Chapter 58

Romance Completed 28069

Bab 58

Harrynna Lisa pula tidak puas hati. Dia mahu perempuan itu atau lelaki itu mati. Dia harus menabur fitnahnya. Dia sedang melakar cerita. Dia sedang membuat cerita itu. Dia tidak puas hati apabila dia tidak dapat menikahi Aliff Hakimi. Dia memang sudah lama memikirkan bagaimana dia dapat menikahi bekas kekasihnya itu.

“Nah, baru padan muka dia. Baru aku puas hati. Selama ni Aliff asyik nak dengar cakap isterinya. Sekarang isterinya menggatal dengan lelaki lain baru dia tahu!” kata Harrynna Lisa selepas dia menghantar gambar kepada Aliff Hakimi.

Sebenarnya bukan dia yang menghantarnya. Dia hantar kepada kakak Aliff Hakimi iaitu Aliya Mastura yang baru balik dari Amerika dengan budaya barunya. Malah gadis itu turut membenci iparnya itu iaitu isteri Aliff Hakimi. Semakin dia gembira dengan apa yang dia dengar itu. Kalau boleh dia mahu merancang sesuatu yang lebih jauh lagi agar hubungan suami isteri itu akan terganggu. Dia tidak mahu diperbodohkan oleh Aliff Hakimi. Biarkan dia puas hati!

“Aliya, aku ada nak share dengan kau! Ini semua pasal adik ipar kau yang kau sayang sangat tu lah!” katanya kepada Aliya Mastura. Aliya Mastura kehairanan.

“Apa kau cakap ni? Aku tak faham lah Lisa! Jangan nak berdolak dalik dengan aku, nanti aku ketuk kepala kau!” kata Aliya Mastura.

“Nanti aku send kat kau lah! Kau ni tak menyempat-nyempat dah nak marah!” katanya kepada Aliya Mastura yang lurus bendul dan tidak mahu menyiasat itu.

“Kau datang opis aku lah!” kata Aliya Mastura. Harrynna Lisa ketawa.

“Nak datang masuk ke universiti kau tu, eh tak naklah aku. Elok aje aku duduk kat sini dapat tengok wayang percuma!” kata Harrynna Lisa.

“Bukanlah aku kat butik aku lah! Siapa yang suruh kau masuk university tu. Aku tak mula kerja lagi. aku masih cuti!” kata Aliya Mastura. Harrynna Lisa ketawa kecil. Mereka berdua memang berkawan sejak kecil. Namun umurnya sebaya dengan Aliff Hakimi. Dia rapat dengan Aliya Mastura pun semata-mata hendakkan dekat dengan Aliff Hakimi. Dia jadikan kakaknya sebagai jambatan untuk dia mendekati adiknya.

Pandaikan dia! Ternyata usahanya Berjaya.

“Oh kat butik kau! Cakap siang-siang!” katanya.

“Nak datang atau tak ni?” soal Aliya Mastura. Kalau dia datang ke butik kawan baiknya itu belum tahu ada Aliff Hakimi di situ. Jadi dia menolak.

“Tak lah Aliya. Aku ada hal ni. Nantilah kita jumpa. Lagipun aku naik teksi datang sini tadi,” katanya berdalih. Padahal elok-elok sahaja dia menaiki kereta sportnya.

“Tak apalah kalau macam tu!” kata Aliya Mastura yang kecewa dengan penolakannya itu.

“Aku send gambar ipar kau nanti. Kau hantar kat adik kau ya.” Katanya.

“Oklah. Nanti aku akan beritahu adik aku tu!” kata Aliya Mastura. Mereka saling berpisah dari telefon itu.

***

“Betulkah gambar yang kau sent tu Lisa? Kalau tak betul mati aku oleh adik aku tu! Mama dan papa aku pun pasti akan siasat benda ni! Jangan tak betul nanti aku yang naya!” kata Aliya Mastura sebaik sahaja menerima gambar-gambar kiriman kawan baiknya melalui whatsapp itu. Bukan sekeping tetapi hampir sepuluh keping banyaknya. Pelbagai aksi dan pelbagai ragam pula isteri adiknya itu. Dia sendiri pun tidak berkenan dengan Nuha Qarina iaitu isteri kepada Aliff Hakimi itu.

“Betullah apa yang dia buat tu! Aku kanada kat sini tengok sendiri!

Kau tak percaya?” soal Harrynna Lisa yang tidak puas hati dengan Aliff Hakimi yang sudah memalukannya di khalayak ramai hari itu! Hari ini dia akan membuat pembalasan. Bukan satu pembalasan tetapi beberapa pembalasan lagi. Biar dia puas hati!

“Tak percaya apa? Aku memang percaya! Biar padan muka budak kampung yang mak aku puja-puja tu Lisa! I don’t like her!” kata Aliya Mastura yang tidak berkenan dengan menantu baru mamanya itu. Tetapi kalau ikutkan dia siapa hendak tidak berkenan?

“Ya lah! Nanti kau pandai-pandailah edar gambar tu Lisa! Kau jangan risau! Aku akan buat kerja aku!” kata Aliya Mastura. Harrynna Lisa ketawa di hujung telefon.

“Memang aku sendiri tak percaya mulanya Aliya tapi kalau aku amati betul-betul, tak sangka pula dia adalah ipar kau yang kamu sayang sangat tu!” kata Harrynna Lisa. Mendengar itu Aliya Mastura terasa cuak pula. Dia memang bencikan iparnya itu.

“Mana ada aku sayangkan dia! Aku benci lagi ada!” kata Aliya Mastura menolak tanggapan itu.

“Oklah Liya. Aku nak tengok lagi kalau-kalau ipar kau masih kat situ! Aku nak lihat dia akan pergi mana selepas ini? Takkan nak dia terus ke tempat lain dengan lelaki tu kan? Memang padanlah budak kampung dengan budak kampung!” kata Harrynna Lisa lagi.

“Kau buat penyiasatan lagi! mana tahu dia nak melencong ke mana-mana pula!” kata Aliya Mastura kepada Harrynna Lisa. “Ya, apa-apa aku akan hubungi kau nanti!” kata Harrynna Lisa.

“Oklah!” kata Aliya Mastura yang sudah mula hendak menjalankan rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience