26

Vampire Series 59842

Dikala vampire lain sibuk mencari Olive. Alexa masih lagi dengan rasa gembiranya kerana dapat melunaskan dendam pada Olive. Dia percaya yang tiada siapa pun yang akan tahu dimana Olive berada. Dia telah letak Olive ditempat yang jauh. Kalau vampire jumpa Olive sekalipun tentu Olive sudah berulat.

"Hahaha." Alexa ketawa didalam kamarnya. Hatinya rasa senang sekali. Rasa puas. Selepas ini tiada siapa lagi boleh menjadi penghalang cintanya kepada Dylan. Mereka boleh bersama semula.

"Alexa." panggil Puan Heidi.

"Ya ma." jawab Alexa. Dia pun terus keluar dari bilik dan turun ke bawah mendapatkan mamanya.

"Ada apa mama?" soal Alexa pada Puan Heidi. Tertanya juga sebab apa mamanya memanggil malam-malam begini.

"Sekejap lagi mama dan papa nak keluar. Kami nak ke kampung papa kerana ada majlis perkahwinan. Alexa nak ikut tak?" soal Puan Heidi.

"Emm.. Malaslah mama, Alexa nak rehat kat rumah je." kata Alexa. Dia tidak berminat untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Dia tidak suka berada ditempat yang ramai vampire berkumpul. Dia lebih gemar duduk dirumah.

"Tapi besok pagi baru kami balik. Kamu takpe ke tinggal sorang-sorang kat rumah?" soal Puan Heidi. Dia risau juga kalau anaknya bersendirian diri rumah.

"Takpelah ma. Lagipun Alexa tak ke mana-mana pun. Just duduk dalam bilik je." kata Alexa sambil tersengih.

"Okaylah kalau macam tu jangan lupa kunci pintu dan tingkap. Ingat, kamu jangan keluar pula masa mama papa tiada dirumah. Kalau ada apa-apa call je mama." pesan Puan Heidi.

"Okay baik mama." balas Alexa. Dia pun naik ke biliknya semula.

"Alexa, alexa." Puan Heidi menggeleng kepala lalu bersiap dan selepas itu dia bersedia untuk berangkat bersama suaminya.

"Alexa, mama dan papa dan nak pergi ni. Turun, kunci pintu dan tingkap." laung Puan Heidi dari bawah.

"Ya, mama jap lagi Alexa turun. Mama dan papa pergilah. Bye." laung Alexa dari kamarnya.

"Ish budak Alexa ni." kata Puan Heidi.

"Biarlah Heidi, awak jelah kunci tingkap dan pintu." kata Encik Gibson, papa Alexa. Dia faham sangat dengan anak perempuannya itu.

"Yelah pa. Jomlah kita pergi. Dah lambat ni." kata Puan Heidi.

"Bye Alexa. Papa mama pergi dulu." laung Puan Heidi.

"Okay bye mama, papa. Enjoy the wedding." kata Alexa.

Puan Heidi dan suaminya pun keluar rumah setelah mengunci pintu dan tingkap.

"Mama dan papa dah pergi ke?" soal Alexa sambil menuruni tangga. Dia meninjau ruang tamu rumahnya. Tiada siapa, nampaknya mereka sudah pergi.

"Eh dah kunci?" kata Alexa apabila hendak mengunci tingkap.

"Mesti mama yang kunci." kata Alexa.

Alexa pun ke dapur untuk mengambil beberapa beg keropok, coklat dan sebotol jus darah. Dengan senang hati Alexa berjalan naik ke biliknya. Dia mahu raikan kejayaannya dengan menonton filem sambil menjamah makanan ringan.

Tok, tok. Pintu rumah Alexa diketuk beberapa kali. Nampaknya ada yang datang. Tapi siapa pula yang datang malam-malam ni?

"Eh mama tertinggal barang ke?" fikir Alexa.

"Jap." dia meletakkan makanan yang dipegang diatas sofa dan membuka pintu.

"Mama ada tinggal barang ke?" soal Alexa apabila pintu dibuka. Dia tidak memandang pun siapa dihadapannya.

"Mama? Mama kepala otak kau." kata seorang vampire yang memakai topeng dan memakai hoodie berwarna hitam itu. Alexa terkejut.

"You siapa?" soal Alexa. Dia pelik melihat vampire itu. Dia tidak kenal padanya. Apa dia buat disini? Siapa dia dan apa yang dia mahukan?

"Siapa aku? Tak perlu tahu. Aku nak tahu dimana kau sembunyikan Olive?" jerkah vampire itu.

"I tak tahu." Alexa ingin menutup pintu tetapi vampire bertopeng itu terus menendang pintu tersebut dengan sekuat hati. Hal itu telah menyebabkan Alexa terjatuh.

"Aduh." kaki Alexa terasa sakit. Kakinya telah terseliuh semasa terjatuh. Dia tidak dapat bangun.

"Kat mana kau sembunyikan Olive?" soal vampire itu. Dia langsung tidak mempedulikan kesakitan yang dialami Alexa.

"Mana i tahu, i tak jumpa dia pun." kata Alexa sambil mengurut kakinya. Dia tidak akan memberitahu apa-apa kepada vampire itu.

"Jangan bohong! Kau tahu dia dimana!" vampire itu terus memijak kaki Alexa yang terseliuh. Dia mahu Alexa beritahu dimana Olive berada kerana dia sangat yakin Alexa adalah dalang disebalik kehilangan Olive.

"Argh!" jerit Alexa. Kakinya terasa amat sakit sekali.

"Bagitahu aku dimana Olive. Ke mana dia menghilang?" soal vampire itu lalu dia alihkan kakinya. Alexa tarik kakinya.

"I tak tahu. Kenapa you nak cari Olive dekat sini? I tak jumpa pun dengan dia." kata Alexa dalam kesakitan. Macam mana vampire ni boleh tahu yang Olive sudah hilang? Adakah berita kehilangan Olive telah tersebar? Tapi kenapa nak cari Alexa pula? Pergilah cari sendiri.

"Berani kau bohong pada aku ya." vampire itu membongkokkan badannya lalu memandang tepat ke arah Alexa yang sedang duduk. Dengan pantas dia merentap rambut Alexa sehingga putus.

"Arghhhh!" jerit Alexa sekuat hati. Kulit kepalanya rasa amat sakit. Vampire itu mencampak rambut Alexa yang putus tepat depan mukanya. Alexa menangis melihat rambutnya yang putus. Kali ini dia tidak berani untuk bersuara. Dia jadi takut untuk melawan.

"Masih tak nak cakap dimana Olive?" vampire itu mengeluarkan kuku ditangan kanannya. Dia ingin membuat sesuatu kepada Alexa. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Alexa beritahu dimana Olive berada.

"Agaknya apa yang jadi kalau aku toreh muka kau dengan kuku aku ni? Tentu muka kau yang cantik ni akan jadi buruk macam nenek kebayan." vampire itu menyentuh muka Alexa sambil ketawa.

"Jangan." rayu Alexa. Dia menggelengkan kepalanya. Dia amat takut dan dia juga tidak mahu dicederakan lagi. Apa yang vampire itu buat pada Alexa sudah cukup teruk.

"Bagitahu aku dimana Olive." tengking vampire itu.

"Dia.." Alexa terketar-ketar. Dia tidak pernah rasa ketakutan yang ekstrem seperti ini. Vampire itu lebih jahat dan kejam berbanding Alexa.

"Dia kat mana? Cepat bagitahu." soal vampire itu.

"Kat stor dikawasan perkuburan dalam hutan." kata Alexa. Ya, disitulah Alexa menyembunyikan Olive. Kawasan itu jarang dikunjungi vampire kecuali kalau ada kematian.

"Betul?" soal vampire. Dia perlu pastikan apa yang dikatakan oleh Alexa adalah betul.

"Betul dia ada dikurung dalam tu." kata Alexa. Dia mengangguk.

"Okay." kata vampire itu. Dia menegakkan semula badannya.

"Lepasni jangan kau berani nak dekati Dylan atau Olive lagi. Kalau tak.. Kau tahulah nasib kau nanti. Faham?" vampire itu memberi peringatan sambil ketawa jahat.

"Ya, i faham." angguk Alexa. Terus merapatkan dirinya didinding. Dia memeluk dirinya sendiri. Dia takut dicederakan oleh vampire itu.

"Bye." kata vampire itu sebelum meninggalkan Alexa. Tetapi langkahnya terhenti seketika. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Tu ikan kau ke?" soal vampire itu setelah melihat ikan emas didalam akuarium. Dia agak tertarik dengan ikan itu.

"Ya." balas Alexa.

"Ikan kau ni nampak tak sihatlah, biar aku ubatkan." vampire itu meletakkan cecair berwarna hitam kepada akuarium itu.

"Jangann." jerit Alexa. Dia dapat agak yang cecair tersebut adalah racun.

"Oppss.. Mati pulak." kata vampire itu apabila ikan milik Alexa mengelupur dan terapung dipermukaan air. Air dalam akuarium berubah menjadi hitam pekat.

"Goldy." raung Alexa. Ikan kesayangan miliknya telah mati. Ikan tersebut adalah ikan peliharaan nya dari dulu. Dia sayang sangat pada ikan itu.

"Oh nama dia Goldy? Hmm dah terlambat. Dia dah mati. Kau tanam dia ye." kata vampire itu dengan sinis.

"Kenapa you kejam sangat?" soal Alexa. Dia benar-benar terkilan dengan perbuatan vampire misteri itu. Siapa vampire itu? Macam mana dia tahu Alexa sembunyikan Olive dan macam mana dia tahu rumah Alexa? Siapa dia yang sebenarnya?

"Sifat semula jadi kot. Takpelah aku balik dulu. Ingat pesanan aku. Kalau tak kau jadi macam ikan kau ni. Mungkin juga lebih teruk." vampire itu pun berlalu pergi.

"Goldy.." Alexa menangis. Dia memaksa dirinya untuk bangun. Kakinya terhincut-hincut menuju ke akuarium ikannya. Dia menangis teresak-esak semasa mengambil ikan itu lalu ikan itu dibawa ke dapur untuk dibasuh.

"Maafkan i Goldy." kata Alexa. Ikan emasnya ditanamkan dihalaman rumah. Akuariumnya juga dibersihkan.

Setelah itu, Alexa terus menguncikan diri didalam biliknya. Kakinya yang cedera diletakkan ubat dan dibalut. Dia amat terkejut dan trauma terhadap perkara yang menimpa dirinya. Dia langsung tidak menjangka hal ini akan terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience