41

Vampire Series 59842

"Cody, macam mana keadaan kampung kita?" soal Dylan. Pada hari ini Dylan akan bermesyuarat sedikit dengan Cody untuk mengetahui hal yang berlaku didalam kampung. Dia perlu mengambil tahu sekiranya ada apa-apa yang berlaku disini tanpa pengetahuannya. Dia perlu bertindak segera jikalau ada masalah.

"Setakat ni tuan muda tiada apa pun yang berlaku. Semuanya berjalan seperti biasa." balas Cody. Kampung mereka aman dan damai kerana tiada sebarang masalah yang berlaku. Semuanya baik-baik sahaja.

"Baguslah." balas Dylan. Dia bersyukur yang setakat ini kampung mereka tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diigini. Semoga keadaan ini kekal buat masa yang lama.

"Hal-hal yang lain ada apa-apa update?" soal Dylan.

"Ada, dua tiga hari ni vampire yang tuan muda suruh siasat kerap keluar masuk dari kampung kita." balas Cody. Dia mengikuti vampire itu secara rahsia sejak dua tiga hari ini. Vampire itu selalu membuat urusan diluar kampung mereka.

Sebenarnya Dylan ada menyuruh Cody untuk menyiasat seorang vampire. Vampire tersebut sangat mencurigakan. Dylan pasti yang dia tentu ada merancang sesuatu. Mereka perlu mengambil langkah berhati-hati sebelum dia memulakan langkah.

"Kamu tahu dia ke mana?" soal Dylan. Ke mana agaknya vampire itu pergi? Tentu dia ada membuat sesuatu tanpa pengetahuan mereka.

"Dia ke kampung manusia." balas Cody. Cody lihat vampire itu masuk ke perkampungan manusia. Perkara itu biasa bagi vampire kerana rupa mereka sama sahaja seperti manusia. Jadi mereka bebas ke mana sahaja. Namun mereka ke perkampungan manusia hanya disebabkan perkara tertentu sahaja dan bukannya selalu.

"Apa yang dia buat disitu?" soal Dylan. Tentu ada sesuatu yang dia lakukakan disitu.

"Saya masih sedang siasat tuan muda." balas Cody. Dia masih belum dapat mengenal pasti tujuan vampire itu ke kampung itu.

"Ohh.. Buat masa ni kamu teruskan sahaja penyiasatan tu. Kalau ada apa-apa terus inform pada saya. Ingat jangan biarkan dia tahu kamu ikut dia." pesan Dylan.

"Baik tuan muda." kata Cody. Mereka pun berlalu pergi ikut haluan masing-masing. Dylan kembali ke taman semula.

"Olive, jom balik." ajak Dylan. Sudah lama Olive ditaman itu.

"Nak balik dah?" soal Olive. Tidak terasa masa berlalu apabila dia ditaman ini. Dia terlalu leka melayan perasaan.

"Ya." balas Dylan ringkas.

"Okay, tapi nanti boleh datang sini lagi kan?" Olive ingin selalu ke taman ini. Dia suka berada ditaman ini.

"Boleh." taman ini milik Olive tentu sahaja dia boleh datang ke taman ini pada bila-bila masa sekalipun.

Mereka pun berjalan kaki pulang.

"Kau jalan depan." arah Dylan. Dia perlu jaga Olive kerana dia dapat rasakan sesuatu.

"Kenapa?" soal Olive.

"Hati-hati." jerit Dylan secara tiba-tiba.

"Hah?" Olive terkejut. Satu anak panah terbang ke arah Olive.

"Olive!" sepantas kilat Dylan tarik Olive. Anak panah tersebut tercucuk pada pokok yang berdekatan.

"Nasib baik." Olive memegang dadanya. Tidak sangka tiba-tiba ada anak panah. Siapa yang memburu ditengah hutan ini?

Dylan bergerak ke arah anak patah itu lalu dia mencabutnya. Dia ingin tahu anak panah itu kepunyaan siapa.

"Anak panah beracun." Dylan hidu bau anak panah itu. Dia dapat rasakan yang ini penanda yang buruk.

"Beracun?" kalaulah anak panah tersebut kena pada Olive tentu nyawanya akan terancam. Jangan-jangan ada yang ingin melakukan niat buruk pada Olive.

"Jom balik cepat." Dylan buang anak panah tersebut ke atas tanah. Dia angkat Olive dan ingin terbang bersama Olive.

"Tidak semudah itu." jerit satu suara. Sekali lagi anak panah terbang ke arah mereka. Dylan berjaya mengelak. Dia mendarat ke tanah semula.

Tiba-tiba ada sesuatu meluru ke arah mereka. Namun rupanya tidak kelihatan kerana dia memakai topeng. Tetapi dia nampak seperti sesorang vampire berdasarkan ciri-ciri yang ada padanya. Nampaknya mungkin vampire ini yang mensasarkan anak panah itu ke arah mereka. Vampire cuba untuk mencederakan Olive. Tetapi berjaya dihalang Dylan.

"Siapa kau?" soal Dylan. Dia tolak vampire itu ke tepi. Begitu juga dengan Olive. Dia terjatuh ke tanah.

"Tak penting." vampire itu masih berusaha untuk apa-apakan Olive. Dylan terus menumbuk vampire itu dan mereka pun berlawan. Perlawanan yang sengit terjadi antara mereka. Olive merapatkan dirinya dipokok yang berdekatan.

"Aduh." kata Olive semasa mengesot ke pokok yang berdekatan. Dia tidak perasan ada sesuatu dibelakangnnya. Dia dapati tapak tangannya tercucuk sesuatu. Mungkin ranting kayu. Tetapi tiada luka yang serius. Dia lap lukanya yang kecil itu.

"Siapa kau?" jerkah Dylan kepada vampire itu. Dia ingin tahu siapa yang ada disebalik topeng itu. Vampire itu senyap sahaja.

Dylan cakar topeng vampire itu dengan kukunya. Vampire itu jatuh. Dylan menghampiri vampire itu tetapi dia terus larikan diri. Dia tidak mahu identitinya terbongkar. Dylan cuba untuk mengejar tetapi vampire itu dia lari terlalu laju. Jadi Dylan berhenti mengejar dan kembali kepada Olive.

"Kau tak apa-apa?" soal Dylan.

"Saya okay. Tercucuk ranting sikit je." Olive tunjukkan tapak tangannya kepada Dylan.

"Olive." Dylan panik. Dia segera menghampiri Olive.

"Kenapa Dylan panik pula ni? Luka sikit je." Olive lihat tapak tangannya yang luka.

"Apa?" Olive terkejut. Luka yang tadi bertukar kebiruan. Apa yang jadi pada tapak tangan Olive. Macam mana boleh jadi macam ni?

Dylan ambil tangan Olive lalu dia menghisap luka tersebut. Dia perlu segera membuang racun yang meresap ke dalam darah Olive.

"Awak buat apa ni?" soal Olive. Dah kenapa Dylan hisap darah Olive ni? Untuk apa? Adakah mungkin nak sembuh luka Olive?

Dylan senyap sahaja. Dia perlu cepat menghisap racun tersebut kerana kalau terlambat Olive akan mati.

"Dylan." panggil Olive. Dylan langsung tidak mengendahkannya. Olive jadi pelik kerana Dylan menghisap lukanya agak lama.

"Ouch, sakitlah." tangan Olive terasa amat sakit. Dylan masih lagi menghisap darah Olive. Tangan Olive rasa kebas.

"Sakitlah Dylan." Olive menolak Dylan sekuat hatinya. Dylan tersentak.

"Sorry." balas Dylan. Dia terbawa-bawa semasa menghisap darah Olive. Niatnya untuk membuang racun tetapi dia jadi leka pula. Benar kata Kio sebelum ini darah Olive sangat sedap dan segar.

"Kenapa dengan awak ni?" soal Olive dengan pelik.

"Tapak tangan kau terkena racun. Aku cuba untuk buang racun tu dengan menghisap darah kau." jelas Dylan.

"Hah? Racun? Tapi macam mana?" soal Olive. Bila masa tapak tangannya boleh terkena racun? Rasanya tadi tercucuk ranting je. Ranting tu dari pokok beracun ke?

"Tadi kau kata tercucuk ranting. Aku tak rasa tangan kau cucuk ranting. Tentu disebabkan benda lain." kata Dylan. Mustahil kalau tercucuk ranting sampai lukanya menjadi kebiruan. Tentu ianya bukan ranting. Mereka pun dilihat kalau ada sesuatu dibelakang Olive.

"Anak panah tu." tunjuk Olive. Nampaknya tapak tangan Olive tercucuk anak panah itu.

"Nasib baik aku sempat hisap darah kau. Kalau tak kau tentu dah mati." kata Dylan. Dylan buang anak panah itu jauh-jauh. Mereka berdua sudah tahu yang anak panah itu beracun.

"Terima kasih tapi awak tak mati ke?" soal Olive. Dylan langsung tidak membuang racun itu dengan meludahkannya. Dia hanya menyedutnya sahaja.

"Tak, vampire takkan mati dengan racun itu." vampire tidak akan mati walau dengan apa racun sekalipun. Darah mereka sendiri tidak elok jadi darah Olive yang bercampur dengan racun tidak memberi kesan kepada Dylan.

"Ohh.." balas Olive. Nampaknya itu satu lagi kelebihan vampire.

"Dah jom balik." Dylan mengangkat Olive dan terus terbang ke rumah. Sampai dirumah Dylan merawat luka Olive.

"Lepas ni kau kena hati-hati. Kau tahukan apa yang akan jadi kalau kau tak hati-hati?" soal Dylan.

"Tahu.. Tapi bukan ke Alexa dah pindah?" soal Olive. Sebelum ini Olive hanya terima ancaman daripada Alexa sahaja. Takkan Alexa datang balik?

"Alexa memang dah pindah. Dia sendiri pun dah berubah. Tapi kau kena ingat kat sini ada ramai lagi vampire yang jauh lebih jahat daripada Alexa." kata Dylan.

"Kalau macam tu tak selamatlah saya kat sini. Hmm.. Apa kata awak hantar saya balik rumah saya je." cadang Olive. Di rumahnya tentu lebih selamat. Dia pun rinda pada keluarganya.

"Tak boleh. Kau dah masuk kampung ni dan kau tak boleh keluar. Hal itu hanya akan memburukkan lagi keadaan." kata Dylan. Vampire lain sudah mengenali Olive dan Olive akan menjadi sasaran mereka walau dimana pun Olive berada. Lagi bahaya kalau Olive balik ke rumahnya. Keselamatan keluarga Olive juga akan terancam. Dylan tidak mahu melibatkan lebih ramai nyawa.

"Habis tu macam mana?" Olive jadi risau. Dia sudah tidak selamat.

"Kau duduk je dirumah ni. Rumah ni selamat untuk kau." kata Dylan. Rumah ini telah dijaga. Tiada seorang pun vampire yang boleh masuk. Olive senyap sahaja.

"Kau rehatlah dulu. Kalau ada apa-apa panggil Nancy. Aku dah pesan pada dia untuk jaga kau. Aku nak keluar sekejap ni." kata Dylan. Dia pun terus keluar dari rumah.

"Haih.." Olive mengeluh. Kenapalah nasibnya sangat malang bila ada dikampung ini? Ada sahaja bahaya yang terjadi padanya. Kenapa ada vampire yang dengki padanya? Apa salah Olive? Kan bagus kalau awal-awal lagi dia tidak jejakkan kaki disini. Tentu dia jauh lebih selamat dan gembira disisi keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience