63

Vampire Series 59842

Hari ini sama seperti hari yang lainnya Olive masih berehat didalam rumah. Dia tidak dibenarkan untuk keluar kecuali dengan keizinan Dylan. Mereka semua takut kalau terjadi sesuatu yang buruk apabila Olive keluar rumah. Olive juga takut sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya tetapi Olive rasa bosan.

"Bosannya macam ni hari-hari." kata Olive yang duduk bersila diatas katil. Dia rasa terkurung apabila disuruh berehat sahaja didalam bilik. Olive bukannya sakit teruk pun. Hanya pipinya sahaja yang terluka anggota badan yang lain sihat sahaja. Hendak keluar ke luar rumah pun tidak boleh.

Olive menyentuh pipinya yang ditampal pembalut luka. Lukanya sudah kering cuma perlu dibalut lagi bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Berbisa juga kuku Slyvia. Olive belum lagi berkesempatan untuk lihat lukanya. Tetapi dia tahu yang pipinya tentu sudah berparut. Entah macam manalah bila sembuh nanti. Tentu akan tinggalkan parut kekal.

"Slyvia.. Kenapa awak tak berterus terang pada saya?" Olive agak terkilan dengan sikap Slyvia. Dia langsung tidak menyangka yang Slyvia begitu berdendam dengan Olive. Kejadian yang berlaku sebelum ini bermain-main difikirannya. Dia sedih mengenangkan perkara itu. Seseorang yang dia percaya dan sayang telah mengkhianati dirinya.

"Tapi.." Tetapi Olive juga rasa bersalah pada Slyvia. Dia sangat menyesal atas apa yang berlaku. Entah apalah yang dirasai Slyvia selama ini. Tentu berat rasanya. Olive sendiri tidak dapat bayangan kalau dia terpaksa hidup bersendirian tanpa ibu bapa yang tersayang.

"Maafkan saya Slyvia." Olive mengeluarkan keluhan yang berat. Sampai saat ini dia masih belum tahu apa khabar Slyvia. Namun dia berharap yang Slyvia baik-baik sahaja.

Olive bangun untuk lihat pemandangan diluar. Dia mahu lekakan fikirannya sebentar dengan melihat pemandangan diluar tingkap. Fikirannya agak kusut. Tetapi secara tidak sengaja Olive terlanggar meja ditepi katil semasa berjalan dan terjatuh sebuah kotak hadiah ke lantai.

"Aduh." adu Olive. Dia duduk semula dikatil. Kakinya terasa sakit sedikit. Kakinya digosok beberapa kali. Setelah itu dia ambil kotak hadiah yang terjatuh tadi.

"Eh? Ini hadiah Caylus bagi." kata Olive. Dia tersenyum. Hadiah yang Caylus bagi pada tempoh hari. Dia masih belum membukanya lagi. Agaknya apalah yang terisi dalam kotak hadiah ini. Tentu barang yang istimewa.

"Nak bukalah." kata Olive. Pembalut hadiah kotak itu pun dibuka.

"Wah anak patung?" kata Olive. Caylus memberi Olive anak patung yang comel. Saiznya kecil sahaja sama seperti patung barbie.

"Kenapa Caylus bagi anak patung ni?" soal Olive sambil tersengih. Dia rasa lucu pula melihat anak patung itu. Macam pelik pun ada bila Caylus bagi anak patung sebagai hadiah perkahwinan. Olive sudah dewasa bukan kanak-kanak lagi.

"Hmm.. Entah maybe ada maksud kot anak patung ni." Olive membelek anak patung itu. Lagipun anak patung ini nampak lain sedikit. Pakaiannya berlainan daripada anak patung yang biasa. Mungkin anak patung ini ada simbol tertentu bagi vampire. Mungkin untuk kebahagian rumah tangga dan sebagainya?

"Mana kau dapat patung tu?" soal Dylan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik. Dia seperti terkejut melihat patung itu ada ditangan Olive. Siapa yang bagi anak patung yang macam itu pada Olive?

"Caylus yang bagi hari tu untuk hadiah perkahwinan kita." balas Olive sambil melihat patung tersebut. Dia suka sahaja hadiah yang diberikan oleh Caylus.

"Caylus?" Dylan terus rampas patung tersebut. Dengar sahaja nama itu api kemarahan Dylan meluap. Lagi bertambah tidak suka apabila patung itu ada dirumah ini. Tempat patung itu bukan dirumah ini.

"Eh, kenapa ni?" soal Olive. Dia terkejut dengan tindakan Dylan. Takkanlah Dylan cemburu sampai macam tu sekali? Caylus cuma bagi hadiah perkahwinan sahaja. Bukannya ada niat yang lain pun. Anak patung sahaja.

"Kau tahu ni patung apa?" soal Dylan. Olive menggeleng. Dia tidak tahu pula mengenai patung tersebut. Caylus tidak memberitahu apa-apa. Ada maksud ke disebalik patung itu? Apa maksudnya?

"Ni patung sumpahan, bala bencana akan berlaku kepada pemilik patung ni." balas Dylan. Dia terkejut apabila Olive pegang patung yang sebegitu. Patung itu sangat bahaya. Sesiapa sahaja yang memiliki patung itu akan bernasib malang seumur hidup. Paling tragik pemiliknya akan meninggal dunia.

"Hah? Apa?" Olive sangat terkejut. Betul ke apa yang Dylan cakapkan?

"Tapi Caylus yang bagi. Takkan dia berniat buruk pada saya pulak?" kata Olive. Caylus dan Olive berkawan baik. Tambahan pula dia sepupu kepada Dylan. Kenapa dia nak bagi patung berbahaya kepada Olive? Takkanlah dia tergamak buat macam tu? Mungkin Caylus sendiri tidak tahu tentang perkara ini.

"Aku dah kata jangan percaya kepada sesiapa. Aku dah kata jangan rapat dengan Caylus tu. Kenapa kau degil?" kata Dylan. Dia sudah ingatkan Olive agar menjauhkan diri daripada Caylus tetapi kenapa Olive masih lagi dekat dengan Caylus. Caylus bukanlah seperti yang Olive bayangkan.

Dylan mengeluarkan kuasa api daripada tangannya dan terus membakar patung itu dengan sedikit mantera. Patung itu terbakar menjadi debu lalu hilang dengan sendirinya. Sumpahan dari patung itu hilang bersama abunya. Kali ini Olive selamat dengan bantuan Dylan.

"Saya minta maaf, seharusnya saya lebih berhati-hati." ucap Olive. Dia tidak sangka patung itu sangat berbahaya. Dia ingat anak patung itu anak patung biasa.

"Lain kali jangan terima apa-apa sahaja pemberian daripada sesiapa pun terutama sekali Caylus." pesan Dylan lalu dia pun keluar dari bilik. Ada perhitungan yang perlu dia buat.

"Awak nak pergi mana?" soal Olive. Dia pun ikut Dylan keluar dari bilik. Dylan baru sahaja pulang ke rumah tetapi hendak keluar lagi. Dia hendak pergi ke mana pula ini?

"Ada hal yang perlu aku nak uruskan. Kau duduk diam-diam kat rumah." Dylan terus berlalu pergi.

"Dylan nak pergi mana?" soal Olive. Dia pelik melihat Dylan yang tergesa-gesa keluar.

"Hm.." Olive rasa bosan ditinggalkan sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience