44

Vampire Series 59842

Beberapa hari kemudian Ivy dan Kenny datang semula ke rumah keluarga Dylan. Baju pengantin sudah siap. Baju yang ditempah adalah sehelai gaun yang sangat cantik. Mereka datang untuk pastikan sama ada gaun tersebut padan atau tidak dengan Olive. Kalau tidak padan mereka akan buat sedikit pengubahsuaian.

"Tak sabar nak tengok baju gaun kak Olive." Stella teruja. Hari ini hari cuti jadi dia ada dirumah. Dia pun tidak ke mana-mana kerana dia ingin lihat gaun Olive yang ditempah. Tentu cantik. Tambahan pula Puan Rhea dan Stella juga tempah baju daripada Ivy.

"Mesti cantik punya." balas Puan Rhea. Mereka sedang menunggu Olive memakai gaun tersebut. Mereka pun tidak sabar nak pakai baju yang mereka tempah. Tetapi sebelum itu mereka akan lihat gaun Olive terlebih dahulu.

"Okay tak?" soal Ivy. Dia membantu Olive pakai gaun tersebut. Mereka ada dibilik yang ada tingkat bawah. Puan Rhea dan Stella tunggu diluar bilik itu.

"Okay." Olive mengangguk. Dia rasa okay sahaja.

"Ada rasa tak selesa atau longgar sangat?" soal Ivy. Dia perlu pastikan gaun tersebut padan dan terletak elok ditubuh Olive. Segalanya mesti terbaik untuk kliennya yang satu ini.

"Saya rasa semua okay." Olive berpuas hati. Dia lihat dirinya didalam cermin. Nampak cantik juga gaun ini. Gaunnya pun padan dan muat pada tubuh Olive.

"Dah ke belum?" soal Stella. Dia tidak sabar nak tengok gaun Olive.

"Dah." balas Ivy. Dia pun buka pintu bilik. Olive pun keluar.

"Tada." kata Ivy sambil menunjukkan ke arah Olive. Semua pandang ke arah Olive.

"Omg! Cantiknya kak Olive." puji Stella. Gaun dan Olive nampak saling melengkapi. Olive nampak sangat menawan memakai gaun itu. Olive kelihatan berseri-seri.

"Ya, Olive cantik sangat." puji Puan Rhea. Dia sukakan gaun yang dipakai Olive.

Olive tersenyum. Dia jadi malu apabila dipuji. Dia tahu gaun tersebut yang cantik. Olive biasa-biasa sahaja.

"Terbaiklah gaun yang Ivy buat." kata Stella. Cantik sangat gaun yang dibuat Ivy dan Kenny.

"Terima kasih. Gaun ni jadi cantik sebab pemakainya pun cantik." kata Ivy. Sekali lagi Olive tersenyum.

"So, kalau dah semua puji-puji ni kira perfect lah gaun pengantin ni?" soal Ivy. Dia gembira mereka semua suka dengan gaun yang direkanya.

"100 percent perfect." kata Puan Rhea.

"Wah." Ivy rasa bangga kerana hasil rekaan diberi pujian yang sedemikian.

Setelah itu, Olive pun menukar kembali pakaiannya. Kini tiba giliran Puan Rhea dan Stella pula untuk mencuba baju yang mereka tempah.

"Cantik tak kak Olive?" Stella menggayakan gaun mininya dihadapan Olive. Gaun yang berwarna hitam dihiasi sekidit ropol dan labuci. Stella nampak comel dan muda.

"Cantik." Olive mengangguk. Dia suka dengan gaun Stella. Sangat sesuai untuknya.

"Wah mum cantiknya macam anak dara." kata Stella apabila melihat Puan Rhea mengayakan bajunya. Puan Rhea memakai baju gaun panjang berwarna kelabu yang dihiasi manik-manik kecil.

"Ish, kamu ni ada-ada je." Puan Rhea rasa malu pula.

"Betullah. Kan kak Olive?" soal Stella. Dia memandang Olive.

"Ya, cantik sangat. Nampak muda." puji Olive. Baju Puan Rhea pun cantik juga. Senang kata baju yang dibuat Ivy dan Kenny sangat cantik dan selesa untuk dipakai.

"Kamu berdua ni ada-ada saje." balas Puan Rhea.

"Macam mana puan dan Cik Stella. Baju okay tak?" soal Ivy. Dia ingin tahu pendapat mereka mengenai baju tersebut sama ada menepati citarasa mereka atau tidak.

"Okay sangat. Saya suka." jawab Stella. Dia suka gaun mininya. Dia sangat berpuas hati.

"Ya, saya pun suka." kata Puan Rhea pula.

"Oh, baguslah kalau macam tu. Lega hati saya." kata Ivy. Dia sebenarnya sangat berbesar hati dapat menghasilkan baju untuk keluarga Puan Rhea.

"Terima kasih sebab buat baju yang cantik untuk kami." ujar Stella. Dia rasa gembira bajunya cantik. Sangat berbaloi tempah baju dengan Ivy. Hasilnya sangat tip top.

"Sama-sama." Ivy tersenyum. Setelah semua berpuas hati Ivy pun mengundurkan diri.

Puan Rhea pula keluar sebentar untuk uruskan hal perkahwinan Dylan dan Olive bersama suaminya. Dia ke dewan tempat lokasi perkahwinan. Mereka sedang menghias dewan itu.

"Semua okay ke mum?" soal Dylan. Dia ingin tahu mengenai gaun perkahwinan Olive.

"Okay je. Baju pun cantik sangat." balas Puan Rhea.

"Oh baguslah." Dylan bersyukur.

"Mum sebenarnya tak sabar tau." Puan Rhea sememangnya tidak sabar menunggu hari perkahwinan. Dylan mengangguk.

"Nanti Dylan jaga Olive baik-baik tau. Jangan biarkan hal yang sebelum ini berulang." pesan Puan Rhea. Dia mengharapkan yang terbaik.

"Baik mum." Dylan mengangguk. Mereka pun berbual disamping membantu menghias dewan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience