31

Vampire Series 59842

Olive hanya berehat didalam rumah. Dia sedang menonton televisyen. Tiada apa yang boleh dia lakukan. Nak keluar pun dia tidak tahu hendak ke mana. Lagipun kalau hendak keluar dia perlu berteman. Dylan tiada, Cody pun tiada, Nancy pula sibuk membuat kerja rumah. Olive tidak mahu menganggu.

"Olive." panggil Dylan. Dia baru sahaja pulang.

"Ya?" soal Olive.

"Aku jumpa Alexa tadi. Aku dah dapat tahu apa yang sebenarnnya yang berlaku. Alexa mengaku dia yang buatkan kau pengsan dan letakkan kau kat stor usang tu. Semua yang berlaku angkara dia." kata Dylan.

"Apa? Alexa?" Olive terkejut. Dia macam tidak percaya.

"Janganlah terkejut sangat. Kau sendiri tahukan dia macam mana. Aku dah agak mesti dia punya kerja." kata Dylan. Alexa yang dia kenal memang macam tu. Sanggup buat apa sahaja demi kepentingan peribadi tanpa mempedulikan perkara lain.

"Hmm.." balas Olive. Bukankah Alexa sudah berubah? Hari tu dia siap minta maaf lagi. Ingatkan betul. Rupanya apa yang Alexa cakapkan ditandas hari tu hanya bohongan sahaja? Tak sangka dia berpura-pura.

"Jadi dialah vampire misteri tu?" soal Olive. Olive fikir mesti vampire misteri tu Alexa sebab dia yang culik Olive.

"Ya." Dylan mengangguk. Nampaknya mereka telah membuat andaian bahawa vampire misteri itu adalah Alexa. Padahal vampire misteri itu bukan Alexa. Dia adalah vampire lain. Identitinya akan kekal misteri dan tiada siapa pun tahu mengenainya.

"Tapi kenapa dia mengaku?" soal Olive. Berani pula Alexa mengaku kesalahannya? Dia tidak takut ke?

"Sebab dia kata dia menyesal buat macam tu dan dia cakap minta maaf pada kau." jawab Dylan.

"Menyesal? Kenapa menyesal pulak? Bukan patutnya dia suka ke?" soal Olive. Alexa memang tidak suka pun pada Olive asalnya. Buat dia nak menyesal atas perbuatannya. Patutnya dia rasa gembira kerana dapat kenakan Olive. Olive sendiri tertipu kerana percaya yang dia sudah berubah.

"Entah, aku pun tak tahu. Cumanya dia kata lepasni dia takkan ganggu kau lagi. Dia akan pindah." kata Dylan.

"Betul ke?" Olive rasa sedikit lega. Maknanya lepas ni tiada lagi yang akan menganggunya.

"Ya, dia akan pindah. Dia juga akan move on. Dia tidak akan berharap lagi pada aku." kata Dylan.

"Oh?" balas Olive.

"Ya." Dylan mengangguk.

"Tak sedih ke?" soal Olive. Dia ingin tahu perasaan Dylan. Adakah masih ada Alexa dihatinya?

"Tak, aku happy. Baguslah kalau dia move on. Aku pun dah tak suka dia dah. Kan aku ada kau. Kau pun patut happy sebab ada peluang yang cerah. Cepat-cepatlah goda aku ya." kata Dylan sambil tersenyum nakal.

"Erk.." balas Olive. Terkedu dia mendengar kata-kata Dylan. Dylan ketawa.

"Tak sabar nak kahwin dengan kau." usik Dylan.

"......." Olive kematian kata-kata. Dia rasa malu bila Dylan kata begitu. Entah apalah yang merasuki Dylan semenjak dua ni. Makin menjadi-jadi dia punya perangai romantik tu. Lain macam betul.

"Ish, Dylan ni serius ke main-main? Takkanlah dia suka aku kot?" bisik hati Olive. Dia keliru dengan sikap Dylan. Adakah perasaan 'itu' sudah muncul dihati Dylan? Omg.. Biar betul?

"Olive." panggil Dylan. Dia teringat sesuatu. Entah apalah yang ingin dikatakan oleh Dylan.

"Apa?" balas Olive. Dia berlagak seperti biasa.

"Walaupun Alexa dah takde, aku nak ingatkan kau untuk sentiasa berhati-hati. Jangan nak leka sangat." kata Dylan. Mungkin Alexa sudah pergi tetapi ada yang lain menanti.

"Hah?" soal Olive. Baru dia nak gembira sebab Alexa sudah tiada dikampung ini. Tetapi Dylan seperti menakutkannya pula.

"Macam yang aku selalu pesan, kampung ni tak sama macam tempat kau. Bahaya ada dimana-mana je. Kadang tu bahaya boleh datang dari sesiapa sahaja termasuklah yang rapat dengan kau." jelas Dylan. Vampire dan manusia tidak sama walaupun secara zahir nampak serupa. Dari segi perangai dan sikap pun berbeza-beza. Kalau ada manusia yang jahat dan kejam ianya tidak setanding vampire kerana vampire jauh lebih jahat dan kejam.

"Okay." balas Olive. Dia tahu yang bahaya itu ada dimana-mana sahaja. Sudah tentu dia akan berhati-hati.

"Lagi satu aku nak pesan kalau boleh tolong jangan rapat dengan Caylus." pesan Dylan.

"Eh kenapa?" soal Olive. Caylus yang baik tu pun tak boleh nak rapat ke? Dia kan kawan baik Olive.

"Dia tak seperti yang kau fikirkan. Kalau kau nak berkawan dengan Slyvia aku tak halang. Tapi kalau Caylus better kau jauhkan diri." pesan Dylan. Dia tidak mahu perkara buruk terjadi pada Olive.

"Kenapa? Caylus tu kan red vampire sama je macam awak?" soal Olive. Dia tidak faham. Kenapa kena jauhkan diri dari Caylus pula? Caylus tu jahat ke? Mustahillah.

"Just dengar cakap aku." kata Dylan. Dia tidak ingin menjelaskannya. Dia tidak ingin menakutkan Olive.

"Ya, tapi kenapa? Apa sebabnya?" soal Olive. Apa yang dimaksudkan oleh Dylan? Ada apa dengan Caylus.

"Sebab aku tak suka kau rapat dengan dia." kata Dylan.

"Hah? Maksudnya? Err.. Awak jealous ke?" soal Olive. Takkanlah Dylan cemburukan Caylus pula? Olive dan Caylus tiada hubungan hanya berkawan sahaja tidak lebih. Lagipun kalau dari segi rupa Dylan jauh lebih kacak. Dylan sangat sempurna, hebat dan impian setiap gadis-gadis. Lihat sahajalah apa yang jadi pada Alexa. Tentu sahaja Dylan yang akan jadi pilihan utama. Tetapi dari segi sifat dan sikap mungkin Caylus yang lagi okay.

"Yup memang aku jealous. Kalau kau hormat aku sebagai bakal suami kau. Tolong jangan rapat dengan dia." kata Dylan. Dia harap Olive faham. Walaupun pada hakikatnya Dylan lebih utamakan keselematan Olive bukan sebab cemburu.

"Err.. Okay." Olive tidak sangka Dylan mengaku yang dia cemburu pada Caylus. Adakah Dylan sudah jatuh cinta pada Olive? Tolonglah Dylan jangan buat Olive perasan.

"Good girl." Dylan mengusap kepala Olive. Muka Olive kelihatan merah Dylan ketawa.

Tok, tok, tok.. Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Dylan terus ke depan untuk melihat siapa yang datang. Olive menarik nafas lega.

"Cody." kata Dylan sebaik sahaja dia membuka pintu. Tentu Cody datang untuk memberi nota kepada Olive.

"Tuan muda, saya datang nak bagi nota pada Cik Olive." kata Cody. Dia menghulurkan nota kepada Dylan.

"Okay. Terima kasih Cody." ucap Dylan.

"Sama-sama tuan muda. Ada lagi tugas yang saya kena buat?" soal Cody.

"Rasa tu jelah. Awak boleh balik." kata Dylan.

"Baik tuan muda. Terima kasih." Cody pun berlalu pergi.

"Olive nota kau." Dylan memberi nota kepada Olive.

"Okay, terima kasih." Olive ambil nota tersebut dan berlalu ke biliknya dengan pantas. Dia malu pada Dylan. Kenapalah Dylan buat macam tu? Dylan hanya tersenyum. Dia tahu Olive malu dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience