39

Vampire Series 59844

"Daddy jomlah kita cari Olive." kata Puan Daisy lalu menghampiri suaminya. Suaminya baru sahaja pulang dari tempat kerja. Sejak dari pagi sehingga petang dia menunggu kepulangan suaminya. Puan Daisy ingin segera mencari Olive. Dia terlalu rindu pada Olive.

"Ya, sekejap lagi kita cari." balas Encik Arthur. Dia ingin rehat sebentar. Sekurang-kurangnya biarlah dia membersihkan diri dahulu dan kemudiannya tukar pakaian.

Selepas itu barulah mereka mula mencari jejak Olive. Ini bukan kali pertama mereka mencari Olive. Sudah banyak kali mereka mencari tetapi selalu sahaja menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun mereka tidak pernah penat dan mengeluh untuk mencari Olive.

"Hari ni kita nak cari di mana pula?" soal Puan Daisy. Sebelum mula mencari mereka perlu memilih spot atau tempat untuk mereka mencari. Sudah banyak juga tempat mereka mencari.

"Mungkin kita boleh cari disekitar kawasan hutan pula. Yang dekat-dekat sini. Dulu pun orang tua saya cerita vampire tinggal dihutan. Mungkin kita boleh cuba." kata Encik Arthur.

Sebenarnya keturunan ketua kampung adalah daripada keturunan daddy Olive. Pada awalnya Encik Arthur tidak pernah percaya dengan kewujudan vampire. Dia fikir hal itu tidak masuk akal dan hanya dongeng. Dia tidak pernah melihat vampire namun dia mula percaya semasa melihat sendiri mereka datang mengambil Olive.

Walau bagaimamapun dia tidak mengetahui banyak perkara mengenai vampire. Orang tuanya tidak banyak bercerita mengenai vampire kerana ia menjadi ketakutan kepada mereka. Mereka sedih kerana setiap kali anak perempuan sulong yang dilahirkan akan diambil vampire.

Encik Arthur pernah menceritakan hal ini kepada isterinya. Hal ini menyebabkan isterinya sangat takut. Disebabkan itu juga mummy Olive sentiasa jaga Olive dan tidak membenarkan Olive keluar sesuka hati. Dia mahu Olive kekal sahaja dirumah.

Kebetulan Olive anak tunggal dalam keluarganya. Dia tiada adik beradik lain. Daddy dan mummy Olive juga seorang anak tunggal. Tanpa Olive keluarga mereka akan hanya tinggal kenangan dan tiada waris yang seterusnya. Disebabkan itu keluarga Olive berusaha mencarinya. Selain rasa sayang dan rindu yang kuat pada Olive.

Setelah mempersiapkan apa yang perlu kereta Encik Arthur pun dipandu ke hutan yang berdekatan. Hutan itu tidak jauh dari rumahnya. Hanya beberapa kilometer sahaja.

"Kita cari kat hutan ni dulu." kata Encik Arthur. Kenderaannya berhenti dihadapan sebuah hutan. Hutan itu nampak biasa dan tidak terlalu tebal.

"Okay." Puan Daisy mengangguk. Mereka pun keluar dari kereta dan masuk ke dalam hutan.

"Mummy, hati-hati ye." pesan Encik Arthur. Dia pegang tangan isterinya.

"Baik." balas Puan Daisy.

"Olive.." jerit Puan Daisy.

"Olive kat mana sayang?" rintih Puan Daisy. Hatinya sebak bila menyebut nama Olive.

"Hah?" Olive terasa ada seseorang memanggil namanya. Dia bangun dan lihat diluar tingkap biliknya. Tiada siapa. Ianya hanya perasaan Olive sahaja.

"Hmm.." tiba-tiba Olive jadi teringat kepada mummy dan daddy.

"Mummy, daddy Olive rindu." Olive pegang kalung dilehernya. Dia buka dan lihat gambar yang ada. Dia sangat rindu kepada orang-orang didalam gambar itu.

"Aku nak balik. Aku tak nak tinggal kat sini." kata Olive. Bagi Olive tiada apa yang lebih penting daripada berada disisi keluarganya. Dia harus pergi dari sini.

Olive pun keluar dari biliknya. Dia ingin lari dari kampung ini. Olive menuruni tangga dengan perlahan-lahan tetapi dengan langkah yang besar.

"Olive." tegur Puan Rhea.

"Mum." Olive terkejut. Bila masa mum ada kat rumah ni? Setahu Olive, mum keluar dengan dad sebentar tadi.

"Olive nak pergi mana?" soal Puan Rhea.

"Err.. Tak pergi mana. Nak turun bawah je." tipu Olive. Mustahillah kalau dia beritahu Puan Rhea yang dia hendak lari. Nanti mungkin dia akan dikurung dalam bilik bawah tanah lagi. Susahlah kalau dia nak lari lagi nanti.

"Oh.. Jom ikut mum." ajak Puan Rhea.

"Ikut? Pergi mana?" soal Olive. Mereka nak ke mana pula ni?

Puan Rhea tarik tangan Olive. Mereka masuk ke sebuah bilik. Bilik itu nampak seperti bilik stor tetapi barang-barang yang ada disitu sangatlah tersusun. Tiada sebarang habuk pun.

"Duduklah." Puan Rhea pelawa Olive duduk disofa yang ada dibilik itu. Olive pun duduk dan Puan Rhea mencari sesuatu didalam laci almari.

"Ni." Puan Rhea mengelap sebuah buku besar. Dia duduk disebelah Olive.

"Tengok ni." Puan Rhea tunjukkan buku tersebut kepada Olive. Ternyata ia bukanlah sebuah buku biasa tetapi sebuah buku album gambar. Olive ambil buku album tersebut.

"Bukalah." kata Puan Rhea. Olive pun menyelak buku album tersebut.

"Tengok, ni gambar Dylan masa kecil. Comelkan dia." tunjuk Puan Rhea. Dia tersenyum.

"Dalam album ni ada banyak gambar Dylan dari dia kecil sampailah besar. Mum suka ambil gambar Dylan." cerita Puan Rhea. Olive hanya mengangguk.

"Olive perasan sesuatu tak?" soal Puan Rhea.

"Perasan apa?" Olive pandang Puan Rhea.

"Perasan yang setiap gambar dalam album ni tiada satu pun gambar Dylan tersenyum." kata Puan Rhea.

Olive belek album tersebut. Sememangnya tiada satu pun gambar Dylan tersenyum. Kenapa? Dia memang tidak suka senyum ke?

"Dylan ni seorang anak yang baik. Dari kecil selalu ikut apa yang mum dan dad kata. Tak pernah melawan. Tapi dia seorang yang sangat serius dan agak dingin. Jarang nampak dia tersenyum. Kalau dia gembira pun dia senyum biasa-biasa sahaja. Tu pun tak nampak sangat." jelas Puan Rhea. Patutlah masa awal dulu dia nampak dingin sahaja.

"Dulu Dylan ada seorang adik perempuan. Namanya Darline. Darline sangat baik. Sangat-sangat baik dan dia tidak pernah mahu untuk minum darah manusia. Dia kesiankan mereka. Dia juga tidak mahu minum darah haiwan. Darline hanya makan sayuran dan buah-buahan. Disebabkan itu kesihatannya makin merosot hingga organnya gagal untuk berfungsi." airmata Puan Rhea mengalir. Dia telah kehilangan anak perempuannya.

"Sejak dari itu Dylan jadi murung. Dia hilang adik dan teman sepermainan. Dylan sangat sayangkan adiknya. Jadi sangat terkilan dan sedih apabila Darline meninggal. Sejak itu tiada lagi senyuman dibibir Dylan." kata Puan Rhea. Olive terdiam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana kalau ada ahli keluarganya yang meninggal. Tentu dia jadi seperti Dylan.

"I'm sorry to hear that." balas Olive.

"It's okay." balas Puan Rhea.

"Tapi.. Dylan masih ada Stella kan?" soal Olive. Stella kan adik Dylan juga.

"Sebenarnya Stella bukan adik kandung Dylan. Stella diambil dan dijaga untuk gantikan tempat Darline. Tetapi Dylan tetap ingatkan Darline. Dia terlalu rindu pada Darline. But day by day, Dylan mula terima kenyataan yang Darline telah pergi jauh dan dia terima Stella sebagai adiknya dan dia mula nampak gembira sedikit. Sekali sekala nampak Dylan tersenyum." kata Puan Rhea.

Olive mengangguk. Patutlah Stella nampak macam tidak rapat sangat dengan keluarga Dylan. Rupanya itu sebabnya. Patutlah Stella selalu keluar dan jarang duduk dirumah.

"Stella adik yang baik. Dia selalu hiburkan Dylan. Dia seolah-olah faham apa yang dirasakan oleh Dylan." kata Puan Rhea. Stella anak yatim piatu memang faham perasaan Dylan yang kehilangan keluarga.

"Tapi bila dia dapat tahu yang dia telah dijodohkan. Lagilah jarang nampak dia tersenyum." kata Puan Rhea. Olive faham, vampire mana sahaja yang redha untuk berkahwin dengan manusia. Manusia makanan mereka sahaja. Bukan untuk dijadikan pasangan.

"Tapi lepas Olive datang. Mum nampak senyuman pada muka Dylan. Dia nampak gembira. Macam-macam yang dia buat untuk Olive dan setiap kali itulah dia nampak ceria." kata Puan Rhea.

"Hah?" respon Olive.

"Dylan yang sekarang bukanlah Dylan yang dulu. Dia nampak ceria bila ada Olive." kata Puan Rhea.

"Mum gembira sangat Dylan dah tak macam dulu." Puan Rhea tersenyum.

"Olive, mum harap sangat yang Olive dapat berada disisi Dylan. Dylan perlukan Olive. Mum pasti yang sebenarnya Dylan sudah mula sukakan Olive. Olive jangan tinggalkan dia ya.." Puan Rhea pegang tangan Olive.

"Hah? Err.." balas Olive. Betul ke apa yang mum cakapkan tu? Dylan tidak pernah kata apa-apa pun.

"Olive janji dengan mum yang Olive akan jaga Dylan untuk mum. Mum dah tua. Lambat laun mum akan pergi juga. Kalau mum pergi nanti tentu Dylan akan lagi sedih. Tapi kalau ada Olive tentu dia akan okay sikit." rayu Puan Rhea.

"Mum.." Olive serba salah. Dia tidak sanggup untuk berjanji kalau hal itu dia sendiri tidak boleh tepati.

"Janjilah dengan mum. Mum merayu." kata Puan Rhea dengan penuh harapan.

"Aku tak boleh berjanji." hati Olive jadi tidak tentu arah. Dia jadi lemah bila ada yang merayu padanya.

"Janjilah Olive." kata Puan Rhea.

"Err.. Ya." Olive mengangguk dalam keterpaksaan. Puan Rhea terus peluk tubuh Olive. Dia gembira sangat.

"Terima kasih ya Olive. Kamu menantu terbaik yang pernah mum dapat. Mum yakin yang jodoh kamu berdua kuat." pelukan dilepaskan.

"Takpelah, Olive tengoklah gambar tu dulu. Mum nak keluar dulu nak siapkan makanan petang untuk dad." kata Puan Rhea. Olive mengangguk dan Puan Rhea pun keluar.

Olive lihat gambar-gambar didalam album. Dia mengeluh. Dia rasa simpati pada Dylan. Tetapi dia lebih kesiankan dirinya sendiri. Dia pun sedih juga apabila terpaksa berpisah dengan keluarganya. Dia tidak mahu berkahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience