4

Vampire Series 59844

"Cik.. Kita dah sampai." kata Cody.

"Eh?" Olive terkejut. Dia buka matanya dan dapati mereka berada disebuah perkampungan. Tetapi kampung ini nampak pelik dan menakutkan. Olive tak pernah nampak tempat yang macam ini.

"Err.. Macam mana boleh tiba-tiba sampai kat sini? Bukan tadi?" Olive kebingungan. Dia masih hidup padahal tadi sudah jatuh gaung. Semuanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Jom cik." kata Cody. Mereka semua keluar daripada kereta.

"Nak pergi mana ni?" soal Olive.

"Rumah tu." Cody tunjuk ke arah sebuah rumah besar.

"Tak nak." kata Olive. Dia takut. Dia tak mahu pergi mana-mana. Dia mahu pulang ke rumah.

"Nak atau tak bukan masalah kami." Ray tarik tangan Olive dan mereka sampai dirumah itu. Tangan Olive dilepaskan dan pintu rumah diketuk. Pintu dibuka oleh seseorang.

"Olivia. Dah lama kami menantikan kamu." kata seorang perempuan tua.

"Hah?" Olive jadi pelik. Kenapa orang-orang ni kenal Olive sedangkan dia langsung tidak mengenali atau nampak orang-orang ini dimana-mana. Siapa mereka?

"Mari masuk." kata nenek itu. Olive masuk ke dalam rumah itu manakala Cody dan Ray menghilangkan diri.

"Olivia." Olive dipeluk seorang wanita. Di rumah itu terdapat beberapa orang wanita, lelaki dan seorang pemuda.

"Kami dah lama menanti kedatangan kamu. Duduklah nak." kata seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan daddy.

"Saya Thomas, ni isteri saya Rhea, anak perempuan kami Stella, pembantu kami Nancy dan pemuda tu Dylan, jodoh kamu." kata Thomas.

"Hah? Apa? Jodoh?" mata Olive terbeliak. Jodoh? Maknanya.. Biar betul? What? Olive pandang Dylan. Kulit Dylan sangat putih seperti mayat. Rambutnya agak panjang menutup mata. Struktur muka sangat sempurna menampakkan Dylan seorang lelaki yang kacak. Perfectnya!

"Olive stop." kata hati Olive. Tapi bagaimana? Kenapa? Kenapa kena sampai culik Olive? Err.. Mintalah izin mummy, daddy dulu kalau ye pun.

"Tapi.." Olive tak tahu hendak kata apa. Dia malu, keliru dan tertanya-tanya.

"Dylan duduk sebelah Olivia." kata Thomas. Dylan dengan malas duduk sebelah Olive. Dia tidak suka kepada Olive. Dia buat muka kepada Olive. Olive menunduk mukanya.

"Macam pinang dibelah dua." puji Rhea. Dia tersenyum. Sudah lama dia menantikan saat ini.

"Tapi.." belum sempat Olive berkata-kata Thomas memotong.

"Nancy, bawa Olivia ke biliknya. Dia perlu rehat untuk majlis nanti." arah Thomas.

"Err.." Olive jadi tidak keruan.

"Baik Tuan. Sila kan cik." Olive dibawa Nancy masuk ke dalam sebuah bilik.

"Saya Nancy, pembantu Cik Olivia. Cik Olivia rehat dibilik ni. Pakaian tersedia dalam almari. Kalau ada apa-apa panggil je saya." Nancy memperkenalkan dirinya. Tubuh Nancy agak bongkok dan terdapat parut disebelah mukanya. Parut itu nampak sangat menakutkan.

"Nancy tolong saya." minta Olive.

"Tolong apa?" soal Nancy.

"Tolong keluarkan saya dari tempat ni." kata Olive.

"Tak boleh. Cik Olivia kena tinggal disini. Cik Olivia kena kahwin dengan Tuan Muda Dylan." kata Nancy.

"Tapi kenapa? Apa salah saya? Kenapa saya kena kahwin pulak? Saya tak kenal pun dengan mereka semua. Jangan-jangan mereka salah orang." kata Olive.

"Jadi Cik Olivia tak tahu?" soal Nancy. Olive menggeleng. Tak tahu pasal apa pula ni?

"Sebenarnya dulu terdapat satu tragedi antara manusia dan vampire." kata Nancy dengan serius.

"Hah? Manusia dan vampire?" Olive terkejut. Jadi vampire tu wujud? Biar betul?

"Ye, Pada zaman dahulu, manusia dan vampire hidup dalam keadaan aman dan damai. Mereka hidup bahagia dengan membuat hal masing-masing. Tetapi semua itu berubah apabila seorang manusia disebuah perkampungan telah merogol dan membunuh seorang vampire perempuan. Selepas daripada peristiwa itu, vampire telah berdendam dengan manusia. Mereka sering membuat onar dan membunuh manusia secara beramai-ramai. Semuanya jadi sangat kacau bilau. Sampailah suatu masa, ketua kampung manusia berjumpa dengan ketua vampire. Mereka meminta maaf, berbincang dan berjanji untuk membuat apa sahaja bagi menghentikan kekacauan vampire. Awalnya, ketua vampire tidak terima. Tetapi selepas witch mendapat suatu ramalan. Vampire telah membuat syarat kepada ketua kampung. Ketua kampung terpaksa bersetuju bagi menjaga keselamatan manusia dan menjamin agar manusia tidak pupus begitu sahaja." cerita Nancy.

"Hah? Err.. Apa syarat vampire tu?" soal Olive. Dia macam tidak percaya sahaja dengan apa yang didengar. Tetapi dia ingin tahu apa yang terjadi.

"Seorang anak perempuan daripada setiap keturunan ketua kampung perlu berkahwin dengan keturunan ketua vampire. Sama ada mereka setuju atau pun tidak. Anak perempuan itu akan diambil sendiri oleh vampire apabila usia mereka 18 tahun." balas Nancy.

"Kenapa macam tu?" soal Olive.

"Menurut petunjuk dan ramalan witch, vampire akan jadi lebih kuat dan berkuasa sekiranya berkahwin dengan manusia. Populasi vampire juga akan bertambah dan jadi lebih ramai. Ada juga manusia itu dijadikan korban." jelas Nancy.

"Apa?? Jadi apa kena mengena dengan saya?" soal Olive.

"Cik Olivia adalah dari keturunan ketua kampung. Manakala Tuan Muda Dylan adalah vampire, cucu kepada ketua vampire." kata Nancy.

"Apa?" Olive terkejut. Jadi selama ini sebab Olive dikurung dirumah adalah kerana dia keturunan ketua kampung. Mummy dan daddy takut Olive diambil vampire? Itu maksud mummy yang diluar itu bahaya? Kenapa mummy tak pernah cerita pasal ni?

"Jadi saya kena kahwin dengan vampire? Dylan tu vampire?" Olive terkejut sangat. Dia tidak keruan. Pada masa yang sama dia jadi takut.

"Nancy, awak kena tolong keluarkan saya dari tempat ni." rayu Olive sambil memegang tangan Nancy.

"Tak boleh maafkan saya." Nancy melepaskan tangan Olive dan keluar dari bilik itu. Pintu bilik itu dikunci. Olive ditinggalkan sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience