16

Vampire Series 59842

Selesai menjamu selera, ahli keluarga Dylan pun beristirehat sambil menonton televisyen. Tetapi hanya ada Dylan, Puan Rhea dan Stella sahaja. Tuan Thomas telah keluar rumah kerana ada urusan yang perlu dilakukan.

"Rasanya time ni masa yang sesuai untuk minta izin." kata hati Olive. Dia ingin memberitahu dan meminta izin Puan Rhea untuk ulangkaji pada esok petang.

"Mum.." panggil Olive dengan lemah lembut.

"Ye Olive?" Puan Rhea memandang Olive begitu juga dengan Dylan.

"Boleh tak kalau esok petang Olive nak study dengan kawan kat sekolah?" soal Olive. Dia rasa berdebar pula.

"Study?" soal Puan Rhea.

"Mesti sebab ada test kan?" soal Stella. Setahu dia pada minggu depan pelajar senior ada ujian.

"Ya." jawab Olive.

"Ish kamu ni sibuk je." marah Puan Rhea.

"Aik cakap pun salah?" kata Stella. Dia rasa sedih pula bila kena marah. Padahal dia cuma nak jawab soalan mum sahaja.

"Tak elok menyampuk." tegur Puan Rhea.

"Yelah." Stella kembali menonton televisyen. Dia biarkan sahaja Puan Rhea dan Olive berbual sendirian.

"Siapa kawan Olive tu? Lelaki atau perempuan?" soal Puan Rhea. Dia ingin tahu siapa yang dimaksudkan oleh Olive.

"Perempuan, nama dia Slyvia." kata Olive.

"Kau kawan lagi dengan dia?" Dylan yang dari tadi senyap mula bersuara. Rasanya tempoh hari dia dah ingatkan Olive agar tidak rapat dengan sesiapa. Tetapi Olive masih lagi berkawan dengan Slyvia. Boleh tahan degil juga Olive ni.

"Kenapa?" soal Puan Rhea. Dia kebingungan. Kenapa Dylan marah sangat dengan kawan Olive tu? Ada apa-apa yang berlaku?

"Mum tahukan vampire macam mana. Lagipun Olive tu kan manusia." kata Dylan. Puan Rhea mengangguk faham.

"Tapi Slyvia baik." kata Olive dengan nada sedih.

"Baik pun belum tentu boleh dipercayai." kata Dylan. Dia seperti hendak memarahi Olive pula. Olive pula seperti hendak menangis sahaja.

"Dah Dylan. Olive, betul ke Slyvia tu baik?" soal Puan Rhea untuk mendapatkan kepastian. Mungkin kata-kata Olive ada benarnya. Ramai sahaja vampire yang baik dan boleh dipercayai.

"Ya dia baik dengan Olive. Dia selalu tolong Olive masa disekolah. Dia suka bercerita tentang vampire pada Olive." kata Olive. Dia senang berkawan dengan Slyvia. Tambah pula Slyvia satu-satunya kawan baiknya disini. Slyvia juga vampire pertama yang menegurnya masa pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

"Oh macam tu.. Kamu berdua dah berjanji ke nak study sama-sama esok?" soal Puan Rhea.

"Ya." angguk Olive. Dia tahu salah untuk berjanji sebelum mendapatkan keizinan Puan Rhea terlebih dahulu. Tetapi ulangkaji adalah perkara yang baik dan tidak salah.

"Kalau macam tu mum izinkan." Puan Rhea tersenyum. Dia agak gembira apabila Olive meminta izinnya terlebih dahulu, berbeza dengan anaknya sendiri.

"Terima kasih mum." ucap Olive. Dia gembira.

"Sama-sama. Tapi biar Stella ada sekali ya?" kata Puan Rhea. Dia fikir lebih baik kalau ada Stella. Lagipun sambil tu bolehlah Stella ulang kaji sekali.

"Baik." jawab Olive.

"Hah? Stella?" Stella terkejut namanya disebut. Dia tunjuk ke arah dirinya sendiri.

"Ye, kamu study sama-sama dengan kak Olive esok." kata Puan Rhea.

"Tapi.." Stella kecewa. Dia baru nak melepak dirumah rakannya esok.

"No excuse." Puan Rhea bertegas.

"Baik.." Stella tahu sia-sia sahaja kalau dia menjawab lagi dengan kata-kata ibunya. Dia pun bangun untuk ke biliknya. Dia jadi hilang minat untuk tengok televisyen lagi. Rancangannya pada esok terpaksa dibatalkan.

"Awalnya nak tidur." perli Dylan.

"Diamlah." kata Stella. Puan Rhea hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya.

"Hm.. Takpelah Dylan, Olive, mum pun nak masuk tidur dulu. Kamu berdua tengoklah tv. Jangan tidur lewat sangat." Puan Rhea mula rasa mengantuk.

"Okay mum. Good night." kata Dylan dan Olive.

"Good night." Puan Rhea naik ke biliknya.

"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal kau nak study esok?" Dylan memandang Olive. Dia belum selesai lagi dengan hal tadi. Dia masih belum berpuas hati.

"Tadi tu apa?" soal Olive. Dia rasa pelik pula bila Dylan seperti tidak berpuas hati.

"Kenapa last minute baru bagitahu?" soal Dylan. Ada sesuatu yang bermain difikirannya.

"Err.. Sebab sir bagitahu last minute ada test." terang Olive.

"Betul ke kau nak study?" soal Dylan.

"Betullah takkan tipu pulak." kata Olive. Dia pelik kenapa Dylan ni curiga sangat dengan dia.

"Cakap macam tak pernah menipu pulak." kata Dylan.

"Oh.. Jadi sebab tu?" Olive mulai faham. Mesti Dylan ingat Olive menipu sebagai alasan untuk larikan diri macam tempoh hari. Dylan ni mesti belum move on lagi pasal tu.

"So?" balas Dylan. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Awak jangan risau saya tak tipu. Memang betul esok saya nak study dengan Slyvia. Saya janji tak lari. Lagipun Stella kan ada sekali esok. Kalau ada apa-apa tanya je Stella." kata Olive.

Olive tidak terfikir pula untuk larikan diri buat masa ini. Lagipun ada ujian yang perlu dia duduki. Dia tidak suka melepaskan tanggungjawab sebagai pelajar sekolah begitu sahaja. Sia-sialah dia pergi ke sekolah setiap hari kalau tidak menjawab ujian. Kalau nak lari pun mungkin lepas ujian.

"Aku pegang kata-kata kau." kata Dylan. Dia antara percaya dan tidak percaya sahaja.

"Okay." kata Olive. Dylan pun naik ke biliknya.

"Eh? Macam tu je?" kata Olive sendirian. Dia pun tutup televisyen dan naik ke bilik untuk tidur. Dia perlu rehat secukupnya untuk belajar pada esok hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience