27

Vampire Series 59850

"Aduh sakitnya." kata Olive yang sedang terbaring. Dia baru sahaja tersedar dari pengsannya. Kepalanya masih sakit lagi. Tetapi tidak sesakit tadi.

"Ahhh!" Olive menjerit secara tiba-tiba. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang merayap dikakinya. Dia terus bangun dari baringannya.

"Ei lipas!" Olive berasa geli apabila melihat ada lipas dikakinya. Nasib baiklah lipas yang kecil sahaja. Dia terus berdiri dari tempat yang dia duduk. Dia geli untuk duduk situ lagi.l

"Eh? Aku kat mana ni?" soal Olive. Dia terpinga-pinga. Setahu Olive, dia pengsan dikawasan sekolah. Tetapi macam mana boleh ada kat sini pula? Takkan malam-malam sekolahnya boleh berubah wajah?

Olive memerhatikan keadaan sekeliling tetapi dia tidak nampak dengan jelas kerana dia berada dalam keadaan gelap memandangkan hari sudah larut malam. Jadi Olive pun meraba mencari suis untuk dibuka. Apabila dia jumpa suis dia terus tekan dan lampu menyala. Cahaya terang lampu tersebut menerangi tempat yang Olive berada. Segalanya nampak sangat asing.

"Tempat apa ni?" Olive teliti tempat itu. Tiada apa pun disitu. Hanya beberapa barang lama dan meja serta kerusi yang rosak. Tempat itu berdebu dan berhabuk. "Hachoo." Olive bersin. Hidungnya terasa gatal.

Olive dapati tempat ini macam sebuah stor usang sahaja. Kecil dan sempitn Macam mana dia boleh sampai disini? Takkan dia sendiri yang datang ke tempat ini? Jangan-jangan.. Olive berasa seram sejuk.

"Aku kena keluar dari tempat ni." Olive berjalan sekitar stor itu. Dia ingin mencari jalan keluar. Hari sudah malam dan dia ingin pulang. Tentu mum akan risau bila Olive masih belum pulang. Mesti Cody dan lain sedang mencarinya.

"Itu pintu." kata Olive sebaik sahaja dia melihat sebuah pintu yang besar. Dia cuba untuk membuka pintu tersebut.

"Susahnya." Olive tidak dapat membuka pintu itu. Sepertinya pintu itu sudah kunci dari luar. Siapa pula yang kunci pintu ni? Jangan-jangan Olive telah dikurung disini? Tapi kenapa?

"Siapa yang kurung aku kat sini?" fikir Olive. Dia jadi takut. Kenapa ada yang hendak kurung dia pula? Dia tidak berbuat apa-apa pun.

"Tolong, tolong." jerit Olive. Dia ketuk pintu tersebut beberapa kali. Berharap ada sesiapa boleh mendengar. Dia mahu keluar dari sini.

"Tolonggg." jerit Olive dengan lebih kuat.

Dung! Pintu bergegar sedikit. Nampaknya ada yang cuba membuka pintu tersebut dari luar. Olive melangkah kebelakang sedikit. Adakah yang diluar itu ingin membantu Olive? Atau sebalik?

Dung!! Pintu tersebut terbuka dengan luas. Seseorang masuk ke dalam. Olive rasa takut untuk melihat siapa yang masuk.

"Hoi." panggil seorang vampire. Vampire itu memakai topeng dan hoodie berwarna hitam. Dia adalah vampire yang sama dengan vampire yang berjumpa dengan Alexa tadi. Tentu dia hendak menyelamatkan Olive. Syukurlah.

"Awak siapa?" soal Olive terketar-ketar. Dia takut dengan vampire yang ada dihadapannya. Siapakah gerangan vampire itu?

"Tak perlu tahu siapa aku. Jom ikut aku." vampire itu menarik tangan Olive tanpa membuang masa.

"Jangan! Lepaskan saya. Saya tak nak ikut awak. Awak siapa?" kata Olive. Dia mahu pulang. Dia tidak mahu mengikuti vampire yang tidak dikenali secara sebarangan. Tambahan pula dia tidak mengetahui niat sebenar vampire itu sama ada baik ataupun buruk.

"Haish degil pulak kau ni." vampire itu mendekati Olive lalu memeluk dari belakang dan menekup kain dimulut Olive.

"Jangan!" Olive meronta beberapa kali sebelum jatuh pengsan. Ternyata kain tersebut sudah disapu dengan ubat pengsan.

"Senang sikit kerja aku." vampire itu pun mengendong Olive. Dia membawa Olive keluar dari stor dan kemudiannya meninggalkan Olive dibawah sebuah pokok berdekatan dengan sekolah. Setelah itu, dia pun berlalu pergi. Olive ditinggalkan bersendirian. Vampire itu berharap agar ada vampire lain yang jumpa Olive disitu.

"Olive." panggil Dylan sekuat hati. Dia amat risaukan dengan keadaan Olive. Entah dimanalah Olive berada. Dari tadi dia dan vampire lain mencari Olive. Tetapi tiada seorang pun yang jumpa. Dekat mana Olive ni? Apa yang jadi padanya.

"Kau kat mana ni Olive? Semua risaukan kau." bisik hati Dylan. Dia berharap sangat yang Olive tidak apa-apa. Dia takut kalau terjadi apa-apa pada Olive.

"Kau dah lari ke Olive?" fikir Dylan. Dia meraup rambutnya beberapa kali. Sebelum ini Olive sudah beberapa kali cuba untuk lari keluar dari kampung ini. Adakah Olive sudah benar-benar melarikan diri? Tetapi kenapa tidak tinggalkan sebarang nota atau petunjuk?

"Kau dah jumpa ke Cody?" soal Ray kepada Cody. Dylan memandang ke arah mereka berdua.

"Belum lagi." Cody menggeleng. Dia amat kecewa dengan diri sendiri. Olive hilang dibawah jagaannya.

"Takpelah kita cari lagi." kata Ray. Dia tahu yang Cody sedang rasa bersalah. Sudah lama dia menjadi rakan sekerja Cody. Cody seorang vampire yang amat komited dengan kerjanya. Setiap kali ada tugasan dia akan buat dengan bersungguh sehingga berjaya. Dia tidak pernah gagal. Tetapi tiba-tiba hal ini pula berlaku.

"Tuan muda! Cik Olive ada disini." jerit seorang vampire penjaga dari jauh. Dia telah jumpa Olive yang ada dibawah pokok.

"Hah? Olive?" Dylan segera menuju ke arah vampire itu.

"Cik Olive?" Ray dan Cody saling berpandangan. Mereka pun menuju ke arah vampire yang memanggil Dylan.

"Olive." sebut Dylan apabila dia melihat Olive yang sedang terbaring dibawah pokok. Dylan berdoa agar janganlah berlaku sesuatu yang buruk pada Olive.

"Olive." Dylan memanggil Olive beberapa kali. Dia agak panik. Dia juga menepuk pipi Olive. Tidak lama selepas itu kelopak mata Olive pun terbuka.

"Dylan?" kata Olive apabila matanya dibuka sepenuhnya.

"Syukurlah kau selamat." Dylan berasa lega melihat Olive masih bernyawa. Dia terus memeluk erat tubuh Olive. Dia amat gembira Olive ditemui dan Olive selamat. Olive juga gembira kerana Dylan sudah menemuinya.

"Olive, kita balik ye." kata Dylan. Olive mengangguk lemah. Dylan pun mengangkat Olive dan terbang ke rumahnya. Olive perlu dirawat.

Vampire yang lain pun pulang ke rumah masing-masing. Tugas mereka telah selesai untuk hari ini. Olive sudah pun berjaya ditemukan.

Share this novel

Sasa Lee
2021-09-27 15:17:40 

i love this novelllll❤


NovelPlus Premium

The best ads free experience