Chapter 71

Romance Completed 28069

Bab 71

“Nuha kat mana ni?” soalnya. Talian telefon tidak begitu jelas. Namun dia sudah ke rumah ibu bapa mertuanya tadi. Dia yakin isterinya ada di situ. Dua hari yang lalu dia menghantar mesej kepada isterinya itu. Tetapi sayangnya isterinya sudah meneruskan pelajarannya ke Australia. Emak mertuanya hanya memberikan nombor telefon isterinya di sana. Isterinya belum memberikan alamatnya. Ini kerana mereka masih tinggal di sebuah apartmen sementara.

“Selama ini kenapa tak ke sini?” masih terngiang-ngiang suara pertanyaan emak mertuanya. Apa yang hendak dijawabnya? Takkan nak beritahu dia sangat sibuk sehingga tidak ada masa dan peluang untuk menjenguk isterinya di sini. Rumahnya dan rumah mertuanya bukan jauh sangat. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.

“Saya kat mana pun, apa yang abang nak sibuk? Abang urus aje diri abang sendiri tu! Saya ni memang kain buruk! Saya tak de ni abang buatlah sesuka hati abang, saya tunggu surat cerai aje!” Jawabnya perlahan tetapi menyengat pendengaran suaminya. Terkejut sungguh dia mendengar isterinya yang sudah pergi ke Perth Australia itu. Itu berita daripada sanak saudaranya. Dia bagaikan mendengar langit runtuh di kepalanya!

Sebenarnya dia tidak mahu isterinya itu meneruskan pelajarannya di situ. Namun sudah terlambat. Isterinya sudah berangkat ketika dia tiba di depan rumah mertuanya.

Ia bukan satu tempat yang dekat untuk dia datang melawat isterinya. Kebetulan pula sekarang projek mega mereka banyak dibuat di dalam negara dan di Indonesia sahaja. Dia berasa agak sukar hendak menjenguknya sekerap mungkin di situ.

“Surat cerai?” terlopong mulutnya. Baru sahaja dua malam yang lalu mereka berbalas mesej. Kenapa secepat ini isterinya sudah berubah dan marah-marah kepadanya. Apakah selama ini isterinya memendam perasaannya?

“Ya bang, saya tunggu surat abang nak ceraikan saya!” kata isterinya. Apakah isterinya sudah bosan kepadanya dan mahukan kehidupan lain? Kenapa isterinya begitu cepat berubah?

“Kenapa sayang nak mohon cerai, sayang dah ada pengganti abang?” soalnya sayu. Tidak menyangka suaminya akan menjadi begitu keras kepadanya. Sementelah pula mereka sudah berjauhan.

“Bukan saya ada pengganti bang! Kalau abang dah ada isteri baru, senanglah abang ke sana-sini tidak ada yang larang! Nak tukar bini harihari pun tak pe! Bukan saya yang senang!” katanya membetulkan anggapan suaminya.

“Mana ada abang nak ceraikan sayang!” katanya lemah. Memang dia silap. Dia seolah-olah menunggu isterinya dan keluarganya marah kepadanya. Dia seolah-olah pula mempermainkan anak orang dengan sesuka hatinya.

“Kalau tak nak cerai, kenapa kita tak boleh nak bincang! Jadi, kesimpulannya abang tak usah nak ganggu hidup saya lagi! saya ni dah macam kain buruk bagi abang! Suka-suka hati abang nak pijak dan lapkan di dapur abang tu!” kata isterinya yang membuat perumpamaan begitu.

“Jangan cakap begitu Nuha. Berilah abang peluang!” katanya merayu. Dia tidak menyangka isterinya ini sudah berubah. Mungkin dia sendiri yang mendesak akan perubahan sikap isterinya. Isteri mana yang tahan dengan kerenah suami sepertinya. Ah, pening dia. Mana lagi kata arahan kakaknya yang tidak menyukai isterinya. Mana lagi bekas kekasihnya yang mendesak pernikahan dengannya. Sekarang emak mertua dan isterinya. Memang dia pening sekarang ini. Tetapi silapnya juga yang tidak mempedulikan isterinya sendiri. Terbiar isterinya di rumah sewa dan di rumah emak mertuanya. Suami apakah dia ni?

“Tolong teks alamat Nuha di sana nanti,” katanya memberi arahan. Nuha Qarina mendiamkan diri di hujung talian. Sepatutnya mereka yang tidak bertemu sebelum Nuha Qarina berangkat akan melafazkan kerinduan masing-masing. Ini tidak, dia pula marah-marah kepada isterinya itu.

“Nak buat apa?” soal Nuha Qarina. Semakin marah suaranya itu.

“Nak buat apa lagi? Abang nak jenguk sayanglah!” katanya. Dia membiasakan memanggil isterinya dengan panggilan ‘sayang’.

“Tak perlu bang. Sekarang kami amat sibuk dengan ujian-ujian kecil di sini! Tak de masa saya nak jumpa abang! Tak perlulah abang nak sibuk soal saya! Saya memang sudah berikan ruang di hati abang untuk abang menikah lain! Kalau abang bahagia, saya turut mendoakan kebahagiaan abang, bang!” kata Nuha Qarina terasa sayu.

Sempit dadanya mengingati suaminya. Siapa yang tidak cemburu melihat suaminya berkepit dengan gadis lain? Siapa yang tidak marah jika dituduh mencintai lelaki lain? Siapa yang tidak marah jika suami tidak mahu mendengar kata penjelasannya? Siapa yang tidak terharu apabila suami tidak muncul saat dia berjanji akan datang menjenguknya? Siapa yang tidak sebak?

Dia mengeluh kecil. Seperti tidak sanggup dia hendak berpisah dengan isterinya sejauh itu. Namun, dia tahu isterinya pergi untuk masa depannya sendiri.

“Tak pe, hanya teks sahaja alamat Nuha, susah sangat ke nak teks alamat tempat tinggal?” katanya memberikan arahan tegas.

“Nanti-nanti lah bang kalau saya tak sibuk! Sekarang ni kami masih dalam tempoh orientasi. Rumah sewa pun belum dapat lagi. Kami menumpang dengan para senior kami kat sini!” kata isterinya agak degil. Dia kasihan pula kepada isterinya itu. Terpaksa pula menumpang di rumah kawan-kawannya.

“Jangan degil sayang. Abang akan datang ke sekolah sayang dulu dan minta alamat sayang di sana. Kalau abang dah sampai sana, abang akanbawa sayang balik sini! Jangan harap sayang akan teruskan pelajaran di sana! Sayang akan belajar dalam negara saja!” katanya dengan penuh ketegasan. Banyak sekali kemarahannya kepada isterinya. Apabila isterinya berdolak-dalik lagi, dia menjadi amat marah.

“Apa ni bang? Macam main kasar aje!” kata Nuha Qarina. Dia tidak bersetuju lagi jika hendak diperkotak-katikkan oleh suaminya itu!

“Bukan main kasar tapi abang tak setuju kalau sayang belajar sejauh itu! Siapa nak jaga makan minum abang?” katanya. Dia tidak selesa kalau isterinya sudah berada di luar negara. Isterinya ketawa. Selama ini dia memasak pun, suaminya tidak sudi mahu makan! Sekarang dia mahu dirinya menjaga makan dan minumnya? Eh, salah makan ubat ke suaminya yang kacak dan ramai peminat tu? Kenapa masih nak tunggu dia? Soal Nuha Qarina serba salah dengan permintaan suaminya ini! Atau suaminya ini bergurau di talian ini!

“Oh nak minta jaga makan minum ye? Dulu saya masakkan abang, abang minta saya buang msakan saya. Saya buatkan abang air abang tak nak minum! Abang tumpahkan minuman abang di sinki! Abang takut saya guna-gunakan abang! Eh, janganlah abang nak mengarut nak minta saya balik semula bang! Mungkin abang ni dah mimpi apa agaknya semalam!” kata Nuha Qarina kepadanya. Sakit hatinya mendengar luahan hati isterinya itu. Memang benar isterinya masih tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi pada bulan-bulan pertama perkahwinan mereka.

“Sayang, abang kan dah minta maaf? Ini bermaksud sayang tak maafkan abang?” soalnya kesal. Memang dia salah dahulu. Salah kerana tidak mahu menerima isterinya itu dalam hidupnya ini. Tetapi sekarang dia tidak dapat berjauhan dengan isterinya itu. Dia sudah agak rindu dengan isterinya itu. Rindu yang tidak mampu ditanggungnya sendirian.

“Saya sudah maafkan abang dan saya pun nak minta maaf dari abang dari hujung kaki sampai hujung kuku bang! Tapi untuk nak jaga makan minum suami, mungkin abang salah orang ni! Saya bukan tak sudi malah terlebih sudi! Tetapi abang tahu kan masakan saya masakan ala-ala kampungan bang! Dapatkah tekak barat abang tu terima masakan saya ni?” kata isterinya seperti mengembalikan paku buah kerasnya. Bertambah dia sebak dan kesal dengan apa yang berlaku kepada hubungan mereka berdua.

Baru dua hari yang lalu mamanya meminta dia menjernihkan hubungan mereka jika benar mereka ada masalah. Dia memikir-mikir sama ada hendak bertemu isterinya mengenai gambar yang dihantar oleh kakaknya yang sudah sampai ke pengetahuan mama dan papanya itu. Kesal sungguh dia. Dia sendiri pun memang ada perselisihan faham dengan isterinya sehinggakan mereka tidak bertemu hampir seminggu lamanya.

Apabila dia hubungi isterinya, dia sudah di Perth Australia. Entah di universiti yang mana. Kalau dia tahu awal-awal lagi dia hubungi isterinya. Kenapa dia terlalu mendengar coleteh kakaknya yang tidak berasas itu. Masalah rumah tangganya seharusnya dia sendiri yang selesaikan. Bukan perlu campur tangan ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain. Ah, sedikit dia kesal.

“Abang pun dah maafkan sayang. Tapi abang nak ke Perth jumpa sayang. Abang rindu…” Katanya. Memang benar, dia rindukan isterinya setelah emak mertuanya menjelaskan tentang kedudukan sebenar isterinya. Baru dia faham akan kebaikan hati isterinya selama ini. namun dia tidak tahu menghargai seorang isteri terbaik yang telah Allah anugerahkan kepadanya. Kesalnya dia.

“Abang rindu nak marah-marah kat saya kan? Abang rindu saya dah ada kekasih baru kan? Padahal setiap hari kekasih abang minta nikahi, tetapi kenapa saya juga yang abang nak layan? Eh, abang salah orang ni bang!” kata isterinya. Dia ketawa kecil. Dia tahu dalam isterinya cemburu. Baguslah, baguslah kalau isterinya sudah tahu makna cemburu.

“Sayang abang cemburu kan?” katanya pula sambil tersenyum kecil.

“Cemburu tak de maknanya bang!” katanya perlahan. Air suamsuam kuku bagaikan sudah mengalir di pipi cengkungnya.

“Tak sayang. Abang rindu nak peluk cium sayang! Dah lama benar kita tak jumpa kan sayang!” Katanya memberitahu hal sebenar yang dia mahukan dari isterinya itu.

“Janganlah bang. Kalau benar abang dah tak perlukan saya, abang hantarkan aje surat cerai abang! Tapi tuduhan abang mengenai kawan baik saya tu memang tak benar bang. Dia kawan baik saya dan kami terserempak di situ. Dia tahu saya pun dah ada suami. Tapi kalau suami sendiripun tak percayakan isterinya, saya minta abang lepaskan saya.

Abang pun tak menyesal nanti!” pedas sungguh kata-kata isterinya di telinganya. Namun dia janji dia tidak akan menceraikan isterinya.

“Dah lah sayang. Maafkan abang. Abang yang salah. Lupakanlah hal itu. Esok abang dah cuti. Nanti beritahu alamat sayang ya.” Katanya memberi arahan. Dia mendengar isterinya mengeluh halus.

“Tengoklah bang! Saya masih penat ni bang! Semalam baru sampai di sini. Hari ni kami dah masuk dewan sampai petang kerana majlis orientasi. Saya benar-benar tak larat bang!” kata isterinya menuturkan sesuatu yang jujur. Kasihan dia kepada isterinya. Ada suami tetapi hidup macam tidak ada suami. Memang dia kasihankan isterinya ini. tetapi kenapa ketika isterinya berdekatan dengannya, dia tidak mempedulikan isterinya itu? Kata emak mertuanya, Aliff Hakimi carilah gadis lain yang lebih cocok menggantikan tempat Nuha, anak mereka! Ah, sampai akhir nafasnya pun dia tidak akan mencari isteri lain selain Nuha Qarina, itu janji hatinya!

“Jangan main tengok-tengok lagi. Nanti teks kat abang. Kalau sepuluh minit sayang tak jawab, abang akan telefon saya untuk ingatkan!” katanya tegas.

“Janganlah bang! Jangan buang masa abang nak cari saya lagi!

Hubungan kita dah over!” kata Nuha Qarina akhirnya terpujuk dengan pujukannya. Dia tahu isterinya amat hormatkan suaminya.

“Over? No way Nuha, isteri abang! No way! Kalau Nuha tak nak tekskan alamat Nuha, abang boleh usaha sendiri! Jangan nak cuba-cuba melarikan diri dari abang! Sampai lubang cacing abang cari Nuha! Ingat tu!” katanya yang sudah agak naik darah dengan penolakan isterinya itu.

Sudah lah mereka berjauhan. Dia pula yang berdolak-dalik!

“Ok bang, saya letak telefon dulu. Assalamualaikum!” Kata isterinya. Dia menjawab salam isterinya dalam hati. Dia masih geram lagi.

“Jaga diri sayang. Nanti abang akan ke situ, tunggu aje abang sampai!” katanya kepada Nuha Qarina. Mungkin selepas du hari baru dia dapat bertemu isterinya. Esok dia akan menguruskan passport dan visanya. Kemudian mengemas barang-barang keperluannya. Sekarang musim sejuk di situ.

“Errr,” kata isterinya yang kedengaran sebak. Dia silap juga. Selama isterinya di sini, dia tidak pernah pun menjenguk isterinya di rumah keluarganya. Dia sendiri pun memang suami yang tidak bertimbang rasa. Dia sudah memohon maaf tetapi dia sendiri yang rosakkan kata maafnya kepada isterinya itu. Aduhai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience