18

Vampire Series 59850

"Eh, dah petang ni." kata Stella sambil melihat jam ditangannya. Tak sangka dah lama rupanya mereka mengulangkaji.

"Yelah." kata Slyvia. Dia dan Olive pandang sekeliling. Pelajar diperpustakaan mulai berkurangan.

"Apa kata kita stop kat sini je dulu. Nanti sambung study lagi?" cadang Stella. Dia sudah penat dan ingin pulang sahaja.

"Okay juga tu." balas Caylus. Dia pun penat juga.

"So baliklah ni." Stella tersenyum.

"Kalau macam tu abang balik dulu. Bye korang. Jumpa nanti." kata Caylus sebelum berlalu pergi.

"Okay bye abang." balas Stella.

"Kak Olive, balik dengan Cody kan?" soal Stella.

"Ye." angguk Olive.

"Stella nak jumpa kawan jap. Kak Olive baliklah dulu. Nanti Stella balik dengan kawan." kata Stella. Dia ingin berjumpa dengan rakannya sebentar.

"Okay hati-hati." balas Olive.

"Bye kak Olive dan kak Slyvia. Jumpa lagi nanti." Stella pun berlalu pergi.

"So Olive, saya pun nak gerak dulu ni. Jumpa esok." kata Slyvia.

"Okay, bye." balas Olive. Olive pun mendapatkan Cody yang sedang menunggu diluar sekolah.

"Hai Cody." sapa Olive.

"Hai cik. Err.. cik boleh tunggu sekejap tak? Saya nak ke toilet." kata Cody. Sejak dari tadi dia rasa tidak tahan hendak ke tandas.

"Oh okay pergilah." balas Olive. Cody pun segera ke tandas yang berdekatan.

"Hoi perempuan." satu suara memanggil Olive dengan kasar.

"Ye?" balas Olive. Dia kebingungan. Betul ke suara itu memanggil dirinya? Dia berpaling ke arah suara yang memanggil.

Pang! Pipi Olive ditampar kuat oleh seorang perempuan. Olive terkejut dan pipinya terasa sakit.

"Itu balasan untuk perempuan macam you. Bitchy." kata perempuan itu lalu meninggalkan Olive. Airmata Olive mengalir secara semula jadi. Dia terasa malu, takut dan amat terkejut diperlakukan sebegitu ditambah pula terdapat beberapa orang pelajar menjadi saksi kejadian.

"Olive! Awak tak apa-apa?" soal Slyvia. Dia nampak kejadian yang berlaku dan terus mendapatkan Olive. Sebenarnya Slyvia masih belum pulang lagi, dia singgah ke tandas sebentar tadi.

"Saya.." Olive mengelap airmatanya. Dia tidak faham dengan apa yang terjadi. Kenapa tiba-tiba sahaja pipinya ditampar? Siapa perempuan tadi?

"Eh, pipi awak berdarah. Mesti sebab terkena kuku Alexa tadi." kata Slyvia. Olive pegang pipinya dan terdapat kesan darah.

"Takpe saya tolong. Kebetulan saya bawa band aids." kata Slyvia. Dia pun menampal pelekat luka dipipi Olive.

"Terima kasih." ucap Olive.

"Sama-sama." balas Slyvia.

"Slyvia, siapa perempuan tadi? Kenapa dia macam marah dekat saya?" soal Olive. Mungkin Slyvia kenal perempuan itu memandangkan Slyvia menyebut namanya tadi. Mungkin juga dia tahu tentang apa yang menyebabkan hal ini terjadi. Slyvia kan tahu banyak perkara.

"Oh.. Itu Alexa dari puak black vampire. Alexa tu sebenarnya.." Slyvia nampak serba salah hendak bercakap.

"Sebenarnya apa?" soal Olive.

"Dia sebenarnya girlfriend Tuan Muda Dylan." kata Slyvia.

"Girlfriend Dylan?" Olive terkejut. Kekasih Dylan rupanya. Maknanya Dylan sudah berpunya? Jadi Olive boleh dikirakan sebagai perampas? Mesti dia cemburu pada Olive. Patutlah perempuan tu marah semacam.

"Ha'ah, eh bukan ex girlfriend. Dorang dah berpisah 100 tahun yang lalu." jelas Slyvia.

"Hah? Berpisah 100 tahun lalu?" Olive terkejut. Lama sangat tu mustahillah.

"Ya." balas Slyvia.

"Biar betul?" soal Olive.

"Betul, biasalah vampire hidup lama. Mereka lambat tua dan hidup lama. Lagi-lagi red vampire. Bak kata orang abadi." kata Slyvia.

"Oh? Jadi Dylan tu dah tualah ye?" soal Olive.

"Kalau ikut umur memang sangat tua. Berganda kali tua daripada saya. Tapi macam saya cakaplah vampire lambat nampak tua." kata Slyvia.

"Jadi awak pun sama?" soal Olive.

"Tak, hanya grey vampire yang akan tua dan meninggal dunia sama macam manusia biasa." kata Slyvia.

"Tadi awak cakap mereka dah berpisahkan? Awak tahu sebabnya?" soal Olive.

"Hm.. Apa yang saya dengar hubungan mereka tak direstui. Lagipun jodoh Tuan Muda Dylan adalah awak bukan Alexa. Mustahil kalau mereka dapat bersama sebab perkahwinan antara puak yang berbeza tidak dibenarkan." kata Slyvia. Olive mengangguk faham.

"Cik Olive." panggil Cody. Dia telah selesai urusan ditandas. Lega rasanya.

"Ye." balas Olive.

"Cik Olive, kenapa dengan pipi cik?" Cody terkejut melihat pipi Olive yang ditampal pelekat luka. Kenapa pula ni? Habislah kalau keluarga Tuan Thomas dapat tahu yang Cody gagal melindungi Olive daripada sebarang bahaya dan kecelakaan. Nanti hilang kepercayaan mereka pada Cody.

"Tadi.." Slyvia ingin mengatakan sesuatu tetapi cepat-cepat Olive menghalang.

"Takde apa. Luka sikit je. Err.. Ha! Jerawat pecah terkena kuku masa garu tadi." tipu Olive.

"Jerawat pecah?" soal Cody. Dia tidak perasan pula ada jerawat dipipi Olive selama ini.

"Ye betul, kan?" kata Olive sambil menyiku Slyvia.

"Hah? Err.. Ye." balas Slyvia sambil mengaru kepala.

"Oh.. Kalau macam tu takpelah." kata Cody.

"Hmm.. Jomlah kita balik." kata Olive.

"Okay." balas Cody.

"Slyvia jom balik sekali? Boleh jalan sama-sama." ajak Olive.

"Erm.. Takpelah Olive baliklah dulu. Saya ada nak singgah tempat lain nanti." kata Slyvia.

"Oh ye ke? Kalau macam tu takpelah. Kami balik dulu. Hati-hati tau." kata Olive.

"Ya, bye." kata Slyvia.

Sebaik sahaja Olive pulang dirumah, dia telah ditegur oleh Dylan.

"Kenapa pipi kau?" soal Dylan. Dia merenung pipi Olive yang ditampal pelekat luka.

"Hah? Err.. Jerawat pecah masa garu tadi." tipu Olive sambil menutup pipinya dengan tapak tangan.

"Hah?" soal Dylan.

"Err.." Olive tidak tahu untuk buat cerita apa.

"Sejak bila kau ada jerawat?" soal Dylan. Dia tidak perasan pula ada jerawat dipipi Olive.

"Ada tadi. Kecil je. Lepastu tergaru terus berdarah. Tu yang tampal benda ni." kata Olive. Dylan seperti percaya tidak percaya sahaja.

"Hm.. Kau memang cemerkap." kata Dylan. Nampaknya dia percaya.

"Ye." balas Olive sambil tersengih.

Dylan tarik tangan Olive lalu menyentuh pipi Olive, pelekat dibuka. Dia pun memberikan cium kepada luka dipipi Olive.

"Apa awak buat ni?" Olive tolak tubuh Dylan. Kenapa dia cium 'jerawat' Olive?

"Kenapa awak ni? Awak nak hisap darah saya ke? Darah saya beracun." kata Olive. Terkejut dia apabila tiba-tiba Dylan mencium pipinya.

"Tak teringin aku." kata Dylan.

"Habis tu apa?" soal Olive.

"Aku cuma nak sembuhkan kau." kata Dylan.

"Hah? Nak sembuhkan? Merepek." kata Olive.

"Kalau tak percaya cubalah kau tengok pipi kau sekarang." kata Dylan.

Olive menyentuh pipinya kemudian dia lihat mukanya dicermin. Luka dipipinya telah sembuh tanpa sebarang parut.

"Wow, amazing. Macam mana awak buat?" soal Olive dengan teruja. Tak sangka luka tadi sudah sembuh. Mujarab betul ciuman Dylan.

"Haish.." balas Dylan.

"Jadi betullah kata Slyvia yang red vampire hebat dan banyak kuasa." kata Olive.

"Baru tahu?" balas Dylan. Olive mengangguk.

"Kau ni tak habis lagi dengan si Slyvia tu?" kata Dylan.

"Biarlah diakan kawan baik saya. Kan dah bagitahu hari tu. Lupa ke?" balas Olive.

"Kan aku dah bagitahu hari tu jangan rapat dengan sesiapa." kata Dylan.

"Slyvia tu baiklah." kata Olive.

"Baik ke jahat, sama je. Jangan mudah percaya." marah Dylan.

"Alah biarlah. Tak habis-habis ulang ayat yang sama. Uwerk!" Olive meninggalkan Dylan dan sempat menjelir lidah kepadanya. Dylan terasa geram lalu menarik rambut tocang Olive dari belakang.

"Ouch, sakitlah." kata Olive. Dia pegang rambut dan belakang kepalanya. Dylan ketawa.

"Tulah biadap lagi dengan aku." kata Dylan.

"Lepaskan lah." kata Olive. Kepalanya terasa sakit.

"Kalau aku tak nak?" Dylan tarik rambut Olive dengan lebih kuat.

"Sakitlah, awak nak bunuh saya ke?" soal Olive. Kulit kepalanya bagai rasa nak tercabut. Kenapalah si Dylan ni kejam sangat?

"Kau nak aku bunuh kau ke?" soal Dylan.

"Bunuh jelah kalau rasa nak bunuh." kata Olive.

"Kau cabar aku?" Dylan gulung rambut Olive dengan tanganya.

"Aduh, aduh, tak-tak." balas Olive. Dia kesakitan. Dia pegang rambutnya. Dylan tolak kepala Olive.

"Sakitlah. Jahat betul." Olive membetulkan rambutnya yang berserabai.

"Lain kali kalau orang tolong cakap terima kasih dan jangan biadap." kata Dylan. Dia lihat pipi Olive. Sakit hati pula bila Olive jelirkan lidah padanya. Sudah itu langsung tidak cakap terima kasih selepas dia sembuhkan pipi Olive.

"Yelah, yelah. Terima kasih." kata Olive.

"Tak ikhlas langsung." Dylan membongkok sedikit lalu menjentik telinga Olive.

"Sakitlah." kata Olive.

"Balasan untuk orang biadap dan penipu. Jerawat konon." kata Dylan. Dia meninggalkan Olive.

"Betullah jerawat." jerit Olive.

"Hmm.. orang, eh vampire macam Dylan tu pun berkira ya? Baru tolong sikit je pun nak mengungkit." kata Olive sendirian. Menyampah pula dia pada Dylan. Sanggup Dylan buat macam tu pada Olive. Geramnya!

Olive menghentakkan kakinya menuju ke bilik. Dia tidak suka diperlakukan sebegitu. Dylan sudah melampau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience