79

Vampire Series 59842

Selepas daripada kejadian yang berlaku di Hutan Hitam, Dylan terus ke hospital dan menerima rawatan sebagai pesakit luar memandangkan hanya terdapat beberapa luka kecil dibahagian muka dan bahagian badannya. Manakala Cody pula dirawat diwad kerana kecederaannya. Tetapi tiada apa yang serius.

Olive juga dirawat dihospital yang sama tetapi selepas itu Dylan terus menghantar Olive pulang ke rumahnya yang asal. Disitu dia bertemu dengan ibu bapa Olive. Dylan telah membuat satu perjanjian baru dengan ibu bapa Olive dan mereka berdua bersetuju dengan keputusan tersebut. Setelah itu, dia pun pulang semula ke Kampung Vampire.

Dylan juga telah menjelaskan segalanya kepada Puan Rhea dan Encik Thomas. Pada awalnya mereka akan terkejut dengan keputusan Dylan. Tetapi mereka percaya kerana Dylan lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan juga Olive. Mereka berdoa yang baik sahaja untuk Dylan dan Olive.

Dylan menjalani hari-harinya seperti biasa tanpa Olive. Selain itu, Dylan kerap kali datang ke hospital untuk melawat Cody. Dia rasa agak bersalah terhadap Cody kerana dia telah menyebabkan Cody tercedera. Kalau tidak kerana Cody teman Dylan tentu Cody akan baik sahaja.

"Cody, saya minta maaf kerana saya, kamu cedera macam ni." kata Dylan. Dia duduk dikerusi menghadap katil Cody. Cody sedang terbaring dikatil itu.

"Tak mengapa tuan muda. Bukan salah tuan muda pun. Saya sendiri yang nak teman tuan muda. Saya dah siap sedia dengan sebarang kemungkinan. Tuan muda jangan risau." kata Cody. Dia tersenyum. Dia tidak pernah salahkan Dylan. Bahkan dia rasa gembira dapat membantu apa yang patut. Dia juga terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dylan.

"Terima kasih ya Cody bantu saya." ucap Dylan. Kalau kerana bantuan Cody pada tempoh hari dia berjaya menewaskan ular besar.

"Sama-sama. Terima kasih juga pada tuan muda kerana selamatkan saya dan bawa saya ke hospital." ucap Cody pula. Kalau Dylan tidak membantu selamatkan Cody semasa dia diserang anjing tentu nyawanya sudah melayang. Cody terhutang nyawa dengan Dylan.

"Ya." Dylan mengangguk.

Dylan termenung jauh. Tiba-tiba dia teringat pada Olive. Entah apalah yang Olive buat sekarang. Adakah dia sudah sembuh? Adakah Olive baik-baik sahaja dirumahnya?

"Tuan muda.. Saya nak tanya sikit boleh?" soal Cody. Dia ingin bertanyakan sesuatu kepada Dylan.

"Boleh, tanyalah." jawab Dylan.

"Sebenarnya tuan muda pasti ke dengan apa yang tuan muda telah lakukan?" soal Cody.

"Maksud kamu, Olive?" soal Dylan. Dia seperti mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Cody. Cody mengangguk. Dylan termenung lama dan kemudian barulah dia bersuara.

"Saya rasa ini keputusan yang paling terbaik untuk kami berdua." kata Dylan.

"Ohh.. Saya jadi rindu pula pada Cik Olive." luah Cody.

"Hah?" Dylan terkejut.

"Eh tak, maksud saya sebab selama ni saya jadi vampire penjaga kepada Cik Olive. Jadi bila Cik Olive dah pindah rasa macam kehilangan pula." kata Cody. Mengelabah juga Cody apabila Dylan terbeliakkan matanya. Nasib baiklah dia cepat-cepat betulkan apa yang dia katakan.

"Ohh.." Dylan mengangguk. Sejujurnya dia juga rindu pada Olive. Sudah lama Olive tinggal dirumah Dylan. Hari-hari Dylan lihat wajah Olive tetapi kali ini Olive sudah tiada. Tiada lagi senyuman manis daripada Olive.

Suami mana yang sanggup berpisah dengan isteri sendiri? Tetapi apakan daya, dia tidak mampu untuk mempertahankan Olive untuk terus tinggal disini. Disini terlalu bahaya untuk Olive. Dylan tidak boleh mementingkan diri sendiri dan membelakangkan soal nyawa dan keselamatan Olive. Sudah terlampau banyak perkara yang terjadi pada Olive. Dylan tidak sanggup lagi membiarkan Olive dalam bahaya lagi.

Selain itu, Dylan juga telah melepaskan Caylus disebabkan sifat perikemanuasiaannya tetapi dia sendiri tidak tahu sama ada Caylus akan berubah atau tidak. Setelah mengambil kira sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, Dylan ambil keputusan untuk menghantar Olive pulang ke pangkuan orang tuanya. Dylan percaya itulah tindakan yang terbaik.

Dylan berharap yang Olive akan baik-baik sahaja disana. Dia percaya disana keselamatan Olive lebih terjamin. Dylan telah membuat beberapa langkah keselamatan yang lain seperti menempatkan beberapa vampire penjaga berdekatan dengan rumah Olive. Disamping itu, dia juga memperketatkan keselamatan keluar masuk disetiap pelosok kampung. Akan ada vampire pengawal yang mengawal keluar masuk vampire. Tiada sesiapa yang akan terlepas.

"Tapi tuan muda, takpe ke tuan muda tak jelaskan apa-apa pada Cik Olive?" soal Cody. Selepas Dylan hantar Olive pulang ke rumahnya Dylan langsung tidak berjumpa dengan Olive. Dia langsung tidak bertanya khabar dan sebagainya. Kesian juga pada Olive tentu dia tidak faham dengan apa yang berlaku sebenarnya.

"Saya rasa lebih baik macam tu." kata Dylan. Dia rasa tidak perlulah dia berjumpa lagi dengan Olive.

Dari jauh Dylan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Olive. Dia harap Olive faham dengan keputusan ini. Dia rasa ralat juga kerana tidak mengucapkan selamat tinggal atau menitip sebarang pesanan. Tetapi Dylan rasa lebih baik begitu. Sekurang-kurangnya mereka tidaklah rasa sakit perpisahan.

"Cody macam mana dengan luka kamu?" Dylan ingin mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu lagi berbicara tentang Olive.

"Luka saya dah semakin baik dan mula kering." Cody pandang lengannya yang berbalut. Menurut doktor luka itu sudah mula semakin baik dan kering. Tidak lama lagi Cody akan pulih seperti biasa.

"Oh, maknanya lepas ni kamu dah boleh keluar hospital." kata Dylan. Dia lega yang keadaan Cody semakin baik. Bukannya apa dia risau kalau-kalau gigitan anjing tersebut terdapat racun atau sebagainya kerana ia anjing yang berasal dari Hutan Hitam. Tetapi Cody bernasib baik kerana tiada perkara yang memudaratkan berlaku pada dirinya.

"Ya." Cody tersenyum. Dia gembira kerana tidak lama lagi dia sudah boleh pulang ke rumah. Dia agak bosannya juga tinggal dihospital. Sudah lama dia tidak pulang ke rumahnya. Dia rindu pula pada rumah sendiri.

"Kalau macam tu kamu berehatlah sampai kamu sembuh. Bila dah sembuh nanti barulah kamu boleh kerja seperti biasa." kata Dylan.

"Baik tuan muda. Terima kasih." ucap Cody.

"Ya, sama-sama." balas Dylan.

Dylan berbual-bual dengan Cody dan tidak lama kemudian dia pun meminta diri untuk beredar. Dia ingin beri peluang kepada Cody untuk berehat. Cody mengambil peluang ingin untuk berehat sepuas-puasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience