69

Vampire Series 59844

"Terima kasih untuk makanan ini." kata Olive. Dia sudah siap menjamah sarapan. Olive tidak sabar untuk keluar melawat Unicorn.

"Jomlah." ajak Dylan. Lebih baik mereka keluar sekarang nanti Dylan ada hal yang perlu dilakukan. Dia perlu berjumpa dengan Cody.

"Okay jom." Olive terus bangun dari tempat duduknya. Begitu juga dengan Dylan.

Mereka pun berjalan keluar dari rumah dan menuju ke halaman belakang rumah untuk melihat Unicorn, kuda putih Olive. Unicorn diletakkan didalam sebuah kandang berhampiran halaman belakang.

"Cepat buka pintu." Olive tidak sabar hendak melihat Unicorn. Wajah Olive nampak sangat gembira. Selepas ini bolehlah dia menunggang kuda sekejap.

"Yelah." Dylan membuka pintu kandang. Kandang ini dikunci selalu agar Unicorn tidak terlepas. Tetapi sekali sekala Dylan ada membawa Unicorn bersiar-siar dan meragut rumput diluar.

Pintu kandang dibuka tetapi kandang nampak agak sedikit gelap. Kenapa Dylan tidak buka lampu? Kesian Unicorn duduk dalam gelap.

"Eh? Kenapa gelap pulak ni? Aku dah buka lampu semalam." kata Dylan. Setahu Dylan setiap malam dibuka lampu dikandang ini. Tidak pernah sekali pun dia terlupa untuk membuka lampy. Dia mencari suis lampu dikandang itu.

"Masalah elektrik kot. Semalam hujan ke? Lantai pun macam basah-basah je ni." Olive terpijak air. Mungkin hujan lebat menyebabkan lampu terpadam. Apalah Dylan ni letak Unicorn dalam kandang macam ni. Kesian Unicorn tentu dia sejuk semalam. Sudah duduk dalam gelap, kandang pula bocor.

"Lantai basah? Sejak bila pula kandang ini bocor?" soal Dylan. Selama ini kandang ini baik-baik sahaja. Dylan sentiasa menjaga kebersihan dan keadaan kandang ini. Sejak bila jadi bocor pula ni? Haih.. Peliklah fikir Dylan.

Lampu dibuka dan cahaya terang menerangi kandang tersebut. Elektrik dikandang itu elok sahaja. Tiada masalah pun. Mereka berdua melihat keadaan kandang tersebut.

"Argh." Olive terjerit. Rupa-rupanya air yang dia terpijak tadi bukanlah air yang biasa.

"Kenapa Olive? Tiba-tiba je menjerit." terkejut Dylan apabila Olive menjerit.

"Tu.." Olive tunjuk ke arah lantai. Dia nampak sedikit takut.

"Hah?" Dylan terkejut. Lantai kandang dipenuhi dengan cecair berwarna merah. Cecair ini macam darah sahaja. Dylan mencangkung untuk mengenal pasti cecair apakah itu.

"Darah." kata Dylan selepas menghidu cecair itu. Dylan kenal bau tersebut.

"Apa darah?" Olive terkejut. Dylan mengangguk.

"Darah apa? Macam mana boleh ada darah kat sini?" hati Olive berdebar. Darah ni milik siapa? Jangan-jangan darah..

"Hmm.." Dylan tahu tetapi dia serba salah hendak cakap. Dylan bangun dan menghampiri tempat dimana darah itu mengalir.

"Dylan.." Olive ikut Dylan dibelakang. Apabila sampai disitu mereka berdua terkejut sangat. Mata masing-masing terbeliak.

"Argh!" jerit Olive. Dia ketakutan melihat banyak darah memenuhi ruang itu.

"Unicorn, mana Dylan?" soal Olive. Dia langsung tidak nampak unicorn dimana-mana. Apa yang jadi pada Unicorn? Hanya ada darah sahaja.

"Vampire." kata Dylan.

"Hah? Vampire? Apa maksud awak?" soal Olive. Apa kaitan antara vampire dan kehilangan Unicorn? Vampire telah culik Unicorn ke? Tetapi untuk apa? Jangan-jangan vampire itu mahu menghisap darah Unicorn?

"Aku syak ada vampire yang ambil Unicorn." kata Dylan. Dylan ambil sesuatu yang ada dilantai.

"Siapa?" Vampire mana yang tergamak buat macam ni pada kuda milik Olive? Unicorn kuda peliharaan bukan kuda liar. Mustahil kalau ada vampire yang berani melakukan hal ini. Kenapa nak culik kuda pula?

"Siapa yang tergamak buat sebegini pada Unicorn?" soal Olive. Dia sangat risau akan apa yang terjadi pada Unicorn. Mana Unicorn?

"Aku tak pasti." Dylan tidak tahu. Ditangan Dylan terdapat sepucuk surat. Surat itulah yang dia ambil diatas lantai. Didalam surat itu terdapat sedikit bulu kuda. Tentu bulu tersebut milik Unicorn.

"Surat apa tu Dylan?" soal Olive. Dia syak surat itu tentu ada kaitan dengan kehilangan Unicorn.

"Unicorn selamat Olive. Ada vampire yang ambil Unicorn. Dia ugut untuk bunuh Unicorn dan kalau kau nak Unicorn selamat kau sendiri yang kena pergi ambil dalam Hutan Hitam esok." jelas Dylan selepas membaca isi surat itu.

"Baguslah Unicorn selamat." hati Olive rasa lega.

"Tapi Hutan Hitam tu kat mana?" soal Olive. Dia mahu kena sana untuk selamatkan Unicorn. Dia tidak mahu Unicorn mati.

"Hutan tu jauh. Bahaya kalau kau nak ke sana." Dylan tahu lokasi hutan itu. Tetapi hutan itu jauh dan terpencil. Hutan itu sebuah hutan misteri yang penuh bahaya. Olive tidak boleh ke hutan itu seorang diri.

"Habis tu macam mana? Saya tak mahu terjadi sesuatu pada Unicorn." kata Olive.

"Biar aku yang pergi sambil tu aku akan siasat siapa punya angkara." kata Dylan. Dia ingin tahu siapa yang menculik kuda Olive.

"Ini mesti kerja Caylus!" kata Olive dengan nada marah. Hanya Caylus sahaja yang selalu berdendam dengan Olive. Tergamak Caylus buat macam ni.

"Kau pasti ke?" soal Dylan. Dia sendiri pun tidak tahu ini angkara siapa. Dia perlu siasat terlebih dahulu. Mungkin Caylus dan mungkin juga tidak.

"Kalau bukan dia siapa lagi? Slyvia?" kata Olive. Hanya dua vampire itu sahaja yang bencikan Olive. Tentu salah satu daripada mereka yang buat macam ni. Tetapi Slyvia sudah lama tidak muncul.

"Biar aku siasat." kata Dylan. Yang sebenarnya dia agak tentu Caylus punya angkara. Hal ini kerana sebelum ini Caylus pernah bagi patung sumpahan pada Olive. Setahu Dylan patung itu diperbuat daripada kayu yang terdapat di Hutan Hitam. Tentu Caylus sudah biasa keluar masuk ke dalam hutan tersebut. Tetapi sesiapa sahaja boleh jadi suspek kerana ramai sahaja yang memburu Olive. Selain itu, Dylan juga tidak mahu menakutkan Olive.

"Tapi kita kena cepat. Kalau tidak bahaya untuk Unicorn." kata Olive. Kalau hendak siasat mesti ambil masa lama. Mereka perlu bertindak dengan segera. Tak boleh nak tunggu lagi.

"Ya, kau tak payah risau. Biar aku urus semua." kata Dylan. Apa sekalipun dia tidak boleh membahayakan diri Olive lagi. Biar dia sendiri yang selesaikan semuanya.

"Macam mana saya tak risau. Unicorn tu kuda saya. Mestilah saya risau. Saya tak sanggup Unicorn mati disebabkan saya. Saya takkan benarkan itu berlaku." Olive tidak mahu melibatkan nyawa lagi. Semua yang terjadi adalah disebabkan dia juga.

"Aku faham. Dah jomlah kita masuk dulu. Nanti kita fikir apa nak buat." kata Dylan. Kandang ini berlumuran darah jadi bahaya kalau Olive ada disini. Takut-takut nanti ada vampire yang datang. Mereka sangat sensitif dengan bau darah.

"Yelah." mereka berdua pun masuk ke dalam rumah. Disamping itu, Dylan juga telah menyuruh Andy untuk membersihkan kandang tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience