12

Vampire Series 59850

"Jalan cepat sikit boleh tak?" kata Dylan sambil menoleh ke arah Olive yang jauh dibelakang. Dia rasa nak marah pula bila Olive jalan lambat sangat. Dia hendak cepat ni.

"Sabarlah, awak tu yang jalan cepat sangat." kata Olive. Terkejar-kejar dia mendapatkan Dylan. Dylan jalan laju sangat. Entah apalah yang dikejarkannya.

"Kau tu yang lembab." kata Dylan.

"Mana ada saya jalan dengan kelajuan manusia je okay." kata Olive.

"Kau nak perli aku ke?" soal Dylan. Tahu sahajalah yang dia seorang vampire manakala Olive seorang manusia.

"Taklah mana ada." kata Olive. Dia rasa takut pula bila Dylan terlampau serius.

"Baik kau jalan cepat. Kalau tak aku terbang dan dukung je kau. Cepat sikit sampai." ugut Dylan. Dia sengaja hendak mengusik.

"Ish, sikit-sikit ugut macam tu. Ingat orang baby ke nak dukung-dukung? Orang ada kaki boleh jalan sendirilah." bisik Olive.

"Kau kata apa?" soal Dylan.

"Tak kata apa. Cuma kalau nak cepat naiklah kereta tak payah jalan kaki. Kan senang." kata Olive. Dia pun rasa penat hari-hari jalan kaki macam ni. Dia sendiri tidak biasa jalan jauh manakan tidaknya sebelum ini kebanyakan masa hanya dirumah sahaja.

"Kereta tu hanya untuk manusia. Kami kat sini tak perlukan kereta." kata Dylan. Kata-kata Dylan menyedarkan Olive tentang sesuatu. Dia pun memandang sekeliling. Rata-rata penduduk disitu hanya berjalan kaki dan tidak terdapat sebuah kereta pun. Pelik.

"Tapi kereta kan memudahkan perjalanan. Banyak tempat yang boleh dituju dengan kereta. Lagipun penat sahaja orang terdahulu mencipta kereta, kalau tidak digunakan." kata Olive panjang lebar.

"Kereta tu ciptaan manusia. Kami tak perlukan. Lagipun buat apa susah-susah guna kereta kalau boleh terbang?" kata Dylan.

"Ceh. Tak habis-habis dengan terbang. Tahulah pandai terbang." balas Olive dengan perlahan.

"Apahal cakap berbisik?" soal Dylan. Dia tidak dapat dengar dengan jelas apa yang Olive katakan.

"Saje." balas Olive.

"Cepatlah jalan. Membebel pulak." kata Dylan.

"Yelah-yelah." balas Olive.

Mereka pun tiba disekolah namun kehadiran mereka telah menjadi tumpuan pelajar lain. Pelajar-pelajar itu ada yang memandang sambil tersenyum dan ada juga berbisik sesama sendiri.

Olive dapat agak apa yang berlaku. Tentunya sebab dia datang ke sekolah bersama Dylan pada hari ini. Iyalah kan Dylan tu seorang red vampire dan juga anak kepada ketua vampire dan Olive pula pengantin vampire bak kata Slyvia.

Dylan pun sepertinya faham dengan tumpuan yang diterima. Dia pun ingin segera beredar dari situ.

"Pergilah masuk. Nanti balik aku ambil." kata Dylan.

"Okay." kata Olive. Dia pun masuk ke dalam bangunan sekolah.

"Hai Olive." tegur Slyvia.

"Hai Slyvia." balas Olive.

"Tuan Muda Dylan yang hantar awak ke tadi?" soal Slyvia.

"Ye." balas Olive.

"Oh.. Patutlah tadi saya nampak Tuan Muda Dylan." kata Slyvia. Olive mengangguk.

Mereka pun masuk menuju ke kelas.

"Sorry." bahu Olive terlanggar dengan seorang pelajar dihadapannya. Pelajar tersebut sedang berbual dengan rakannya dihadapan kelas. Pelajar itu memandang Olive tetapi tidak berkata apa-apa. Tidak lama selepas itu dia berbual semula dengan rakannya.

"Jomlah masuk." ajak Slyvia kepada Olive.

"Okay." balas Olive. Mereka pun duduk ditempat masing-masing.

"Kio tu memang macam tu. Dia sombong sikit. Samalah dengan vampire yang lain. Mereka susah untuk terima dan jarang berkawan dengan pelajar baru macam awak." kata Slyvia sambil mengeluarkan buku notanya.

"Oh.. Susahlah kalau saya nak berkawan kalau macam tu. Tapi nasib baiklah ada awak." balas Olive. Patutlah masa Olive minta maaf tadi dia senyap je.

"Nak berkawan tu boleh je tapi apa-apa pun awak better watch out. Jangan rapat-rapat sangat dengan vampire kat sini. Bahaya." pesan Slyvia.

"Eh? Kenapa?" soal Olive. Pesanan Slyvia ni macam lebih kurang dengan apa yang dikatakan Dylan tempoh hari.

"Sebab awak still manusia biasa. Belum kahwin dengan Tuan Muda Dylan. Vampire mungkin akan kacau awak. Lagi-lagi black vampire." kata Slyvia.

"Hah? Betul ke? Saya jadi rasa takut pula bila awak cakap macam tu." balas Olive. Patutlah Cody tu selalu ada untuk jaga Olive sebab tu rupanya. Kalau Olive ke mana-mana pun mesti berteman.

"Ya, tapi awak jangan risau. Saya kan ada. Saya jaga awak." kata Slyvia.

"Terima kasih Slyvia. Awak ni baiklah." puji Olive. Dia senang berkawan dengan Slyvia. Dylan patut sedar tentang hal ini agar tidak salah menilai Slyvia macam sebelum ini.

"Taklah saya biasa-biasa je. Hehe. Sama-sama." balas Slyvia.

Sir Fredrick pun masuk ke dalam kelas dan sesi pembelajaran pun bermula. Pada hari ini Olive belajar tentang asal usul vampire. Menurut Sir Fredrick vampire berasal daripada manusia yang telah meninggal dunia. Mereka hidup semula disebabkan mantera yang dibacakan oleh witch. Untuk kekal hidup mereka perlu minum darah.

"Kamu semua tahu siapa vampire yang pertama?" soal Sir Fredrick. Para pelajar menggeleng kepala.

"Saya tahu." kata Slyvia.

"Yes Slyvia." kata Sir Fredrick.

"Edward Castell." jawab Slyvia.

"Betul. Edward Castell vampire pertama yang dihidupkan. Menurut lagenda Edward Castell seorang bangsawan yang budiman. Tetapi dia telah mati dibunuh. Ahli keluarganya turut terbunuh. Keluarganya mempunyai seorang anak angkat dan dia satu-satunya yang masih hidup pada masa itu. Disebabkan sedih yang terlampau dia telah berjumpa dengan witch dan merayu untuk menghidupkan semula keluarganya. Pada awalnya usaha witch gagal tetapi pada suatu malam Edward mula hidup semula. Sejak itulah ramai manusia dihidupkan dan perkampungan ini diwujudkan. Edward Castell menjadi ketua kepada vampire." jelas Sir Fredrick.

"Jadi sir, Edward Castell tu red vampire?" soal Rachel.

"Yup. Edward Castell adalah daripada puak red vampire. Dia juga adalah moyang kepada keluarga Tuan Thomas." jawab Sir Fredrick.

"Moyang Tuan Muda Dylan." kata Slyvia dengan perlahan sambil menyiku Olive.

"Ya." angguk Olive.

Ring.. Ring.. Loceng berbunyi.

"So kelas sampai sini sahaja pembelajaran kita. Jangan lupa ulang kaji untuk test next week." kata Sir Fredrick.

"Test?" soal Terry.

"Ya. Remember study smart not study hard." balas Sir Fredrick sebelum meninggalkan kelas.

"Haih. Ada test pulak." keluh Terry. Dia pun keluar kelas bersama rakannya yang lain.

"Olive, nak tak study sama-sama untuk test nanti?" soal Slyvia.

"Study sama-sama? Boleh juga." kata Olive.

"Nice. Nanti kita decide nak study macam mana. Tapi jomlah kita pergi kantin dulu. Perut saya dah lapar ni." ajak Slyvia. Sekarang sudah tiba waktu rehat.

"Jom." balas Olive. Mereka pun beriringan ke kantin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience