43

Vampire Series 59850

Hari ini Olive rasa gembira sedikit. Sekurang-kurangnya keresahan yang dirasai sedikit reda. Dia gembira kerana Slyvia datang melawat. Dia rasa puas dapat berbual dengan Slyvia walaupun hanya sekejap sahaja. Slyvia pun telah beri kata-kata semangat kepadanya.

"Olive." Puan Rhea ketuk pintu bilik Olive.

"Ya mum." Olive buka pintu biliknya.

"Boleh mum masuk?" soal Puan Rhea.

"Boleh, masuklah mum." jemput Olive. Mereka duduk disofa untuk berbual.

"Mum nak cakap sikit." Puan Rhea pegang tangan Olive. Ada sesuatu yang ingin dia katakan.

"Cakap apa mum?" soal Olive. Tiba-tiba sahaja Puan Rhea nampak serius. Ada apa-apa ke ni?

"Olive.. Mum tahu apa yang jadi. Mum kesal atas kejadian itu. Mum langsung tidak sangka hal itu boleh terjadi kepada kamu. Tapi mum harap Olive tak ubah fikiran ya." luah Puan Rhea. Dia takut setelah apa yang jadi membuatkan Olive ubah fikiran untuk tidak berkahwin dengan Dylan. Dia berharap sangat kepada perkahwinan ini kerana ini mungkin perkahwinan yang terakhir.

Olive pegang tangan Puan Rhea. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Puan Rhea. Tetapi dia tidak tahu untuk membalas apa. Dia sendiri keliru dengan apa yang dia rasakan.

"Mum sayang Olive. Kami semua pun sayang pada Olive. Kami dah anggap Olive keluarga kami. Walau apa pun yang jadi kami ada. Kami akan jaga dan lindungi Olive." kata Puan Rhea. Dia cuba untuk sedapkan hati Olive.

"Terima kasih mum." Olive tersenyum. Tetapi senyumannya tidak selebar mana.

"Sama-sama." balas Puan Rhea sambil tersenyum.

"Olive.. Hari ni tukang jahit akan datang. Dia nak ambil ukuran untuk buat baju kahwin nanti." kata Puan Rhea. Untuk baju pengantin mereka akan menempahnya.

Sudah menjadi kebiasaan kepada pengantin vampire untuk menempah pakaian pengantin. Pakaian mereka akan direka khas untuk mereka sahaja. Ia berbeza dengan pakaian pengantin yang lain. Biasanya mereka akan ke kedai baju untuk mengambil ukuran tetapi disebabkan beberapa hal yang berlaku Olive hanya mengambil ukuran dirumah sahaja.

"Buat baju kahwin?" balas Olive. Maknanya ini sudah selangkah dia akan menghampiri hari perkahwinannya.

"Ya, hari perkahwinan kan tidak lama lagi." ujar Puan Rhea.

"Oh ya, okay." Olive ia kan sahaja. Dia masih belum ikhlas untuk berkahwin. Tetapi kalau dia cakap apa-apa nanti tentu Puan Rhea akan sedih. Lebih baik Olive pendamkan sahaja.

"Nanti kalau Olive ada idea atau nak request apa-apa mengenai baju tu just bagitahu tahu je tau. We will make it happen." Puan Rhea jadi tidak sabar. Ini adalah kali pertama dia akan lihat anaknya berkahwin. Dia harapkan yang terbaik kepada anak dan menantunya.

"Okay mum." Olive tersenyum. Tipulah kalau dia kata dia tiada baju pengantin impian. Dia ada bayangan tentang apa yang dia inginkan. Dia suka tengok baju-baju pengantin. Semuanya nampak glamour dan cantik. Tetapi bukan untuk masa sekarang.

"Takpelah, Olive rehatlah dulu. Nanti kalau Ivy datang mum panggil Olive. Ivy tu tukang jahit baju pengantin. Dia pakar tau buat baju pengantin." kata Puan Rhea. Olive mengangguk. Puan Rhea pun keluar dari biliknya. Lalu pintu bilik Olive ditutup.

"Arghh.." Olive merebahkan dirinya diatas katil lalu menekup dirinya dengan bantal. Dia tidak mahu berkahwin. Dia belum bersedia. Dia baru 18 tahun. Masih muda lagi. Banyak lagi perkara lain yang dia mahu kecapi.

Olive bangun untuk lihat diluar tingkap. Dia rasa nak lari rumah. Kalau dia lari sekarang tentu sempat. Lagipun Dylan tiada dirumah ketika ini.

"Ala.." Dia nampak Bryce dan Andy diluar. Kalau mereka nampak Olive keluar mesti mereka akan report pada Dylan. Sah-sah Olive tidak dapat lari ke mana-mana.

"Haish." Olive mengeluh.

Dia pun duduk semula dikatilnya. Tak boleh nak buat apa. Kalau dia keluar pun mesti akan disoal siasat. Memang dia akan terkurung sahaja dirumah ini. Mungkin ini takdir yang perlu Olive terima. Hal ini kerana sudah banyak kali Olive cuba untuk menolak tetapi tidak berjaya.

Beberapa minit kemudian Puan Rhea pun memanggil Olive. Ivy dan pembantu telah datang untuk mengambil ukuran dan dia juga telah bawa beberapa contoh baju pengantin untuk Olive pilih.

Olive terpaksa memaniskan mukanya supaya tiada yang tahu tentang apa yang dia rasakan ketika ini.

"Hai Cik Olivia, saya Ivy. Ini pembantu saya Kenny." kata Ivy dengan ramah.

Ivy seorang vampire perempuan. Dari pengamatan Olive Ivy dari puak grey vampire kerana anak matanya berwarna kelabu. Manakala Kenny daripada puak beast agaknya. Rupanya lain sedikit daripada vampire.

"Ya." Olive senyum dan mengangguk.

Setelah itu, mereka pun berbincang tentang baju pengantin yang ingin ditempah. Olive hanya ditemani Puan Rhea. Apa sahaja hal yang berkaitan dia rujuk pada Puan Rhea. Puan Rhea pun ada memberi pendapatnya.

"Mum rasa apa kata Olive ambil warna hitam cantik juga kan?" kata Puan Rhea sambil melihat katalog. Warna hitam adalah warna kegemarannya.

"Tapi puan sekarang ni trend baju pengantin warna merah. Ramai vampire pilih baju pengantin yang berwarna merah." kata Ivy.

"Betul ke?" soal Puan Rhea.

"Betul puan." Ivy tunjuk beberapa baju pengantin yang berwarna merah. Semua nampak cantik sekali.

"Cantik." puji Puan Rhea. Dia tunjukkan kepada Olive. Olive mengangguk. Dia setuju sahaja. Yang macam mana pun dia tidak kisah.

Pilih punya pilih akhirnya mereka pun mencapai kata sepakat untuk memilih baju pengantin berwarna merah dan ia sama seperti salah satu baju contoh yang ditunjukkan Ivy cuma ada sedikit penambahan.

"Cik Olive sure ye nak warna merah?" soal Ivy. Olive mengangguk.

"Kalau macam tu baiklah. Saya akan siapkan baju ni nanti saya akan datang semula untuk fitting baju." kata Ivy.

"Okay." balas Olive. Ivy dan Kenny pun mengundurkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience