53

Vampire Series 59850

Beberapa hari pun berlalu dan hari ini adalah hari Selasa. Hari dimana keputusan ujian telah pun keluar. Hati Olive berdebar-debar memikirkan keputusan ujian yang bakal dia terima. Dia berharap agar keputusannya baik-baik sahaja.

"Hari ni kau ambil keputusan kan?" soal Dylan. Hari tu Olive kata nak ambil keputusan pada hari Selasa. Hari dah hari Selasa.

"Yup." angguk Olive. Dia nampak agak ceria walaupun hati-hatinya berdebar-debar.

"Pergi pukul berapa?" soal Dylan.

"Jap lagi kot." Olive sendiri pun tidak pasti. Caylus tidak kata pula hendak berjumpa pukul berapa dan dia pun tidak beritahu dimana mereka nak berjumpa. Tetapi Olive fikir mungkin akan mereka datang ke rumah ini.

"Oh." Dylan menghirup air kopi. Mereka sedang bersarapan ketika ini.

Beberapa hari ini Dylan rasa agak mengantuk pada waktu pagi. Bukannya apa pada waktu malam dia asyik terjaga dari tidur sahaja. Tidurnya tidak lena dan hatinya rasa gelisah tetapi dia sendiri tidak tahu mengapa. Dia rasa macam tidak sedap hati. Dia berharap agar tiada perkara buruk yang berlaku dan itu cuma perasaan dia sahaja.

"Err.. Dylan hari ni siapa yang hantar saya?" soal Olive. Dia ingin tahu siapa yang menghantar sama ada Brian atau pun Andy.

"Hari ni Brian hantarkan kau dan Slyvia." ujar Dylan. Dia harapkan Brian untuk menjaga Olive. Harapnya Brian dapat jalankan tugas dengan baik. Manakala Andy pula hanya menjaga dirumah sahaja.

"Okay." angguk Olive. Dia tidak kisah pun siapa yang menghantarnya. Brian dan Andy kedua-duanya amat baik dengan Olive. Mereka sangat menjaga Olive.

Usai bersarapan Olive duduk santai diruang tamu sementara menunggu Slyvia dan Caylus datang. Dylan pula sudah lama keluar. Nasib baiklah kalau tidak tentu dia marah kalau nampak Caylus.

Dylan memang tidak suka kalau Olive rapat dengan Caylus. Olive sendiri tidak tahu apa alasannya. Padahal Dylan dan Caylus adalah bersaudara. Mungkin ada perkara yang berlaku antara mereka berdua yang Olive tidak tahu.

"Olive." panggil Slyvia dari luar rumah. Dia baru sahaja sampai.

"Ya." Olive menuju ke pintu rumah. Pintu rumah pun dibuka.

"Olive!" Slyvia dan Olive berpelukan. Mereka gembira dapat berjumpa lagi. Masing-masing rasa rindu antara satu sama lain.

"Slyvia, awak datang sorang je ke? Caylus mana?" pelukan dilepaskan. Sepatutnya Slyvia datang dengan Caylus sebab Caylus sendiri yang kata mereka bertiga akan ambil keputusan bersama-sama. Tetapi dia pula yang tidak muncul.

"Ya, saya sorang je. Caylus kata ada hal sikit. Kita jumpa dia kat sekolah terus." kata Slyvia. Semalam Caylus yang beritahu Slyvia.

"Ohh.." Olive mengangguk.

"Jomlah kita pergi sekarang." ajak Slyvia.

"Okay, jap eh nak bagitahu Nancy dulu." Olive pun beritahu Nancy yang dia akan berangkat ke sekolah. Hanya Nancy sahaja yang ada dirumah. Ahli keluarga Dylan yang lain telah keluar.

Setelah itu, Olive dan Slyvia pun ke sekolah ditemani Brian.

"Awak okay kan Brian teman kita? Dylan yang suruh." soal Olive. Dia risau juga kalau Slyvia tidak selesa dengan kehadiran Brian. Sebelum ini layanan Brian terhadap Slyvia agak kurang sopan.

"Okay je." Slyvia faham kenapa Dylan suruh Brian teman Olive. Walaupun hatinya masih rasa geram kepada Brian kerana mengangkat dan 'mencampaknya' masa dia melawat Olive tempoh hari. Dia jeling ke arah Brian yang berjalan dibelakang mereka berdua. Brian hanya mengangkat bahu.

"Nervousnya nak ambil result." kata Olive. Slyvia pandang depan semula.

"Yelah, semalam saya tak boleh nak tidur sebab fikirkan hal ini." kata Slyvia.

"Harap-harap kita semua dapat keputusan yang baik." kata Olive.

"Ye." angguk Slyvia.

"Cik Olive." jerit Brian secara tiba-tiba dari belakang. Dia nampak ada sebuah anak panah sedang menuju ke arah Olive. Dia segera melindungi Olive.

"Aduh." kata Brian. Anak panah telah terkena pada lengannya.

"Brian." jerit Olive. Dia benar-benar terkejut. Ini kejadian kedua dia diserang dengan sasaran anak panah. Mesti dari vampire yang sama dengan tempoh hari.

"Eh kenapa ni?" soal Slyvia dengan cemas. Dia terkejut melihat Olive yang sedang melihat Brian yang dalam kesakitan. Segalanya berlaku dengan sangat pantas. Tahu-tahu sahaja Brian sudah terduduk atas tanah.

"Ada vampire yang sasarkan anak panah pada Cik Olive." kata Brian dalam kesakitan. Darah merah mengalir keluar.

"Darah! Bahaya ni." kata Slyvia. Keadaan akan jadi sangat bahaya sekiranya vampire luka dan berdarah dengan banyak. Hal ini boleh membawa maut.

Slyvia memandang ke arah sekeliling. Dia lihat disebalik pokok-pokok yang ada. Dia ingin pastikan sama ada vampire yang menyasarkan anak panah itu masih berada disitu atau tidak. Bahaya kalau vampire itu serang secara hendap.

"Hoi. Siapa kau?" jerit Slyvia. Dia memberanikan diri.

"Jangan kacau kami." Slyvia memberi amaran. Tetapi tiada balasan suara mahupun derapan tapak kaki yang kedengaran. Mungkin vampire itu telah lari selepas sasarannya tidak mengena.

"Brian awak okay tak?" Olive sangat risau melihat keadaan Brian.

"Saya okay.." balas Brian dengan lemah.

"Olive jom ikut saya kita kena cari bantuan untuk Brian sekarang." ajak Slyvia. Mereka perlu cepat cari bantuan sebelum keadaan Brian bertambah parah.

"Brian macam mana?" soal Olive. Dia risau kalau meninggalkan Brian sendirian. Sudahlah dia sedang cedera.

"Saya rasa dia boleh jaga diri. Bahaya kalau saya tinggalkan awak kat sini. Saya takut kalau-kalau vampire tadi datang menyerang kalian. Brian pun dah lemah. Dia tak dapat nak lindungi awak nanti." Slyvia risau dengan keselamatan Olive.

"Tapi.." Olive risaukan Brian.

Brian bersandar pada pokok yang berdekatan. Dia cuba untuk mencabut anak panah yang tertusuk dilengannya.

"Argh." Brian menjerit. Segera Olive mengoyak sedikit kain skirt yang dipakainya. Dia balut lengan Brian. Dia harap Brian dapat bertahan sekejap.

"Cik Olive pergilah." kata Brian. Tangannya rasa sakit sangat. Berkemungkinan ada sesuatu yang diletakkan pada anak panah itu.

"Jom Olive." Slyvia terus tarik tangan Olive. Mereka terus berlari untuk mendapatkan bantuan. Olive berdoa didalam hati agar Brian dilindungi dan vampire tadi tidak datang menyerang Brian yang bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience