Chapter 63

Romance Completed 28069

Bab 63

“Nuha, tadi suami kau datang,” kata Kartika ketika mereka bertemu di ruang restoran yang agak lengang itu. Restoran Seri Murni ini hanya akan penuh pada waktu tengah hari sahaja. Pada waktu petang begini restoran ini akan kelihatan lengang sahaja. Bulat matanya mendengar suaminya datang ke rumah sewa mereka. Lelaki itu memang suka benar datang ke rumah sewa mereka sejak akhir-akhir ini.

“Buat apa lagi dia datang?” soalnya. Tetap berdebar hatinya mendengar suaminya datang ke rumah sewanya. Marak mata Kartika mendengar soalannya. Lelaki itu sudah membencinya. Kenapa pula dicari semula? Sepatutnya lelaki itu sudah tutup buku dan bukannya mencarinya semula. Dia akan lari lagi kalau suaminya datang mencarinya.

“Perlukah aku jawab soalan kau tu?” soal Kartika semula. Dia ketawa kecil. Memang gadis di depannya itu tidak perlu menjawab soalannya itu.

“Aku rasa perlu,” katanya. Dia sengih memandang wajah kelat

Kartika.

“Gila!” marah Kartika. Dia senyum lagi. Kartika sahaja yang memahami hatinya. Sekarang Kartika pun macam berpaling tadah daripadanya. Selain itu Beatrice juga memahaminya tetapi dia segan kalau bercerita lebih-lebih kepada sahabatnya itu. Entah kenapa dia segan. Hidup berumah tangganya tidak sama macam orang lain. Kalau kawan baiknya itu hebohkan hal itu kepada kawan-kawan lain di sekolahnya macam mana?

“Kenapa marah-marah ni?” soalnya pula. Hairan dengan sikap kawan baiknya ini.

“Aku tak sepatutnya masuk campur dalam urusan rumah tangga kamu Nuha, kau tahu mengendalikannya tapi…” Kartika terjeda. Dia hairan. Kartika agak marah. Memang selama ini kawan baiknya ini tidak masuk campur urusan mereka.

“Apa maksud kau Ika?” dia bingung.

“Aku dah bohongi suami kau. Aku kata kau dah terbang ke Australia! Kenapa kau buat begini dengan suami kau? Kalau pun kau merajuk dan rasa tidak dipedulikan, sepatutnya sekaranglah masa kau kembali kepada suami kau! Suami kau dah datang semula dalam hidup kau,” katanya. Dia angguk. Dia belum ada niat hendak balik ke rumah suaminya. Dia belum rasa diperlukan pada masa ini. dia rasa dia belum semestinya balik kepada suaminya walaupun suaminya sudah memujuknya. Hatinya masih sekeras batu kerikil mendengar suaminya sudah memujuknya dan berjanji akan menjaganya.

“Entahlah Ika. Aku masih rasa dia suam-suam kuku!” katanya kepada Kartika. Kartika geleng kepala.

“Kasihan suami kau Nuha. Dia rasa macam kusut! Kusut kerana kehilangan kau! Dia cari kau di mana-mana. Dia tahu kau kerja di mana?” soal Kartika. Dia geleng. Dia tidak pernah memberitahu di mana dia bekerja. Suaminya tidak pernah bertanya. Dia pun tidak pernah bertanya di manakah suaminya kerja. Selama ini mereka seperti orang asing.

“Itu aku tak nak peduli. Aku memang sudah cuti sekarang tapi aku takkan beritahu dia aku ke mana!” katanya masih berdegil. Dia melihat

Kartika geleng melihat tingkahnya. Dia pun pandai merajuk. Dia pun pandai marah kepada lelaki degil macam suaminya. Malah lelaki itu suka tunjuk lagak. Perasan macam kaya sangat! Perasan macam kacak sangat! Memang kacak pun!

“Kau sepatutnya sudah berbincang dengan suami kau. Bukannya berdiam diri begini! Tak ada untungnya kau berdua buat begini Nuha! Kamu sama-sama rugi! Rugi masa kau tahu! Sepatutnya kamu berbincanglah bagaimana sama-sama saling mencipta bahagia dan bergerak menuju kebahagiaa itu!” kata Kartika dengan panjang lebar. Dia angguk. Memang benar kata-kata kawan baiknya itu. Memang benar. Dia tidak menyangkal!

Kartika sama seperti emaknya Puan Suria. Emaknya mati-mati meminta dia berbincang dengan suaminya. Bukan dia hendak berbincang. Kalau dia berbincang, dia tahu dia bakal membatalkan perjalanannya. Dia sudah lama mengimpikan cita-citanya itu.

“Beri aku masa. Nanti kalau cuti semester aku balik, aku akan berikan keputusan aku sama ada aku hendak berbincang atau tidak.

Kalau sekarang aku tak sedia lagi,” katanya kepada Kartika. Mahu terkeluar biji mata Kartika mendengar pengakuannya.

“Jangan begini Nuha. Kau kena ingat, kau tanggungjawab suami kau, bukannya kau bujang macam aku ni!” kata Kartika lagi.

“Dia tak percayakan aku Ika. Kau tahu dia datang ke rumah kita hari itu semata-mata hendak memberitahu aku kecemburuan dia kepada Saiful. Saiful tu hanya kawan baik aku di maktab dahulu. Bukan siapasiapa. Dia tuduh aku sudah ada kekasih. Kalau aku ada kekasih kenapa dia mahu kisah? Dia ada kekasih ada aku kisah? Lagipun kakaknya jahat kepada aku. Aku tak naklah nak berbaik dengan suami aku tu Ika! Aku dah puas! Aku dah maafkan dia lepas tu dia pula tuduh aku berkekasih! Dia ada kekasih, aku beri dia kebenaran menikah!”kata Nuha Qarina dengan panjang lebar. Sakit hatinya. Kawan baiknya suka menuduh dia. Atau kawan baiknya tidak mahu menyebelahinya. “Susah lah kamu ni Nuha. Dua dua tidak mahu mengalah! Susah nak berbaik kalau begini! Kalau tidak ada jalan pemuafakatan, lamalama sesuatu akan berlaku. Tapi aku doakan kamu yang terbaik Nuha. Aku mahu lihat kamu bahagia.” kata Kartika sudah pening. Ah, dia sendiri lebih pening kalau memikirkan lelaki yang suka menuduh dan melihat kesilapannya sebagai sebuah dosa yang terampun. Benci sungguh dia kalau memikirkan lelaki itu.

“Terima kasih Ika. Aku tidak tahu kalau masih ada jalan baagia antara kami berdua. Kalau tak ada aku memang tak hairan lah! Sebab suami aku tu degil juga! Itu yang aku tak suka!” kata Nuha Qarina lagi.

Kartika hanya mampu mendengar alasan demi alasan yang dia berikan. “Berdoalah ada jalan bahagia untuk kamu berdua Nuha, jangan putus harapan,” kata Kartika lagi. Dia tidak tahu. Apakah masih ada siang atau terus malam dalam hubungan mereka suami isteri.

“Kau tahu dia tunjukkan gambar aku kononnya bermesra dengan

Saiful.” Hairan Kartika. Kenapa pula dia masih menceritakan sesuatu yang tidak baik kepada kawan baiknya ini. Dia tahu kawan baiknya ini mahu mencari penyelesaian untuk mereka berdua. Ah, ke mana Aliff Hakimi dia tidak tahu!

“Bila masa kamu berjumpa dengan Saiful? Kenapa aku pun tak tahu? Kau masih ada hubungan dengan dia? Eh tiba-tiba pula kan!” soal Kartika hairan.Dia pun tidak menyangka akan bertemu dengan Saiful di sebuah restoran makanan segera.

“Aku terserempak di KFC di jalan 1 Wisma Merdeka tu. Aku suka makan kat sana! Kebetulan pula ada Saiful sedang makan di situ! Bukannya kami berjanji pun! Buat apa aku nak berjanji dengan dia! Aku kan dah ada suami! Lepas tu dia tuduh aku bercinta pula dengan kawan baik aku!” kata Nuha Qarina. Sebak dia. Baru sahaja hubungan mereka membaik tetapi lelaki itu pula hendak buat hal dalam hubungan mereka. Apa sebenarnya yang berlaku antara mereka ya? Mungkinkah memang tidak panjang jodoh mereka?

“Tak patut! Kau sepatutnya jelaskan kepada dia! Bukannya berdiam diri macam ni! Lepas tu merajuk pula!” kata Kartika. Dia geleng. Bukan dia tidak memberitahu lelaki itu tetapi lelaki itu yang tidak mahu mendengar kata-katanya.

“Tak nak! Aku dah cuba jelaskan tetapi dia tak nak dengar! Jadi biarkanlah dia dengan labu-labunya!” katanya sudah putus asa dengan suaminya.

“Sabarlah, tapi tak baik kau belakangkan suami kau dalam urusan kau ni. Kau sepatutnya minta kebenaran,” kata Kartika lagi. Dia menggeleng. Lelaki itu tidak akan mendengarnya. Dia tidak sempat meminta kebenaran hendak meneruskan pengajiannya. Geram sungguh dia kepada lelaki bernama Aliff Hakimi itu. Lelaki itu suka bertindak sendirian. Lelaki itu tidak mahu mendengar kata-katanya. Ada baiknya mereka berpisah sahaja. Selama ini pun dia hidup sendirian dan bukannya bersama-sama dengan Aliff Hakimi. Mungkin akan bertambah aman hidupnya.

“Aku tak belakangkan dia! Tapi sikap dia tu! Dia degil dan suka menuduh-nuduh aku yang bukan-bukan Ika! Itu yang aku tak tahan dengan dia!” katanya. Dia tidak puas hati dengan suaminya. Suaminya tidak matang macam abang angkatnya abang Tam. Abang Tam seorang yang matang dan tabah menghadapi kerenahnya dulu. Sekalipun mereka tidak bercinta tetapi dia tahu abang Tam seorang lelaki yang bertanggungjawab. Berbeza sungguh dengan suaminya. Tetapi abang Tam pun sudah ada pilihannya sendiri. Gadis itu ialah Kartika kawan baiknya sendiri.

“Jangan begitu! Kau kena sabar. Seorang kena mengalah. Jangan dua-dua nak degil!” kata Kartika. Tegas bunyi suaranya.

“Aku sudah mengalah. Aku tunggu dia datang jemput aku tapi dia tak nak datang. Aku dah minta maaf tapi dia tak nak maafkan aku!” katanya. Lelaki itu memang tidak sudi maafkan dia.

“Kau kena sabar.” Pujuk Kartika. Sebenarnya dia sudah hilang sabar. Adakah sebuah perkahwinan dilakukan hanya sekadar untuk menikmati derita? Dia tidak dapat menerima hakikat ini. Asyik dia sahaja yang dibuli!

“Kau asyik-asyk mahu aku sabar! Dia yang lebih tua daripada aku sepatutnya dia yang sabar dengan kerenah aku! Kenapa aku pula yang kena sabar?” soalnya. Kartika menggeleng. Kedua-dua mereka keras kepala.

“Sudahlah Ika. Baik kita makan. Mee goreng mamak sudah tersedia,” Kata Nuha Qarina. Dia mahu melupakan sebentar permasalahannya.

“Ya mari kita makan. Tapi kau kena fikirkan sesuatu Nuha jangan biarkan nasi menjadi bubur. Kalau pun kakak ipar kau tak suka kau, sekurang-kurangnya suami kau baik kat kau,” Kata Kartika.

“Nanti-nantilah aku fikirkan.” Katanya. Makanan yang panas-panas sudah tersedia di depan matanya. Namun entah kenapa rindunya kepada suaminya mengalahkan segala-galanya. Tetapi apa boleh dia buat suaminya tidak menerima kata maafnya.

“Kau tinggal kat mana sekarang? Macam sudah dua hari kau tak balik rumah kita!” soal Kartka. Dia ketawa.

“Aku kat rumah mak aku. Malas aku kat rumah kita tu! Kau pun setiap hujung minggu balik jumpa buah hati kau!” katanya sambil ketawa kecil. Pasti abang Tam sangat menyayangi kawan baiknya ini.

Dia tahu. Ada kebahagiaan di mata Kartika.

“Mana ada jumpa buah hati. Tunang aku ada hal di Kuala Lumpur. Jadi aku tak jumpa dia. Aku balik rumah mak aku. Aku buat persediaan perkahwinan aku tak lama lagi,” kata Kartika. Dia tahu akan hal itu. Abang Tam sudah menjadi pelukis yang terkenal.

“Kau tak ikut?” soalnya. Buntang lagi mata Kartika.

“Ikut ke mana? Kami baru bertunang! Kau dah kahwin pun tak ikut suami kau ke mana-mana!” kata Kartika. Kalau suaminya sudi… sebenarnya suaminya tidak sudi beristerikan dia. Kalau Aliff Hakimi sudi pasti dia akan dibawa ke mana-mana sahaja dia terbang. Tetapi kerana lelaki itu tidak sudi, maka dia bersyukurlah sahaja dengan apa pun layanan suaminya!

“Taklah. Aku siapkan barang hantaran. Buat apa di rumah mak kau?” soal Kartika semula. Dia faham. Kartika memang menjaga tata susila dirinya sendiri.

“Ala, kan aku rindukan mak aku. Salahkah?” jawabnya sambil mengunyah mee gorengnya yang agak sedap. Tidak sia-sia dia datang ke restoran ini. Kawan sekerjanya memberitahu restoran ini memang agak sedap masakannya. Dia pun mencuba.

“Sepatutnya kau rindukan suami kau!” kata Kartika. Siapa yang tidak rindukan suaminya? Dia sendiri pun agak rindu namun dia hanya mampu memendamkan sahaja perasaannya. Dia tidak mampu meluahkannya.

“Tak de maknanya!” katanya.

“Sabarlah!” kata Kartika memintanya sabar. Memang dia banyak bersabar dengan kerenah suaminya.

“Ya aku memang kena sabar lah!”katanya perlahan. Jus mangga diminum perlahan. Petang itu sekali lagi dia balik ke rumah ibu bapanya. Sebenarnya hatinya resah tetapi dia tidak tahu bagaimana mengubati keresahannya itu.

“Kau ingatlah apa aku cakap Nuha! Jangan kau tunjukkan degil kau tu! Suami kau tu lelaki! Dia boleh kahwin empat! Tetapi kita perempuan! Kita kena jaga hati dia jangan sampai dia kahwin baru pula baru kau nak insaf! Masa tu kau dah terlambat! Mungkin isteri baru dia dah member perhatian kepadanya!” kata Kartika lagi. Dia geleng. Selama ini pun lelaki itu memang sudah mahu menceraikannya dan menikah baru. Kenapa pula dia mahu takut atau bimbang jika suaminya kahwin baru?

Ah, dia tidak perlu fikir apa-apa lagi! jika suaminya mahu menikah lagi, dia akan izinkan! Walaupun hatinya hancur macam bubur!

Tangisnya terburai di dadanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience