14

Vampire Series 59842

Dylan bergegas ke hutan dihujung kampung. Ada sesuatu perkara yang perlu diselesaikannya.

"Tuan Muda Dylan, ni dia dua orang manusia yang cuba ceroboh kampung kita." kata Cody. Sebenarnya inilah yang menjadi punca Cody tidak dapat menghantar Olive hari ini. Dia perlu menyelesaikan pencerobohan manusia dikampung mereka. Dia dan Ray telah menangkap manusia tersebut. Kedua orang manusia itu telah diikat dengan tali.

"Apa kalian buat dikampung kami? Kalian tahu kawasan ini kawasan larangan?" soal Dylan. Sebagai anak ketua dia perlu turun padang uruskan hal yang berkaitan dengan kampung. Tambahan pula tidak lama lagi dia bakal mengalas tugas sebagai ketua selepas Tuan Thomas bersara.

"Maafkan kami, kami tak tahu." kata seorang manusia yang bernama Gilbert.

"Tak tahu? Kamu tak nampakkah papan larangan disana?" soal Dylan.

"Nampak." kata seorang lagi manusia yang bernama Darius.

"Habis tu kenapa masih degil masuk kawasan ini?" soal Dylan.

"Haiwan buruan kami lari ke arah sini. Kami sedang berburu." kata Darius.

"Tipu." kata Ray.

"Betul tuan kami tak tipu. Kami sedang berburu sebentar tadi." kata Gilbert. Dia agak ketakutan.

"Kamu tahu apa hukumnya apabila menceroboh kampung kami?" kata Dylan dengan tegas.

"Maafkan kami, kami janji takkan masuk lagi kampung ni. Tolonglah lepaskan kami." rayu Gilbert.

"Tapi kamu dah nampak kampung kami. Kamu nampak apa yang ada disini. Kampung kami sepatutnya menjadi rahsia kepada dunia luar. Tiada siapa patut tahu mengenai kampung kami." kata Dylan.

"Ya dan sesiapa sahaja yang masuk ke dalam kampung kami tidak akan dapat keluar selamanya. Kalian mungkin akan dibunuh atau menjadi hamba." kata Ray.

"Apa? Jangan bunuh kami. Tolong jangan." rayu Gilbert. Dia jadi semakin takut. Peluh dingin mengalir diseluruh badan.

"Ya tuan tolong jangan bunuh kami. Kami mempunyai anak dan isteri. Anak-anak kami masih kecil. Tanpa kami hidup mereka tentu susah nanti." kata Darius. Dia teringatkan anak dan isteri yang sedang menunggu dirumah.

"Betul tuan. Kasihanilah kami. Kami janji tidak akan menceritakan tentang hal ni kepada sesiapa selagi nyawa dikandung badan." kata Gilbert. Dia benar-benar maksudkannya.

"Tuan Dylan, mungkin kita patut lepaskan mereka." Cody mula kesiankan dua orang manusia itu. Mungkin betul kata mereka.

"Mana boleh, manusia seperti mereka tidak boleh dipercayai. Mereka mungkin berbohong." kata Ray. Dia tidak sedikit pun terpedaya dengan kata-kata manusia tersebut.

"Tapi.." kata Cody.

"Macam nilah kalau betul apa yang kalian katakan. Saya akan lepaskan." kata Dylan. Wajah Darius dan Gilbert berubah lega sedikit.

"Tuan?" Ray terkejut. Dia tidak menyangka Dylan boleh percaya dengan cerita sedih Gilbert dan Darius.

"Dengan syarat." kata Dylan. Dylan tidak akan melepaskan mereka dengan semudah itu.

"Apa syaratnya?" soal Darius. Wajahnya bertukar serius.

"Makan daun ini." Dylan memberi sehelai daun kepada Darius dan Gilbert.

Mereka ambil daun itu dengan ragu-ragu. Tetapi tanpa membuang masa mereka makan daun tersebut dengan kerelaan diri. Mereka sanggup makan walaupun tidak mengetahui tentang daun itu asalkan mereka dilepaskan. Tidak lama kemudian mereka jatuh pengsan.

"Mereka dah mati ke Tuan Muda Dylan?" soal Cody. Dia terkejut begitu juga dengan Ray.

"Tidak, mereka hanya pengsan sahaja. Daun tersebut akan hilangkan ingatan mereka mengenai apa yang berlaku pada hari ni." kata Dylan. Daun tersebut telah dibacakan mentera oleh Dylan.

"Oh.." balas Cody.

"Cody, Ray lekas, bawa mereka berdua jauh dari kampung kita dan tinggalkan mereka disana sebelum mereka sedar semula." arah Dylan.

"Baik tuan." balas Cody dan Ray. Mereka pun bergegas membawa Gilbert dan Darius jauh dari kampung mereka.

"Macam terlupa sesuatu." fikir Dylan sendirian. Rasanya dia macam telah terlupa sesuatu perkara penting.

"Olive?" kata Dylan. Dia pun bergegas untuk menjemput Olive disekolah. Dia benar-benar terlupa tentang hal itu. Dia terlalu sibuk uruskan hal pencerobohan ini.

"Olive." panggil Dylan apabila sampai dihadapan sekolah.

"Boleh terbang pun boleh lambat ya." perli Olive.

"Maaf aku ada urusan tadi." kata Dylan.

"Hal hujung kampung ke?" soal Olive.

"Macam mana kau tahu?" Dylan sedikit pelik setahunya dia tidak pernah memberitahu Olive tentang urusannya.

"So betullah?" soal Olive. Betul rupanya apa yang dikatakan Caylus. Agaknya hal apalah yang mustahak sangat tu, fikir Olive.

"Siapa yang bagitahu?" soal Dylan. Hal ini sepatutnya menjadi rahsia kerana ini boleh mengundang kerisauan penduduk kampung.

"Err.. Caylus" balas Olive.

"Caylus?" soal Dylan.

"Ya." angguk Olive.

"Macam manalah budak tu boleh tahu." kata Dylan dengan perlahan.

"Awak kenal dia ke? Dia pun red vampire macam awak." soal Olive.

"Hm.. Dah jom balik." ajak Dylan. Dia tidak menjawab soalan Olive..

"Okay.." balas Olive. Mereka pun pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience