang menemani untuk menerangi kegelapan malam.

Share this novel

Flowers Dead
2020-12-07 14:32:10 

bestnye crite ni bru part 4 trus terpikat nak bacha

Flowers Dead
2020-12-07 14:32:09 

bestnye crite ni bru part 4 trus terpikat nak bacha

Flowers Dead
2020-12-07 14:32:04 

bestnye crite ni bru part 4 trus terpikat nak bacha


NovelPlus Premium

The best ads free experience