10

Vampire Series 59842

"Kenapalah si Dylan tu?" bisik hati Olive. Dia fikir tentang perkara yang terjadi sambil berbaring dikatil. Tiada apa yang dia boleh buat sekarang ini.

"Ish bosannya." kata Olive. Dia bangun dan lihat keluar tingkap. Dia mengeluh. Sebelum ini dia lari melalui tingkap ini tetapi kali ini mustahil kerana tingkap tersebut telah dipasang pagar.

"Aih.. Macam mana nak lari kalau macam ni?" Olive masih lagi dengan niatnya untuk lari daripada tempat ini.

"Telefon pun takde." kata Olive. Kalau ada telefon bolehlah dia hubungi mummy dan daddy. Dia rindu pada mereka. Sudah lama dia tidak melihat dan mendengar suara mereka.

"Mummy.. Daddy." Olive lihat gambar pada kalung yang dipakainya. Dipeluk kalung tersebut dengan erat.

"Hm.. Kalau keluar senyap-senyap sekarang mungkin boleh kot. Lagipun takde ramai vampire kat rumah ni." fikir Olive. Dia teringat apa yang Nancy katakan sebentar tadi.

Perlahan-lahan Olive buka tombol pintunya. Dia intai terlebih dahulu. Dia ingin memastikan tiada sesiapa diluar.

"Line clear." kata Olive. Dia berjalan terjengket-jengket dan menuruni tangga dengan senyap. Olive tersenyum. Dia tinggal lagi selangkah ke pintu. Dia menghampiri pintu dan memegang tombol pintu. Pintu terbuka sebelum sempat Olive membukanya.

"Eh?" Olive terkejut.

"Tak pulas lagi." kata Olive kebingungan. Pintu dibuka luas. Ternyata Dylan yang membuka pintu itu dari luar.

"Alamak." Olive telan air liurnya. Macam mana Dylan boleh ada kat luar pula ni? Bukan tadi kat dalam ke?

"Kau nak pergi mana?" soal Dylan. Dia pandang Olive. Dia dapat rasakan sesuatu.

"Hah? Err.." Olive tergagap.

"Kau nak lari lagi?" soal Dylan. Dia menjegilkan matanya.

"Err.. Tak.." balas Olive. Dia takut. Dia terbatuk sedikit.

"Habis tu kau nak pergi mana?" soal Dylan.

"Saya nak pergi.. Saya nak pergi jumpa Slyvia. Ha, nak jumpa Slyvia." balas Olive. Rasanya ini alasan yang terbaik dapat Olive fikirkan.

"Slyvia?" soal Dylan. Dia tidak pernah pula dengar nama itu. Siapa pula tu?

"Kawan saya." kata Olive. Dia cuba menyakinkan Dylan. Harapnya Dylan percaya.

"Kawan?" kata Dylan.

"Ya kawan kat sekolah." kata Olive.

"Waktu senja-senja macam ni?" soal Dylan. Siang akan melabuhkan tirai sebentar sahaja lagi digantikan dengan malam. Kenapa Olive nak keluar masa macam ni? Apa yang Olive nak buat? Dia tidak tahu ke yang malam sangat bahaya.

"Err.. Ye." Olive mengangguk.

"Buat apa jumpa dia?" soal Dylan.

"Err.. Ada hal sikit." balas Olive.

"Hal apa?" soal Dylan. Dia tenung wajah Olive. Olive menundukkan wajahnya.

"Err.. Pasal.. Yang belajar tadi. Ada benda sikit nak tanya." kata Olive sambil menunduk.

"Kenapa tak tanya esok?" soal Dylan.

"Takut lupa." kata Olive.

"Oh? Okay jom kita pergi sama-sama. Sebab bahaya kalau keluar sorang-sorang. Mana rumah dia?" soal Dylan. Dia tahu itu cuma helah Olive sahaja.

"Hah? Rumah dia? Err.." Olive mengangkat mukanya kembali. Dia mengaru kepalanya. Mana dia tahu rumah Slyvia dimana. Dia baru je kenal Slyvia hari ini.

"Kau tipu. Kau sebenarnya nak lari. Jangan ingat aku tak tahu." kata Dylan. Olive terkedu. Tembelangnya telah pecah.

"Tak, betul saya nak jumpa Slyvia." kata Olive.

"Aku tahu kau tipu." kata Dylan. Dari awal lagi dia tahu yang Olive hanya reka cerita.

"Tapi.." balas Olive.

"Takde tapi-tapi pergi naik bilik kau sekarang sebelum aku heret kau naik atas. Ke kau nak aku angkat kau macam hari tu?" kata Dylan. Dia buat muka garang dan gatal dalam masa yang sama. Dia turut senyum ngeri.

"Tak nak." balas Olive.

"Dah tu tunggu apa lagi?" soal Dylan.

"Yelah." balas Olive, dia pun naik ke biliknya dengan langkah yang longlai.

"Olivia." panggil Dylan.

"Ye, apa?" Olive menoleh ke arah Dylan.

"Aku nak ingatkan kat sini tak macam tempat kau. Tempat ni bahaya dan kau tak perlu nak rapat dengan sesiapa. Bukan semua kau boleh percaya." pesan Dylan.

"Hah? Maksudnya?" soal Olive.

"Kau fahamkanlah sendiri." kata Dylan. Dia duduk disofa lalu membuka televisyen.

"Err.. Okay." balas Olive. Dia pun masuk ke biliknya.

"Apa maksud Dylan tu eh?" fikir Olive. Dia cuba untuk faham apa yang dimaksudkan oleh Dylan.

"Semua yang kat sini jahat ke sebenarnya? Slyvia jahat? Tak mungkinlah Dylan sendiri pun tak kenal Slyvia. Lagipun Slyvia nampak baik je." kata Olive. Dia yakin Slyvia tu baik. Tambahan pula Slyvia grey vampire campuran daripada manusia. Mesti baik punya.

"Apa-apa jelah." kata Olive. Dia malas hendak fikir. Lagipun semua disini layan dia dengan baik. Nancy baik, Cody baik, mak dan ayah Dylan pun nampak baik.

"Dylan je tak baik." kata Olive. Dia rasa geram pula bila niat dia untuk larikan diri dihalang. Boleh pula ada Dylan tadi. Dylan ni pun penyibuk betul. Dekat mana-mana pun dia ada.

"Hm.. Takpe nanti aku lari lagi." kata Olive. Dia masih belum berputus asa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience