Untitled

Vampire Series 59850

"Hmm.. Dylan awak nak kopi tak?" soal Olive. Dari tadi mereka berdua diam sahaja mengenangkan nasib masing-masing. Jadi Olive fikir adalah baiknya dia buat kopi. Best kalau dapat minum kopi pagi-pagi macam ni. Dapatlah dia segarkan hari dengan aroma kopi yang mengasyikkan. Tambahan pula kalau asyik fikirkan hal terjadi itu hanya membuatkan Olive lebih marah, takut dan stress. Jadi biarlah otaknya berehat untuk sedikit.

"Boleh jugak." balas Dylan. Dia teringin juga hendak rasa air kopi yang dibuat oleh Olive. Entah bagaimanlah rasanya nanti. Mungkin sedaplah kot. Harapnya.

"Okay, saya pergi buat jap tau." Olive pun berlalu ke dapur untuk membancuh kopi. Tangannya cekap sahaja mengambil perkakas untuk membancuh kopi. Dia sudah tahu dimana letaknya barang-barang dapur maklum sajalah dia sudah lama tinggal dirumah ini.

"Done." Olive sudah siap membancuh kopi. Dia angkat mug kopi tersebut dan menghidu bau kopi.

"Hmm.. Sedapnya." Olive suka dengan bau kopi. Bau itu sangatlah sedap. Dulu mummy selalu sahaja melarang Olive minum kopi. Kata mummy kopi itu minum berkafein dan tidak boleh selalu diminum tetapi Olive tidak dapat menahan diri untuk minum kopi selalu. Dia sangat suka minum kopi.

"Mummy.." Olive jadi teringatkan kepada ibunya. Olive meletakkan mug diatas meja semula. Wajahnya berubah menjadi sedih. Olive rindukan mummy dan daddy. Kedua orang tua yang sangat dia sayangi. Entah apalah khabar mereka agaknya. Olive terlalu lama tidak menatap wajah mereka. Hati Olive jadi sayu.

"Mummy, daddy Olive rindu. Rindu sangat-sangat." Olive pegang rantai dilehernya. Rantai pemberian daddy pada hari kelahirannya. Olive buka loket yang ada dirantai itu. Terpapar gambar keluarga kecilnya yang sedang tersenyum. Mereka nampak bahagia dan gembira sangat.

"Haih.." Olive melepaskan keluhan yang berat. Dia tatap lama gambar tersebut. Terlalu banyak yang menimpa dirinya sejak ahkir ini. Semuanya berlaku tanpa diduga. Sejujurnya kalau masa itu boleh diputarkan ingin sekali Olive kembali pada malam kelahirannya. Malam yang dirasakan paling bahagia bersama mummy dan daddy. Dan kalau boleh dia tidak mahu terjadinya pembunuhan vampire perempuan yang merupakan ibu kepada Slyvia.

"Kalau mummy, daddy tahu apa yang jadi kat sini tentu mereka sedih." bisik hati Olive. Olive sentuh pipinya. Ya, pipinya berparut dan parut itu agak jelas kelihatan. Bagaimanalah reaksi mummy dan daddy kalau mereka nampak parut ini. Tentu mereka risau sangat-sangat.

"Olive?" tegur Dylan. Olive bancuh kopi lama sangat itu yang Dylan datang ke dapur. Dia nak lihat apa yang jadi pada Olive didapur. Pengsan ke?

"Hah?" Olive memandang Dylan. Lamunannya terhenti. Hilang semua yang bermain difikirannya sebentar tadi.

"Kau termenung kat dapur ni kenapa?" soal Dylan. Tadi kata nak bancuh kopi tapi sekarang termenung pulak.

"Err.. Takde apa." Olive menggeleng. Kalau dia luahkan pada Dylan pun apalah yang boleh dilakukan. Lebih baik biar dia pendam sahaja.

"Kau okay ke ni?" Dylan pegang bahu Olive. Dia pandang tepat ke arah Olive. Dia tahu yang fikiran Olive agak terganggu. Olive sendiri pun bercakap sorang-sorang tadi.

"O.. Okay." balas Olive tergagap-gagap.

"Sure?" Dylan mengangkat keningnya.

"Su.. Sure." balas Olive. Dia agak gementer apabila terlampau dekat dengan Dylan.

"Baguslah." Dylan usap kepala Olive dan tersenyum. Olive terdiam sahaja. Dia kaku dengan perlakuan Dylan.

"Kopi aku mana?" soal Dylan. Tekak dia sudah terasa sangat nak minum kopi.

"Ada.. Ni." Olive ambil mug diatas meja dapur. Dia hulurkan kepada Dylan.

"Thanks." Dylan ambil mug tersebut dan duduk dimeja makan. Dia minum air kopi yang dibuat oleh Olive.

"Okay tak?" soal Olive. Dia pun duduk dimeja makan. Dia ingin tahu sama ada kopi yang dia bancuh kena atau tidak dengan tekaknya.

"Emm.. Not bad." bagi Dylan kopi yang dibuat Olive rasa agak sedap juga. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit. Just nice.

"Oh.. Baguslah." Olive rasa lega.

"Dylan.. Nak tanya sikit boleh tak?" soal Olive.

"Tanya apa?" balas Dylan. Dia pandang Olive yang ada dihadapannya.

"Saya memang tak boleh ke? Saya.. Bosan. Lah. Asyik duduk kat rumah je.." Olive memuncungkan mulut.

"Yup." Dylan sememangnya tidak akan benarkan Olive keluar.

"Sekejap pun tak boleh?" Olive bukan nak keluar lama pun sekejap je. Sekadar untuk menghilangkan rasa terkurung. Dulu memanglah Olive selalu duduk rumah. Tetapi kalau dia rasa bosan boleh sahaja dia duduk diluar rumah. Kadang kala dia siram pokok bunga mummy dan kadang-kadang dia beri ikan makan didalam kolam tepi rumahnya. Halaman rumah Olive juga agak luas jadi dia rasa bebas untuk bersenan atau membuat aktiviti riadah. Dia tidak pernah terasa terkurung langsung.

"Tak boleh." Dylan tidak akan berkompromi. Lagipun Caylus masih lagi berkeliaran dimerata tempat. Kalau dia tahu Olive berada diluar tentu dia tidak akan teragak-agak untuk datang menyerang. Dia tidak kisah dengan apa pun yang penting hajatnya dapat ditunaikan.

"Hmm.. Kalau nak keluar pintu rumah je boleh tak?" soal Olive. Bukannya dia tidak takut pada ancaman Caylus tetapi dia bosan.

"Hmm.." Dylan berfikir. Nampaknya Olive betul-betul nak keluar rumah. Mungkin dia patut beralah sedikit dengan Olive.

"Bolehlah." pujuk Olive. Dia rapatkan tapak tangannya.

"Sekejap.. je." Olive membuat muka comel.

"Haish." balas Dylan. Rasa serabut pula apabila dipaksa-paksa. Tetapi comel juga muka Olive merayu macam tu. Dylan hampir cair dibuatnya.

"Unicorn! Kalau saya nak tengok unicorn boleh tak?" baru Olive teringat mengenai kuda putihnya. Teringin dia nak melawat kuda tersebut. Kandang kuda tersebut pun hanya ada dibelakang rumah sahaja. Dekat je.

"Boleh tapi sekejap je lepas breakfast." kata Dylan. Kesian juga pada Olive. Bersungguh sangat nak keluar. Tentu Olive rasa sangat terkurung duduk didalam rumah hari-hari.

"Yeay. Terima kasih Dylan." ucap Olive. Dia sangat gembira kerana akhirnya dia dapat keluar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience