61

Vampire Series 59842

Hari ini adalah hari ketiga Olive dihospital. Semakin hari luka dipipi Olive semakin pulih. Menurut doktor beberapa hari lagi Olive akan dibenarkan pulang ke rumah. Olive berada lama dihospital kerana luka dipipinya menerima sedikit jahitan. Ada satu luka yang agak dalam yang selebihnya hanya luka ringan.

Dylan pula tidak pernah lupa untuk melawat Olive pada setiap hari. Dia akan menemani Olive pada setiap malam. Apabila pagi dia pulang ke rumah sebentar untuk mandi dan menukar pakaian. Kalau dia ada hal pun dia pasti akan ke hospital selepas selesaikan hal tersebut.

Puan Rhea juga sentiasa masakan makanan yang berkahsiat untuk Olive. Dia ingin Olive cepat sembuh. Dia rindu pada Olive untuk pulang ke rumah. Ahli keluarga yang lain juga sama.

"Hai Olive." tegur Dylan. Seperti biasa dia datang melawat Olive.

"Hai." balas Olive sambil bangun daripada baring. Dia duduj bersila dikatil. Dia senyum. Setiap hari dia menunggu Dylan datang melawat. Dia juga gembira apabila Dylan menemaninya pada setiap malam. Kuranglah rasa sunyi dan takutnya.

"Hari ni aku bawa bubur." kata Dylan. Dia mengeluarkan bekalan yang diberikan Puan Rhea. Pada hari ini Puan Rhea menyiapkan bubur sayur.

"Bubur lagi? Saya dah sihatlah. Nasi-nasi takde ke?" soal Olive. Bukannya dia tidak suka makanan yang dibekalkan Puan Rhea. Dia sangat suka dan hargai. Cuma dia agak jemu makanan bubur pada setiap hari.

"Buburlah. Pipi kau belum sembuh lagi kan. Nanti kalau terlebih kunyah sakit pula." Dylan risau kalau pipi Olive terasa sakit apabila mengunyah makanan yang keras. Luka pada pipi Olive agak dalam juga. Itu yang dia pesan pada Puan Rhea untuk masak bubur sahaja untuk Olive.

"Hmm.." Olive menyentuh perlahan pipinya yang berbalut. Dia nampak agak sedih. Tentu pipinya akan meninggalkan parut.

"Olive.. Kau nak makan tak? Kalau nak aku hidangkan." kata Dylan. Dia tidak berniat hendak buat Olive bersedih.

"Emm.. Bolehlah." perut Olive pun agak lapar.

"Okay." Dylan pun membuka bekas bubur dan sudu. Dia akan menyuap bubur kepada Olive seperti selalu.

Dylan duduk dikerusi yang ada ditepi katil Olive.

"Buka mulut." kata Dylan.

"Baklah saya makan sendiri." kata Olive. Hari-hari Dylan suap dia. Hari ini biarlah dia makan sendiri. Sudah lama dia tidak menggunakan tangan sendiri.

"Takpelah, aku suapkan. Kau kan tak sihat lagi." kata Dylan.

"Saya sihatlah. Tangan saya ni kuat lagi tau." kata Olive. Yang sakit adalah pipi bukan tangan Olive. Tangannya masih boleh berfungsi lagi.

"Takpe tangan aku lagi kuat." kata Dylan. Dia suka suap Olive.

"Alah, takpelah biar saya guna tangan sendiri. Kalau tak guna nanti tangan saya jadi macam jeli macam mana." kata Olive. Semua benda Dylan buatkan. Olive langsung tidak dapat buat apa-apa. Hanya makan tidur sahaja. Nanti jadi lembiklah tangan sebab tidak guna.

"Kalau tangan kau jadi jeli. Aku suaplah kau seumur hidup." kata Dylan. Tidak mengapalah kalau tangan Olive jadi jeli sekalipun. Dylan sanggup pinjamkan tangannya untuk Olive sepanjang hidupnya.

"Awak sanggup ke?" soal Olive. Dylan ni serius ke ni?

"Sanggup je." balas Dylan.

"Uwuuu.." balas Olive.

"Dahlah makan bubur ni. Nanti aku sapukan ubat untuk kau." kata Dylan. Dia pun menyuapkan bubur pada Olive. Olive makan dengan berselera sekali. Buburnya Puan Rhea buat sedap tetapi tangan yang menyuap Olive juga boleh tahan. Tertib sahaja menyuap Olive sedikit demi sedikit.

"Last." Dylan ceduk bubur yang terakhir. Dia suapkan pada Olive.

"Sedap tak?" soal Dylan.

"Sedap." balas Olive.

"Jap eh aku nak basuh bekas ni kejap." kata Dylan. Dylan pun membasuh bekas makanan disinki. Dia takut kalau dia terlupa untuk basuh kalau bertangguh nanti sebab itulah dia siap-siap basuh.

Selepas itu, dia sapukan ubat pada pipi Olive. Sudah menjadi kebiasaan juga untuk Dylan menyapu ubat dipipi Olive. Dylan ambil kotak ubat Olive diatas almari.

"Duduk diam-diam tau." pesan Dylan kepada Olive selepas dia duduk dihadapan Olive diatas katil yang sama. Mereka saling berpandangan. Dia takut kalau Olive bergerak nanti pipi Olive rasa sakit pula.

"Ye." balas Olive.

"Sakit tak?" soal Dylan. Dia berhati-hati menyapu ubat dipipi Olive dengan berhati-hati.

"Biasa je." sudah beberapa hari pipi Olive luka jadi dia sudah biasa dengan kesakitan yang dialami.

"Dylan.. Saya nak tanya sikit boleh?" soal Olive. Ada sesuatu yang dia fikirkan sejak beberapa hari ini.

"Tanya apa? Tanya je lah." kata Dylan.

"Slyvia.." sebut Olive. Walaupun Slyvia telah berbuat jahat kepada. Tetapi Olive ingin juga tahu apa yang berlaku pada Slyvia.

"Kenapa dengan Slyvia?" soal Dylan sambil menyimpan kotak ubat Olive.

"Apa yang jadi pada dia?" soal Olive. Dia mahu tahu adakah Slyvia masih hidup ataupun..

"Jadi apa?" soal Dylan. Sebenarnya Dylan ingin tahu juga apa yang jadi pada Slyvia. Hal ini kerana semasa beberapa hari yang lalu Olive seharusnya bersama dengan Slyvia.

"Err.. Masa awak jumpa saya tu. Kan Slyvia pun ada terbaring kat situ." Olive ingat lagi apa yang terjadi. Masa terakhir kali sebelum dia pengsan, Slyvia telah cedera parah dan tidak sedarkan diri.

"Hah? Mana ada Slyvia. Time tu ada kau sorang je." semasa Dylan sampai ditempat itu hanya ada Olive seorang sahaja yang sedang pengsan. Tiada Slyvia atau vampire lain.

"Betul ke?" Olive bagaikan tidak percaya. Dia ingat lagi kejadian yang berlaku.

"Betullah." balas Dylan.

"Kenapa?" Dylan pelik apabila lihat Olive yang sedang berkerut. Olive seperti sedang berfikir sesuatu.

"Apa yang jadi pada Slyvia? Bukan ke dia dah.." fikir Olive. Dia nampak Slyvia telah tidak sedarkan diri ketika itu. Slyvia sudah mati atau pengsan sahaja? Atau dia masih hidup? Baguslah kalau macam tu. Tapi Slyvia pergi ke mana? Apa yang jadi?

"Olive?" soal Dylan. Olive senyap dan masih berfikir. Dia langsung tidak sedar dengan panggilan Dylan. Ada pelbagai persoalan yang bermain difikiran Olive.

"Olive." Dylan panggil Olive beberapa kali. Dia pelik melihat Olive yang begitu khusyuk termenung. Kali ketiga barulah Olive tersedar.

"Kenapa ni?" soal Dylan.

"Err.. Takde apalah." Olive tidak mahu risaukan Dylan.

"Kau sure? Sebab aku nampak kau lain macam je ni? Kenapa termenung lama?" soal Dylan. Apa sebenarnya yang jadi pada masa itu?

"Ye. Mungkin sebab saya penat kot. Saya ngantuk." kata Olive. Dia tidak faham dengan apa yang berlaku. Jadi dia tidak mahu bercerita dahulu pada Dylan.

"Okay.. kau tidurlah dulu." kata Dylan. Dia ingin tahu apa yang terjadi tetapi biarlah Olive rehat dahulu. Nantilah dia bertanya.

Olive pun terus baring dan selimutkan dirinya. Mungkin selepas tidur dia dapat berfikir lagi tentang hal ini dengan lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience