66

Vampire Series 59850

"Haish. Tak jadilah." kata Caylus. Dia berubah menjadi vampire yang biasa semula.

"Hah?" Olive terkejut. Dylan juga terkejut sama. Apa yang dimaksudkan oleh Caylus? Adakah dia rasa simpati pada Olive? Dia tidak sampai hati untuk membunuh Olive? Mustahil Caylus rasa semua itu.

"Aku rasa penatlah hari ni. Nantilah aku bunuh kau." Caylus terus berlalu pergi. Dia tidak jadi untuk membunuh Olive pada hari ini. Dia tidak suka melihat Dylan yang terlampau melindungi Olive. Susahlah untuk dia membunuh Olive kalau macam tu. Lagipun tenaga Caylus sudah berkurangan kerana berlawan dengan Dylan sebentar tadi. Dia ingin menggunakan sepenuh tenaga untuk membunuh Olive barulah dia akan rasa puas. Dia juga sengaja mahu berlengah. Biarlah Dylan dan Olive rasa mengelabah dan takut menunggu hari itu tiba.

"Argh!" bentak Dylan. Dia geram dengan sikap Caylus. Caylus seolah-olah bermain dengan nyawa Olive. Apa yang Caylus fikirkan?

"Olive jom balik." Dylan terus terbang balik ke rumah bersama Olive. Masing-masing hanya senyap sahaja.

"Pergi naik bilik." arah Dylan apabila mereka sampai dirumah. Olive turutkan sahaja. Dia takut melihat Dylan yang sangat dingin. Mesti Dylan sangat marah dengan peristiwa tadi.

"Haih.." Olive mengeluh. Dia naik tangga dengan langkah longlai. Kenapalah semua ini terjadi? Kenapa Olive yang perlu hadap semua ini? Dia tidak salahkan takdir cuma dia penat. Penat apabila nyawanya dijadikan mainan. Tidak bolehkah dia hidup gembira seperti manusia yang lain?

Olive ambil tuala dan dia terus mandi. Setelah itu, dia baring dikatil. Badannya terlalu penat. Dia ingin rehat sebentar. Sejak balik hospital Olive sudah mula tidur dikatil. Dylan marah kalau Olive tidur disofa. Olive memejamkan matanya.

Tidak lama kemudian Dylan juga masuk ke dalam bilik. Dia lihat Olive yang sedang berehat. Dia biarkan sahaja Olive tidur. Dia tahu tentu Olive kepenatan.

Dylan mandi bersihkan diri dan kemudian dia keluar dari bilik. Dia ingin tenangkan fikiran sebelum tidur. Susah untuk dia tidur kalau fikiran sedang serabut.

"Eh? Dylan pergi mana?" soal Olive. Dia dengar bunyi pintu dan apabila dia bukakan mata, Dylan sudah keluar.

"Hmm.." Olive pun bangun dari katil. Dia juga keluar dari bilik. Olive mengintai senyap-senyap. Dia tidak mahu Dylan sedar yang Olive sedang mencarinya.

"Mana?" bisik hati Olive. Dia mencari kelibat Dylan.

"Tu.." bisik Olive. Dia nampak Dylan naik ke tingkat 3. Dengan berjengket-jengket Olive mengekori Dylan. Olive nampak Dylan tarik tali yang ada disiling rumah dan kemudiannya muncul sebuah tangga. Mungkin tangga itu menuju ke loteng.

"Dylan nak buat apa tu?" bisik Olive. Apabila Dylan telah naik ke atas barulah Olive menghampiri tangga itu. Perasaan ingin tahunya amat kuat. Jadi Olive naik juga naik itu. Betullah apa yang Olive fikirkan tangga itu menuju ke loteng tetapi Olive tidak nampak Dylan. Jadi dia panjat lagi tangga yang ada sampailah dibumbung rumah. Disitu barulah dia nampak Dylan yang sedang duduk santai. Olive tersenyum.

"Hai Dylan." sapa Olive.

"Macam kau tahu aku ada kat sini?" soal Dylan. Macam mana Olive boleh datang ke tempat rahsia Dylan? Bukan tadi dia dah tidur ke?

"Instinct." balas Olive. Padahal dia sendiri yang nampak dan ikut Dylan datang ke sini. Dia cuma ingin tahu apa yang Dylan buat disini pada waktu malam.

"Ceh." balas Dylan. Dia agak mesti Olive curi-curi ikut dia ke sini.

Olive datang mendekati untuk duduk disebelah Dylan. Tetapi kakinya tergelincir sedikit. Dia hampir sahaja hendak terjatuh ke bawah.

"Hei carefull." cepat-cepat Dylan capai lengan Olive. Dia pegang Olive untuk duduk disebelahnya. Olive ni sudahlah baru keluar hospital beberapa hari. Dia nak masuk balik ke apa? Seronok duduk kat hospital?

"Hehe.. Sorry." balas Olive. Dia terkejut juga apabila tergelincir tadi. Nasib baiklah Dylan cepat. Kalau tidak mungkin Olive sudah meninggal. Tinggi juga rumah ini. Tiga tingkat tau. Kalau jatuh mungkin akan patah riuk. Tetapi nasib baiklah kalau patah sahaja, kalau meninggal macam mana? Gembiralah Caylus nanti. Tidak perlu dia kotorkan tangannya.

"Buat datang sini?" soal Dylan.

"Untuk jumpa awaklah." kata Olive.

"Buat apa jumpa aku?" soal Dylan. Dia nak lapangkan fikir. Dia mahu berfikir tentang apa yang berlaku. Dia perlu bertindak lebih pantas daripada Caylus. Tetapi Olive pula datang menyibuk menganggu masa berfikir Dylan.

"Saje. Hmm.. Awak ni masa petang tadi bukan main guna awak saya tapi malam ni dah tukar pulak? " balas Olive. Dia terkejut juga Dylan guna perkataan awak saya semasa petang tadi.

"Hmm.." balas Dylan. Dia pun tidak perasan dia menggunakan perkataan awak saya.

"Mesti awak tak boleh tidur kan? Hmm.. Saya pun sama." Olive tidak dapat tidur. Fikirannya asyik berfikir tentang Slyvia, Caylus dan dirinya sendiri. Perasaannya bercampur baur. Dia takut tetapi sedih. Dia juga rasa simpati pada Slyvia dan Caylus.

Dylan memandang Olive. Dia tahu apa yang Olive rasakan. Dia juga risaukan keselamatan Olive.

"Wah cantiknya bintang." tunjuk Olive. Dia sedar yang Dylan sedang memandang sebab itulah dia cuba mengalihkan pandangan Dylan. Mereka juga asyik bersembang sampai tidak sedar ada bintang yang cantik dihadapan mata. Olive terpesona dengan bintang pada malam itu. Bintang nampak terang dan sangat cantik. Dylan turut memandang ke arah bintang yang bertaburan dilangit.

"Awak tahu tak dulukan masa saya kecil, saya ada satu cita-cita." luah Olive. Bila melihat bintang dia jadi teringat pada cita-citanya yang dulu.

"Awak tahu tak apa cita-cita saya tu?" soal Olive. Dia memandang ke arah Dylan.

"Manalah aku tahu." jawab Dylan. Dia mengangkat bahu. Olive tersenyum.

"Dulu saya cita-cita nak jadi angkasawanita. Saya nak kutip semua bintang kat langit." kata Olive.

"Mengarut." kata Dylan. Bintang tu bukannya batu nak kutip-kutip.

"Ish, masa tu saya kecil lagilah. Tanyalah saya nak kutip untuk apa." kata Olive. Masa dia kecil dia kurang tahu mengenai bintang. Yang dia tahu bintang tu jauh. Dia anggap bintang seperti batu yang bersinar dan apa yang dia mahukan adalah untuk mengutip bintang tersebut.

"Hm.. Untuk apa?" soal Dylan.

"Saya nak bagi kat my favourite person." kata Olive sambil tersenyum manis.

"Oh.." balas Dylan. Dia mengangguk sedikit. Ingatkan Olive nak kutip untuk buat batu seremban.

"Tak nak tanya ke siapa favourite person saya?" soal Olive.

"Siapa?" soal Dylan. Walaupun dia agak rimas apabila Olive memaksa untuk tanya soalan tetapi dia layankan juga. Mungkin dengan cara ini dapat melupakan Olive kepada apa yang berlaku.

"Dulu favourite person saya ada empat. Mummy, daddy, Cece dan cikgu." kata Olive. Merekalah orang kesukaan Olive. Mereka sangat bermakna buat Olive. Olive sangat sayangkan mereka.

"Sekarang ada berapa?" soal Dylan. Memandangkan Olive menyebut perkataan dulu. Mungkin ada perbezaan antara dulu dengan sekarang. Mungkin orang kesukaan Olive sudah bertambah?

"Ada 5." kata Olive sambil menunjukkan lima jari.

"Siapa yang kelima?" soal Dylan. Dia hendak tahu siapa orang kesukaan Olive yang kelima. Agaknya siapalah orang itu. Istimewa sangat ke orang kelima tu?

"Hehe.. Rahsia." balas Olive. Dia tidak mahu beritahu siapa orang kesukaannya yang kelima. Lambat lagi kalau nak beritahu pun.

"Asal rahsia pulak?" soal Dylan.

"Sebab rahsialah. Rahsia mana boleh bagitahu." kata Olive.

"Kalau rahsia, tak payahlah bagitahu dari awal." kata Dylan. Dia pun bangun dan tinggalkan Olive sendirian.

"Eh? Marah pulak?" soal Olive. Dia pun turun dengan berhati-hati.

Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik. Dylan terus baring dikatil. Dia rasa malas nak berfikir. Dia mengantuk nak tidur. Olive pelik melihat Dylan tetapi selepas itu dia juga tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience