22

Vampire Series 59850

Seperti dijanjikan Olive, Slyvia dan Caylus ulangkaji bersama selepas waktu sekolah. Cody juga ada cuma dia duduk jauh sedikit. Dia mengisi masa yang terluang dengan membaca buku.

"Korang tak bosan ke asyik study macam ni je? Apa kata kita jadikan study ni jadi lebih menarik." Caylus memberi cadangan. Dia rasa bosan apabila asyik membaca dari tadi.

"Macam mana tu?" soal Slyvia.

"Apa kata kita main tanya-tanya soalan? Siapa cepat dia jawab." balas Caylus.

"Menarik juga tu. Ada rule tak?" balas Slyvia. Sebenarnya dia pun penat membaca.

"Rule dia senang je. Just bagi soalan yang berkaitan dengan apa yang kita belajar. Lepastu siapa yang dapat jawab boleh bagi soalan seterusnya." jelas Caylus.

"Okay, kalau tak dapat jawab atau jawapan salah macam mana pulak?" soal Slyvia.

"Hmm.. Kalau kena main game 'truth or dare' macam mana?" soal Caylus.

"Hmm.. Macam best. Tapi seram sikit game tu." kata Slyvia. Olive mengangguk.

Permainan truth or dare adalah satu permainan dimana seorang permain perlu memilih sama truth iaitu bercakap benar atau dare. Sekiranya dia memilih truth, dia perlu menjawab soalan yang diberikan dengan jujur. Penalti akan diberikan sekiranya berlaku penipuan. Dare pula adalah suatu tugasan atau cabaran yang perlu diselesaikan oleh pemain.

"Kita buat game tu just yang biasa-biasa jelah. Just for fun. Sebab objektif kita untuk study." kata Caylus.

"Kalau macam tu saya setuju. Olive?" soal Slyvia kepada Olive.

"Saya pun setuju." kata Olive.

"Okay, biar saya tanya soalan yang pertama. Soalannya siapakah vampire yang pertama yang wujud?" soal Caylus.

"Edward Castell." jawab Slyvia dengan pantas. Slyvia nampak sangat bersemangat menjawab soalan.

"Betul. Olive, awak kalah." kata Caylus. Olive mengangguk.

"So Olive pilih satu truth or dare." soal Caylus.

"Err.. Truth?" jawab Olive teragak-agak. Dia takut untuk melakukan cabaran yang pelik-pelik.

"Okay soalannya.. Perkara apa yang paling buat awak sedih dan kenapa?" soal Caylus. Olive diam sejenak sebelum menjawab.

"Perkara yang paling buat saya sedih adalah kehilangan orang yang paling saya sayang terutamanya keluarga saya. Sebabnya saya tak tahu apa nak buat kalau mereka tiada. Tentu saya akan sedih sangat-sangat." kata Olive. Dia rasa sedikit sayu dan teringat pada keluarga. Entah apalah khabar mereka.

"Maaf, saya salah tanya soalan." balas Caylus. Dia rasa bersalah pula tanya soalan itu. Olive nampaknya agak sedih sedikit semasa menjawab soalan itu. Sudahlah dia jauh dari keluarga.

Slyvia pegang tangan Olive sambil tersenyum. Dia empati dengan apa yang dirasakan Olive. Olive membalas senyuman Slyvia.

"Takpe, Slyvia turn awak tanya soalan." kata Olive.

"Alright.. Kenapa Edward Castell boleh hidup semula?" soal Slyvia.

"Saya." dengan pantas Olive mengangkat tangannya.

"Ye, Olive." balas Slyvia.

"Edward Castell boleh hidup semula disebabkan oleh mantera yang dibacakan oleh witch. Juga disebabkan anak angkatnya yang sendirian dan sedih atas kematiannya." jawab Olive.

"Betul!" balas Slyvia.

"Alah baru nak jawab." kata Caylus. Slyvia ketawa.

"Sorry." kata Olive.

"Eh takpe. Cepat Slyvia tanya saya." kata Caylus.

"Okay, Caylus truth or dare?" soal Slyvia.

"Truth." jawab Caylus dengan yakin.

"Pernah tak awak jatuh cinta?" soal Slyvia.

"Soalan apa ni?" soal Caylus. Dia malas betul kalau dapat soalan berkaitan dengan cinta.

"Alah jawab jelah." balas Slyvia.

"Pernah." jawab Caylus dengan ringkas.

"Dengan siapa?" soal Slyvia. Dia jadi ingin tahu.

"Hello? Satu soalan je." kata Caylus. Dia mula kurang senang dengan soalan Slyvia.

"Tadi tak kata pun boleh bagi satu soalan je." kata Slyvia.

"Dah-dah, next question." kata Caylus. Dia tidak berminat untuk berkongsi cerita tentang kisah cintanya. Lagipun kisah cinta Caylus telah lama terkubur. Bagi Caylus cinta itu bukan hal yang penting baginya.

"What?" balas Slyvia.

"Fokus, ingat kita tengah study ni. Olive sila teruskan." kata Caylus. Slyvia monyokkan mukanya. Olive tersenyum melihat Slyvia.

"Okay, apakah perbezaan antara black vampire dan grey vampire?" soal Olive.

"Saya, black vampire adalah vampire pemburu. Manakala grey vampire adalah vampire yang terdiri daripada vampire penjaga." kata Slyvia.

"Betul tapi ada lagi." kata Olive.

"Saya nak jawab." kata Caylus.

"Eh mana boleh." marah Slyvia.

"Boleh je, kan Olive?" balas Caylus.

"Boleh cuba." kata Olive. Slyvia tarik muka sedikit. Caylus tersenyum.

"Okay, black vampire kalau ikut ciri-ciri fizikal selepas mereka berubah jadi vampire sebenar adalah yang pertama warna anak mata mereka menjadi hitam. Seterusnya gigi mereka tumbuh taring yang tajam dan panjang. Kuku mereka pendek sedikit berbanding kuku red vampire." kata Caylus. Dia ingin sambung semula penjelasannya tetapi Slyvia mencelah.

"Ciri-ciri bagi grey vampire pula, warna anak mata berwarna kelabu. Apabila berubah mereka tumbuh taring yang pendek. Kuku mereka juga tumbuh tetapi pendek berbanding dua vampire yang lain. Grey vampire adalah gabungan DNA manusia dan vampire. Mereka tidak minum darah dan vegetarian." jelas Slyvia.

"Mana aci potong time orang nak jawab." Caylus tidak puas hati.

"Aci tak aci. Awak yang potong jawapan saya dulu tadi." kata Slyvia.

"Dah awak bagi jawapan tak lengkap." kata Caylus.

"Saya tengah berfikir tadi tu. Tu yang stop kejap." Slyvia membela diri.

"Yelah tu." kata Caylus.

"Yelah." kata Slyvia. Dia dan Caylus seperti mahu bertikam lidah pula.

"Korang-korang dah jangan gaduh. Jawapan korang dua-dua betul. Cuma Caylus ada jawab salah sikit tadi." kata Olive.

"Hah? Salah?" kata Caylus. Setahu dia jawapan yang dia bagi sudah betul.

"Haha padan muka." Slyvia ketawa.

"Part mana yang salah?" Caylus memandang Olive.

"Part yang awak kata selepas black vampire berubah menjadi vampire sebenar warna anak mata mereka berubah jadi warna hitam. Actually anak mata black vampire memang warna hitam. Ciri tu memang sudah ada pada mereka tanpa mereka berubah." jelas Olive.

"Oh yelah." Caylus garu kepalanya.

"Tulah, lain kali berfikir dulu sebelum bercakap." kata Slyvia.

"Alah, saya hilang fokus sikit tadi sebab mengantuk." kata Caylus.

"Ceh, bukan main alasannya." kutuk Slyvia. Olive menggeleng kepala melihat rakannya.

"Emm.. apa kata kita take 5 sekejap?" cadang Olive.

"Setuju! Saya rasa nak minum kopi jap." kata Caylus. Dia agak mengantuk juga sebenarnya.

"Kalau semua rasa nak take 5. Kita rehatlah jap nanti sambung." kata Slyvia. Caylus dan Olive mengangguk.

"Saya nak beli kopi ni. Ada sesiapa nak kirim apa-apa?" soal Caylus.

"Ada." kata Slyvia.

"Kirim apa?" soal Caylus.

"Kirim salam." balas Slyvia sambil ketawa.

"Ceh, buat lawak tahun 90 an. Dahlah saya pergi dulu. Kalau nak pergi beli sendiri." Caylus pun berlalu pergi.

"Dia kata saya buat lawak 90 an?" marah Slyvia.

"Sabar Slyvia. Caylus gurau je tu. Awak pun gurau juga kan tadi?" kata Olive.

"Eh ye tak ye jugak." Slyvia tersenyum.

"Slyvia saya nak ke tandas kejap." kata Olive.

"Nak saya teman tak?" soal Slyvia.

"Eh, takpelah lagipun tandas dekat situ je tak jauh." kata Olive.

"Okay, hati-hati. Apa-apa jerit je. Nanti saya datang." balas Slyvia. Olive mengangguk dan berjalan untuk ke tandas.

"Cik nak pergi mana?" tegur Cody sebaik sahaja Olive jalan disebelahnya.

"Tandas." balas Olive.

"Cik nak saya teman?" soal Cody.

"Takpe dekat je. Lagipun tak manislah kalau awak tunggu depan tandas perempuan. Nanti orang ingat awak mengintai pulak." balas Olive.

"Oh betul juga. Cik hati-hati ye." kata Cody.

Olive mengangguk dan berlalu ke tandas. Apabila ditandas hati Olive rasa lega sedikit kerana tandas kosong. Dia pun masuk ke kubikel yang kedua dan keluar selepas itu untuk membasuh tangan. Dia lihat dirinya dicermin sebentar.

Lebih kurang dua minit selepas itu, tiba-tiba dia nampak ada vampire yang masuk ke tandas. Olive jadi sedikit cemas dan dia pun segera keluar dari tandas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience