Chapter 77

Romance Completed 28069

Bab 77

“Siapa ni Aliff?” soal Hafiz yang kehairanan. Dia berdiri macam patung di depan kereta lelaki yang tidak pernah ditemuinya. Takkan lelaki ini tidak tahu yang kawan baiknya Aliff Hakimi ini sudah kahwin atau lelaki ini merahsiakan dari kawan baiknya? Soalnya dalam hati. Hatinya berbolak balik. Rasanya dia mahu berlari ke biliknya semula. Lelaki ini menakutkan dia pula.

“Isteri…” kata lelaki itu. Hafiz kehairanan memandang ke arahnya.

Matanya terkebil-kebil. Benar dia tidak selesa dibuat begini!

“Isteri? Bila kau kahwin? Kenapa aku tak tahu?” soal Hafiz. Aliff Hakimi garu kepala. Dia pula kehairanan. Bukankah dalam laman twitter lelaki ini penuh dengan komen-komen mengenai dirinya semasa pernikahan mereka hari itu. Hafiz mendekatinya. Lalu mereka berbisik.

“Ini pilihan kau Aliff? Betulkah tak? Budak ni kampungan sikit!

Kalau kau tak nak, beritahu kat aku, aku nak dia!” bisik Hafiz menjeling ke arah Nuha Qarina. Alif Hakimi sudah menumbuk perut kawan baiknya.

“Aduh, sakitlah!” kata Hafiz. Entah apa yang mereka bisikkan. Tentu mengumpat dirinya.

“Baru kau nak rasa penumbuk sulungku!” kata Aliff Hakimi kepada kawan baiknya. Dia sudah resah. Resah melihat keganjilan dua sahabat ini. lelaki bernama Hafiz itu berdiri dengan tegak semula. Tinggi mereka sama. Dia juga yang agak rendah.

“Dah lama kau kahwin?” Aliff Hakimi menggaru belakang kepalanya. Susah dia hendak cakap. Dia takut isterinya terasa sesuatu.

“Tak lama juga! Tapi memang dah kahwin lah juga! Salahkah kalau aku kahwin?” katanya. Isterinya diam lagi macam patung cendana.

“Jadi, kau akan terus di sini dengan isteri kau?” soal Hafiz dengan penuh kesibukan. Aliff Hakimi diam. Mungkin belum ada keputusan.

“Bila nak sampai kalau kita asyik berdiri di depan kereta kau ni Hafiz?” soal Aliff Hakimi.

“Eh, ya tak ya juga! Masuklah! Kereta aku ni kotor sikit!” katanya. Mereka masuk ke dalam kereta. Empuknya sofa keretanya ini. Bisik Nuha Qarina.

“Tak pe! Bukan tak biasa!” kata Aliff Hakimi.

“Oh rupanya kamu dah kahwin! Aku terlepas pula majlis kahwin kau Aliff.” Berubah mukanya. Mereka tidak mengadakan majlis resepsi besar-besaran di Kota Kinabalu. Mereka hanya mengadakan majlis nikah dan bersanding di kampung Nuha Qarina.

“Tak pelah, tunggu kau pula kahwin nanti! Aku nak jadi pengapit!” guraunya pula.

“Pandailah kau! Kalau kau dah beranak pinak mana kau nak jadi pengapit! Eleh tak percayalah!” ejek Hafiz. Mereka ketawa. Isterinya diam. Masih diam macam batu! Isterinya di belakangnya di jelingnya.

Masih macam tadi. Tak ada perubahan. Diam macam patung cendana!

“Kita nak ke mana ni Aliff?” soal Hafiz. Hanya lagu-lagu Micheal Jackson sahaja menghiasi ruang dengar mereka. Selebihnya masingmasing melayan perasaan.

“Ke klinik.” Jawabnya perlahan. Dia tahu isterinya tidak sihat. Mungkin perubahan cuaca. Mungkin tidak biasa jalan jauh. Mungkin kepenatan kerana kesibukan di tempatnya belajar. Dia tidak tahu yang mana satu. Apa yang dia hendak tahu ialah apa sakit isterinya.

“Klinik? Siapa yang sakit?” hairan sungguh Hafiz. Lantaklah apapun anggapan Hafiz. Apa yang penting ialah dia tahu apa penyakit yang menimpa isterinya.

“Isteri aku lah!” jawabnya. Isterinya di belakangnya dipandangnya. Isterinya itu masih asyik dengan dunianya tunduk menghadap ke bawah.

Jangan-jangan dia tidur!

“Apa hal pula kau ni?” soal Hafiz lagi.

“Betul, isteri aku sakit!” katanya. Nuha Qarina hanya diam. “Oh ya lah! Aku akan bawa kau ke klinik yang syarikat aku selalu bawa aku. Tapi klinik tu agak mahal.” Kata Hafiz. Hafiz sudah agak lama bekerja di Australia. Sejak tamat belajar dia tidak balik ke Malaysia. Sebaliknya dia terus bekerja kerana tawaran gaji di sini agak mahal. Kononnya Hafiz merajuk dengan seorang perempuan sehingga dia tidak mahu balik ke Malaysia. Entahlah!

“Kita belok kanan nanti di Perth Street!” kata Hafiz. Dia tidak tahu sangat mengenai Perth Australia.

“Ok. Aku tak tahu sangat selok belok jalan di sini!” katanya.

“Kau ikut aku ajelah! Bukan susah pun.” Kata Hafiz. Dia tutup matanya. Risau dia dengan keadaan isterinya.

“Bila kau balik Malaysia?” soal kawan baiknya lagi. Kawan baiknya tidak balik ke Malaysia. Dia hanya duduk di sini dan belum berkahwin. Entah apa yang menarik di Negara orang putih ini. kalau nak tengok kangaroo hari-hari, siapa yang tahan?

“Belum lagi. aku nak uruskan isteri aku ni! Tengok dia macam mana. Kalau dia tak dapat nak serasikan diri dia di sini, aku terpaksa bawa dia balik Malaysia.” berkerut dahi Hafiz. Terbuntang mata Nuha Qarina mendengar kata-kata suaminya. Dia pandai-pandai hendak bawa dirinya balik ke Malaysia? Dia siapa? Suami yang tidak pedulikan isteri? Ah, buat apa dia hendak tunduk dengan tekanan suaminya? Sudahlah dia sana! Piirah! Namun dia diam sahaja. Hanya hatinya yang panas kerana suaminya itu bercakap dengan kawannya jadi dia tidak mahu masuk campur.

“Kenapa pula?” soal Hafiz.

“Isteri aku ni tak sihat. Tapi sudah terlanjur kami dah datang sini!” katanya. Bertambah terbuntang mata Nuha Qarina mendengar katakata suaminya. Nasib baik ada kawannya, kalau tidak sudah berdas-das dia dimarahi oleh gadis itu.

“Oh! Ok! Kau urus dululah. Aku bila-bila boleh jadi driver kau sementara aku di sini!” kata Hafiz. Memang Hafiz masih macam dulu dan sangat mengambil berat mengenai dirinya. Hafiz memang budak yang baik. Itu yang dia kenal sejak zaman sekolah dahulu.

“Ya terima kasih lah Fiz. Aku memang suka ada kawan baik aku di sini!” katanya.

“Lepas dari klinik ni nak ke mana pula?” Aliff Hakimi sudah tersengih. Dia mahu membawa isterinya berehat di biliknya. Dia kasihan pula kepada isterinya yang seperti kepenatan itu. Sebelum itu dia mahu menjamu selera dahulu.

“Aku nak tahu mana satu kedai muslim di sini?” soal Aliff Hakimi.

“Kedai makan? Banyak kedai makan kat sini tapi kebanyakannya buka pada sebelah petang,” kata Hafiz. Sebenarnya dia sendiri sudah lapar. Dia ada membawa bekalan dari Malaysia tetapi hanya bekalan kering dan dalam tin sahaja. Beras pun dia ada bawa. Itu semua mamanya yang punya kerja.

“Ya, kedai makanlah, yang halal!” katanya.

“Ada, kedai orang Malaysia pun ada kat sini! Namanya Restoran Insans Café kat Murray Street. Tak jauh dari tempat kau tinggal tu Aliff! Jangan risau! Restoran orang Malaysia memang terkenal dan tersedia untuk kita! Sedap pula masakannya!” jawab Hafiz. Sudah lama di sini, pasti Hafiz sudah tahu selok belok di sini.

“Kalau cam tu nantilah kita pergi, petang-petang sikit!” katanya. Hafiz angguk-angguk.

“Ya lah!” katanya.

“Baguslah. Kau tunjukkan nanti kita akan makan di situ!” “Kau belanja?” soal Hafiz.

“Aku ok aje!” katanya.

“Tak pe aku akan belanja kau!” kata Hafiz pula. Aliff Hakimi tersengih. Mungkin dia tidak kisah siapa yang akan belanja siapa.

“Mana-mana ajelah! Yang penting perut aku kenyang!” katanya. Mereka sama-sama ketawa.

“Jauh lagi ke?” soalnya.

“Tak jauh sangat! Ia pun dekat dengan restoran orang Malaysia,” kata Hafiz. Akhirnya mereka tiba di sebuah klinik. Aliff Hakimi lega mendengarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience