80

Vampire Series 59850

Pada malam itu Olive masuk tidur awal. Selepas makan malam dia terus masuk bilik. Entah mengapa dia rasa mengantuk sangat.

"Huargh. Ngantuknya." Olive tutup lampu bilik lalu dia baring dikatil. Selimut ditarik dan Olive pun memejamkan matanya. Namun tidak lama kemudian dia terjaga kerana terdengar sesuatu.

"Eh?" Olive lihat sliding door bilik terbuka. Cepat-cepat dia bangun untuk tutup tetapi dia berhenti apabila melihat sosok tubuh yang ada dibalkoni.

"Dylan?" Olive kenal itu Dylan. Tetapi sosok tubuh itu ingin segera pergi. Dia tidak melihat Olive langsung.

"Dylan tunggu. Saya tahu itu awak." kata Olive. Dia yakin itu Dylan. Langkah Dylan terhenti.

"Dylan, awak nak pergi mana? Kenapa awak tak pernah jumpa saya? Melawat pun tak pernah?" soal Olive. Sejak Olive pulang ke rumah Ini Dylan langsung tidak melawat Olive.

"Saya sibuk." kata Dylan. Bukan niatnya untuk tidak melawat Olive tetapi dia sudah berjanji.

"Oh." Olive mengangguk. Dia faham Dylan selalu sibuk.

"Kalau tak ada apa-apa lebih baik saya balik." kata Dylan. Dia ingin segera pulang sebelum orang lain menyedari kehadirannya.

"Dylan tunggu.." tahan Olive. Ada sesuatu yang dia ingin luahkan pada Dylan. Dylan berdiri tegak tidak bergerak.

"Erm.. Awak ingat tak yang saya pernah cakap yang saya nak kutip bintang dilangit untuk diberikan kepada my favourite person?" soal Olive. Dia pandang langit. Ada banyak bintang disitu. Olive tersenyum.

"Ingat." Dylan masih lagi ingat tentang itu. Mana mungkin dia lupa kenangan itu.

"Saya ada beritahu yang orang kelima adalah rahsia. Awak nak tahu siapa orang kelima tu?" soal Olive. Dia ingin sekali memberitahu Dylan tentang orang itu.

"Siapa?" soal Dylan.

"Orang kelima itu adalah awak." balas Olive. Dylan adalah orang kelima yang menjadi kegemaran Olive dan mungkin menjadi seseorang yang amat istimewa dihati Olive.

Dylan senyap. Dia tidak membalas apa-apa. Dia agak terkejut sebenarnya.

"Dylan.. Sebenarnya saya suka awak. Saya cintakan awak." luah Olive. Sudah sampai masanya dia berterus terang. Dia tidak mahu memendam rasa lagi.

"Oh?" balas Dylan dengan nada kerek.

"Hah?" Olive terkejut dengan respon Dylan. Aimata Olive mengalir. Dia tidak sangka Dylan memberi respon yang sebegitu. Dylan tidak suka Olive ke? Kenapa respon dia macam tu?

"Jadi betullah apa yang orang kata, apabila kita meluahkan perasaan akan ada dua rasa. Pertama rasa lega sebab dapat luahkan dan yang kedua rasa sakit. Sakit apabila perasaan yang diluahkan tidak diterima." Olive sapu airmatanya. Dia gembira kerana dapat meluahkan perasaannya pada Dylan. Tetapi dia kecewa kerana Dylan memberi reaksi yang tidak memberangsangkan. Tidak seperti yang dia harapkan.

"Sebenarnya Olive.." Dylan mengeluarkan keluhan yang berat. Dia rasa bersalah apabila telah menguriskan hati Olive. Ikutkan hati dia ingin saja peluk tubuh Olive.

"Saya pun cintakan awak." Dylan pusing melihat Olive. Dia tersenyum memandang Olive. Dia gembira mendengar pengakuan daripada Olive. Dia gembira kerana Olive juga punya perasaan seperti dirinya.

"Betul ke?" Olive rasa yang dirinya masih ada harapan. Dia lap airmatanya. Dia tersenyum mendengar kata-kata Dylan. Rupanya mereka saling suka menyukai.

"Ya." Dylan mengangguk. Memang selama ini dia telah jatuh hati pada Olive. Sudah lama dia pendam perasaan pada Olive. Olive adalah cinta hati Dylan.

Olive ingin menghampiri Dylan. Tetapi langkahnya terhenti apabila Dylan bersuara.

"Memang kita saling mencintai tetapi kita tidak boleh bersama." kata Dylan.

"Maksud awak apa?" soal Olive. Kenapa tidak boleh bersama pula?

"Dunia kita berbeza." jawab Dylan. Dylan vampire dan Olive manusia biasa.

"Tetapi itu tidak menjadi penghalang." sebelum ini pun Olive telah menjejakkan kaki ke Kampung Vampire. Olive okay sahaja disana. Cuma ada bahaya sedikit tapi kan ada Dylan. Dylan boleh jaga dan lindungi Olive macam yang sepatutnya.

"Saya telah berjanji untuk pergi jauh dari awak." tidak mungkin Dylan memungkiri janji yang telah dibuat. Dylan telah berjanji untuk tidak muncul lagi dalam hidup Olive.

"Tapi saya cintakan awak. Saya sedia terima apa sahaja asalkan saya tetap ada disisi awak. Saya nak bersama awak." Olive tidak tahu apa yang telah Dylan janjikan. Cumanya dia mahu tetap bersama dengan Dylan. Dia juga tahu dalam percintaan harus ada pengorbanan. Dia sanggup tinggal dikampung vampire asalkan dia dapat pulang ke rumah mummy dan daddy sekali sekala.

"Tidak semudah itu Olive. Saya tidak akan benarkan sebarang perkara buruk terjadi pada awak. Langkah terbaik adalah perpisahan." Dylan tidak mahu pertaruhkan keselamatan Olive demi cinta ianya tidak berbaloi. Nyawa Olive lagi berharga dari cinta.

"Apa? Saya tak nak berpisah dengan awak." Olive tidak mahu berpisah dengan Dylan. Bagaimana untuk dia berpisah dengan orang yang dicintai?

"Saya tak akan biarkan awak gantung tanpa bertali." Dylan juga tidak mahu berpisah dengan Olive tetapi dia tiada pilihan. Dia juga tidak mahu Olive terikat sebagai isterinya. Pilihan yang terbaik adalah penceraian.

"Saya tak nak berpisah! Saya cintakan awak. Awak tak faham ke dengan perasaan saya ni?" kenapa susah sangat Dylan nak faham apa yang Olive rasakan. Betulkah Dylan cintakan Olive? Kalau betul kenapa Dylan sanggup berpisah?

"Saya faham sebab itulah saya mahu berpisah dengan awak." Dylan tidak mahu Olive berharap pada perkahwinan ini.

"Bagaimana untuk saya ikhlas berpisah dengan awak kalau hati dan perasaan saya ni untuk awak? Mustahil saya akan lupakan macam tu sahaja." betapa dalamnya perasaan Olive terhadap Dylan tidak mungkin dapat dilupuskan dengan semudah itu.

"Love as you please." kata Dylan.

"Apa maksudnya?" Olive kurang faham.

"Cintai seadaanya. Awak cintai saya tetapi jangan biarkan rasa itu melebihi rasa cinta pada diri awak sendiri. Awak tahu kan yang mencintai tak semestinya memiliki?" Dylan mahu Olive mencintai dirinya sendiri berbanding Dylan yang tidak layak untuk Olive.

"Saya tahu tapi.." Olive faham tetapi dia mahu berjuang untuk cintanya.

"Saya harap awak jumpa seseorang yang boleh jaga dan bahagiakan awak. Dan paling penting dia mencintai awak dengan setulus ikhlas." itu harapan Dylan.

"Mustahil." mustahil Olive dapat berjumpa dengan seseorang yang dapat mengantikan Dylan dihatinya.

"Tiada yang mustahil kalau awak percaya." Dylan percaya ada yang lebih baik darinya. Jodoh manusia yang baik untuk Olive.

"Jadi awak betul-betul inginkan perpisahan?" airmata Olive mengalir. Dylan benar-benar ingin berpisah dengannya.

Dylan mengangguk. Memang itu yang dia mahukan.

"Baiklah kalau itu yang awak mahu. Mulai hari ini kita berpisah." airmata Olive mengalir deras. Dia tidak mahu tetapi kalau dia paksa pun tiada guna. Buat apa dia terhegeh-hegeh kalau pihak disana tidak sudi. Dia sakit tetapi dia telankan sahaja.

"Saya harap awak gembira dengan keputusan ini. Terima kasih kerana muncul dalam hidup saya. Selepas ini jangan pernah lagi muncul dalam hidup saya." pesan Olive. Hatinya luka dengan permintaan Dylan. Dylan kejam. Dia langsung tidak memikirkan hati dan perasaan Olive.

"Ya, saya janji. Saya pun berterima kasih pada awak kerana telah menjadi memori sementara dalam hidup saya. Saya gembira kerana dapat mengenali diri awak. Awak adalah kenangan terbaik sepanjang hidup saya." Dylan tersenyum walaupun hatinya menangis. Dia sayangkan Olive. Dia cintakan Olive tetapi dia tidak mampu untuk berjuang. Dia tidak dapat melindungi dan menjaga Olive dengan baik. Sekiranya Olive disisinya, Olive akan terluka.

"Awak pun." Olive paksa dirinya untuk tersenyum. Hatinya berkecai.

"Bye, Olive." Dylan ingin berangkat pulang. Dia tidak sanggup lagi lama-lama disini.

"Ya, bye Dylan." Olive melambaikan tangannya. Dylan pun terbang pergi untuk selamanya. Dylan tidak akan lagi datang dan muncul dalam hidup Olive untuk selama-lamanya.

Airmata Olive terus mengalir dan mengalir. Dia menangis teresak-esak. Dia tidak menjangka langsung yang ini pertemuan mereka yang terakhir. Olive terlampau sedih kerana mereka tidak dapat bersama. Dia kecewa, sangat-sangat kecewa. Tetapi Olive percaya yang ini adalah suratan takdir. Dia tidak boleh melawan takdir yang ditentukan tuhan. Dia redha. Semoga mereka berdua berjumpa dengan jodoh yang sebenar satu hari nanti.

Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience