60

Vampire Series 59844

"Slyvia berhenti!" jerit seorang vampire. Dia bergegas ke tempat kejadian kerana mendengar jeritan. Dia juga telah mensasarkan anak panah ke arah Slyvia. Anak panah itu tepat mengenai tubuh Slyvia.

"Slyvia." jerit Olive. Dia terkejut apabila melihat Slyvia yang rebah dan berlumuran darah. Olive ingin mendekati Slyvia tetapi dia tidak terdaya. Hal ini kerana walau apa sekali pun Slyvia tetap kawan baiknya. Tetapi kaki Olive masih lagi berpasung. Dia tidak dapat membantu Slyvia.

"Siapa yang kacau urusan aku ni?" marah Slyvia. Dia sangat marah apabila ada yang menganggunya. Dalam keadaan cedera dia paksakan diri untuk bangun juga. Slyvia belum mahu mati. Dia tidak mahu mati sebelum melunaskan dendamnya. Slyvia hidup untuk membalas dendam. Sia-sialah kalau dia mati sekarang.

"Kau siapa?" soal Slyvia kepada vampire yang mensasarkan anak panah. Pandangannya tepat kepada vampire itu. Vampire itu hanya terdiam sahaja. Sepertinya vampire itu sama dengan vampire misteri yang sebelum ini. Tetapi macam mana dia mengenali Slyvia dan kenapa dia mahu membantu Olive pula?

"Argh!" Slyvia cabut anah panah ditangan kanannya. Dia tidak mahu membuang masa lantas terus menghampiri Olive. Olive ketakutan melihat Slyvia.

Slyvia sempat mencakar muka Olive dengan kuku sebelum rebah tidak sedarkan diri. Dia telah dipanah sekali lagi dan kali ini anak panah terkena tepat pada jantung Slyvia. Slyvia telah tewas.

"Argh.." Olive menjerit kesakitan. Pipinya rasa amat pedih sekali. Pipi Olive telah tercedera. Darahnya menitis laju diatas lantai.

Vampire misteri itu terus meluru ke arah Olive. Dia ingin melihat keadaan Olive. Olive tidak sempat memandang vampire itu kerana dia telah pengsan kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Sakitnya." Olive tersedar daripada pengsannya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Pipinya tidak terasa sakit sangat tetapi rasa kebas.

"Olive." panggil Dylan dengan lembut.

"Dylan?" Olive lega dengan kehadiran Dylan. Tentu Dylan telah selamatkan Olive. Dia telah selamat sekarang. Syukurlah.

"Saya kat mana ni?" Olive ingin bangun dari baringnya tetapi dia tidak larat. Badannya terasa amat lemah.

"Kau ada kat hospital. Kau rehatlah dulu. Jangan bangun." pesan Dylan. Dia amat risaukan keadaan Olive. Dia rasa menyesal kerana tidak dapat melindungi Olive saat Olive memerlukan dirinya. Rasa bersalah menghuni setiap sudut hati Dylan.

"Okay." balas Olive. Dia tidak jadi untuk bangun. Dia ingin rehat. Dia tidak perlu risau lagi kerana ada Dylan disisinya.

"Olive dah sedar?" soal Puan Rhea. Dia kelam kabut datang ke hospital setelah Dylan memberitahunya tadi. Dia datang sekali bersama Tuan Thomas dan Stella. Mereka semua juga risaukan Olive.

"Dah mum." balas Dylan. Olive tersenyum nipis. Dia rasa tidak larat hendak bercakap banyak.

"Syukurlah mum risau sangat pada Olive." Puan Rhea benar-benar risau atas apa yang berlaku. Jantungnya hampir gugur bila Olive masuk hospital. Dia agak terkilan melihat separuh pipi Olive yang berbalut. Dia turut rasa bersalah kepada Olive.

"Olive rehat ye sayang." kata Puan Rhea. Dia tidak mahu menganggu Olive. Biarlah Olive berehat terlebih dahulu. Tentu Olive penat sangat.

"Baik mum." balas Olive. Dia pun memejamkan matanya. Olive ingin tidur sebentar.

"Dylan mum nak cakap sikit boleh?" soal Puan Rhea. Dia memandang Dylan.

"Apa dia mum?" soal Dylan.

"Kita cakap kat luar sekejap." Puan Rhea ingin bercakap diluar. Dia tidak mahu menganggu tidur Olive.

"Okay." balas Dylan.

"Stella, kamu temankan Kak Olive sekejap ye. Kami nak keluar sekejap." kata Puan Rhea kepada Stella.

"Okay mum." angguk Stella. Dia duduk dikerusi menghadap Olive. Dia agak simpati kepada Olive. Kenapalah orang sebaik Olive selalu ditimpa malang? Vampire disini sangat tidak berhati perut.

Puan Rhea, Dylan serta Tuan Thomas pun keluar dari bilik hospital. Mereka berbual dikoridor luar bilik tersebut.

"Dylan, apa yang berlaku sebenarnya ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Puan Rhea.

"Sebenarnya mum, Dylan pun tak pasti. Dylan jumpa Olive kat kandang kuda. Dylan ke situ pun disebabkan Dylan mengejar vampire misteri. Dia yang bawa Dylan ke situ." jelas Dylan. Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku. Hanya Olive sahaja yang tahu. Tiada saksi yang lain. Dylan juga tidak tahu apa niat vampire misteri itu memancing dia untuk ke tempat itu. Padahal vampire itu sentiasa berniat buruk pada Olive. Tetapi walau bagaimanapun Dylan agak berterima kasih kerana Olive dapat diselamatkan.

"Siapa vampire misteri tu?" soal Tuan Thomas.

"Err.." balas Dylan. Vampire itulah yang Dylan dan Cody sedang siasat.

"Takpelah biarlah siapa pun dia. Kita terhutang budi padanya. Kalau tidak tidak tahulah apa yang jadi pada Olive." Puan Rhea. Identiti vampire itu tidak penting bagi Puan Rhea kerana dia lebih utamakan menantunya, Olive.

"Ya." angguk Dylan. Dylan bersyukur Olive selamat.

"Dylan, lepas ni kita kena lebih berhati-hati. Dad rasa dah sampai masa untuk fikirkan yang terbaik untuk Olive." kata Tuan Thomas. Sebagai bapa mertua dia juga risaukan keselematan menantunya. Dia tidak mahu perkara buruk berlaku.

"Betul tu Dylan. Keadaan makin tak selamat untuk Olive. Terlalu banyak hal yang berlaku sehingga melibatkan nyawa. Mum takut peristiwa sebelum ini berulang kembali." kata Puan Rhea pula. Peristiwa berdarah sebelum ini sangat memberi kesan kepada keluarga mereka.

"Dylan tahu mum. Dylan pun tak nak hal tu berulang." luah Dylan. Dia sangat risaukan Olive lebih daripada yang lain. Olive isterinya bukannya orang lain. Dia juga ingin hidup bahagia dengan isteri. Sampai bila mereka nak hidup macam ini?

"Dylan fikirkan ye tentang Olive. Apa-apa pun keputusan pastikan terbaik untuk kalian berdua." pesan Tuan Thomas. Dia percaya yang Dylan tahu apa yang terbaik untuk rumah tangganya.

Setelah itu, mereka pun masuk semula ke bilik Olive. Olive nampaknya telah tidur.

"Dylan, mum dan dad rasa biarlah kami balik dulu. Nanti kami datang lagi ya." Puan Rhea ingin mengundurkan diri.

"Okay mum, dad. Terima kasih sebab lawat Olive." ucap Dylan. Dia sangat berterima kasih kerana orang tuanya sangat prihatin pada Olive.

"Don't mention that. Olive kan menantu mum dan dad. Kalau ada apa yang berlaku kami ada untuk Olive. Kalau ada apa-apa Dylan bagitahu pada kami ya." kata Puan Rhea. Dia sangat sayangkan Olive. Mereka juga sanggup buat apa sahaja demi Olive.

"Okay mum." angguk Dylan.

"Jom Stella." ajak Puan Rhea. Stella pun bangun dari tempat duduknya. Lalu mereka pun pulang ke rumah.

Dylan pula mahu menemani Olive dihospital. Dia ingin ada disisi Olive untuk saat ini. Dylan tenung wajah Olive yang sedang tidur. Hatinya rasa pilu dan sayu. Dia fikir apa yang orang tuanya katakan sebentar. Apalah yang dia boleh lakukan demi Olive? Demi rumah tangga yang baru sahaja dibina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience