45

Vampire Series 59850

Pejam celik, pejam celik dan akhirnya esok akan tiba hari perkahwinan antara Olive dan Dylan. Olive sedang termenung diruang tamu rumah memikirkan tentang hal itu.

"Olive." tegur Dylan. Olive pandang Dylan. Adalah tu yang Dylan nak cakap, fikir Olive.

"Esok kita kahwin. Mum tanya kau ada apa-apa permintaan tak?" soal Dylan. Puan Rhea meminta Dylan untuk tanyakan pada Olive sekiranya dia ada mahukan sesuatu.

"Permintaan?" soal Olive. Dia mengangkat keningnya.

"Hm." Dylan mengiyakan dengan malas.

"Emm.. Kalau saya minta lari dari sini mesti tak dapatkan?" soal Olive. Dia menghelakan nafas berat. Sedih pula dia rasa. Tiba-tiba teringat pada mummy dan daddy.

"Tak boleh." balas Dylan.

"Kalau macam tu saya nak jumpa mummy dengan daddy boleh tak? Sekejap je. Saya rindu mereka." rayu Olive. Dia berharap sangat dapat menatap wajah orang tuanya. Dia rindukan mereka. Sudah lama sangat tidak bersua muka.

Dylan senyap.

"Please.. Sekejap pun jadilah." pinta Olive. Dylan terus menarik tangan Olive, mereka menuju masuk ke sebuah bilik. Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah cermin besar.

"Eh?" Olive terkedu.

"Betul kau nak jumpa mummy, daddy kau?" soal Dylan.

"Ye, ye." Olive mengangguk dengan teruja. Dylan pergi ke arah cermin lalu membacakan sesuatu dan menyentuh cermin itu.

"Sini." panggil Dylan. Olive segera menghampiri cermin tersebut dan dia terkejut.

"Eh? Rumah saya!" kata Olive. Dia nampak ruang tamu rumahnya melalui cermin tersebut. Dah macam cctv pula cermin ni.

"Panggillah mereka. Tapi ingat sekejap je dan jangan sesekali rapat dengan cermin tu. Kau tak boleh sentuh mereka." kata Dylan.

"Wah! Thank you, thank you." Olive mengangguk sambil tersenyum. Dia sangat teruja nak berjumpa dengan mummy dan daddy.

"Mummy, daddy." Olive memanggil orang tuanya.

"Mummy.. daddy.." Nada suaranya meningkat setiap kali memanggil mereka.

"Mana mummy, daddy ni?" soal Olive. Dia lihat Dylan yang hanya memeluk tubuh ditepi. Dylan hanya mengangkat bahu.

"Mummy.. Daddy.." panggil Olive sekali lagi.

"Olive?" Puan Daisy terkejut apabila terdengar suara anak. Tetapi dia fikir mungkin dia hanya berhalusinasi.

"Mummy." panggil Olive.

"Olive?" Puan Daisy dengar suara anaknya lagi.

"Olive, anak mummy." Puan Daisy yakin itu suara anaknya. Dia terus mencari anaknya dimerata tempat dan tiba diruang tamu.

"Mummy!" Olive teruja apabila melihat kelibat ibunya.

"Mummy sini, Olive kat sini." kata Olive. Puan Daisy menoleh ke arah cermin rumahnya. Dia rasa terkejut dan bagaikan tidak percaya.

"Olive?" Puan Daisy menangis terus meluru ke arah cermin.

"Mummy jangan rapat dengan cermin." kata Olive sambil mengangkat tangan. Langkah Puan Daisy terhenti.

"Olive.." sebut Puan Daisy. Dia mengelap airmatanya. Dia tersenyum memandang Olive. Dia gembira dapat melihat anaknya. Sesungguhnya dia sangat rindu pada Olive.

"Daddy.. Daddy.." Puan Daisy segera memanggil suaminya.

"Ye?" soal Encik Arthur. Dia meluru ke arah mummy.

"Kenapa?" soal Encik Arthur.

"Olive." Puan Daisy menunjukkan ke arah cermin.

"Daddy." Olive melambai ke arah daddy. Dia tersenyum lebar melihat kedua ibu bapanya.

"Olive?" Encik Arthur terkejut. Dia tidak sangka dapat melihat anaknya lagi. Dia senyum memandang Olive. Dia amat terharu melihat Olive.

"Mummy, daddy apa khabar?" soal Olive dengan ceria.

"Mummy, daddy sihat. Olive macam mana nak? Olive baik sajakan kat sana?" soal Puan Daisy. Dia sangat risau dengan keadaan anaknya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar Olive. Macam-macam yang dia fikir tentang Olive.

"Olive tak apa-apakan?" soal Encik Arthur pula. Dia risaukan Olive.

"Olive sihat mummy, daddy. Olive baik je kat sini. Tak apa-apa." kata Olive dengan nada ceria. Dia ingin nampak okay dihadapan mummy dan daddy agar mereka tidak risaukannya.

"Betul ke?" soal Puan Daisy.

"Ye, semua layan Olive dengan baik kat sini. Keluarga Dylan layan dan jaga Olive dengan baik. Mummy, daddy tahu tak Olive ada kawan baru. Nama dia Slyvia. Dia baik sangat." kata Olive sambil tersenyum.

"Syukurlah." kata Encik Arthur. Dia rasa sedikit lega anaknya tidak diapa-apakan.

"Mummy, daddy rindu sangat kat Olive. Olive sayang baliklah rumah. Kita tinggal sama-sama macam dulu." kata Puan Daisy. Dia ingin hidup dengan anaknya. Dia rindu sangat pada Olive.

"Ye Olive, bila Olive nak balik?" soal Encik Arthur. Dia harap sangat Olive pulang ke pangkuannya.

"Olive.. Olive pun rindu sangat kat mummy dan daddy. Rindu sangat-sangat. Olive nak balik. Tapi mummy, daddy tahukan.. Mummy dengan daddy jangan risau Olive baik je kat sini. Olive happy kat sini." kata Olive sambil menahan sebak. Perasaannya bercampur baur sejak dari awal lagi. Dia cuba gagahkan diri untuk senyum. Dia genggam tangannya agar dapat menahan perasaannya yang sebenar.

"Olive.." panggil Puan Daisy. Dia dapat rasakan yang sebenarnya Olive nak sangat balik tetapi dia sembunyikan apa yang dia rasa.

"Olive sayang mummy, daddy. Mummy, daddy ingatkan rantai ini. Olive selalu pakai rantai ni. Olive janji takkan buka rantai ni. Ini bukti Olive takkan lupakan mummy, daddy sampai bila-bila. Olive sayang mummy, daddy.." Olive cuba untuk mengubah topik perbualan. Hatinya berkecai dan matanya mula berkaca. Dia pegang rantai dilehernya.

"Sayang." panggil Puan Daisy. Dia terasa sebak. Dia ingin Olive pulang kembali. Bayangan dicermin pula menjadi semakin kabur. Wajah mereka kelihatan semakin tidak jelas.

"Emm.. Takpelah mummy, daddy. Olive ada hal ni. Nanti kita sembang lagi ya? Olive sayang mummy, daddy. Bye.." kata Olive. Dia tersenyum kelat. Senyum yang dibuat-buat.

"Olive... Jaga diri." kata Puan Daisy.

Bayangan cermin menghilang dan kini menjadi cermin biasa semula. Olive melihat pantulan dirinya dicermin seraya itu airmatanya mengalir.

"Dah jom keluar." kata Dylan. Dia ingin keluar dari bilik itu. Tetapi langkahnya terhenti apabila Olive berkata sesuatu.

"Saya nak balik." Olive tertunduk sambil menangis. Hatinya tidak dapat menahan sebak. Bahunya naik turun kerana menahan sedu. Air matanya mengalir laju.

"Haish." Dylan mengeluh. Dia faham apa yang Olive rasakan. Siapa sahaja yang dapat terima apabila terpaksa berpisah dengan keluarga.

"Saya nak mummy, daddy.." kata Olive. Dia ingin bersama mummy dan daddy tetapi dia tidak boleh. Dia tidak mampu melawan takdir disini. Dia tidak mampu menukar janji yang telah dibuat. Tetapi dia masih berharap agar dapat pulang ke pangkuan mereka.

"Nantilah. Nanti mesti kau dapat jumpa mereka lagi." kata Dylan.

"Bila?" soal Olive.

"Nanti." Dylan tidak mahu berjanji kerana dia sendiri tidak tahu bila.

"Mummy, daddy." tangisannya semakin kuat. Olive menangis teresak-esak. Dia menutup mata dan mulut dengan tapak tangannya sambil menangis. Hatinya pilu dan sebak.

"Such a cry baby." Dylan terus memeluk Olive. Dia letakkan kepala Olive didadanya. Kepala Olive diusap beberapa kali. Dia faham perasaan Olive ketika ini.

Olive membuka mata dan mengelap airmatanya. "Eh?" dia terkejut apabila begitu rapat dengan Dylan. Dia tolak tubuh Dylan sekuat hatinya. Dylan melepaskan pelukannya.

"Biadap. Awak ambil kesempatan." marah Olive sambil mengelap sisa airmatanya. Berani Dylan memeluk Olive. Mereka masih belum berkahwin dan tiada apa-apa hubungan.

"Hah? Dasar tak mengenang budi." Dylan secara automatik jentik dahi Olive lalu keluar dari bilik itu. Baru sahaja dia hendak menenangkan Olive tetapi dituduh ambil kesempatan pula.

"Ei.." Olive rasa geram. Dia pun terus berlari ke biliknya. Dia tutup pintu dan menghempaskan diri diatas katil. Dia menangis semula sambil sembamkan mukanya ke bantal. Apabila penat menangis, dia ketiduran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience