Chapter 43

Romance Completed 28069

Bab 43

Selepas sarapan, dia terus ke dapur. Mak cik Onis sudah melarang dia mencuci pinggan mangkuk itu. Namun dia berkeras hendak mencuci pinggan itu. Dia tidak mahu dikatakan malas oleh pembantu rumah mereka.

“Tak perlu susah-susah Nuha, pembantu aje yang cuci pingganpinggan tu semua. Kasihan pula mereka nanti tak de kerja nak!” Kata mama mertuanya apabila dia sudah mencuci pinggan mangkuk itu semua. Dia tidak mengendahkan kata-kata mama mertuanya. Dia kasihan pula kepada pembantu rumah mereka itu.

“Tak apalah mama, bukan susah pun. Just cuci pinggan aje.

Bukannya banyak, pinggan saya aje!” Katanya. Mama mertuanya sudah tersenyum. Senyum bahagiakah atau senyum sakit hati? Soalnya dalam hati.

“Rajin menantu mama ni! Menantu begini lah yang mama suka!” puji Datin Hamidah. Sebenarnya dia tidak biasa tidak membuat kerjanya di rumah sesiapapun dia pergi.

“Mama, isteri Aliff ni memang rajin orangnya mama. Saya aje yang dah lepaskan peluang ini selama ini mama,” terbuntang matanya apabila tangan suaminya sudah melingkar di pinggang kecilnya.

Mahu sedih pun ada. Mama mertuanya sudah tersenyum manis kepadanya. Sakit pula hatinya kepada Aliff Hakimi kerana keberanian tingkahnya itu. Celupar sungguh mulut suaminya ini. Sesuka hatinya sahaja dia meluahkan perasaannya di depan mama mertuanya ini.

“Memang mama bertuah mempunyai menantu yang baik dan rajin macam Nuha. Mama gembira sekali apabila tahu kamu berdua dah berbaik semula.” Kata mama mertuanya pula. Dia tersenyum kelat. Segan sekali dengan pujian mama mertuanya ini. Aliff Hakimi pula sudah tersengih-sengih di sisinya. Dia hendak membasuh pinggan mangkuk pun sudah tidak selesa.

“Hmm, kalau macam ni tak lama lagi kita akan dapat cucu lah ni nampaknya mama,” kata papa mertuanya yang turut sama ke dapur. Hatinya bertambah berdebar.

Bukan main lagi papa dan mama mertuanya menyokong hubungan mereka berdua. Dia masih sangsi. Benarkah suaminya sudah tidak ada orang lain? Bukankah sudah ada isteri barunya, kenapa mama dan papa mertuanya seperti tidak ambil tahu mengenai anak lelaki mereka ini?

Ah, dia benar-benar bingung mengenai hal ini. Ah, selepas ini dia harus bertanyakan mengenai hal ini. Dia tidak mahu menjadi tunggul hidup dalam rumah tangganya kali ini. Dia tidak mahu hidup bermadu.

“Harap-harap begitulah mama, papa! Saya pun tak sabar dah nak jadi papa dan Nuha tak sabar jadi mama kan Nuha sayang?” soal suaminya. Gugup dia seketika. Apa yang harus dijawabnya kepada ibu bapa mertuanya jika ditanya pasal cucu? Bukankah dia hendak menyambung pelajarannya? Dia sepatutnya belum mahu menyebut mengenai anak. Bagaimana dia hendak membuat penjelasan mengenai hal ini? Ah, dia benar-benar keliru dan bingung.

“Abang, janganlah macam ni! Malulah kita depan mama dan papa tu!” bisiknya kepada suaminya apabila lelaki itu sudah berdiri di sisinya untuk mencuci tangannya.

“Buat apa nak malu sayang. Kita kan suami isteri. Bukannya sepasang kekasih!” kata Aliff Hakimi. Bertambah dia geram dengan sikap suaminya yang semakin mengeratkan pelukannya.

“Tak perlu malulah Nuha. Memang suami isteri kena berkasih sayang. Bukannya saling berjauhan kan Aliff! Lepas ni jangan lah nak tinggalkan isteri kalau ke mana-mana! Kasihan Nuha!” kata mama mertuanya. Dia hanya mendiamkan diri. Apakah selepas ini suaminya akan membawa dia jika suaminya ke mana-mana? Ah, mustahil pula.

Dia bukannya boleh cuti selalu.

“Saya tak selalu dapat cuti mama!” katanya kepada mama mertuanya. Papanya hanya tersengih di depannya. Kawasan dapur pun boleh menjadi ruang perbualan bagi mereka sekeluarga. Memang sebuah keluarga yang bahagia mereka ini.

“Mama, Nuha, Aliff, cepatlah sedia. Kita kan nak gerak jam 10.00 pagi ini. Jangan lewat pula. Papa tak mahu sampai petang di sana.

Kabus tau!” kata papa mertuanya. Dia sudah terdiam. Rupanya cadangan papa mertuanya ini sudah muktamad. Dia ingat cadangan ini akan dilaksanakan pada minggu depan. Rupanya ia berkuat kuasa pada hari ini. Kenapa cepat sangat?

“Ya papa, kami memang dah sedia ni! Nuha ni aje yang nak ambil baju kat rumah sewanya. Kan sayang!” kata Aliff Hakimi. Dia bulatkan mata. Tetapi terus mengangguk. Dia tidak mahu ibu bapa mertuanya serba salah pula. Dia sudah mahu memberitahu suaminya yang dia tidak mahu ikut ke Kundasang. Aduhai. Nampaknya rancangannya akan terbengkalai lagi. Bagaimana dia hendak berterus-terang mengenai rancangannya? Aduhai!

“Mama, dah ready ke? Orang muda cepat aje ready nya tu!” kata Datuk Adnan kepada isterinya. Dia hanya memandang pasangan bahagia yang sudah berusia. Dia terkenangkan emak dan ayahnya. Mereka juga pasangan yang bahagia dan jarang bergaduh. Apakah mereka juga akan menjadi pasangan bahagia itu kelak? Aduh, dia tidak mahu meramal nasibnya!

“Nak siap-siaplah ni papa! Takut Nuha aje yang belum siap. Pakaiannya masih di rumah sewanya tu! Nuha, jangan lama-lama berkemas tu ya! Kita jalan sama-sama!” kata mama mertuanya. Dia hanya mampu mengangguk.

“Ya mama jangan risau.” Jawabnya. Suaminya terus memeluknya dan mengucup pipinya. Bertambah merah pipinya. Papa mertuanya yang kebetulan melihat aksi mereka itu hanya tersenyum.

“Erm, memang sah, tak sampai setahun papa memang akan dapat cucu, jadi atuk lah papa tak lama lagi!” kata Datuk Adnan dengan senang hati. Bertambah berdegup jantungnya. Sikap Aliff Hakimi ini pula sudah melampau-lampau. Di depan ibu bapanya pula dia semakin berani.

“Ya papa, don’t worry!” kata Aliff Hakimi. Sakit pula hatinya. Walaupun dia tersenyum namun impiannya bagaikan dimusnahkan dengan sekelip mata sahaja. Huh!

“Dengar tu Nuha! Papa dah beri task tu!” usik mama mertuanya pula. Dia sengih dan tayang gigi putihnya. Dia tidak tahu apakah respons yang baik yang harus diberikan kepadanya.

“Nuha tak de masalah tu mama!” tambah Aliff Hakimi yang sudah memeluk pinggangnya semula. Selepas itu dia pula mengucup pipinya. Malunya! Mama mertuanya pula buat-buat selamba. Hakikatnya dia teramatlah segan!

“His abang ni! Malulah!” bisiknya di telinga suaminya. Suaminya sudah memandangnya dengan senyuman nakalnya. Tidak senonoh betullah suaminya ini! Anak siapalah ni!

“Buat apa nak malu Nuha! Memang itu adat suami isteri kan mama!” tambah papa mertuanya pula. Semakin dia malu. Kalau boleh dia hanya mahu memandang lantai marmar cantik di ruang rumah mertuanya ini sahaja! Dan, dalam masa yang sama di satu sudut itu, seorang gadis sedang duduk dengan dada marak marah dan mata merah menyala! Dia tidak senang hati melihat kebahagiaan orang asing dalam hidup adik lelakinya itu. Namun Nuha Qarina buat-buat selamba walaupun hatinya turut berasap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience