72

Vampire Series 59842

"Alamak terlajak tidur." Cody tergesa-gesa keluar dari rumah selepas lihat jam didinding. Dia terlajak tidur pada hari ini. Seharusnya dia bangun awal pada hari ini kerana dia telah berjanji dengan Dylan untuk membantunya. Cody sendiri yang pelawa diri sendiri untuk membantu tetapi dia pula yang lambat.

"Haish." Cody berlari laju masuk ke dalam hutan. Dia perlu cepat kalau tidak nanti Dylan marah pula. Tidak enak rasanya kalau biarkan Dylan tunggu lama-lama. Dylan itu tuan muda bukan vampire biasa seharusnya Cody yang patut tunggu Dylan.

"Ha penat." Cody rasa mengah pula selepas berlari laju. Jadi dia perlahankan sedikit langkahnya. Tetapi dia tetap terus berjalan.

"Hmm?" langkah Cody tiba-tiba sahaja terhenti. Dia terdengar bunyi daun kering yang dipijak. Tentu sahaja bukan dia yang pijak daun tersebut. Cody dapat rasakan dia sedang diekori sejak dari tadi lagi.

Dia pusing ke belakang dan dapati tiada sesiapa pun. Dia berjalan semula tetapi secara perlahan-lahan dan sekali lagi dia pusing ke belakang. Dia ternampak seseorang yang lari sembunyi dibalik pokok.

"Sudah tertangkap." Cody tersenyum. Dia menghampiri pokok tersebut dan terus memegang leher stalker itu dari belakang.

"Cody lepaskan saya." kata stalker tersebut. Dia hampir sesak nafas dibuatnya.

"Hah?" Cody terkejut. Stalker tu tahu nama Cody? Suaranya pun macam pernah dengar sahaja. Siapa sebenarnya stalker ni? Cody tarik penutup kepala stalker tersebut dan dia terkejut.

"Cik Olive?" kata Cody. Tidak sangka Olive rupanya yang ikut dia. Apa yang Olive buat disini? Kenapa dia ikut Cody?

"Cik Olive buat apa kat sini? Kenapa cik ikut saya?" soal Cody.

"Awak mesti nak jumpa Dylan kan? Korang nak pergi Hutan Hitam kan? Saya nak ikut." kata Olive.

Olive senyap-senyap keluar dari rumah dengan memakai hoodie milik Dylan dan membawa sebuah lampu yang dia jumpa dilaci meja Dylan. Dia buat keputusan untuk ikut Dylan. Dia redah sahaja masuk ke dalam hutan. Namum dia tersesat tetapi nasib baiklah dia ternampak Cody. Lalu dia ikut Cody dari belakang. Tetapi tertangkap pula dengan Cody.

"Hah? Mana ada." kata Cody. Dia menggeleng kepala.

"Tipu. Awak nak jumpa Dylan kan? Saya tahu." Olive percaya yang Cody mahu berjumpa dengan Dylan. Cody vampire yang paling rapat dengan Dylan mesti dia tahu semuanya. Tentu dia juga ikut Dylan ke sana.

"Bukanlah cik. Saya tak nak jumpa tuan muda pun hari ni." kata Dylan dengan yakin.

"Habis tu apa awak buat kat hutan ni?" soal Olive. Betul ke Cody tidak berjumpa dengan Dylan. Takkanlah Dylan bersendirian ke hutan itu.

"Saya nak berburu." kata Cody.

"Berburu? Untuk apa? Awak grey vampire bukannya penghisap darah atau pemakan daging." kata Olive. Mustahil Cody hisap darah kerana dia grey vampire. Grey vampire adalah vampire vegetarian.

"Saya tak kata saya nak berburu untuk diri sendiri." kata Cody. Sampai bila-bila pun dia tetap akan jadi grey vampire.

"Hah?" Olive kurang faham.

"Saya kan vampire penjaga merangkap pembantu vampire. Saya berburu untuk tuan muda dan keluarganya. Itu kan tugas saya." kata Cody. Dia perlu yakinkan Olive dengan penipuannya. Kalau tidak nanti Olive mesti nak ikut sekali. Dylan tentu naik angin nanti.

"Ye ke?" Olive tidak percaya.

"Dahlah cik. Jom saya hantar cik pulang." Cody perlu hantar Olive ke rumah dengan selamat. Dia tahu yang dia telah terlambat tetapi Dylan tentu faham. Tiada yang lebih penting bagi Dylan selain keselamatan Olive. Jadi Cody perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai vampire penjaga.

"Okay.." balas Olive. Mereka pun patah balik menuju ke Rumah Dylan.

"Cody.. Saya nak tanya sikit boleh tak?" soal Olive.

"Tanya apa cik?" Cody pandang Olive yang berjalan beriringan dengannya.

"Hutan Hitam tu.." balas Olive.

"Kenapa dengan hutan tu?" soal Cody.

"Err.. Ada apa kat hutan tu?" Olive ingin tahu mengenai hutan tersebut. Dengar nama sahaja tempat itu Olive sudah rasa meremang.

"Ada apa kat hutan tu? Hmm.. Asalnya hutan tu hutan biasa sahaja tetap disebabkan hutan itu jauh dan terpencil ia dijadikan tempat buangan vampire pesalah." jelas Cody.

"Tempat buangan pesalah vampire?" hutan tu penjara ke? Fikir Olive.

"Ya tempat buangan pesalah vampire. Sesiapa vampire yang buat salah atau amalkan ilmu hitam secara berlebih-lebihan akan diletakkan disitu." kata Cody. Dikampung vampire tiada penjara. Semua pesalah akan dihalau ke hutan itu.

"Oh sebab tulah dipanggil Hutan Hitam?" Olive mengangguk faham. Rupanya sebab ada ilmu hitam dihutan itu.

"Ya, tapi bukan sebab itu sahaja." kata Cody. Ada banyak sebab yang lain kenapa hutan itu digelar Hutan Hitam.

"Maksudnya?" Olive berhenti berjalan.

"Dikatakan hutan tu diberi nama Hutan Hitam disebabkan keadaan hutan itu sama sahaja waktu siang dan malamnya." Cody juga berhenti berjalan.

"Hah?" Olive tidak faham.

"Hutan Hitam sentiasa gelap sama seperti waktu malam. Kalau masuk dalam hutan tu kita tidak dapat tahu sama ada hari siang atau malam. Hal ini terjadi disebabkan terlampau banyak tenaga jahat dan kuasa ilmu hitam disitu." bercerita mengenai hutan itu sahaja membuat diri Cody rasa meremang.

"Kalau masuk hutan tu boleh keluar balik ke?" soal Olive. Dylan hendak masuk ke dalam hutan itu. Adakah dia dapat keluar semula?

"Hmm.. Bergantung pada nasib. Tapi kebanyakan yang masuk dalam hutan tu sama ada secara sengaja atau tidak senjaga tidak dapat keluar selamanya. Mereka hilang begitu sahaja." kata Dylan.

"Apa yang jadi pada mereka?" Olive ingin tahu.

"Sama ada mati atau pun menjadi korban vampire disana. Kalau tidak pun akan terangkap disitu selamanya." jawab Cody.

"Ish scary hutan tu." Olive rasa takut dan dia berjalan semula. Entah apalah yang akan jadi pada Olive kalau dia masuk ke dalam hutan itu. Mungkin dia menjadi korban dan mati.

"Ya." Cody juga merasakan hal yang sama. Semua yang dikatakan olehnya hanyalah melalui cerita mulut ke mulut sahaja. Dia belum ada pengalaman masuk ke dalam hutan itu. Kebenaran mengenai hutan itu dia sendiri tidak tahu.

"Tapi kesian Dylan. Dia pergi hutan tu sorang-sorang. Saya risaulah kalau jadi apa-apa kat dia." luah Olive. Dia risau akan keadaan Dylan. Dylan mungkin tidak akan mati atau menjadi korban. Tetapi macam mana kalau Dylan tidak dapat keluar dan terperangkap selamanya disitu?

"Cik Olive janganlah risau tuan muda kan hebat." Cody cuba mententeramkan hati Olive yang kerisauan.

"Hebat macam mana pun tentu ada kelemahan juga." Olive tahu yang Dylan sememang hebat, kuat dan berkuasa. Tetapi kalau sendiri masuk ke kawasan bahaya ianya ibarat masuk ke mulut buaya.

"Cik Olive janganlah risau. Saya kan ada. Saya selalu ada disisi tuan muda. Saya akan bantu tuan muda." kata Cody. Dia sentiasa bersiap sedia untuk membantu Dylan. Dia akan muncul disaat Dylan memerlukan bantuan.

"Tapi awak sendiri yang cakap yang awak tak jumpa dengan Dylan hari ini. Maknanya apa? Hmm.." Olive rasa sedih.

"Eh kejap. Kalau awak kata nak bantu Dylan maknanya awak memang rancang nak jumpa Dylan sebenarnya." Olive sudah dapat menagak pasti Cody akan jumpa Dylan.

"Hah? Err.." Cody garu kepala. Dia terlepas cakap pula tanpa sedar.

"Berani awak ye tipu saya." Olive berpeluk tubuh sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Cody. Dia rasa marah sedikit apabila ditipu.

"Maaf cik ini untuk keselamatan Cik Olive juga." jelas Cody. Dia menipu untuk kebaikan Olive. Bukan atas sebab yang lain.

"Macam mana saya nak rasa selamat kalau suami saya dalam bahaya?" Olive tidak akan rasa selamat selagi dia tidak melihat Dylan. Dia jadi bertambah risau setelah mendengar hakikat mengenai hutan itu.

Cody terdiam. Betullah apa yang dikatakan oleh Olive. Isteri nama yang tidak risau pada suami. Cody faham apa yang dirasakan oleh Olive.

"Sekarang saya arahkan awak untuk bawa saya jumpa Dylan. Saya nak ikut masuk ke dalam hutan tu." Olive berlagak seperti maam besar. Dia tetap mahu ikut sekali ke hutan itu. Bukannya dia tidak pedulikan bahaya, rasa takut tetap ada. Tetapi dia lebih memikirkan Dylan.

"Tapi cik." Cody tidak sedap hati dengan permintaan Olive. Tidak mungkin dia membawa Olive ke tempat bahaya.

"Takde tapi-tapi. Baik kita pergi sekarang. Awak nak ke kena marah dengan Dylan. Kesian tau Dylan tunggu lama kat sana. Apa-apa jadi pada Dylan, awak tau yang kena bertanggungjawab." kata Olive. Dia sengaja kata begitu.

"Haih.. Baiklah." Cody akur. Kalau dia paksa Olive pun tak boleh. Olive sentiasa tetap dengan pendiriannya. Tidak mustahil yang Olive akan keluar rumah semula dan ikut Cody secara senyap lagi.

Olive tersenyum. Dia gembira hajatnya untuk jumpa dan ikut Dylan dipersetujui oleh Cody. Walaupun dia tahu Dylan tentu marah nanti. Tetapi biarlah Olive tidak kisah. Janji dia ada dekat dengan Dylan.

"Okay jom pergi. Nak ikut mana ni?" soal Olive. Dia tidak tahu hendak berjalan ikut arah yang mana satu.

"Sini cik." Cody tunjuk disebelah kanan. Mereka pun berjalan untuk berjumpa Dylan ditempat pertemuan yang dijanjikan antara Cody dan Dylan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience