58

Vampire Series 59842

Slyvia kembali semula ke kandang itu. Dia membawa sebiji botol yang kecil. Dia terus menghampiri Olive.

"Olive minum ni." Slyvia memaksa Olive minum cecair yang diletakkan dalam botol kaca yang berwarna hijau itu. Dia pegang dagu Olive dengan kuat.

"Slyvia jangan." kata Olive. Dia tidak mahu minum cecair itu. Tentu cecair itu adalah racun. Jangan-jangan Slyvia ada niat buruk pada Olive. Slyvia ingin membunuh Olive.

"Minum!" paksa Slyvia. Slyvia cuba suapkan cecair itu ke dalam mulut Olive. Dia ingin Olive minum cecair itu walau apa cara sekalipun.

Olive menutup mulut dengan rapat. Dia meronta dengan kuat agar Slyvia melepaskannya. Slyvia tekan pipi Olive dengan kuat sehingga mulut Olive terbuka. Lalu dia masukkan cecair itu ke dalam mulut Olive.

Sekali lagi Olive meronta dengan kuat sehingga Slyvia melepaskannya. Botol cecair terlepas daripada tangan Slyvia. Segera Olive memuntahkan cecair itu keluar dari mulutnya. Cecair yang tumpah berasap seperti asid dilantai. Olive terkejut. Begitu juga dengan Slyvia dia terkejut melihat Olive yang tidak apa-apa.

"Oh? Jadi Dylan dah berikan kuasanya pada kau?" soal Slyvia. Seharusnya racun itu boleh membunuh Olive hanya dengan satu titisan. Tetapi Olive tidak jadi apa-apa malah dia berjaya memuntahkan semula racun itu.

"Kuasa?" soal Olive.

"Ya sepatutnya kau mati bila minum cecair tu. Kau nampakkan kesan dilantai?" kata Slyvia. Olive lihat lantai tersebut. Lantai itu menjadi hitam dan sedikit terhakis.

"Aku ada kuasa?" fikir Olive. Sebenarnya posyen yang diberikan semasa hari perkahwinan Olive yang memberi sedikit kuasa. Semuanya atas permintaan Dylan sendiri. Olive juga rasa patutlah selepas minum posyen tersebut dia rasakan sesuatu yang berbeza. Dia lebih bertenaga dan lebih kuat. Tidak sangka pula Dylan beri kuasanya padanya.

"Kenapa awak buat macam ni?" soal Olive. Dia tidak faham apa niat sebenar Slyvia. Bukankah mereka kawan baik?

"Selama ni kitakan kawan." kata Olive. Dia sedih dengan sikap Slyvia yang sebegitu rupa.

"Kawan? Kan aku dah kata aku tak pernah anggap kau kawan aku." kata Slyvia. Dia tidak pernah sedikit pun menanggap Olive sebagai kawan baik. Slyvia tidak perlukan kawan baik seperti Olive. Dia lebih suka hidup menyendiri.

"Tapi awak baik dengan saya." kata Olive. Dia teringat masa Slyvia selalu ada dengan Olive. Slyvia tidak pernah terlepas untuk membantu Olive sehinggakan Olive rasa selamat apabila ada bersama Slyvia.

"Baik? Hahaha. Aku berlakon jelah. Kau ni pun." Slyvia ketawa. Olive tidak faham. Kenapa Slyvia perlu berlakon?

"Tak pernah dengar ke sebaik-baik vampire, sejahat-jahat manusia. Jahat manusia, jahat lagi vampire." kata Slyvia. Olive menggeleng. Dia tidak pernah mendengar ayat itu.

"Kenapa selama ni awak jaga saya? Bukankah awak selalu lindungi saya?" soal Olive. Selama ini Slyvia selalu ada untuk Olive. Dia sangat prihatin pada Olive. Setiap kali ada perkara buruk yang terjadi pada Olive tentu Slyvia akan tenangkan Olive.

"Sebab aku tak nak kau mati ditangan vampire lain." kata Slyvia. Dia geram kerana tidak berjaya membunuh pengantin vampire yang sebelum ini. Vampire misteri selalu sahaja menjadi penghalang kepada rancangannya. Tetapi kini tidak lagi. Olive sudah berada didalam genggamannya.

"Jadi awak pun nak bunuh saya?" soal Olive. Dia sudah biasa menjadi buruan dan sasaran vampire. Semuanya ingin membunuhnya. Tentu niat Slyvia juga sama.

"Tepat sekali!" balas Slyvia. Dia teruja.

"Tapi kenapa?" soal Olive. Dia benar-benar tidak menyangkakan hal ini. Apa alasan Slyvia?

"Kenapa ya?" Slyvia tersenyum sinis.

"Awak pun nak makan hati saya?" Olive fikir mungkin Slyvia juga mahukan hati Olive sama seperti vampire yang lain.

"Tak. Aku tak teringin pun." kata Slyvia. Bukan itu niat Slyvia. Ada sebab lain yang menyebabkan Slyvia bertindak sedemikian.

"Habis tu?" soal Olive.

"Dendam!" tengking Slyvia. Wajahnya bertukar bengis.

"Dendam apa?" soal Olive. Dendam apa pula yang menyebabkan Slyvia ingin membunuh Olive? Adakah Olive telah menyakiti Slyvia secara tidak sengaja? Apa sebabnya?

"Kau ingat sebab terjadinya perjanjian antara manusia dan vampire? Yang kononnya sampai manusia kena kahwin dengan vampire?" soal Slyvia. Peristiwa itu tidak pernah terpadam daripada kotak memorinya.

"Kematian vampire perempuan tu." kata Olive.

"Dia dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh manusia yang jahat. Manusia macam kaulah. Nyawanya melayang begitu sahaja tanpa belas kasihan." kata Slyvia dengan sedih. Sampai mati dia tidak akan lupakan.

Olive terdiam. Keturunan dia yang membuat perbuatan itu. Dia juga sedih dan kecewa. Adakah itu yang menyebabkan Slyvia berdendam? Adakah Slyvia sudah membenci kepada semua manusia? Olive kan manusia mungkin Slyvia benci pada Olive.

"Kau tahu siapa dia? Kau pernah ambil tahu siapa dia?" Slyvia menampar pipi Olive. Dia rasa amat geram sekali.

"Slyvia." Olive kesakitan dan terkejut dengan tamparan itu. Dia sebenarnya tidak pernah tahu tentang perempuan itu. Tiada siapa yang memberitahunya tentang itu. Bukan niatnya untuk tidak mengambil tahu. Tetapi tiada yang membuka cerita.

"Perempuan yang dibunuh tu mak aku. Kau tahu tak itu mak aku!" sekali lagi Slyvia menampar pipi Olive. Slyvia seperti sudah naik hantu.

"Apa? Mak awak?" Olive terkejut sangat-sangat. Dia terkejut sehingga tidak terasa tamparan dipipinya. Airmatanya mengalir. Rasa bersalah mengunung.

"Mak aku mati ditangan manusia macam kau. Hidup aku jadi terseksa tanpa mak. Kau tahu apa yang lebih teruk? Bapak aku turut mati ditangan manusia." kata Slyvia. Dia menangis hingga terduduk.

Sejak kematian ibu Slyvia, hidupnya menjadi tidak tentu arah. Dia tiada adik-beradik yang lain. Bapanya berkerja dengan keluarga Dylan. Sebab itulah Slyvia gelarkan Dylan sebagai tuan muda. Bapa Slyvia adalah vampire penjaga. Dia meninggal ketika melindungi keluarga Dylan semasa kekacauan yang berlaku dahulu.

Slyvia sudah berdendam dengan manusia terutamanya keturunan Olive. Dia bersumpah untuk membunuh mereka semua. Terutamanya yang menjadi pengantin vampire.

"Saya.. Saya tak tahu.." kata Olive. Dia kecewa kerana tidak pernah mengambil tahu. Dia menyesal atas apa yang berlaku.

"Tak tahu sebab kau tak pernah ambil tahu." marah Slyvia.

"Tapi perempuan tu dari puak black vampire. Awak kata mak awak manusia dan awak grey vampire." kata Olive. Baru dia teringat, Slyvia pernah cerita bahawa perempuan itu berasal daripada puak black vampire. Tetapi Slyvia puak grey vampire.

"Aku tipu jelah. Supaya kau tak curiga." kata Slyvia. Slyvia berasal daripada puak grey vampire bukan grey vampire.

"Mata awak?" soal Olive. Anak mata Slyvia berwarna kelabu. Hanya grey vampire sahaja yang memiliki anak mata berwarna kelabu.

"Kau ni ketinggalan zaman ke? Tak pernah pakai kanta lekap? Belambak jual kat tempat kau." kata Slyvia. Selama ni dia hanya pakai kanta lekap sahaja. Semuanya bagi mengaburi mata Olive dan juga vampire yang lain. Tiada siapa pun yang tahu mengenai Slyvia.

"Jadi maknanya awak black vampire?" soal Olive.

"Yes tapi bapa aku grey vampire." kata Slyvia.

"Tapi bukan awak kata perkahwinan berlainan puak tak dibenarkan?" soal Olive.

"Kau ni banyak tanya sangat. Kalau nak tahu pergilah cari sendiri sebabnya. Sekarang aku nak lunaskan dendam aku bukan nak jawab soalan kau." kata Slyvia. Peristiwa lalu yang menyebabkan perkahwinan berlainan puak tidak dibenarkan.

"Saya minta maaf.. bagi pihak keluarga saya." luah Olive.

"Maaf? Maaf kau tak dapat kembalikan mak bapak aku." Slyvia mula mengamuk. Dia membaling jerami yang ada dikandang itu.

"Slyvia, tolonglah saya benar-benar minta maaf atas apa yang berlaku." kata Olive.

Seandainya masa dapat diputarkan kembali, Olive ingin menghalang peristiwa pembunuhan itu daripada berlaku pada masa dahulu. Banyak kekacauan serta kemusnahan yang berlaku disebabkan peristiwa itu. Tetapi apakan daya perkara itu sangat mustahil.

"Slyvia maafkan kami." rayu Olive. Dia tahu kata maaf tiada guna untuk Slyvia. Tetapi itu sahaja yang dapat Olive buat.

"Maaf kau tiada guna. Hutang nyawa harus dibalas dengan nyawa." Slyvia meluru ke arah Olive. Dia berubah menjadi vampire secara 100 peratus. Kukunya yang panjang sedia untuk mencakar Olive.

"Slyvia jangan!" jerit Olive ketakutan. Dia memejamkan matanya. Dia tidak mahu mati lagi. Kalau takdir sekalipun dia tidak mahu mati dalam keadaan begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience