2

Vampire Series 59850

"Mummy." Olive memeluk Puan Daisy dari belakang. Entah mengapa dia rasa rindu kepada mummy walaupun baru sekejap tidak bersua muka.

"Olive." sebut Puan Daisy. Puan Daisy membelai tangan anaknya. Dia rasa sedikit sedih. Dia berharap sangat dapat meluangkan lebih masa bersama dengan anaknya. Dia tidak mahu berpisah walau sesaat pun dengan Olive. Olive satu-satunya anak yang dia kandungkan selama sembilan bulan. Anaknya dia jaga dan asuh sejak dari kecil tanpa kenal erti lelah. Olive membesar didepan matanya.

"Mummy.. Daddy mana?" soal Olive ketika melepaskan pelukannya. Dia baru perasan yang daddy tiada rumah. Dia sedang duduk didalam bilik sebentar tadi. Apabila keluar dari bilik daddy tidak kelihatan dimana-mana.

"Oh.. Daddy keluar beli kek. Kan nak sambut birthday Olive malam ni." kata Puan Daisy sambil mengusap lembut kepala Olive. Sayangnya dia kepada Olive tidak terhitung harganya.

"Em.. Daddy tahu ke, Olive nak kek flavour apa?" soal Olive. Selalunya daddy akan tanya Olive dulu mengenai perisa kek yang dia mahukan.

"Mestilah daddy tahu. Olive kan princess mummy, daddy." jawab Puan Daisy. Dia dan suami sangat peka terhadap segala perkara yang berkaitan anaknya. Mereka sentiasa menyediakan yang terbaik untuk Olive. Kebahagian mereka adalah melihat Olive bahagia. Itu sudahpun mencukupi.

"Oh.. Ye tak ye jugak." kata Olive sambil tersenyum.

"Olive.." panggil Puan Daisy dengan lemah lembut.

"Ye mummy." balas Olive. Puan Daisy memberikan sebuah kotak kepada Olive. Kotak berwarna hitam yang dibalut dengan riben berwarna merah jambu.

"Boleh Olive bukak?" soal Olive sebaik sahaja dia mengambil kotak tersebut. Mummy mengangguk dan kotak itu pun dibuka.

"Wah dress, cantiknya mummy." kata Olive sambil mengeluarkan dress yang berwarna peach bercorak vintage. Dia sangat suka pada dress tersebut.

"Terima kasih mummy." Olive memeluk ibunya. Mummy tersenyum.

"Olive pakai sekarang ye sayang." kata Puan Daisy. Dia teringin nak lihat Olive pakai dress tersebut.

"Pakai sekarang?" soal Olive.

"Ya, untuk ambil gambar masa sambut birthday Olive nanti." kata Puan Daisy.

"Oh.. Okay mummy. Jap eh nak tukar baju." kata Olive lalu dia naik ke bilik. Puan Daisy hanya tersenyum melihat anaknya.

"Kek dah sampai." kata Encik Arthur sebaik sahaja tiba dirumah.

"Daddy dah balik. Jom makan kek." kata Olive sambil menuruni tangga. Dia nampak cantik dan berseri mengenakan dress pemberian Puan Daisy. Dress tersebut sangat sesuai dengannya.

Encik Arthur meletakkan kek tersebut diatas meja makan. Lalu Puan Daisy membuka kotak kek tersebut.

"Wah cantiknya." puji Olive. Kek red velvet yang dihiasi dengan krim putih dan terdapat bunga ros berwarna hitam.

"Ros hitam?" soal hati Olive. Dia terasa sedikit pelik. Setahunya ros hitam menandakan kematian atau perpisahan. Tidak sesuai untuk digunakan ketika menyambut hari jadi. Kenapa daddy pilih kek yang macam ni? Olive hanya diamkan sahaja apa yang ada difikirannya. Mungkin daddy tidak mengetahui tentang itu.

"Mestilah untuk anak daddy yang cantik." kata Encik Arthur. Lilin disusun diatas kek lalu api dinyalakan. Lagu selamat hari jadi dinyanyikan.

"Happy Birthday Olive, kesayangan mummy. Mummy sayang Olive sangat-sangat." ucap Puan Daisy sambil mengucup dahi Olive.

"Selamat hari jadi anak daddy. Semoga sentiasa sihat, murah rezeki dan ceria selalu." ucap Encik Arthur.

"Thank you mummy, daddy. Olive pun sayang mummy, daddy. Olive happy sangat. Olive harap kita sentiasa dapat sambut hari jadi tiap tahun macam ni. Olive bahagia disisi mummy dan daddy." kata Olive. Kata-kata Olive membuatkan Puan Daisy dan Enci Arthur terdiam.

"Mummy, daddy?" panggil Olive. Kenapa ni? Kenapa mummy dan daddy asyik bermuram dan diam sahaja? Apa yang sedang mereka fikirkan?

"Hah? Ye, ye sayang. Jomlah kita makan kek." kata Puan Daisy. Dia cuba untuk senyum.

Mereka pun makan kek bersama sambil berbual mesra. Gelak tawa memenuhi rumah mereka. Mereka turut mengambil gambar untuk disimpan sebagai memori yang terindah. Encik Arthur juga telah menghadiahkan seutas kalung kepada Olive. Kalung itu ditempah khas dan mempunyai gambar mereka sekeluarga.

"Wah cantiknya. Terima kasih daddy." ucap Olive sambil melihat kalung dipakai. Dia gembira dengan hadiah yang diterima. Daddy mengangguk dan tersenyum. Dia gembira kerana anaknya suka dengan hadiah yang diberi.

Tiba-tiba, pintu rumah mereka diketuk beberapa kali. Mereka terdiam sejenak. Siapa yang datang malam-malam ini?

"Siapa tu?" soal Olive kepada orang tuanya. Puan Daisy dan Encik Arthur saling berpandangan. Mereka dapat merasakan sesuatu.

"Biar daddy tengok." kata Encik Arthur yang bangun dari tempat duduknya. Olive mengangguk.

Puan Daisy terus memegang tangan suaminya sambil perlahan menggelengkan kepala. Dia seperti tidak membenarkan suaminya berbuat begitu. Dia mahu suaminya biarkan sahaja. Encik Arthur senyum kepada isterinya. Dia juga menepuk perlahan perlahan tangan isterinya. Puan Daisy nampak agak sedih. Perbuatan itu dilihat Olive membuatkan hatinya tertanya-tanya.

"Ada apa ni? Kenapa mummy macam sedih? Siapa yang ketuk pintu? Kenapa mummy macam tak benarkan daddy buka pintu?" soal hati Olive. Hatinya terdetik dengan seribu pertanyaan.

Encik Arthur dengan perasaan yang berat hati melepaskan jua tangan isterinya dengan perlahan lalu menuju ke pintu hadapan untuk membuka pintu. Sebenarnya dia tahu tentang apa yang bakal berlaku selepas ini. Tetapi dia berharap sangat yang perkara itu tidak akan terjadi. Hal ini kerana dia tidak sanggup menghadapi perkara itu. Dia tidak mahu kehilangan ahli keluarganya. Tiada sesiapa yang mahukan perkara itu terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience