77

Vampire Series 59844

Olive masih lagi bingung dengan apa yang berlaku. Segala yang berlaku seperti puzzle yang tiada penyelesaian. Olive tidak mempunyai sebarang klu jadi dia tidak dapat membayangkan gambaran yang jelas. Hal ini menyebabkan Olive kerap termenung memikirkan hal itu. Kebanyakan masanya dihabiskan didalam bilik sahaja. Dia perlukan beberapa penjelasan tentang apa yang berlaku sebenarnya.

"Eh? Rantai aku mana?" Olive yang sedang menyikat rambut dihadapan cermin baru perasan yang kalung yang dia pakai selama ini telah hilang. Ke mana hilangnya kalung itu? Tidak mungkin dia akan membiarkan kalung itu hilang, dia sangat sayangkan kalung itu. Kalung itu pemberian daddy sempena hari lahirnya. Kalung itu sangat bermakna untuk Olive. Sepanjang Olive berada dikampung vampire, kalung itulah yang menjadi peneman Olive tatkala dia merindui orang tuanya.

"Mana ni?" Olive terus mencari kalungnya disetiap sudut biliknya. Dia juga cari dibawah bantal serta katilnya. Tetapi malangnya kalung itu tidak dijumpai. Olive mengeluh. Betapa cuainya dia sampai boleh kehilangan kalung itu.

"Olive tak keluar bilik dari tadi ke?" soal Encik Arthur. Dia baru sahaja pulang ke rumah. Dia sedang berbual dengan isterinya diruang tamu rumah.

"Tak daddy." Puan Daisy mengeleng kepala. Dia pun tidak faham kenapa sejak sedar, Olive asyik terperap didalam bilik. Dari pagi tadi lagi Olive duduk didalam bilik. Biasanya waktu begini Olive suka menonton televisyen.

"Mungkin kita patut gembirakan Olive memandangkan hari ini hari jadinya." kata Encik Arthur. Tarikh hari ini ialah 7 Februari iaitu tarikh hari lahir Olive.

"Yelah daddy, mummy lupa yang hari ini hari jadi Olive." Puan Daisy tidak ingat langsung. Nasiblah daddy yang ingatkan. Kalau tidak kesian pada Olive apabila tiada seorang pun yang ingat atau ucapkan selamat hari jadi pada Olive.

"Tapi daddy, tak sempat kalau nak buat kek sekarang. Bahan-bahan pun tak cukup." Puan Daisy sedih kerana tidak dapat membuat kek hari jadi untuk Olive.

"Tiada masalah, daddy dah beli tadi." Encik Arthur tersenyum. Sebentar tadi semasa daddy keluar, dia telah singgah ke bakeri untuk membeli kek.

"Betul ke? Wah.. Bolehlah kita suprise kan Olive. Tentu dia suka." Puan Daisy gembira.

"Ya." Encik Arthur mengangguk.

"Tapi hadiah macam mana? Kan tak best kalau hari jadi tiada hadiah." Puan Daisy jadi muram semula. Dia langsung tidak sediakan apa-apa untuk Olive. Sebagai ibu dia rasa sedikit kecewa.

"Yang tu pun mummy tak perlu risau. Daddy dah siapkan." Encik Arthur tunjukkan sebuah kotak hadiah.

"Oh, hadiah ni." Puan Daisy tersenyum. Dia sangat gembira kerana dapat suami yang terbaik. Mereka berdua pun menuju ke bilik Olive.

"Hmm.. Mana rantai aku ni?" Olive panggung dagu dimeja soleknya. Dia memikirkan mana hilangnya kalung itu. Dia juga berfikir sama ada dia betul-betul dapat kalung itu atau sebenarnya yang itu juga sebahagian daripada mimpi.

"Argh, serabutnya." jerit hati Olive. Dia serabutkan rambutnya. Sejak dari pagi tadi dia memikirkan apa yang terjadi. Dia keliru antara realiti dan mimpi. Kata hatinya mengatakan apa yang jadi adalah realiti tetapi mummy kata itu semua hanya mimpi. Mana satu yang betul?

"Olive." Encik Arthur mengetuk pintu bilik Olive.

"Ya daddy." sahut Olive.

"Boleh daddy masuk?" soal Encik Arthur dari luar.

"Hah?" cepat-cepat Olive merapikan semula rambutnya yang kusut.

"Masuklah daddy. Pintu tak kunci." kata Olive. Tombol pintu dipulas dan pintu pun terbuka.

"Hai Olive." sapa Encik Arthur dengan ceria. Puan Daisy hanya tersenyum melihat Olive.

"Hai daddy, mummy." Olive tersenyum nipis.

"So how are you today?" soal Encik Arthur. Dia ingin tahu apa yang Olive rasakan pada hari ini.

"Emm.. Okay." Olive mengangguk sambil membuat simbol okay. Walau hakikatnya dia sangat-sangatlah tidak okay. Fikirannya sangat serabut dan keliru. Tetapi dia tidak mahu merisaukan kedua orang tuanya.

"Great, so daddy dan mummy ada suprise untuk Olive." kata Encik Arthur. Dia sembunyikan kotak kek dibelakangnya.

"Suprise apa daddy, mummy?" Olive nampak teruja.

"Tada.. Happy birthday Olive." kata Encik Arthur dan Puan Daisy secara serentak. Olive nampak agak terkejut.

"Hari ini hari jadi Olive?" soal Olive.

"Ya. Hari ini 7 Februari." kata Puan Daisy.

"Ohh.." Olive mengangguk dan perlahan-lahan dia tersenyum.

"Ini macam sebelum ni. Sebelum ini pun aku lupa hari jadi aku." bisik hati Olive. Dia kurang faham dengan apa yang berlaku. Semua ini bagaikan dejavu.

"Olive cepat tiup lilin ni." kata Encik Arthur selepas menyalakan lilin diatas kek. Olive lihat kek itu. Kek itu berlainan dengan kek yang sebelum ini. Kek ini nampak lebih ceria dan comel.

"Tiup lilin tu Olive." tegur Puan Daisy apabila melihat Olive yang termenung.

"Okay." Olive pun tiup lilin itu.

"Yeah." respon Puan Daisy. Encik Arthur letak kek tersebut diatas meja lalu mengeluarkan sesuatu didalam poket seluarnya.

"Hadiah untuk Olive dari daddy dan mummy." Encik Arthur menghulur kotak hadiah kepada Olive.

"Terima kasih daddy, mummy." Olive ambil hadiah tersebut.

"Sama-sama. Bukalah hadiah tu Olive." kata Puan Daisy.

"Okay." Olive pun buka hadiah itu dan dia agak terkejut.

"Eh rantai ni macam rantai yang.." kalung tersebut serupa dengan yang Olive dapat sebelum ini. Kalung yang telah hilang itu.

"Macam apa Olive?" soal Puan Daisy.

"Err.. Takde apalah mungkin Olive salah tengok." Olive tersenyum. Dia tidak mahu menceritakan yang dia pernah dapat kalung yang sama. Dia tahu kalau dia ceritakan tentu mummy akan menganggap Olive bermimpi lagi. Lebih baik dia pendamkan sahaja.

"Olive suka?" soal Encik Arthur.

"Suka, Olive suka sangat." Olive buka loket yang ada pada kalung itu. Ternyata gambar yang ada diloket itu berbeza dengan yang sebelum ini. Olive fikir mungkin benar yang selama ini dia hanya bermimpi.

"Baguslah. Daddy gembira Olive suka. Daddy harap tahun ini Olive dimurahkan rezeki dan ceria selalu. Daddy bersyukur dapat anak seperti Olive. Daddy dan mummy sayang Olive." luah Encik Arthur.

"Betul tu kami happy sangat dapat anak macam Olive. Masa awal-awal Olive lahir dulu mummy gembira sangat. Mummy bersyukur dapat anak yang comel dan baik. Mummy sentiasa berharap yang mummy dapat membesarkan Olive dengan baik. Mummy senang hati bila lihat Olive sudah besar panjang." kata Puan Daisy. Dia mengalirkan airmata.

"Terima kasih mummy, daddy. Olive pun gembira sangat dapat parent yang terbaik macam mummy, daddy. Olive sayang mummy, daddy." Olive peluk kedua orang tuanya. Dia bersyukur kerana dikurniakan orang tua yang baik dan penyayang. Olive rasa terharu dengan kata-kata mummy dan daddy.

"Sama-sama." kata Encik Arthur dan Puan Daisy.

"Hmm.. Sedih-sedih pula kita ni." Puan Daisy lap airmatanya.

"Itulah." Encik Arthur tersenyum melihat isteri dan anaknya.

"Jomlah kita turun makan kek." ajak Puan Daisy.

"Betul tu kalau makan kat bilik bersemut pula nanti." kata Encik Arthur.

"Jomlah." Puan Daisy, Encik Arthur dan Olive pun turun ke bawah. Mereka menjamah kek dan juga makanan yang lain. Puan Daisy ada membuat spaghetti sebagai makanan petang.

Olive makan makanan yang disediakan namun sesekali dia nampak seperti sedang termenung jauh. Dia masih lagi rungsing. Mummy perasan tentang itu cumanya mummy hanya diamkan sahaja. Jauh disudut hati mummy, dia tetap memendamkan kerisauan pada Olive. Walau bagaimanapun dia berharap yang Olive akan baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience