47

Vampire Series 59850

Dengan rasa berat hati, Olive pun melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan bersama Nancy sebagai pengapitnya. Semua mata tertutup kepada Olive. Mereka berbisik sesama sendiri. Tetamu yang hadir terdiri daripada puak vampire yang pelbagai, warewolf, witch dan beast. Mereka memenuhi ruang dewan tersebut.

Olive malu menjadi tonton semua jadi dia menunduk wajahnya. Dalam pada masa yang sama dia agak takut melihat semua tetamu pada hari ini. Dia rasa seperti masuk ke dalam rumah hantu.

Dylan duduk dihadapan bersama ibu bapanya. Disitu ada hiasan bunga-bunga seperti sebuah pelamin tetapi tidak seperti pelamin yang biasa dilihat. Hiasannya tidak ubah seperti hiasan parti labu. Ada sarang labah-labah, ros berwarna hitam, tengkorak dan buah labu yang diukir.

Dylan akan tergamam melihat Olive yang sangat cantik. Dylan rasa bertuah akhirnya dia dapat juga berkahwin dengan pengantinnya.

"Olive duduk sini." ujar Puan Rhea.

Olive duduk bersebelahan dengan Dylan. Dylan tersenyum melihat Olive. Olive hanya beriak biasa. Dia tidak tahu dengan apa yang dia rasakan ketika ini.

Upacara pun dimulakan oleh Oracle, witch keluarga Dylan. Dia membacakan sesuatu kepada kedua-dua pengantin sambil membaling serbuk magik. Kemudiannya Oracla memberi posyen untuk diminum. Posyen tersebut dibuat sendiri oleh Oracle menggunakan ramuan yang terpilih. Posyen tersebut bertujuan untuk menyemai rasa cinta dan kebahagiaan kepada pasangan pengantin.

"Minum posyen ini." Oracle menghulur secawan posyen kepada Dylan. Dia menyambut baik huluran tersebut lalu meneguk separuh posyen tersebut.

"Nah minum." Oracle menghulur cawan yang sama dengan Dylan tadi. Olive perlu menghabiskan separuh lagi posyen yang Dylan tinggalkan.

Olive teragak-agak untuk ambil cawan tersebut. Dia takut untuk minum posyen itu. Dia takut kalau-kalau posyen itu akan mengapa-apakan dirinya.

"Ambillah nak, posyen ini tidak akan mengapa-apakan kamu. Ini adalah sebagai daripada adat perkahwinan vampire sahaja." kata Oracle. Dia seakan mengerti apa yang Olive fikirkan.

"Ya, Olive. Awak selamat kalau minum posyen tu." kata Dylan. Senyuman tidak lekang dibibir.

Olive pun ambil lalu itu lalu dia minum posyen tersebut sehinga habis. Sejujurnya rasa posyen itu tidaklah teruk. Rasanya seperti air bunga mawar yang dicampur susu. Baunya sangat kuat dan wangi.

Seterusnya upacara pertukaran cincin. Puan Rhea memberi kotak cincin kepada Dylan. Dylan membuka kotak cincin tersebut didalamnya terdapat dua bentuk cincin. Dylan ambil cincin yang terdapat berlian kecil yang diukir bentuk bunga. Sangat cantik dan berkilau.

"Olive.." panggil Dylan. Dia menghulurkan cincin kepada Olive. Dia sudah bersedia untuk menyarung cincin tersebut dijari Olive. Olive memandang Dylan.

"Hulurkan tangan awak." tutur Dylan dengan lembut. Olive agak cair mendengar kata Dylan yang lembut.

Olive teragak untuk menghulurkan tangannya. Kalau cincin itu disarung dijari Olive maknanya Olive akan jadi isteri Dylan yang sah buat selamanya.

"Olive, hulurkan tangan sayang." kata Puan Rhea. Dia fikir mungkin Olive terasa malu. Olive memandang Puan Rhea. Puan Rhea tersenyum.

Olive berdebar dan dia melepaskan sedikit nafasnya. Olive pun hulurkan tangan kepada Dylan. Dylan menyambut tangan Olive lalu menyarungkan cincin dijarinya.

"Cantik." kata Dylan apabila melihat cincin dijari Olive.

"Nah." Dylan memberi kotak cincin kepada Olive. Kini tiba giliran Olive untuk menyarungkan cincin dijari Dylan.

Olive ambil kotak cincin dan mengeluarkan cincin itu. Dia gementar untuk menyarungkan cincin dijari Dylan. Gementarnya bertambah apabila Dylan tidak henti menatap wajah Olive.

"Olive, sarungkan cincin tu dijari Dylan." kata Puan Rhea. Olive mengangguk. Dia pun menyarungkan cincin dijari Dylan. Tangannya yang sejuk meresap masuk ke tangan Dylan yang berdarah panas itu. Dylan tersenyum. Dia tahu Olive sedang gementar.

"Tahniah, kamu berdua sah menjadi suami dan isteri." kata Oracle. Tetamu yang hadir bersorak dengan gembira. Puan Rhea sekeluarga pun nampak gembira sekali. Semuanya tersenyum kecuali Olive. Perasaannya bercampur baur.

"Olive.." Dylan menghulurkan tangannya kepada Olive.

"Hah?" balas Olive. Dia kebingungan.

"Would you dance with me?" pelawa Dylan dengan budiman.

"Err.." balas Olive.

"Pergilah kak Olive." kata Stella yang sedang menari riang. Olive lihat semua tetamu sedang menari mengikut alunan rentak muzik. Semuanya sedang bergembira.

"Jom?" ajak Dylan.

Olive pun sambut tangan Dylan. Mereka menari ditengah dewan bersama yang lain. Tangan kanan Dylan memegang tangan Olive manakala tangan kirinya memaut pinggang Olive.

Olive terasa malu dan tidak bergerak sedikit pun. Dia tidak pandai menari. Jadi Dylan terus mengerak Olive agar mengikut gerakannya. Perlahan-lahan mereka menari.

"Just follow my step." bisik Dylan ditelinga Olive. Serta merta muka Olive berubah jadi merah padam. Dia malu apabila Dylan berada dekat dengannya. Dia terbatuk sedikit.

"Relaks." kata Dylan. Mereka pun menari sehingga muzik tamat.

Usai menari mereka semua menjamu selera. Tekak Olive agak mual melihat hidangan yang tersedia. Ada minuman darah, daging mentah dan pelbagai makanan yang lain yang sesuai untuk setiap tetamu yang hadir. Kemudian seorang chef mengeluarkan kambing golek.

"Jom." Dylan tarik tangan Olive dan mereka bergerak ke arah kambing golek itu.

Chef tersebut memberi sebilah pedang kepada Dylan. Dylan ambil pedang tersebut.

"Olive, pegang pedang itu bersama Dylan." kata Tuan Thomas. Olive pun pegang pedang tersebut dan mereka memotong kambing tersebut. Rupanya upacara ini sama seperti upacara memotong kek.

Kambing golek yang dipotong diberikan kepada tetamu. Dylan dan Olive duduk dimeja untuk menjamu selera. Hidangan untuk mereka adalah hidangan yang sesuai untuk Olive makan.

Sambil menjamu selera, keluarga Dylan serta tetamu yang lain memberi ucapan selamat kepada Dylan dan Olive.

"Saya wakil warewolf ingin mengucap tahniah kepada Dylan dan isteri. Selamat untuk kalian. Auu.." laung Alexander, ketua warewolf. Ucapannya disambut laungan oleh salakan warewolf yang lain.

"Hi, saya Johny hehe.. Saya nak ucapkan tahniah kepada Dylan. Cepat-cepatlah dapat baby. Kalau perlukan baby sitter saya ada hehe. Saya besar dan kacak tapi saya juga comel dan gebu. Saya boleh jadi tilam dan selimut untuk baby Dylan." kata Johny si big foot yang berbulu. Semua tetamu ketawa mendengar ucapan Johny.

Dylan juga turut ketawa. Dia mencuri pandang ke arah Olive. Olive senyap dan menjamah makanannya.

"Terima kasih kepada semua puak vampire, warewolf, witch serta beast kerana sudi hadir ke majlis perkahwinan anak kami. Terima kasih kepada semua yang membantu. Semoga tuhan merahmati kalian." kata Tuan Thomas. Dia amat gembira pada hari ini.

"Selamat." jerit Tuan Thomas sambil mengangkat cawan yang berisi jus darah.

"Selamat." kata tetamu yang lain. Mereka pun minum jus itu.

"Kepada Dylan dan Olive, tahniah. Semoga perkahwinan yang dibina kekal sampai bila-bila. Dad gembira dengan perkahwinan kamu berdua. Dad harap hubungan kamu bahagia dan dirahmati." luah Tuan Thomas. Dylan mengangguk sambil mengucap terima kasih kepada bapanya. Olive turut tersenyum sebagai menghormati Tuan Thomas.

"Selamat untuk Dylan dan Olive." jerit Johny. Mereka semua pun ucap selamat dan menjamah hidangan yang tersedia sambil dihiburkan dengan persembahan silap mata dan nyanyian daripada tetamu yang hadir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience