73

Vampire Series 59844

"Cik Olive sure ke ni nak ikut?" soal Cody. Mereka sudah hampir dengan Pinggir Hutan Hitam. Disitulah tempat pertemuan antara Dylan dan Cody.

"Betullah. Saya serius." Olive mengangguk. Olive sudah buat keputusan dan dia tidak akan berpatah balik.

"Tapi saya risau. Kalau jadi apa-apa dekat cik nanti macam mana?" Cody tidak sedap hati. Perkara buruk boleh berlaku bila-bila sahaja.

"Itukan tugas awak sebagai vampire penjaga. Awaklah yang kena jaga dan lindungi saya. Dylan pun. Saya rasa korang boleh je jaga saya dengan baik. Saya yakin." Olive faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Cody. Tetapi dia percaya yang dia akan selamat dengan mereka. Tentu mereka tidak akan membiarkan Olive dalam bahaya.

Cody terdiam seketika. Sememengnya tugas Cody untuk menjaga dan melindungi Olive. Tetapi dia juga bertanggunjawab untuk tidak meletakkan Olive dalam situasi yang bahaya.

"Kalau tuan muda marah saya tak boleh tolong." jujur Cody. Dylan tentu marah kalau bawa Olive sekali.

"Takpe nanti biar saya explain. Awak senyap je okay." Olive tersenyum sambil menepuk bahu Cody.

Cody mengangguk dan akhirnya mereka nampak Dylan yang sedang menunggu ditepi sebuah batu besar.

"Tuan muda." Cody terus menghampiri Dylan.

"Cody, sampai pun kamu." kata Dylan. Lama juga dia tunggu Cody disini.

"Maaf tuan muda ada hal yang tak dapat dielakkan." Cody buat muka keruh.

"Hal apa?" Dylan pelik melihat raut wajah Cody.

"Hai Dylan." tegur Olive dengan wajah yang ceria.

"Olive!" Dylan terkejut. Dia pandang Cody meminta penerangan.

"Inilah hal yang tak dapat dielakkan tu." kata Cody. Dia menundukkan kepala. Tidak sanggup nak bertentang mata dengan Dylan.

"Olive buat apa kat sini?" soal Dylan. Dia pandang Olive.

"Saya nak ikut awak untuk lepaskan Unicorn." balas Olive. Olive ingin pastikan sendiri yang kuda miliknya berada dalam keadaan selamat.

"Kan saya dah kata biar saya yang uruskan. Awak tak perlu susahkan diri." Dylan menggunakan perkataan saya dan awak. Mungkin sebab ada Cody.

"Saya tahu tapi saya risaukan awak. Saya nak teman awak. Biar kita sama-sama pergi sana. Lagipun dalam surat tu tulis saya yang kena pergi." luah Olive.

Selain risaukan Dylan, Olive juga ada terfikir bagaimana kalau tiba-tiba penculik Unicorn tidak melepaskan Unicorn disebabkan Olive yang tidak datang sendiri. Bagaimana kalau dia bertindak luar kawalan setelah mengetahui perkara itu. Teruklah kalau sesuatu yang buruk pada Dylan dan Unicorn. Kalau itu berlaku sudah tentu Olive akan menyalahkan diri sendiri kerana ia melibatkan dirinya. Cukup apa yang jadi sebelum ini disebabkan keturunan. Perkara sebegitu tidak perlu berulang lagi sampai bila-bila.

"Tapi saya lebih risaukan awak. Hutan tu bukan tempat untuk awak. Bahaya kalau awak ke sana." kata Dylan.

"Saya tahu tapi biarlah saya ikut. Biarlah saya buat perhitungan dengan vampire jahat tu. Mana tahu dia boleh berubah fikiran." Olive buat muka sedih.

"Mustahil Olive." Dylan mengeluh.

"Tak mustahil selagi kita belum mencuba." Olive percaya selagi mereka belum mencuba selagi itu masih ada ruang untuk berjaya.

"Cody, kamu tolong hantar Olive pulang. Biar saya pergi sendiri ke Hutan Hitam. Kamu jaga Olive sampai saya balik. Pastikan dia selamat." Dylan buat keputusan untuk pergi ke Hutan Hitam bersendirian. Dia tidak mahu melibatkan Olive dan Cody. Seandainya ada yang berlaku dia akan berjuang sendiri hingga titisan darah yang terakhir.

"Hah?" respon Olive. Dia terkejut dengan kata-kata Dylan.

"Tapi tuan muda." tidak mungkin Cody akan membiarkan Dylan masuk ke hutan itu bersendirian.

"Pergi sekarang." arah Dylan.

"Baik tuan muda." Cody tarik tangan Olive untuk dibawa pulang. Dia faham yang Dylan sedang serius. Jadi dia perlu ikut arahan Dylan tanpa sebarang bantahan.

"Tak nak. Saya tak nak balik. Lepaslah." Olive cuba untuk melepaskan tangannya.

"Maafkan saya Cik Olive ini semua demi kebaikan cik." Cody mengenggam tangan Olive dengan lebih kemas.

"Saya pergi dulu tuan muda. Tuan muda hati-hati." pesan Cody.

"Ya." angguk Dylan.

Cody dan Olive pun berlalu pergi. Olive terpaksa mengikut langkah Cody. Cody nampaknya tidak berlembut lagi dengan Olive. Wajahnya juga nampak serius. Tiada lagi senyuman atau wajah mesra yang ditunjukkan.

"Cody lepaskan saya. Saya boleh jalan sendiri. Saya janji akan pulang ke rumah." kata Olive. Banyak kali dia hampir tersadung kerana Cody berjalan laju.

"Maaf cik saya tak boleh." Cody sudah berjanji dengan Dylan untuk bawa Olive pulang dengan selamat. Dia tidak akan berkompromi dengan Olive.

"Tapi tangan saya sakit." adu Olive. Mukanya nampak berkerut. Mungkin Cody pegang tangan Olive terlampau kuat.

"Cik okay?" Cody berpaling melihat Olive. Mereka berhenti berjalan. Risau juga kalau Cody telah mencederakan Olive tanpa sengaja.

"Tangan saya." kata Olive. Cody lepaskan genggaman tangannya dengan perlahan-lahan. Olive urut tangannya beberapa kali. Sakit juga rasanya.

"Maaf ye cik." Cody rasa bersalah.

"Takpe." Olive tahu Cody tidak berniat untuk berbuat begitu. Mungkin sikapnya yang degil menyebabkan Cody sedikit berkasar.

"Jomlah kita balik." ajak Olive. Lebih baik dia ikut sahaja kata Dylan. Kalau dia berdegil pun tidak membawa apa-apa makna. Dylan telah pun masuk ke dalam hutan itu.

"Okay." mereka berjalan pulang ke rumah.

Tetapi baru separuh perjalanan mereka telah diserang oleh seorang vampire. Vampire itu telah mensasarkan anak panah kepada mereka berdua. Tetapi nasib baiklah keduanya dapat mengelak.

"Caylus!" jerit Olive. Tidak perlu dipastikan lagi itu tentu Caylus. Dia sahaja yang menggunakan anak panah.

"Hahaha." kedengaran suara vampire ketawa. Suara itu sememangnya milik Caylus. Tetapi Olive tidak nampak langsung kelibat Caylus dimana-mana.

"Keluar Caylus kalau berani. Saya ada perhintungan dengan awak. Awak kan yang ambil kuda saya. Tak guna awak Caylus dengan haiwan pun awak nak buat gila. Awak tak berhati perut." Olive sengaja ingin mencabar Caylus supaya dia keluar dari tempat persembunyiannya. Olive ingin bersemuka dengan Caylus.

"Cik Olive." Cody risau melihat Olive yang berani semacam.

"Haha.." Caylus terbang dan mendarat dihadapan Olive.

"Beraninya kau." Caylus tidak sangka Olive begitu berani untuk membuat perhitungan dengannya.

"Awak yang paksa saya buat macam ni." kata Olive.

"Oh ya?" Caylus buat muka.

"Bagitahu saya cepat mana awak sembunyikan Unicorn." Olive ingin kudanya semula.

"Unicorn? Hahaha.." Caylus geli hati mendengar nama kuda milik Olive.

"Kuda tu dah mati." Caylus telah mengorbankan Unicorn.

"Apa?" Olive terkejut dan hampir terjatuh. Tetapi nasib baiklah Cody pantas memegang Olive. Air mata Olive mengalir dengan sendirinya.

"Kuda tu tiada guna jadi aku bunuh. Sedap darah dia. Sampai kering aku hisap. Mungkin kenyang sampai esok." Caylus menjilat bibir.

"Awak kejam!" Olive meluru ke arah Caylus. Dia ingin menampar Caylus yang biadap tetapi tangan Caylus pantas mencengkam tangan Olive.

"Nope." Caylus cucuk tangan Olive dengan kukunya. Olive meronta-ronta kesakitan tetapi rontaan menjadi senyap selepas itu. Kepala Olive terasa sakit dan dia hampir pitam. Caylus mencempung badan Olive dan terus terbang tinggi.

"Cik Olive." Cody jadi kelam kabut. Segala yang berlaku sangat pantas. Dia tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Cody cuba untuk mengejar Caylus tetapi lariannya tidak cukup pantas. Caylus terbang dengan sangat laju. Dia terbang terus masuk ke dalam Hutan Hitam.

"Aku kena cari tuan muda." kata Cody. Dia ingin memaklumkan hal ini kepada Dylan. Dia juga masuk ke dalam hutan puaka itu. Dia harus cepat mencari Dylan sebelum semuanya menjadi terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience