65

Vampire Series 59842

"Ceh, apa ni Dylan isteri kau sendiri tak dengar cakap? Useless couple." sindir Caylus. Dia tersengih melihat Dylan yang terasa dengan sindirannya.

"Kau diam." kata Dylan. Dia tidak suka Caylus cakap yang bukan-bukan mengenai Olive. Dia juga tidak suka kalau Caylus sibuk dalam urusan rumah tangganya.

"Olive, awak balik ya. Biar saya uruskan hal ini dengan Caylus." pujuk Dylan dengan baik-baik. Dia tidak mahu Olive terlibat dalam hal ini. Biarlah dia sendiri yang selesaikan.

"Tak nak." Olive berdegil. Sekarang bukan masa untuk dia pulang. Dia pusing memandang Caylus.

"Caylus, saya minta maaf." Olive melutut dihadapan Caylus.

"Olive." Dylan terkejut dengan tindakan Olive. Caylus juga begitu. Kenapa tiba-tiba Olive melutut pula ni?

"Saya dah dengar semua yang awak cakap tadi. Saya betul-betul minta maaf. Itu semua salah keturunan saya. Saya minta maaf." pohon Olive. Dia menundukkan kepalanya.

Caylus ketawa sedikit. Dia rasa geli hati apabila Olive meminta maaf padanya.

"Apa awak buat ni Olive?" soal Dylan.

"Saya minta maaf Dylan. Sebenarnya tadi saya ikut awak sebab saya tak sedap hati. Saya takut kalau awak apa-apakan Caylus." kata Olive sambil menoleh ke arah Dylan. Dia tidak berniat melawan kata Dylan apabila Dylan menyuruhnya duduk diam-diam dirumah tetapi dia takut kalau Dylan membuat sesuatu pada Caylus. Jadi secara diam-diam dia ikut Dylan sampai ke sini.

Namun secara tidak sengaja dia telah mendengar perbualan antara Dylan dan Caylus. Dia amat terkejut dengan apa yang menimpa keluarga Caylus. Ceritanya lebih kurang sama seperti apa yang berlaku kepada bapa Slyvia. Lagi bertambah rasa bersalah Olive kepada semua vampire yang terlibat. Semuanya berpunca daripada keturunannya yang terdahulu.

Olive juga telah menyaksikan peperangan antara Dylan dan Caylus. Disebabkan hal itulah Olive munculkan dirinya. Olive tidak mahu melihat pertumpahan darah berlaku antara mereka berdua. Olive tidak sanggup membiarkan itu berlaku. Olive tidak mahu melihat salah seorang daripada mereka terkorban.

"Minta maaf?" kata Caylus dengan sinis. Olive telah dengar segalanya jadi Caylus tidak perlu berpura-pura baik lagi. Dia pun sudah tidak larat nak berpura-pura. Rimas. Tak kena langsung dengan dirinya.

"Ya, saya minta maaf." kata Olive dengan ikhlas.

"Kau rasa atas apa yang berlaku cukup ke dengan hanya kata maaf?" soal Caylus. Kata-kata maaf atau memaafkan tidak pernah wujud dalam kamus hidup Caylus. Perkataan itu hanya seperti debu yang tiada guna sama seperti nyawa-nyawa yang telah dia ragut.

"Saya tahu kata maaf tidak dapat mengubah apa-apa tapi.." Olive kematian kata-kata.

"Tapi apa?" jerkah Caylus.

"Tapi.." dimasa ini pula otak Olive tidak dapat berhubung dengan baik. Dia tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk sambung kata-katanya. Dia juga takut apabila Caylus bercakap dengan kasar.

"Hmph! Kau dan keturunan kau sampah." hina Caylus. Dia sangat bencikan keturunan Olive termasuklah Olive sendiri. Semua yang berlaku berpunca daripada keturunan Olive. Manusia pertama yang mencetuskan semua ini adalah anak kepada ketua kampung manusia iaitu moyang kepada moyang Olive. Dialah yang telah merogol dan membunuh ibu Slyvia. Dialah punca segalanya.

"Caylus jangan biadap!" marah Dylan. Dia mengenggam penumbuk. Bila-bila masa sahaja penumbuk ini boleh dihayunkan ke muka Caylus. Caylus sudah melampau. Berani dia menghina Olive dihadapan Dylan.

"Saya minta maaf." ucap Olive. Itu sahaja yang mampu dia katakan. Dia menangis. Sejujurnya dia sangat terasa dengan Caylus. Tetapi dia tahu Caylus jadi macam tu pun disebabkan hal yang lalu sama seperti Slyvia.

"Kau ni luculah Olive." kata Caylus. Dia tersengih dan menggeleng kepala. Olive ni dah kena hina pun masih lagi nak minta maaf. Kenapalah dia perlu berhadapan dengan perempuan yang naif seperti Olive. Sepatutnya dia bunuh sahaja Olive masa awal-awal dulu. Tidak perlulah dia membuang terlalu banyak masa.

"Hah? Apa yang lucu?" balas Olive. Dia memandang Caylus.

"Kau ingat tak pasal vampire misteri?" soal Caylus. Saja nak mengungkit tentang vampire itu. Manalah tahu kalau Olive sudah lupa.

"Vampire misteri? Kenapa?" soal Olive. Kenapa Caylus sebut mengenai vampire misteri? Adakah Caylus tahu siapa vampire misteri tersebut?

"Caylus." kata Dylan.

"Apa?" Olive terkejut. Vampire misteri yang buru Olive selama ini Caylus? Jadi selama ini Cayluslah yang nak bunuh Olive? Berdasarkan apa yang telah Caylus lakukan tidak mustahillah kalau vampire misteri itu adalah Caylus. Dia memang berniat untuk membunuh pengantin vampire dan manusia yang lain.

"Suami kau yang bodoh ni pun tahu. Tapi tulah lembab sangat nak tangkap aku. Saje biarkan kau dalam bahaya." kata Caylus. Dia suka betul menghina Dylan dan Olive. Dia tahu yang awal-awal lagi Dylan tahu tentang identiti vampire misteri. Tetapi dia pelik kenapalah Dylan ni lambat sangat nak bertindak. Mungkin Caylus yang terlalu bijak? Terlampau hebat untuk ditangkap oleh vampire seperti Dylan.

"Kau licik." kata Dylan. Bukan dia tidak pernah berusaha menangkap Caylus. Banyak kali dia cuba tetapi Caylus sangat licik. Dia langsung tidak meninggalkan sebarang bukti kerja kotor yang dia lakukan. Pembunuhan yang dia lakukan sebelum ini dia buat seperti telah berlaku kemalangan bukan pembunuhan. Dylan dan Cody berusaha untuk mencari bukti agar dapat mengheret Caylus ke muka pengadilan. Tetapi mereka masih lagi gagal.

"Aku anggap itu sebagai pujian." kata Caylus. Dia gembira apabila Dylan gagal untuk mencari kesalahannya. Paling penting tiada siapa pun tahu apa yang dia lakukan kecuali Dylan dan Cody. Semua vampire anggap Caylus sebagai vampire baik dan tidak melakukan sebarang jenayah.

"Tapi kenapa awak tak bunuh je saya? Kenapa awak selamatkan saya?" soal Olive. Banyak sahaja peluang terhidang kepada Caylus. Kenapa Caylus tidak bunuh sahaja Olive ketika itu? Kenapa Caylus selamatkan Olive pula ketika itu?

"Tak fun lah kalau cut story sampai situ je. Biarlah aku enjoy-enjoy dulu." kata Caylus. Dia sengaja ingin mempermainkan Olive. Dia suka melihat Olive percaya dan menganggap Caylus sebagai hero. Dia juga sengaja nak buat Dylan bertambah marah.

"Awak berdendam dengan saya sampai macam tu sekali?" soal Olive. Dia tidak menyangka vampire yang dia anggap sebagai sahabat rupanya adalah duri dalam daging. Senyap-senyap dia mahu membunuh Olive tanpa Olive sedari.

"Yes." balas Caylus. Dia sangat berdendam pada Olive.

"Tetapi kenapa awak libatkan vampire yang tak bersalah? Kenapa awak serang Brian dan Slyvia?" soal Olive. Kenapa Caylus perlu cederakan Brian? Dan kenapa Caylus perlu cederakan Slyvia juga?

"Haih.. Sebab dorang penghalang. Kau ni dah nak mampus ditangan Slyvia pun sibuk kata dia tak bersalah." kata Caylus. Kalau dia tidak halang Slyvia tempoh hari tentu Olive sudah lama mati. Olive sudah lupa yang Slyvia juga berdendam dengannya. Buat nak bela Slyvia lagi?

"Hah?" Dylan terkejut. Slyvia nak bunuh Olive? Atas sebab apa pula ni? Bukan Slyvia kawan Olive? Dylan keliru dengan kata-kata Caylus.

"Olive kau tak cerita ke apa yang berlaku hari tu? Kesian suami kau lost." Caylus tergelak.

"Umm.." bukan Olive tidak mahu bercerita. Cuma dia belum bersedia. Dia tidak tahu untuk mulakan.

"Caylus saya minta maaf." kata Olive.

"Kau minta maaf sampai mampus pun aku tak kisah kecuali.." Caylus sengaja tidak menghabiskan kata-katanya.

"Kecuali apa?" soal Olive. Asalkan Caylus mahu memaafkan Olive, Olive sanggup buat apa sahaja.

"Kau mampus." Caylus mengeluarkan kuku panjangnya. Inilah masanya dia menamatkan keturunan Olive. Lebih seronok apabila ada Dylan sebagai saksi. Biar dia lihat isterinya mati didepan mata.

"Jangan." jerit Dylan. Dia terus melindungi Olive. Dylan memeluk rapat tubuh Olive. Olive pejamkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience