56

Vampire Series 59844

"Haraplah Brian cepat sembuh." kata Olive sendirian semasa berjalan menunju ke rumah. Dia harap kecederaan yang dialami Brian tidak serius.

"Nasib baiklah ada Caylus yang boleh membantu." Olive bersyukur kerana terjumpa dengan Caylus. Kalau tidak entah apalah yang mungkin jadi kepada dirinya, Brian dan Slyvia..

"Hmm.. manalah Slyvia pergi agaknya? Apa yang jadi pada Slyvia? Harapnya dia baik-baik sahaja." kata Olive. Dia masih risau keberadaan Slyvia. Tetapi dia berdoa agar Slyvia selamat walau dimanapun dia berada.

Sedang dia berjalan tiba-tiba dia terdengar bunyi daun-daun kering yang dipijak. Dia ingin menoleh ke belakang tetapi malangnya hajat tidak kesampaian. Dia telah dipukul dibahagian kepala. Olive terus rebah ke tanah.

Caylus terus hantar Brian ke hospital. Brian dirawat dan lukanya dibersihkan. Dia menerima sedikit jahitan ditanggannya. Walaupun keadaan Brian tidaklah terlampau serius namun dia perlu tinggal dihospital untuk beberapa hari. Hal ini dia telah kehilangan banyak darah. Jadi dia perlu menambah darahnya kembali.

"Awak okay Brian?" soal Caylus. Dia teman Brian sebentar. Brian sedang berbaring dikatil hospital.

"Saya okay Tuan Muda Caylus. Terima kasih bantu saya." ucap Brian. Kalau Caylus dan Olive tidak datang mungkin dia tidak wujud lagi didunia ini.

"Sama-sama. Awak patut berterima kasih pada Olive. Dia yang berusaha untuk selamatkan awak." kata Caylus. Nasib baiklah dia jumpa Olive tadi.

"Ya." Brian mengangguk. Dia sangat berterima kasih kepada Olive.

Dylan dari tadi menunggu kepulangan Olive. Dia ingin tahu keputusan ujian Olive. Mesti keputusan yang Olive dapat adalah positif. Olive pun nampak pandai sahaja.

"Mana dia ni tak balik-balik?" soal Dylan. Lama juga dia menunggu Olive. Dylan yang keluar sebentar tadi pun sudah lama ada dirumah.

"Nancy, Olive ada cakap apa-apa? Dia nak singgah mana-mana?" soal Dylan kepada Nancy yang sedang mengelap tingkap. Dylan jadi tidak sedang duduk disofa rumah tersebut.

"Takde pula tuan muda. Kenapa ya?" soal Nancy apabila melihat wajah Dylan yang nampak tidak keruan.

"Macam lama sangat je Olive pergi sekolah tu. Nak ambil keputusan ujian je kan? Sepatutnya sekarang dah balik." kata Dylan. Jarak antara sekolah dan rumah juga tidaklah jauh mana.

"Ya tak ya jugak." Nancy lihat jam didinding. Jam menunjukkan pukul 3 petang. Nancy terkejut dia terlalu leka mengemas rumah sampai tidak sedar yang Olive belum pulang. Sepatutnya Olive sudah pulang. Dia sudah keluar sejak pagi lagi? Ke mana pula Olive pergi?

"Saya rasa nak pergi cari dia lah." kata Dylan. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Ya." Nancy mengangguk.

Dylan pun keluar rumah dan terus ke sekolah. Dia fikir mungkin Olive ada disana. Di sana dia berjumpa dengan pengawal yang ada dipondok depan sekolah. Di situ tempat yang tepat untuk bertanya.

"Err.. Pak cik." panggil Dylan.

"Ya?" soal pengawal yang agak berusia itu. Dia melihat ke arah suara yang memanggilnya.

"Eh tuan muda? Ada apa ya?" soal Watson, pengawal sekolah Vampire.

"Saya nak tanya student yang ambil keputusan ujian hari ni dah balik ke?" soal Dylan.

"Dah, mereka dah pulang sejak jam 12 tadi." balas Watson.

"Hah?" Dylan terkejut. Sejak jam 12? Maknanya Olive dimana selama dua tiga jam ini?

"Kenapa?" soal Watson.

"Err.." Dylan tidak tahu membalas.

"Eh, sepatutnya hari ini Cik Olivia datang ambil keputusan ujian kan? Saya tak nampak pula dia. Kawan dia pun saya tak nampak." kata Watson. Pelajar lain dia nampak tetapi Olive, Slyvia dan Caylus tidak pula dia nampak datang ke sekolah ini.

"Apa?" Dylan terkejut lagi.

"Maksudnya Olive tak datang langsung ke sekolah?" soal Dylan.

"Ya, kawan dia pun." balas Watson.

Hati Dylan jadi tidak sedap. Dia terus bergegas mencari Cody dan yang lain. Watson kebingungan melihat Dylan yang pergi begitu sahaja hanya mengeleng kepala.

"Cody, Olive hilang. Dia hilang bersama Brian dan kawannya, Slyvia." kata Dylan. Dia berjumpa Cody dirumah Cody sendiri. Cody baru sahaja pulang ke rumah setelah membuat kerjanya.

"Apa? Olive hilang? Err.. Tapi tadi Brian bagitahu saya yang dia masuk hospital. Dia pun dah maklumkan kepada saya yang mereka telah menghantar Olive pulang ke rumah sebelum ke hospital." kata Cody. Brian telah menghubunginya sebentar tadi untuk memaklumkan perkara itu.

"Hah? Apa maksud awak ni?" soal Dylan. Dia tidak faham. Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa tiba-tiba Brian masuk hospital? Bukankah dia suruh Brian jaga Olive. Siapa mereka yang Cody maksudkan? Kenapa tiada seorang pun vampire memberitahunya tentang ini?

"Macam ni tuan muda. Brian beritahu saya yang mereka diserang vampire misteri. Tangan Brian tercedera akibat terkena anak panah. Tetapi nasib baiklah Tuan Muda Caylus telah datang menyelamatkan mereka. Mereka telah menghantar Olive ke rumah sebelum ke hospital." jelas Cody. Itulah yang diceritakan oleh Brian.

"Tapi masalahnya, Olive tak balik-balik sejak dari tadi lagi." kata Dylan. Kalau betul mereka telah hantar Olive pulang kenapa bayang Olive pun tiada? Olive balik rumah mana?

"Err.." Cody fikir Olive telah selamat pulang ke rumah Dylan. Cody pun tiada dirumah Dylan ketika itu jadi dia tidak pula terfikir untuk memberitahu Dylan tentang hal ini. Hal ini kerana dia yakin tentu Olive sendiri akan menceritakannya kepada Dylan. Tetapi Olive tidak pulang rupanya. Apa yang jadi sebenarnya ni? Olive pergi mana?

"Haish." Dylan terus terbang ke hospital. Cody juga ke hospital cumanya dia hanya berjalan kaki.

Dylan tanya jururawat yang bertugas dikaunter sebaik sahaja sampai dihospital. Jururawat itu menjawab segala soalan yang ditanya. Dylan terus ke bilik Brian yang dikatakan jururawat itu. Pintu bilik dibuka luas. Brian dan Caylus yang berada didalam terkejut dengan kehadiran Dylan. Mereka memandang Dylan yang berwajah serius itu.

"Dylan." sebut Caylus sambil tersenyum. Dylan majikan yang baik datang melawat Brian yang sedang sakit.

"Mana Olive?" Dylan menghampiri Caylus dan terus menarik kolar baju Caylus. Hal ini memaksa Caylus untuk bangun dari kerusinya. Dylan nampak agak agresif.

"Wow, relaks. Aku dah hantar dia balik kot." kata Caylus. Dia agak terkejut dengan tindakan Dylan. Tetapi ini bukan kali pertama dia dilayan sebegitu.

"Masalahnya dia takde. Mana kau sorokkan dia." tengking Dylan. Kedua-dua tangan Dylan masih lagi menarik kolar baju Caylus. Dia tahu ini mungkin ada kaitan dengan Caylus.

"Apa maksud kau?" soal Caylus.

"Cik Olive tak pulang sejak dari tadi." kata Cody. Dia baru sahaja sampai ke hospital.

"Hah?" Caylus terkejut. Dia dan Brian sendiri yang dah hantar Olive balik. Kenapa tiba-tiba Cody kata Olive tak pulang?

"Tapi tuan muda kami betul-betul dah hantar Cik Olive tadi." kata Brian.

"Kalau macam tu mana Olive?" soal Dylan. Dia lepaskan Caylus. Caylus membetulkan semula kolar bajunya.

"Emm.." tiada siapa yang tahu dimana Olive berada sekarang ini. Brian dan Caylus yakin yang mereka telah hantar Olive. Cody pula percaya kata-kata Brian. Dylan pula langsung tidak tahu apa-apa.

"Korang semua ni tak boleh diharap!" marah Dylan. Dia keluar dari hospital. Vampire penjaga yang dia harapkan tidak dapat menjaga dengan baik jadi biar dia sendiri yang cari Olive.

Caylus, Brian dan Cody hanya mengangkat bahu. Tetapi setelah itu, Caylus dan Cody turut mencari Olive. Mereka bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang buruk pada Olive.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience