Bab 34

Vampire Series 59850

Pada malam itu, Olive tidur lewat sedikit. Ada sesuatu yang dia ingin lakukan memandangkan esok hari terakhirnya disekolah. Dia sudah pun ulangkaji terlebih dahulu pada waktu petang. Jadi dia agak free pada waktu malam.

"Kau buat apa?" soal Dylan. Lenanya terganggu apabila mendengar bunyi bising didapur. Dia ingatkan ada pencuri pecah masuk rumah tetapi rupanya Olive. Apalah yang Olive buat pada malam-malam ini?

"Eh? Err.. Saya bising sangat ke?" soal Olive. Dia tidak sedar pula telah membuat bising. Dia leka sangat buat kerja.

"Sangat." balas Dylan. Dia lihat barangan yang bersepah dikaunter dapur.

"Hehe, sorry." kata Olive sambil mengaru kepalanya.

"Kau nak buat apa ni?" soal Dylan. Dia tengok ada tepung, coklat masakan dan macam-macam lagi. Olive nak buat apa dengan bahan semua tu?

"Hehe.. Nak buat kek." kata Olive.

"Kek?" soal Dylan. Pelik je Olive ni tiba-tiba saja nak buat kek. Nak sambut hari jadi siapa pula ni? Hari jadi Dylan lambat lagi.

"Yup esok kan hari last saya sekolah. Jadi saya nak bagi kek kat classmate dan cikgu saya." kata Olive. Dia ingat nak berikan kek kepada guru dan rakan sekelasnya untuk menandakan hari perpisahannya. Ianya bertujuan sebagai penghargaan kepada mereka.

"Kek apa yang kau buat?" soal Dylan.

"Muffin coklat je." jawab Olive.

"Oh.." kata Dylan sambil mengambil cawan dan isikan dengan jus berwarna merah. Tekaknya terasa dahaga pula. Dia duduk dikerusi yang berdekatan dengan kaunter dapur dan sambil itu dia membaca majalah.

Olive biarkan sahaja Dylan. Dia membuat muffin sehingga selesai. Apabila melihat baki krim didalam mangkuk, Olive mendapat satu idea.

"Dylan." panggil Olive. Dylan pusing memandang Olive.

"Hahaha." Olive ketawa apabila pipi Dylan tercalit krim. Olive telah mencuit sedikit krim yang terdapat dalam mangkuk tersebut dengan jarinya. Dia berjaya kenakan Dylan dengan mencalit krim dijarinya ke pipi Dylan.

"Nyum." Dylan menjilat jari Olive yang penuh krim. Olive terkejut.

"Ei.. Yucky." kata Olive sambil mengangkat jari telunjuknya. Dia terasa geli dengan perbuatan Dylan.

"Haha. Padan muka." Dylan ketawa.

"Pengotor." kata Olive. Dia bangun dan terus ke sinki untuk membasuh tangan menggunakan sabun. Dia gosok jarinya sehingga bersih dan wangi.

"Jijik sangat ke aku ni?" soal Dylan dengan nada yang agak melankolik.

"Eh?" Olive melihat Dylan. Dylan bangun dan meninggalkan Olive. Dylan nampak macam sedih. Adakah dia sedang merajuk?

"Alamak.." Olive rasa bersalah. Dia tidak sangka yang dia telah menyakitkan hati Dylan secara tidak sengaja. Dia tidak bermaksud untuk buat begitu.

"Dylan merajuk ke?" soal hati Olive. Dia macam tidak percaya pula yang Dylan tu merajuk.

"Hmm.." Olive mengeluh.

"Kalau orang merajuk kena pujuk. Kalau vampire merajuk? Kena pujuk jugaklah kan?" kata Olive. Tidak mengapalah. Esok dia akan pujuk Dylan.

Olive pun mengemas dan membasuh semua perkakas yang digunakan. Setelah itu dia pun masuk tidur. Dia agak kepenatan sedikit.

Keesokan harinya, sebelum berangkat ke sekolah Olive bercakap sebentar dengan Dylan.

"Dylan." panggil Olive dengan lembut. Dia rasa serba salah mengenai hal semalam.

"Hm.." balas Dylan.

"Awak marah ke?" soal Olive.

"Marah? Sebab?" soal Dylan. Dia buat muka pelik. Bila masa pula dia marah ni? Rasanya takde pun.

"Semalam?" kata Olive. Dia jadi pelik bila tengok Dylan buat muka pelik. Dia lupa ke? Semalam bukan main merajuk.

"Semalam? Mana ada." kata Dylan. Semalam dia cuma nak masuk tidur sahaja kerana sudah mengantuk bukannya merajuk. Lagipun dia tidak simpan apa-apa perasaan pun.

"Betul ke?" Olive rasa lega sedikit. Ingatkan Dylan marah pasal semalam.

"Yup." balas Dylan. Dylan pun hendak berlalu pergi kerana hari ini dia ada urusan sedikit yang perlu dilakukan.

"Dylan jap." tahan Olive. Dia berdiri dihadapan Dylan sambil senyum menampakkan gigi.

"Ni dah kenapa?" soal Dylan. Dia rasa sedikit janggal dengan kelakuan Olive.

"Untuk awak." Olive menghulurkan sebiji muffin yang dibungkus cantik kepada Dylan. Dylan senyap sahaja.

"Ambillah ni saya buat spesial untuk awak." kata Olive.

"Hah?" soal Dylan.

"Awakkan selalu tolong saya. Ni kira macam balas budilah." jelas Olive. Memang dia sudah lama hendak memberi sesuatu kepada Dylan pun.

"Balas budi dengan sebiji muffin? Huh?" soal Dylan. Macam tidak setimpal sahaja.

"Eh? Tak cukup ke? Ada lagi kalau awak nak?" soal Olive.

"Apa-apa jelah." kata Dylan. Dia menolak dan tidak mengambil muffin yang diberi Olive. Dia terus beredar.

"Sampai hati. Buat penat je orang buat." kata Olive. Dia sedih. Dia buka pembalut dan makan separuh muffin tersebut sambil bermasam muka.

Dylan senyum sedikit apabila melihat Olive yang merajuk. Dia pun berpatah balik dan ambil separuh muffin yang ada ditangan Olive. Dia pun makan muffin tersebut.

"Puas hati?" soal Dylan. Olive terdiam.

"Dah bye." kata Dylan. Kali ini dia betul-betul beredar.

"Dylan..." kata hati Olive. Hatinya menjadi berdebar-debar. Perasaannya seperti berbunga-bunga pula. Dia tidak sangka Dylan makan muffin tersebut. Apa yang lebih mengejutkan Dylan makan separuh muffin yang dimakan Olive.

"Cik.. Jom pergi sekolah." tegur Cody.

"Hah, oh ye." mereka pun berjalan ke sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience