6

Vampire Series 59850

Cahaya menyuluh ke muka Olive melalui lubang udara yang kecil. Ini menandakan hari telah siang. Olive yang terasa silau segera bangun dari tidurnya.

"Hwua.." Olive mengeliat. Itulah perkara pertama yang Olive sentiasa lakukan apabila bangun dari tidur.

"Haish.. Kat sini lagi.." kata Olive sambil mengosok matanya. Dia berharap sangat yang ini semua mimpi dan langsung tidak terlibat perkara yang dialami sekarang. Semuanya sangat tidak masuk akal.

"Pukul berapa ni?" secara tidak sengaja Olive melihat tangannya.

"Ish aku mana pakai jam." kata Olive sendirian.

"Eh apa ni?" Olive lihat tangannya yang terdapat kesan merah.

"Aik kenapa pulak ni?" Olive mula berfikir sambil membelek tangannya.

"Oh.." Olive teringat peristiwa semalam.

"Kurang asam punya vampire. Dia buat tangan aku yang mulus ni sampai jadi macam ni." marah Olive. Selama ini dia sangat menjaga dirinya. Setiap hari dia akan memakai losyen. Tetapi sekarang dah tak cantik.

"Biadab pulak tu. Senang-senang je angkat aku." kata Olive.

"Hmm.. Tapikan bau parfum vampire tu macam pernah baulah." kata Olive. Semasa Dylan mengangkatnya semalam dia ada tercium bau Dylan dan bau tu seperti familiar. Dia cuba mengingat sesuatu.

"Argh.. Lantaklah." Olive malas berfikir.

Krak.. Krakk.. Kedengaran pintu dibuka seseorang. Tentu Nancy yang buka.

"Cik Olivia dah bangun?" soal Nancy.

"Ye.." Olive jawab dengan perlahan.

"Jom cik, cik perlu bersiap sekarang." ajak Nancy.

"Bersiap? Untuk ke mana? Saya tak nak pergi mana-mana. Saya rela dikurung di sini." kata Olive. Dia lagi suka terkurung disini memandang diluar sana adalah vampire. Dia takut.

"Cik kena pergi sekolah." balas Nancy.

"Hah? Sekolah untuk apa?" Olive terkejut. Dia dah habis sekolah dah. Buat apa nak pergi sekolah pula?

"Untuk belajar pasal vampire." balas Nancy.

"Belajar pasal vampire? Untuk apa? Saya tak nak jadi vampire." kata Olive dengan nada sedih. Dia tidak mahu jadi vampire. Dia nak jadi manusia selamanya. Dia hanya mahu balik ke pangkuan mummy daddy.

"Bukan. Sekolah tu untuk Cik Olivia belajar pasal vampire sahaja. Semua yang berkaitan pasal perkara penting mengenai vampire. Kan Cik Olivia berkahwin dengan Tuan Muda Dylan. Jadi cik kena ada pengetahuan pasal vampire supaya dapat jadi isteri yang baik dan memahami." jelas Nancy.

"Hah? Isteri baik dan memahami? Hm.. Saya tak nak kahwin." kata Olive. Dia muncungkan bibirnya. Dia masih muda untuk berkahwin.

"Cik Olivia kena kahwin jugak semua ni suratan takdir." kata Nancy.

"Takdir? No." Olive tidak bersetuju dengan kata-kata itu.

"Yes, cik dah lupa apa yang saya ceritakan? Vampire sangat bersedih tau dengan kejadian tu." Nancy cuba memanipulasi Olive.

"Tapi, tapi tu bukan salah saya." kata Olive.

"Tapi cik dari keturunan yang sama." balas Nancy.

"Hm.." Olive tidak tahu ingin berkata apa lagi.

"Jom cik nanti lambat. Puan Rhea dan Tuan Thomas yang suruh cik ke sekolah tu." kata Nancy. Dia menarik tangan Olive dan mereka tiba dibilik Olive sebelum ini yang terletak ditingkat satu.

"Cik Olivia mandi dan pakai baju ni ya." kata Nancy. Dia meletakkan uniform sekolah berwarna hitam diatas katil. Olive hanya berdiri tegak.

"Please cik." rayu Nancy dengan wajah yang kasihan.

"Yelah.." Olive pun mandi setelah itu dia pakai uniform yang diberi.

"Dah siap.." kata Olive dengan malas.

"Okay jum turun." kata Nancy. Mereka pun turun ke bawah untuk bersarapan.

"Cik nak makan apa?" soal Nancy.

"Err.. Roti?" balas Olive.

"Kejap ye." kata Nancy. Olive duduk bersendirian dimeja makan. Nampaknya tiada vampire dirumah ini. Nasib baiklah. Olive takut kalau berhadapan mereka.

"Cik Olivia jemput makan." Nancy meletakkan makanan didepan Olive. Semua makanan nampak normal jadi Olive pun makan memandangkan perutnya terasa lapar.

Usai makan, Olive dihantar oleh Cody ke sebuah sekolah yang terletak tidak jauh dari rumah tersebut.

"Ini sekolah atau rumah hantu?" soal Olive apabila sampai disekolah itu. Sekolah tersebut nampak sangat lama dan buruk. Menakutkan..

"Jemput masuk cik." pelawa Cody. Mereka pun masuk ke dalam sekolah itu. Ternyata diluar sahaja yang nampak buruk tetapi didalamnya sangat cantik dan mewah.

"Wah." Olive terpegun.

"Kelas Cik Olivia disana. Cik Olivia akan belajar pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sebulan." kata Cody.

"Sebulan?" Olive terkejut. Dia ingat macam pergi kursus je iaitu sehari atau dua. Tetapi sebulan? Sehari pun sudah bagai bertahun lamanya. Ini kan sebulan. Cody mengangguk.

"Lamanya.." kata Olive lagi. Kenapa lama sangat? Apa yang perlu dia pelajari? Banyak ke pasal vampire yang dia perlu tahu?

"Takpelah cik masuk kelas dulu. Saya tunggu cik diluar sampai kelas tamat. Nanti saya akan hantar cik pulang." kata Cody. Sememangnya tugasnya adalah menjaga Olive memandangkan Olive adalah pengantin vampire kepada Dylan.

"Hah? Tunggu saya? Hm.. Okay.." Olive pun masuk ke dalam kelas tersebut dengan langkah yang longlai. Dia tidak boleh berkata tidak kerana dia tahu perkara itu hanya sia-sia. Dia juga tidak boleh lari ke mana-mana kerana Cody ada disini.

"Haih.." Olive mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience