Epilog

Romance Completed 28069

Epilog

Dia balik ke Malaysia sebagai si kalah. Kalah dalam mengejar cita citanya. Namun dia terkenang janji suaminya kepadanya.

“Pegang janji okay,” katanya mengaitkan kelingking suaminya dengan kelingkingnya. Kelingking berkait. Macam budak-budak sekolah rendah pula mereka. Suaminya mengangguk.

“Baik, abang janji.” Kata Aliff Hakimi.

“Ok. Lepas dah bersalin nanti saya akan sambung belajar kat sini. Abang jangan nak langgar janji ya.” Katanya dengan wajah serius.

“Mesti. Abang pun bukannya berhentikan sayang. Abang minta tangguhkan pengajian sayang. Abang dah beri surat sakit dan bukti sayang mengandung. Pihak universiti pun dah setuju.” Kata Aliff Hakimi. Dia angguk. Syukurlah. Nanti mereka akan datang ke sini dengan anak yang bakal dia lahirkan.

“Abang sanggup?” soalnya pula. Berkerut dahi lelaki itu.

“Sanggup apa?” soalnya. Dia sengih.

“Sanggup jaga baby kita dan duduk di sini nanti,” katanya kepada suaminya. Aliff Hakimi mengangguk.

“Waktu itu abang sudah ready siapkan semua kerja abang. Atau abang akan buka pejabat di sini, jadi mudahlah abang nak jaga baby dan sayang sekali,” kata Aliff Hakimi. Dia tersenyum gembira dan puas hati dengan kata-kata suaminya.

“Pasti?” soalnya lagi. Lelaki itu mengangguk.

“Terima kasih abang,” katanya.

“Kasih diterima sayang,” kata suaminya sudah mengucup tangannya. Dia sebak sekali. Berkali-kali dia sebak kerana lelaki ini.

Tetapi kali ini, dia gembira. Gembira kerana ditakdirkan menjadi isteri kepada Aliff Hakimi.

Tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience