29

Vampire Series 59850

Keesokan harinya..

"Hwuaa.." Olive menguap beberapa kali. Dia memisatkan matanya beberapa kali. Dia rasa agak mengantuk. Tidurnya tidak berapa lena.

"Pukul berapa ni?" soal Olive. Dia pun bangun dari katilnya. Dia ambil jam ditepi katilnya. Dia pun lihat pada jam tersebut.

"Apa? Dah pukul 9?" Olive mengelabah. Sepatutnya sekarang ini dia sudah ada disekolah. Sekolahnya bermula pada jam 8 pagi.

"Dah lambat ni." kata Olive. Dia terus ambil tuala dan berlari ke bilik air. Dia sudah lambat untuk ke sekolah.

"Aduh!" Olive tergelincir didalam bilik air.

"Ish, siapa yang basahkan lantai ni? Semalam kering je." kata Olive sambil mengurut kakinya. Olive sentiasa akan pastikan bilik air kering. Dia sudah diasuh begitu sejak kecil. Apabila selepas menggunakan bilik air, lantainya akan dilap sehingga kering. Tetapi siapa pula yang guna bilik air Olive ni?

"Kau buat apa?" soal Dylan yang mengaru telinganya. Dia nampaknya masih mamai. Tidurnya terganggu dek kerana suara Olive yang menjerit aduh sebentar tadi. Entah apalah yang jadi pada Olive.

"Awak buat apa kat sini?" soal Olive.

"Nyanyuk ke semalam aku temankan kau." kata Dylan.

"Oh?" Olive terlupa pula.

"Jadi awaklah yang guna tandas ni kan?" soal Olive. Dia sudah tahu siapa yang basahkan lantai bilik air.

"Hmm.. Asal? Tak boleh?" soal Dylan. Nak pinjam guna tandas pun tak boleh ke? Kedekutlah Olive ni.

"Bukan tak boleh. Tapi janganlah biar lantai basah macam ni. Tak pasal-pasal saya jatuh. Bahaya tau." kata Olive. Kemalangan boleh berlaku kalau lantai bilik air basah.

"Kau yang kelam kabut sangat kenapa?" soal Dylan.

"Nak siap pergi sekolah, saya dah lambat ni." kata Olive. Dia dah lambat sejam. Habislah.

"Hari ni kau tak payah pergi sekolah. Mum suruh rehat je kat rumah." kata Dylan. Puan Rhea sudah pesan pada Dylan agar dia ingatkan pada Olive. Mereka mahu Olive rehat sahaja untuk hari ini.

"Mana boleh." kata Olive. Susahlah kalau dia ketinggalan pembelajaran untuk hari ini, nanti nak jawab ujian macam mana? Olive bukannya pelajar gifted, tak belajar pun boleh dapat skor yang baik.

"Boleh. Aku dah minta Cody tolong ambilkan nota untuk kau." Dylan tahu mesti Olive akan rasa ketinggalan nanti.

"Oh. Okay." kata Olive.

"Kau mandilah nanti turun sarapan." kata Dylan. Dia pun keluar dari bilik Olive.

Olive pun mandi dan turun bawah selepas itu.

"Selamat pagi Cik Olive." ucap Nancy yang sedang menyiapkan sarapan.

"Selamat pagi Nancy." balas Olive sambil tersenyum. Kerusi meja makan ditarik dan dia pun duduk.

"Semua dah sarapan ke Nancy? Mana yang lain?" soal Olive. Hanya dia sahaja yang ada. Dia terlupa yang dia terlambat bangun. Yang lain semua sudah keluar.

"Dah, Puan Rhea dan Tuan Thomas keluar sebab ada urusan. Cik Stella pergi sekolah." jelas Nancy.

"Oh.. Dylan?" soal Olive. Dylan pun dah keluar ke? Takde pun.

"Ada je kat sini." kata Dylan semasa menuruni anak tangan. Dia baru sahaja selesai mandi. Olive terdiam.

"Eh ada pulak. Ingat dah keluar." bisik hati Olive. Ingatkan hari ini dia bebas sorang-sorang dirumah.

"Tengah mengumpat dalam hatilah tu." kata Dylan sambil menuang air teh. Dia ingin bersarapan. Olive memandang ke arah Dylan.

"Ish, mamat ni boleh baca isi hati aku ke?" bisik hati Olive. Dia rasa curiga pula. Kalau betullah Dylan boleh baca isi hati Olive tentu Olive akan rasa malu.

"Kenyang ke kalau pandang aku?" perli Dylan. Dia naik segan pula Olive pandang ke arahnya lama-lama. Entah apalah yang sedang Olive fikirkan. Suka sangat mengelamun.

"Hah? Err.." Olive cepat-cepat makan sarapannya. Dia rasa malu pula bila Dylan sedar dirinya dipandang. Dylan hanya menggeleng melihat Olive.

"Ah.. Kenyang." kata Dylan selepas menghabiskan sarapannya. Masakan yang dibuat Nancy sangat sedap dan menyelerakan. Dylan mengosok perutnya dengan senang hati.

"Olive, aku nak keluar ni. Nanti kalau ada sesiapa tanya bagitahu aku keluar jap tau." kata Dylan. Dia ada urusan yang perlu diselesaikan.

"Nak pergi mana?" soal Olive. Sepatutnya ayat tu hanya difikiran Olive tetapi terkeluar suara pula.

"Aik? Sejak bila ambil tahu aku nak pergi mana ni?" soal Dylan. Sebelum ini Olive langsung tidak pernah tanya atau mengambil tahu kalau Dylan keluar. Hari ni dia tanya pula. Ada apa-apa ke?

"Tanya je." balas Olive. Rasa hendak marah diri sendiri sebab tanya soalan macam tu. Busy body betul.

"Caringlah kau ni." kata Dylan sambil tersenyum.

"Perasannya. Saya tanya supaya senang nanti kalau ada sesiapa tanya saya jawab jelah awak pergi bla-bla.." balas Olive.

"Aku nak pergi siasat pasal apa yang jadi pada kau malam tu. Tanya kau asyik kata tak tahu je." kata Dylan. Dia perlu siasat apa sebenarnya yang berlaku. Dia tidak boleh biarkan hal ini begitu sahaja. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan disebalik perkara ini. Dan mungkin juga perkara itu boleh membahayakan diri Olive. Dia tidak mahu itu terjadi.

"Dah memang tak tahu pun. Tapi perlu ke siasat?" soal Olive. Rasanya tidak ada apa yang serius pun. Lagipun Olive rasa dia selamat. Olive fikir yang pasal vampire misteri tu.. Mungkin masa Olive pengsan vampire misteri tu yang jumpa Olive. Jadi disebabkan dia tidak tahu hendak buat apa, dia bawa Olive ke tempatnya. Stor usang tu mungkin rumah dia.

"Perlulah sayang. Kita kena tahu apa yang jadi. Siapa yang punya punca. Mana boleh biar macam tu je." kata Dylan. Setiap yang berlaku tentu ada sebabnya. Jadi Dylan ingin mencari sebabnya.

"Ei.. Apa sayang-sayang?" marah Olive. Boleh pula Dylan ni tiba-tiba sahaja panggil Olive sayang. Buang tabiat agaknya.

"Saje. Salah ke nak panggil bakal isteri sayang?" soal Dylan. Dia saje hendak mengusik Olive. Dia rasa gembira pula buat macam tu. Rasa geli hati tengok reaksi Olive.

"Geli." kata Olive. Seram pula bila Dylan panggil Olive sayang.

"Alah sekarang geli tapi nanti mesti nak dengar hari-hari." kata Dylan. Dia bergurau lagi.

"Ish, tersampuk ke?" soal Olive. Apa kena dengan Dylan hari ni? Lain macam betul.

"Vampire takkan tersampuklah." kata Dylan. Bagaimana hantu disampuk hantu? Mustahil tu.

"Ish malaslah nak layan." kata Olive. Dia bangun dan terus berlalu ke dapur. Dia jadi malu untuk berbual dengan Dylan lagi. Perangai Dylan sangat pelik. Dylan hanya ketawa. Lalu dia pun keluar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience