55

Vampire Series 59850

"Olive?" soal seorang vampire. Vampire itu melihat Olive yang sedang terduduk. Wajah Olive ditundukkan. Olive nampak sedikit takut dan cemas.

"Hah?" Olive seperti pernah dengar sahaja vampire itu. Tambahan pula dia memanggil nama Olive. Maknanya dia rapat dengan Olive kerana kebiasaannya vampire asing yang lain memanggilnya Olivia.

Olive mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dia cuba untuk lihat siapa yang dia terlanggar. Dia berharap yang vampire itu boleh membantunya.

"Caylus?" hatinya terasa lega. Caylus rupanya. Nasib baiklah bukan vampire yang jahat itu.

"Olive, awak okay? Kenapa awak lari ni? Slyvia mana? Kenapa awak sorang-sorang ni?" soal Caylus. Dia pelik melihat Olive. Sepatutnya dia bersama Slyvia dan sepatutnya sekarang mereka sudah berada disekolah. Apa yang Olive buat sorang-sorang didalam hutan?

"Saya.. Tadi.." balas Olive. Dia tergagap-gagap. Dia jadi bingung dengan pertanyaan Caylus. Susah untuk dia jawab semua sekali gus.

"Kenapa Olive? Awak okay tak?" soal Caylus. Olive menghelakan nafasnya setelah itu barulah dia menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

"Sebenarnya memang saya dengan Slyvia tapi tadi ada vampire serang kami. Dia sasarkan anak panah kepada kami dan Brian, vampire penjaga. Dia tercedera jadi saya dan Slyvia nak cari bantuan. Tetapi malangnya kami diserang lagi. Vampire itu menyerang Slyvia. Slyvia suruh saya lari." jelas Olive. Dia benar-benar risau pada Slyvia dan Brian. Entah apalah nasib mereka.

"Oh.. Jadi awak okay tak?" soal Caylus dengan prihatin. Siapalah vampire yang tergamak menyerang manusia yang baik seperti Olive. Sungguh tidak berhati perut.

"Saya okay cuma saya risaukan Slyvia dan Brian." luah Olive.

"Awak ingat tak mereka kat mana?" soal Caylus.

"Saya rasa saya ingat." Olive mengangguk.

"Okay jom kita selamatkan mereka berdua." Caylus dan Olive pun kembali ke tempat Slyvia dan Brian.

"Kat sinilah Slyvia diserang." kata Olive. Tetapi dia pelik kerana tiada langsung kelibat Slyvia disini.

"Slyvia." jerit Olive. Dia ingin tahu dimana Slyvia.

"Slyvia awak kat mana?" hati Olive risau mengenangkan Slyvia. Kenapa Slyvia tiada disini? Ke mana dia telah pergi?

"Betul ke kat sini Slyvia kena serang?" soal Caylus. Dia tidak nampak pun Slyvia dimana-mana.

"Ye betul, kat sinilah." kata Olive dengan yakin. Dia ingat dia duduk dibatang pokok yang tumbang sebelum diserang. Tetapi mana Slyvia menghilang?

"Darah?" Caylus merapati sebuah pokok yang renek. Ada beberapa titisan darah disitu. Dia pun menyentuh darah yang ada didaun tersebut.

"Darah vampire." Caylus menghidu darah tersebut. Dia tahu darah itu adalah darah milik vampire. Dia dapat bezakan bau darah haiwan, manusia dan vampire. Dia juga dapat bezakan melalui warna darah tersebut. Warna darah tersebut agak pekat dan sedikit merah kehitaman. Hanya darah vampire sahaja begitu.

"Darah Slyvia ke?" Olive jadi cemas. Ada beberapa titisan darah yang banyak didedaunan pokok tersebut. Mungkin vampire yang berdarah itu mengalami kecederaan yang agak serius. Janganlah kalau-kalau Slyvia yang tercedera.

Caylus menggeleng. " Saya tak pasti." kata Caylus. Dia tidak dapat mengecam darah itu milik siapa.

"Mana Slyvia ni?" soal Olive. Dia takut kalau terjadi sesuatu yang buruk kepada Slyvia.

"Mungkin dia dah balik rumah dia." kata Caylus. Dia cuba untuk tenangkan Olive. Kebiasaannya vampire yang tercedera yang pulang merawat diri sendiri dirumah.

"Macam mana awak tahu?" soal Olive. Betul ke Slyvia sudah balik ke rumahnya? Adakah Caylus benar-benar yakin tentang itu?

"Err.. Mungkin?" balas Caylus. Dia kurang pasti. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tetapi harapnya betullah yang Slyvia telah pulang ke rumahnya.

"Saya risaulah." kata Olive. Dia benar-benar risaukan keadaan Slyvia. Dia harap Slyvia baik-baik sahaja dan apa yang dikatakan Caylus itu betul. Tetapi Olive ingin melihat sendiri keadaan Slyvia saat ini. Malangnya dia tidak tahu dimana tempat tinggal Slyvia.

Olive mengeluh. Kenapalah selama ini dia tidak pernah ambil tahu mengenai tempat tinggal Slyvia? Kawan apalah macam ini?

"Awak janganlah risau. Saya yakin yang Slyvia tu baik-baik sahaja. Saya percaya dia vampire yang kuat." kata Caylus. Slyvia bukanlah vampire yang lemah. Semangatnya kuat. Tentu Slyvia tidak apa-apa.

"Awak tahu kadang kala vampire boleh memulihkan dirinya sendiri dengan sedikit ubat dan rehat yang panjang didalam keranda."

"Betul ke?" Olive mahukan kepastian. Tidak pernah pula dia mendengar tentang hal itu.

"Yup. Awak jangan risau. Nanti saya cari Slyvia sampai jumpa." kata Caylus. Dia sendiri juga hairan dimana Slyvia. Jadi dia pasti akan cari Slyvia sampai jumpa dan harapnya Slyvia selamat sahaja.

"Okay, tolong ya cari Slyvia sampai jumpa." Olive berharap sangat pada Caylus.

"Ya." balas Caylus.

"Jomlah kita tolong Brian pula." kata Caylus.

"Ya Brian." baru Olive teringat. Mereka pun bergegas ke tempat dimana Brian berada.

Olive nampak Brian yang bersandar dipokok. Segera mereka menghampiri Brian. Brian nampak penat. Matanya terpejam.

"Brian." panggil Olive. Dia cuba untuk menyedarkan Brian. Olive harap Brian masih bernyawa. Dia mengerakkan tubuh Brian beberapa kali.

"Cik Olive." Brian tersedar. Matanya dibuka sedikit demi sedikit. Dia tersenyum melihat Olive. Hati Brian terasa lega apabila mendapati Olive telah datang menyelamatkannya.

"Syukurlah." Olive lega. Brian masih hidup dan Olive tidak terlambat. Risau juga Olive sebentar tadi.

"Jom, kami hantar awak ke hospital." kata Olive. Caylus membantu memapah Brian. Brian bangun perlahan-lahan.

"Brian, awak boleh jalan tak?" soal Olive.

"Tentu boleh cik. Tangan saya yang cedera. Kaki saya okay." balas Brian.

"Oh ye lupa pula saya." kata Olive. Tangan Brian yang cedera.

Mereka pun menuju keluar dari hutan. Mereka hendak menuju ke hospital bagi merawat luka yang dialami Brian.

"Olive.. Awak pergilah balik dulu. Biar saya hantarkan Brian ke hospital dulu." kata Caylus. Rumah Dylan hanya lebih kurang 500 meter sahaja dari tempat mereka sekarang ini. Olive nampak rumah itu.

"Err.." Olive hendak teman Brian ke hospital. Dia ingin tahu bagaimana dengan keadaannya. Selain itu, dia juga ingin lihat kalau-kalau ada Slyvia disana.

"Awak baliklah dulu. Nanti risau pula keluarga awak." kata Caylus. Agak lama juga Olive keluar. Tentu keluarga Olive sudah mula risau.

"Ye Cik Olive baliklah dulu." kata Brian. Dia kesian pula kepada Olive. Seharusnya dia yang melindungi dan menjaga Olive.

"Hmm.." Olive berfikir. Betul juga apa yang dikatakan oleh Caylus. Lagipun dia bukannya membantu sangat kalau ikut ke hospital. Di sana sudah ada doktor yang boleh merawat Brian. Tentu dia tidak akan apa-apa lagi.

"Yelah. Awak berdua pergilah. Hati-hati ya. Brian nanti saya lawat awak. Caylus kalau ada apa-apa bagitahu saya ya." pesan Olive.

Brian dan Caylus mengangguk. Setelah itu, mereka pun menuju ke hospital manakala Olive pulang ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience