57

Vampire Series 59850

Olive tersedar daripada pengsannya. Dia memegang belakang kepalanya yang sakit. Pukulan dikepalanya agak kuat juga. Tetapi nasib baiklah Olive tidak hilang ingatan. Dia masih ingat siapa dirinya.

"Aduh.." kata Olive. Kepalanya ada rasa berbenjol sedikit. Namun Olive dapati tiada darah mahupun luka. Hanya bengkak sahaja. Syukurlah tiada kecederaan yang serius.

"Aku kat mana ni?" soal Olive. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Dia pandang ke arah sekeliling. Dia seperti berada disebuah kandang. Kandang kuda. Dia terdengar bunyi kuda tetapi tempat yang dia berada sekarang tiada seekor kuda pun. Mungkin kuda ada bahagian sebelah.

"Macam mana aku ada kat sini?" soal Olive. Entah bagaimanalah dia boleh berada dikandang kuda ini. Kenapa dia boleh berada disini? Bukankah tadi dia ada berdekatan dengan rumah? Kandang kuda ini milik siapa sebenarnya?

Olive pun hendak bangun tetapi dia tidak dapat berdiri. Kakinya terasa amat berat. Ada sesuatu pada kakinya yang menyebabkan dia tidak dapat bangun. Lalu Olive pun melihat ke arah kakinya dan didapati kakinya telah dipasung.

"Eh. Kenapa ni?" Olive terkejut. Dalam keadaan kelam kabut dia cuba untuk membuka pasung tersebut tetapi malangnya tidak berjaya. Pasung itu berat dan telah dirantai dengan rantai besi yang besar. Tenaga Olive tidak terdaya untuk melepaskan diri.

"Apa yang dah jadi ni? Kenapa benda ni ada kat kaki aku?" Olive mula merasa takut. Kenapa tiba-tiba dia dipasung pula ni? Siapa yang tergamak memasungkan kakinya?

"Tolong!!" jerit Olive meminta tolong. Dia takut kalau yang sebenarnya vampire misteri telah menculiknya. Itu petanda yang sangat tidak baik. Dia harus keluar dari tempat ini sebelum terlambat.

"Tolong saya! Sesiapa tolong saya." jerit Olive sekali lagi. Dia berharap agar ada vampire yang baik hati sudi untuk membantu Olive. Olive tidak mahu terperangkap disini buat selamanya. Dia ingin pulang ke rumah.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki meluru ke arah dimana Olive berada. Olive terus menutup rapat mulutnya. Peluh mula membasahi dahi. Dia jadi cemas mengenangkan siapa yang datang ke mari.

Pintu kandang tersebut ditolak dengan kuat. Olive terkejut. Bayang seseorang nampak berjalan masuk ke dalam. Olive jadi berdebar-debar.

"Slyvia!" sebut Olive. Wajah yang cemas bertukar gembira. Dia berasa lega apabila melihat Slyvia. Tentu Slyvia mahu menyelamatkan Olive. Tentu dia telah mendengar jeritan Olive sebentar tadi.

"Slyvia tolong saya." pinta Olive.

"Ya." Slyvia pun segera menghampiri Olive. Dia cuba untuk melepaskan Olive.

"Nasib baik awak datang selamatkan saya. Kalau tidak saya tidak tahu apa yang akan jadi dengan nasib saya." kata Olive. Dia sangat bersyukur dengan kehadiran Slyvia. Slyvia benar-benar seorang penyelamat kepada Olive. Olive sangat beruntung dapat kawan baik macam Slyvia.

"Ya." Slyvia mengangguk.

Olive melihat wajah Slyvia yang calar balar. Tangan Slyvia juga kelihatan berbalut. Rasa bersalah mula menghuni diri Olive. Olive rasa menyesal kerana meninggalkan Slyvia sendirian semasa vampire misteri datang menyerang mereka berdua. Kesiannya kepada Slyvia. Tentu sakit rasanya.

"Slyvia, saya minta maaf ya sebab saya lambat bantu awak." kata Olive. Kalau dia cepat tadi mungkin Slyvia tidak akan tercedera.

"Takpe saya okay." Slyvia baik sahaja. Tiada kecederaan yang parah. Lagipun vampire misteri itu tidak berniat pun untuk serang Slyvia sebenarnya. Sasarannya adalah Olive bukan Slyvia. Slyvia cuma penghalang sahaja.

"Slyvia apa yang jadi pada awak sebenarnya? Saya risau betul bila saya ke tempat tu tapi awak dah takde." kata Olive. Dia lega kerana Slyvia selamat. Tetapi dia masih tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Slyvia.

"Awak cari saya?" soal Slyvia.

"Ya saya dan Caylus cari awak tapi tak jumpa." soal Olive. Dia dan Caylus mencari Slyvia ditempat kejadian tetapi Slyvia tiada.

"Awak jumpa Caylus?" soal Slyvia.

"Ya, masa saya lari tu saya terlanggar Caylus. Cepat-cepat saya minta bantuan Caylus." jelas Olive.

"Oh.." Slyvia mengangguk.

"Brian macam mana?" Slyvia terfikir pula mengenai Brian. Mereka berdua kan sedang mencari bantuan untuk Brian ketika itu.

"Caylus dah hantar Brian ke hospital. Tapi saya tak tahu perkembangan Brian kerana saya belum sempat lagi melawatnya." Olive hendak melawat Brian tetapi tidak kesampaian kerana diculik disini.

"Syukurlah." hati Slyvia rasa lega.

"Slyvia, awak pergi mana selepas pertarungan tu?" soal Olive.

"Sebenarnya lepas pertarungan tu saya terus tak sedarkan diri. Saya ingatkan saya dah mati. Tapi nasib baiklah rupanya saya pengsan sahaja. Vampire tu tinggalkan saya kat situ. Lepastu saya terus pulang ke rumah untuk rawat diri saya. Apabila selesai saya keluar rumah semula untuk cari awak dan saya dengar jeritan awak. Itu yang saya datang." kata Slyvia.

"Ohh.. Nasib baiklah awak tak apa-apa. Saya betul-betul risau. Saya ingat awak dah hilang." kata Olive.

"Maaflah buat awak risau." Slyvia rasa bersalah pula.

"Eh tak perlu minta maaf. Awak kan kawan saya mestilah saya risau pada awak. Tentu awak pun rasa benda yang sama kan?" Olive tersenyum melihat Slyvia.

"Ya." Slyvia mengangguk. Slyvia pun susah hati apabila dia tidak berjumpa Olive dimana-mana.

"Olive tadi awak kata awak dengan Caylus tapi macam mana awak boleh ada kat sini pulak? Mana Caylus?" soal Slyvia sambil berusaha untuk melepaskan Olive. Mereka perlu cepat sebelum vampire yang menculik Olive datang semula ke sini.

"Memang saya dengan Caylus dan Brian. Tapi lepastu dorang hantar saya beberapa meter dari rumah Dylan. Saya balik rumah sendiri manakala Caylus hantar Brian ke hospital." jelas Olive.

"Ish, dorang ni patutnya hantar awak depan rumah. Bukan tinggal macam tu je." Slyvia kesal dengan sikap Caylus yang sambil lewa.

"Sebenarnya saya okay saja bila Caylus dan Brian tinggalkan saya masa tu sebab dah dekat sangat dengan rumah." Olive tidak kisah pun berjalan pulang sendiri. Tetapi dia tidak menyangka hal ini boleh terjadi.

"Memanglah sepatutnya dorang make sure awak dah sampai rumah. Barulah pergi hospital." kata Slyvia. Disebabkan Caylus dan Brian, Olive diculik. Nasib baiklah ada Slyvia. Kalau tidak entah apalah yang boleh menimpa Olive.

"Takpelah Slyvia. Saya pun tak sangka boleh jadi macam ni. Depan rumah Dylan pula tu." kata Olive.

"Ye tak ye. Takde sesiapa ke yang nampak awak masa tu?" soal Slyvia. Mustahillah kalau tiada sesiapa yang nampak.

"Saya tak tahu." Olive menggeleng.

"Hmm.." Slyvia pun terus berusaha untuk membantu Olive keluar dari tempat ini.

Share this novel

Melo Melisya
2021-02-13 09:13:35 

bongokkkkkkkkkk

Melo Melisya
2021-02-13 09:13:11 

eiiii lambattttttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience