7

Vampire Series 59850

"Hai, Olivia kan?" tegur seorang perempuan. Dia memakai uniform yang sama dengan Olive. Tentunya dia pelajar disekolah ini juga. Lebih tepat lagi rakan sekelas Olive.

"Err.. Ye." Olive mengangguk. Nampaknya Olive sememangnya dikenali disini.

"Saya Slyvia Khiel, boleh panggil Slyvia." Slyvia mengenalkan dirinya.

"Oh, hai. Saya Olivia Faye, boleh panggil saya Olive." kata Olive.

"Oh Olive, mesti awak pelik kan? Macam mana saya tahu nama awak." soal Slyvia. Olive mengangguk.

"Semua orang tahu pasal awak. Awak pengantin vampire kan?" kata Slyvia.

"Pengantin vampire?" soal Olive.

"Ha'ah. Pengantin manusia kepada vampire lelaki." kata Slyvia.

"Err.. Ya." Olive mengangguk.

"Semua orang tahu pasal awak. Awak famous." kata Slyvia.

"Kenapa semua orang tahu pasal saya?" soal Olive. Ada apa-apa yang istimewa sangat ke jadi pengantin vampire?

"Kat kampung kami dah lama tiada perkahwinan antara red vampire dengan manusia. Awak yang terpilih dan paling bertuah sebab.." kata Slyvia tanpa menghabiskan ayatnya.

"Sebab apa? Kenapa bertuah?" Olive tertanya. Apa yang bertuahnya? Rasa terseksa adalah.

"Sebab jadi pengantin kepada red vampire, ketua kepada seluruh vampire. Darjat awak jadi tinggi apabila berkahwin dengan red vampire. Perkara tu sangat dicemburui oleh puak yang lain. Lagi satu awak bertuah sebab berkahwin dengan Tuan Muda Dylan." kata Slyvia.

"Hah?" Olive kebinggungan.

"Awak tak tahu?" soal Slyvia. Olive menggeleng kepala.

"Hm.. Berdasarkan cerita yang saya dengar red vampire ditakdirkan untuk berkahwin dengan manusia supaya mereka dapat hidup selamanya. Tetapi ada juga cerita yang mereka akan bunuh pasangan mereka pada malam pertama. Hati pasangan mereka itu dimakan untuk lebih berkuasa dan abadi. Hanya red vampire yang bertambah kuasa apabila kahwin dengan manusia. Dan saya rasa awak akan selamat sebab kahwin dengan Tuan Muda Dylan. Dia mesti takkan bunuh awak." kata Slyvia.

"Hah?" dia terkejut.

"Er.. Apa tu red vampire?" soal Olive.

"Sebenarnya puak vampire ada tiga, red vampire, black vampire dan grey vampire. Bukan bermakna mereka berwarna merah, hitam atau kelabu tetapi hanya nama puak sahaja. Red vampire adalah ketua kepada setiap puak vampire. Yang paling berkuasa dan hebat. Mereka satu-satunya vampire yang boleh terbang dan boleh muncul dimana-mana. Selain tu, mereka akan jadi lebih hebat apabila berkahwin dengan manusia. Saya tak tahu macam mana tapi itulah hakikatnya. Mereka ada hamba daripada kaum beast. Witch juga tinggal bersama mereka. Banyak lagi kelebihan red vampire yang saya tak tahu." kata Slyvia.

"Witch tu nenek tua yang tinggal dirumah besar tu?" soal Olive.

"Ya, nenek tulah witch. Dia yang meramalkan semua yang akan berlaku dan membantu red vampire. Dia juga yang beritahu tentang kuasa red vampire akan bertambah apabila berkahwin dengan manusia." kata Slyvia.

"Oh.." balas Olive.

"Kalau black vampire pulak adalah vampire pemburu. Awak tahu kan peristiwa yang jadi kat vampire perempuan tu?" soal Slyvia. Olive mengangguk. Semestinya dia ingat tentang itu.

"Vampire perempuan tu dari puak yang sama. Black vampire yang memburu, membunuh dan makan manusia. Mereka penghisap darah dan paling kejam." sambung Slyvia.

"Bukan semua vampire penghisap darah ke?" soal Olive.

"Taklah. Hanya black vampire je penghisap darah manusia. Yang lain cuma peminum darah sahaja. Tetapi bukan darah manusialah. Tetapi ada juga yang vegetarian iaitu grey vampire. Mereka langsung tidak minum darah atau makan haiwan." kata Slyvia.

"Hah? Vegetarian? Err.. Grey vampire tu macam mana pulak?" balas Olive.

"Grey vampire, puak yang natural boleh dikatakan agak lemah antara tiga puak. Tapi takdelah baik. Cuma mereka lebih kurang macam manusia. Mereka adalah gabungan daripada DNA manusia dengan DNA vampire. Kira macam vampire jadian. Mereka hidup sama macam manusia dan mereka tak takut matahari. Mereka juga terdiri daripada orang penting seperti guru dan juga penjaga kepada red vampire. Mereka bebas untuk keluar masuk ke alam manusia." jelas Slyvia.

"Maknanya Cody dan Ray tu puak grey vampire? Nancy pun sama?" soal Olive.

"Yup, Cody dan Ray tu daripada puak grey vampire. Mereka penjaga juga orang kanan kepada red vampire. Nancy adalah puak beast." balas Slyvia.

"Tadi awak kata vampire takut kena matahari. Betul ke vampire hilang bila kena matahari?" soal Olive.

"Em.. Dulu ye tetapi sekarang mereka dah kebal sedikit dan hanya melarikan diri bila terkena matahari. Matahari hanya buat kulit mereka merah dan beruam. Sebab tulah semua tempat dikampung ni berbumbung." kata Slyvia sambil membuang pandangan keluar. Begitu juga dengan Olive.

"Macam mana nak bezakan setiap vampire tu?" soal Olive. Dia perlu berhati-hati terutamanya dengan black vampire.

"Senang je. Tengok iris mata mereka sebab warnanya sama dengan puak mereka." kata Slyvia. Olive melihat anak mata Slyvia yang berwarna kelabu.

"Ya, saya grey vampire. Mak saya seorang manusia." kata Slyvia. Olive mengangguk.

"Tetapi kenapa mata Dylan tak warna merah pun? Awak kata dia red vampire." soal Olive.

"Oh red vampire lain sikit. Mata diorang hanya berubah bila berlawan atau tengah mengunakan kuasa." kata Slyvia.

"Oh.. Tapi black vampire tak hisap darah puak grey vampire? Kan mereka manusia." soal Olive.

"Tak, grey vampire bukan mangsa mereka. Mereka tidak serang sesama vampire. Sasaran mereka manusia biasa. Tetapi tetap kena hati-hati sebab black vampire punya tipu muslihat. Mereka vampire paling tidak boleh dipercayai." jelas Slyvia.

"Oh.. Macam awak tahu semua ni?" soal Olive.

"Bapa saya, dia yang ceritakan semua ni. Kalau awak ada nak tanya apa-apa lagi, tanya je saya." kata Slyvia.

"Okay, terima kasih." balas Olive.

"Okay semua marilah mulakan kelas. Saya Sir Fredrick guru kamu semua. Selamat berkenalan kepada para pelajar baru." kata Sir Fredrick yang baru sahaja masuk. Para pelajar lain mengangguk dan mereka memulakan pelajaran pada hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience