9

Vampire Series 59850

"Kita dah sampai, Cik Olivia." kata Cody sambil memandang Olive. Olive mengangguk.

Mereka telah sampai dihadapan rumah keluarga Dylan. Pintu rumah pun diketuk oleh Olive. Dylan yang membuka pintu tersebut. Olive sedikit terkejut. Dia menelan air liurnya dan bergerak ke belakang. Biasanya Nancy yang buka pintu. Tetapi hari ini Dylan pula.

"Tuan Muda." tegur Cody sambil tersenyum.

"Ya." balas Dylan dengan anggukan. Dia berdiri dihadapan pintu.

Suasana jadi senyap sunyi. Mulut mereka semua seperti terkunci. Hanya bunyi angin yang kedengaran.

"Erm.. Tuan Muda, Cik Olivia, saya minta diri dulu." kata Cody. Lebih baik dia mengundurkan diri terlebih dahulu. Lagipun tugasnya untuk hari ini telah selesai.

"Okay. Terima kasih Cody." balas Dylan. Dylan berterima kasih kerana Cody telah menjalankan tugasnya.

"Sama-sama tuan muda." Cody pun meninggalkan Olive dan Dylan. Olive pula masih terdiam dan berdiri diluar pintu.

"Tak nak masuk ke?" soal Dylan. Dia melihat Olive yang berdiri terpacak dihadapan pintu. Kaki Olive seperti sudah terpaku disitu. Dia statik tidak bergerak.

"Hah?" balas Olive. Dia seperti baru tersedar dari lamunan.

"Okay." tanpa bicara panjang Dylan terus tutup pintu.

"Eh? Buka." Olive terkejut lalu ketuk pintu tersebut sehinggalah pintu rumah dibuka semula.

"Masuk." kata Dylan. Dia tinggalkan pintu rumah yang terbuka luas dan terus naik ke bilik tidurnya.

"Hah?" Olive kebingungan. Dia masuk ke rumah lalu pintu ditutup.

"Kenapa dia tu?" soal Olive. Dia pelik dengan sikap Dylan sebegitu. Memanglah sikap Dylan sentiasa dingin tetapi hari ini tiba-tiba boleh pula dia bergurau. Tetapi gurauannya bukan gurauan yang lucu lebih kepada kejam dalam senyap.

"Cik Olivia dah balik?" soal Nancy yang datang dari dapur.

"Ya." angguk Olive.

"Cik Olivia pergilah mandi nanti saya siapkan makanan. Pakaian cik pun saya dah sediakan. Ada dibilik." ujar Nancy.

"Erm.. Okay." balas Olive. Dia pun naik ke biliknya. Dia mandi dan pakai pakaian yang diletakkan diatas katil. Lalu dia keluar dari biliknya.

"Hmm.." Olive meninjau dari atas tangga. Dia melihat kalau-kalau ada vampire dirumah.

"Takde siapa." bisik Olive.

"Siapa?" soal Dylan dari belakang.

"Argh." Olive terkejut. Dia hampir sahaja mahu jatuh dari tangga. Namun, nasib baiklah Dylan sempat memegang tangan Olive.

"Err.." dengan pantas Olive melepaskan genggaman Dylan. Dia terus turun ke bawah.

"Sigh." keluh Dylan. Dia buat muka paling kerek sekali. Dia juga turun ke bawah.

"Hi, Nancy." tegur Olive apabila dia nampak Nancy yang sedang menghidangkan makanan.

"Oh, hi Cik Olivia. Jemput duduk." pelawa Nancy. Olive pun duduk dimeja makan.

"Tuan Muda tak nak makan sekali?" soal Nancy.

Dylan yang baru sahaja hendak duduk disofa terus berdiri semula. Dia memandang Nancy. Pandangannya pula beralih ke Olive. Dia fikir sesuatu.

"Boleh juga." balas Dylan. Dia terus datang dan duduk dimeja makan. Dia duduk berhadapan dengan Olive

"Ala.." bisik hati Olive. Dia baru sahaja tidak mahu bertentang mata dengan Dylan.

"Sekejap ye tuan muda saya ambilkan pinggan didapur." kata Nancy.

"Okay." balas Dylan. Olive memandang Dylan kemudian dia seperti hanyut dalam lamunan.

"Apa pandang-pandang?" sergah Dylan. Dia sedar Olive memandang dirinya.

"Hah? Mana, mana ada." balas Olive. Mukanya kemerahan menahan malu. Macam manalah dia boleh mengelamun semasa memandang Dylan? Ish, malunya!

"Tuan Muda, ini pinggannya." Nancy memberi pinggan kepada Dylan.

"Terima kasih." ucap Dylan. Nancy mengangguk.

"Cik Olivia tak nak makan ke?" soal Nancy. Dia lihat pasta dipinggan Olive tidak terusik langsung. Tak sedap ke Nancy masak?

"Hah?" balas Olive.

"Cik Olivia tak suka pasta? Kalau tak saya boleh gantikan dengan yang lain." ujar Nancy.

"Eh, tak, saya suka." Olive makan pasta tersebut.

"Emm.. Sedapnya." puji Olive. Memang sedap pun rasa pasta itu.

"Oh, syukurlah. Tuan muda dengan cik makanlah. Saya nak buat kerja kat dapur sekejap." kata Nancy. Olive mengangguk.

"Oh. Nancy, tuan dan puan mana?" soal Dylan. Dia maksudkan orang tuanya. Tadi masa dia balik tidak nampak pula mereka.

"Tuan dengan puan katanya ada urusan. Mereka pergi bersama Oracle." kata Nancy. Ibu bapa Dylan pergi melawat penduduk vampire yang sedang sakit tenat. Mereka membawa Oracle iaitu witch untuk menyembuhkan vampire itu.

"Oh.. Stella?" soal Dylan. Dia pun tidak nampak adik perempuannya dimana-mana. Ke mana pulalah adiknya itu?

"Cik Stella pergi rumah kawan dia." kata Nancy. Stella kerap tidur dirumah kawannya. Dia ke sana adalah untuk mengulang kaji pelajaran memandangkan dia masih lagi bersekolah. Dia satu sekolah dengan Olive. Tetapi mereka belum berjumpa lagi disekolah.

"Oh.. So tinggal kita jelah." balas Dylan. Nancy mengangguk. Dia sempat melihat ke arah Olive. Olive kelam kabut makan pastanya. Dylan tersenyum sedikit.

"Nancy pergilah sambung kerja." kata Dylan dengan sopan.

"Baik tuan muda." Nancy pun ke dapur.

Tinggallah Dylan berdua dengan Olive. Olive hanya makan pastanya. Dia langsung tidak mengangkatkan muka. Dia malu. Dylan teruskan makan, apabila sudah selesai dia bangun dan terus keluar rumah. Olive pula setelah siap makan dia rajinkan diri untuk kemas dan basuh pinggan. Setelah itu dia naik ke biliknya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience