48

Vampire Series 59850

Malam perkahwinan.

"Cik Olive mulai malam ni Cik Olive kena tidur dibilik tuan muda tau." kata Nancy yang sedang mengemas pakaian Olive. Mereka berada didalam bilik Olive ketika ini.

"Hah? Err.." Olive terasa takut sedikit.

"Kalau saya tidur sini je tak boleh ke? Saya selesa tidur disini." Olive tidak mahu tidur dibilik Dylan. Dia nak tidur dibilik sendiri.

"Mana boleh, Dylan tu kan dah jadi suami cik." ujar Nancy.

"Saya tahu tapi saya belum bersedia nak jadi isteri Dylan." kata Olive walaupun sudah ada cincin dijarinya.

"Bersedia atau tidak, cik sudah pun jadi isteri tuan muda. Jadi cik kena selalu ada disisi suami." kata Nancy.

"Tapi bilik sebelah-sebelah je. Takpelah kan? Lagipun saya takutlah." balas Olive.

"Cik Olive tak payahlah takut. Tuan muda tu okay je. Dia tak makan orang pun. Kalau cik belum bersedia cik slow talk dengan dia tentu dia faham." kata Nancy. Dia faham apa yang perempuan muda seperti Olive rasa apabila berkahwin.

"Betul ke macam tu?" soal Olive.

"Ya. Jomlah." Nancy bawa Olive ke bilik tidur Dylan.

"Err.. Dia ada kat dalam ke?" soal Olive.

"Rasanya tiada, tuan muda ada dibawah berbual dengan Tuan Thomas." balas Nancy. Nancy pun membuka pintu bilik Dylan.

"Oh.." Olive mengangguk.

"Masuklah." kata Nancy. Mereka pun masuk ke dalam bilik itu.

"Kemasnya." bisik hati Olive apabila melihat bilik Dylan. Semua barang didalam bilik itu tersusun dengan kemas.

"Saya letak pakaian cik disini ya." kata Nancy. Dia tunjukkan ke arah almari besar. Dylan sudah pesan kepada Nancy untuk letakkan sahaja barang Olive almari itu.

"Okay." balas Olive. Dia memerhatikan keadaan bilik. Dia pandang ke arah katil. Katil itu bersaiz king sangat cukup untuk dua orang tidur. Tetapi Olive tidak mahu tidur dikatil itu. Datang dekat pun tidak mahu.

"Kalau aku tidur kat sofa ni pun okay." bisik Olive sambil duduk disofa panjang yang ada dibilik itu.

"Empuk. Tentu selesa je kalau tidur." fikir Olive. Dia tersenyum sedikit.

"Cik, saya dah siap susun baju. Saya nak keluar dulu ya." kata Nancy.

"Eh, nak keluar dah? Janganlah temanlah saya kat sini." kata Olive. Dia terus bangun dan memegang tangan Nancy.

"Mana boleh cik. Ni bukan bilik saya." Nancy tarik tangan Olive perlahan-lahan untuk melepaskan tangannya.

"Tapi.." balas Olive.

"Takpelah cik jangan takut sangat." kata Nancy.

"Hmm..." balas Olive.

"Takpelah saya keluar dulu." kata Nancy.

"Nancy kejap." tahan Olive.

"Ya ada apa?" soal Nancy.

"Bawang putih ada tak? Boleh tak ambilkan bawang putih untuk saya?" minta Olive.

"Bawang putih ada tapi cik nak buat apa dengan bawang putih?" Nancy terasa aneh. Nak buat apa pula dengan bawang putih?

"Err.. Adalah. Boleh tak ambilkan untuk saya? Please." soal Olive. Ada sesuatu yang dia ingin lakukan menggunakan bawang putih itu.

"Yelah saya ambil." Nancy pun turun ke bawah ambil selabu bawang putih dan naik ke bilik semula.

"Nah cik, bawang putih." Nancy beri bawang putih kepada Olive.

"Terima kasih Nancy." ucap Olive.

"Sama-sama. Saya keluar dulu ya." kata Nancy.

"Okay-okay." angguk Olive. Nancy pun keluar dari bilik.

Olive pun leraikan bawang putih tersebut. Dia harap bawang putih itu boleh membantu.

Tidak lama kemudian Dylan pun masuk ke dalam bilik. Olive segera duduk disofa. Dia rapatkan kaki ke dadanya. Dylan tersenyum melihat Olive.

"Olive.." Dylan mendekati Olive secara perlahan-lahan.

"No stop jangan dekat." kata Olive. Dia rasa takut dan mula batuk-batuk dan loya. Dia takut jika Dylan membuat sesuatu padanya.

"Eh? Belum sentuh dah loya-loya? Pelik." soal Dylan. Dia mengangkat kening.

"Jangan dekat dengan saya." Olive membaling bawang putih kepada Dylan.

"Aduh." Beberapa ulas bawang putih terkena kepala Dylan.

"Bawang putih?" Dylan kutip bawang tersebut dan dia ketawa besar.

"Awak tak takut?" soal Olive. Kenapa Dylan ketawa pula ni? Bukan sepatutnya dia takut ke?

"Ni mesti sebab dongeng kononnya vampire takut bawang putih tu kan?" tawa Dylan masih belum habis.

"Dongeng?" soal Olive.

"Ya. Dongeng. Vampire tak takut pun pada bawang putih. Vampire tidak terlalu lemah untuk takut pada makanan." kata Dylan. Lucu betullah Olive ni. Dia baling semula bawang putih itu kepada Olive. Olive sambut balingan tersebut.

"Jadi semua tu tak betul?" Olive jadi kecewa. Dia ingatkan bolehlah dia melindungi diri sendiri rupanya semua tu dongeng sahaja?

"Noob." kata Dylan. Dia pun keluar dari bilik.

"Nasib baik." Olive rasa lega sangat apabila Dylan keluar.

Tetapi tidak sampai beberapa minit Dylan masuk semula. Olive duduk tegak disofa.

"Kenapa kau asyik batuk-batuk? Kalau ada penyakit kronik ke?" soal Dylan sambil duduk diatas katil. Dia perasan Olive kerap batuk-batuk. Paling kerap apabila ada berdekatan dengan Dylan.

"Sebenarnya.. Err.." balas Olive.

"Sebenarnya apa?" soal Dylan.

"Bila rasa nervous atau takut saya akan batuk dan rasa loya. Dari dulu lagi." jelas Olive. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa jadi macam itu. Dia sudah lama berhadapan dengan masalah ini. Dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya. Tetapi masalah itu menjadi kerap pula apabila dia ada disini. Masa dekat rumah Olive tak jadi sekerap ini.

"Oh.. Jadi kau rasa nervous lah selama ni?" soal Dylan. Dia ketawa. Wajah Olive bertukar merah. Kenapalah Dylan ketawakan Olive? Tak baiklah.

"Kesian betul." kata Dylan. Olive senyap sahaja.

"Eh jap, jadi kau rasa nervous bila dekat dengan aku. Maknanya kau.." Dylan berfikir. Jangan-jangan Olive?? Dylan tersenyum.

"Apa?" soal Olive. Dia gagahkan dirinya untuk bertanya.

"Kau dah su.. Haish malu pulak nak cakap." kata Dylan. Dia tersenyum-senyum.

"Apa su su? Mana ada saya suka awak pun. Tak payah perasanlah." kata Olive dengan nada marah-marah. Dia cuba menutup perasaan gementar.

"Eh, aku tak kata apa-apa pun." kata Dylan. Dia mengangkat bahu dan tersenyum.

"Tak kisahlah, janji apa yang awak fikir tu salah. Tak betul pun." kata Olive. Dia cepat cabut lari dari keluar dari bilik.

"Kalau salah, kenapa muka merah lepastu cepat-cepat lari?" bisik hati Dylan.

"Hmm.. Tak salah pun kalau itu perasaan kau. Aku kan suami kau Olive." kata hati Dylan. Dylan terus baring dikatilnya. Dia mengantuk dan penat untuk satu hari ini. Dia ingin berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience