52

Vampire Series 59850

Dylan keluar berjumpa dengan Cody. Seperti biasa dia ingin tahu perkembangan vampire yang mereka siasat selama ini. Dia ingin tahu kalau-kalau vampire itu telah merancang sesuatu masalah yang baru.

"Macam mana Cody? Ada apa-apa perkembangan pasal vampire tu?" soal Dylan.

"So far tuan muda, vampire tu tak buat apa-apa lagi. Dia just hidup seperti biasa." jawab Cody. Sudah beberapa hari dia ikut vampire tersebut. Dia lihat vampire itu tidak buat sebarang perkara yang mencurigakan.

"Pelik? Saya rasa mesti dia ada sembunyikan sesuatu. Mustahil dia berputus asa." balas Dylan. Sepatutnya masa-masa seperti ini dia sudah mulakan langkah yang seterusnya. Mustahil kalau dia sudah berputus asa. Mesti dia telah rancang sesuatu dalam diam. Mungkin juga dia dapat menghidu penyiasatan mereka.

"Ya, saya pun fikir macam tu." angguk Cody.

"Hmm.. Awak terus je ikut dia macam biasa sebab saya yakin tentu ada udang disebalik batu. Awak cari sampai jumpa rancangan jahat dia." Dylan harus tahu apa yang dirancang vampire itu. Mereka perlu bersedia.

"Baik tuan muda." mereka pun bersurai.

Dylan pun menuju pulang ke rumah.

"Tuan muda dah balik?" tegur Nancy. Dia sedang berbual dengan Olive diruang tamu. Olive hanya memandang Dylan.

"Ya." Dylan mengangguk.

"Tuan muda nak makan? Boleh saya hidangkan." soal Nancy. Sekarang sudah masuk waktu makan tengahari.

"Sekejap lagilah. Saya nak mandi dulu." kata Dylan.

"Baik." angguk Nancy.

"Korang bersembanglah. Saya nak naik atas." kata Dylan sambil mengerling ke arah Olive. Lalu dia pun naik ke biliknya. Tombol biliknya dibuka tetapi dia sedikit terkejut.

"Eh salah masuk bilik ke ni?" Dylan seperti tidak mengenal biliknya sendiri. Dia keluar semula.

"Betullah." Dylan melihat bilik-bilik yang ada. Memang bilik yang dia masuk adalah biliknya sendiri. Tetapi kenapa lain benar biliknya.

"Siapa pulak yang hias macam ni?" soal Dylan. Biliknya sebelum ini simple dan kebanyakan barang hiasan berwarna hitam tetapi sekarang dihiasi dengan bunga-bunga berwarna pastel. Cadar katil pun bertukar menjadi warna peach. Dimeja pula dihias dengan frame gambar dan hiasan-hiasan kecil yang comel.

"Ni mesti kerja Olive ni." fikir Dylan. Siapa je yang selalu keluar masuk biliknya. Mustahillah kalau Nancy dan mum yang hias macam ni.

"Haih." Dylan mengeluh. Dia pun capai tuala dan mandi. Nanti-nantilah dia tanya.

Olive tunggu beberapa minit sebelum naik ke atas. Dia ingin meminta izin kepada Dylan untuk ambil keputusan ujiannya nanti.

"Dylan." Olive ketuk pintu bilik.

"Yes?" soal Dylan.

"Awak dah siap mandi ke?" soal Olive.

"Dah." balas Dylan.

Olive membuka pintu perlahan. Dia lihat Dylan sedang menyikat rambut. Olive menghembuskan nafasnya. Dia takut juga kalau Dylan tidak izinkan.

"Dylan.. Saya nak cakap sikit ni. Nak minta izin sebenarnya." Olive membuka bicara dengan sopan.

"Hah? Nak minta izin untuk apa?" soal Dylan. Tiba-tiba sahaja Olive nak minta izin. Minta izin untuk apalah agaknya.

"Minta iz.." sebelum sempat Olive menghabiskan ayatnya Dylan pula mencelah.

"Eh jap, pasal bilik ni. Siapa yang hias bilik ni jadi macam ni?" soal Dylan. Dari tadi dia tertanya tentang hal ini.

"Sayalah. Cantik tak?" soal Olive. Dia tersenyum bangga. Dia rasa bilik ni nampak lebih ceria berbanding sebelum ini.

"Cantik? Haish kau ni suka hati je kan? Bukan nak tanya aku dulu." kata Dylan. Suka hati betul Olive ubah hiasan bilik Dylan. Biliknya sudah tidak maskulin lagi dan lebih nampak ke arah feminin.

"Ala.. Saya cuma nak manfaatkan hadiah kahwin je. Lagipun awak yang kata ni bilik kita. Bilik saya dan awak. So apa salahnya kalau saya hias pun?" Olive membela diri.

"Hmm.." betul apa yang Olive kata. Dylan sendiri yang cakap macam tu. Bilik ini bilik mereka berdua. Jadi tidak salah kalau Olive nak hias atau ubah suai bilik ini.

"Cantikkan saya hias? Kan-kan?" soal Olive.

"Yelah cantik. Pandai kau hias." puji Dylan dengan malas-malas.

"Kau nak cakap apa tadi?" soal Dylan. Terlupa pula tadi Olive ada nak minta izin sesuatu.

"Oh.. Err.. Keputusan ujian dah keluar. Saya nak pergi ambil nanti." jawab Olive.

"Bila?" Dylan pandang Olive.

"Selasa depan." Olive juga memandang Dylan.

"Oh.. Nanti aku hantar kau. Kita pergi sama-sama." setahu Dylan dia tidak sibuk pada hari Selasa depan. Jadi dia boleh hantar Olive ke sekolah dan mereka boleh pulang bersama.

"Eh tak payah." Olive menggeleng kepala.

"Kenapa pulak?" Dylan berfikir, tadi Olive kata nak pergi ambil keputusan lepastu tak payah pula.

"Awak tak payah teman kan saya." kata Olive.

"Sebab?" kenapa pula Dylan tak perlu teman Olive? Olive ni tak takut bahaya ke? Vampire misteri yang tempoh hari belum tertangkap lagi. Identitinya pun tidak ketahuan. Bahaya kalau Olive bersendirian apabila berada diluar rumah. Vampire itu mungkin akan datang menyerang.

"Saya nak pergi dengan Slyvia dan.." Olive berhenti bercakap sebelum dia sempat menyebut nama Caylus.

"Hmm.. Kalau aku sebut nama Caylus mesti Dylan tak bagi nanti." fikir Olive. Sebelum ini Dylan sudah berpesan untuk Olive jauhkan diri daripada Caylus. Kalau Olive kata dia akan pergi bersama Caylus tentu Dylan tidak izinkan.

"Dan?" soal Dylan.

"Dan kawan Slyvia." tipu Olive.

"Siapa kawan Slyvia tu?" Dylan ingin tahu.

"Err.. Saya pun tak kenal sangat sebenarnya. Tapi jangan risaulah kawan Slyvia baik belaka. Satu kelas dengan saya juga." sekali lagi Olive menipu.

"Boleh percaya ke?" soal Dylan.

"Boleh-boleh." jawab Olive.

"Kalau awak risau awak boleh je suruh Brian atau Andy temankan kami." cadang Olive. Olive tidak sebut nama Cody walaupun dia vampire penjaga yang utama. Hal ini kerana Cody mengenali Caylus. Nanti habislah kalau Cody ceritakan kepada Dylan. Mesti Olive kena marah selepas itu. Brian dan Andy pula vampire penjaga yang baru jadi mungkin mereka tidak mengenali Caylus. Olive akan selamat.

"Daripada suruh dorang. Baik aku je yang temankan." kata Dylan.

"Kalau awak teman nanti seganlah kami." ujar Olive.

"Segan kenapa pulak?" Dylan berkerut dahi sedikit.

"Seganlah sebab kami nak ambil keputusan ujian. Mesti dapat biasa-biasa je. Tak macam awak. Mesti keputusan awak jauh lebih baik." Olive pernah dengar cerita yang Dylan seorang yang pandai disekolah dahulu.

"Eleh biasa je tu. Jangan risau aku ni bukannya judgemental." Dylan bukannya jenis yang suka mengambil tahu keputusan ujian vampire lain. Dia cuma ambil tahu hal berkaitan kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan penduduk vampire sahaja.

"Tak cakap pun awak judgemental." Olive tidak terfikir pula tentang itu. Dia cuma nak pergi ambil keputusan ujian bersama rakan baiknya sahaja.

"Habistu?" soal Dylan.

"Segan." Olive tidak tahu untuk memberi alasan apa.

"Apa pulak nak segan dengan aku? Kau bukan orang lain pun. Isteri aku pulak tu. Lagipun teruk sangat ke keputusan kau tu?" kata Dylan. Olive ni berahsia sangat.

"Sebab tulah saya segan. Saya tak segan dengan awak tapi segan dengan yang lain. Dorang ambil keputusan ujian dengan kawan. Saya pula suami yang teman." kata Olive. Dia segan kalau ke sekolah bersama suami.

"Yeke bukan sebab kau takut aku tahu keputusan kau?" Dylan angkat kening.

"Awak ni tak baik tau cakap macam tu. Saya dah buat sehabis baik dah." balas Olive.

"Dengan Brian dan Andy tak segan pula?" soal Dylan.

"Tak sebab tak kenal sangat." kata Olive.

"Hmm.." balas Dylan.

"Bolehlah. Kali ni je." pujuk Olive.

"Boleh tapi kau kena share keputusan yang kau dapat." Dylan bersetuju dengan syarat.

"Boleh je." Tidak kira apa pun keputusan Olive nanti, dia akan berkongsi sahaja dengan Dylan. Lagipun dia tidak terfikir pula untuk berahsia.

"Okay aku izinkan." kata Dylan.

"Yeay, terima kasih Dylan." Olive gembira.

Mereka pun turun bawah untuk makan tengahari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience